The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgunabeela.04, 2022-06-21 23:21:15

PANTUN KASIH SAYANG

PANTUN KASIH SAYANG

5 PANTUN KASIH SAYANG

A MAKSUD
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa orang yang disayanginya memiliki senyuman yang lebih
manis daripada gula waima madu.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa dia hanya mempunyai harapan yang tinggi terhadap orang
yang disayanginya sehingga menganggapnya berdarjat lebih tinggi daripada langit.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa insan yang dikasihinya amat cantik walaupun dikelilingi
gadis cantik yang lain sehingga dia hendak mendapatkan gadis itu.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa dia berpura-pura melihat benda lain kerana malu
memandang seseorang yang amat dikasihinya.
RANGKAP 5
Penulis berkata bahawa jika ada jodoh, dia pasti akan berjumpa dengan insan yang
amat disayanginya.

B TEMA DAN PERSOALAN
Tema pantun ini ialah kasih sayang. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis
menulis pantun untuk meluahkan perasaannya kepada seseorang yang amat
disayanginya. Hal ini dapat dibuktikan apabila penulis berkata bahawa insan yang
disayanginya itu memiliki senyuman yang manis dan rupanya cantik serta ingin
menjadikannya sebagai pasangan hidup jika ada jodoh. Kasih sayang yang
ditonjolkan dalam pantun ini membuktikan bahawa penulis amat setia akan
kekasihnya dan hanya menumpukan kesetiaan pada kekasihnya.

Persoalan
(a) Kasih sayang insan yang bercinta.
(b) Luahan perasaan kasih sayang.
(c) Senyuman manis yang menawan hati.
(d) Kepentingan mengutamakan kekasih hati.
(e) Ketinggian darjat kekasih di dalam hati.
(f) Kebahagiaan hidup orang yang bercinta.
(g) Kesetiaan seseorang kepada kekasih hatinya.
(h) Jodoh manusia dalam tangan Tuhan.
(i) Kecantikan seseorang yang menarik perhatian.
(j) Kegigihan untuk mencapai hajat di dalam hati.

C GAYA BAHASA
(a) Responsi

Buktinya, Buah mengkudu kusangka kandis,
Gula madu kusangka manis,

(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, buah mengkudu, madu, asap, api, bakau, langit, anak udang, bulan,
ayam, asam, ikan.

(c) Sinkope Buah mengkudu kusangka kandis,
Buktinya, Langit tinggi kupandang rendah.

(d) Repitasi Gula madu kusangka manis,
Buktinya, Manis lagi senyuman tuan.
Asam di darat ikan di laut,

(e) Peribahasa
Buktinya, Melihat bulan dipagar binatang,

(f) Simile Bagaikan rasa hendak dicapai.
Buktinya,

D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Kesetiaan
(c) Kegigihan
(d) Kepercayaan kepada Tuhan
(e) Rasional
(f) Berhemah tinggi

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah menyayangi insan yang kita kasihi.
(b) Kita haruslah setia pada kekasih atau orang yang disayangi.
(c) Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai keinginan di dalam hati.
(d) Kita mestilah percaya bahawa jodoh antara manusia sudah ditentukan

Tuhan.
(e) Kita mestilah berfikiran matang dalam pergaulan.
(f) Kita mestilah menjaga perasaan insan yang disayangi.


Click to View FlipBook Version