The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannahshuhana, 2023-07-18 12:19:45

PERMAINAN KANAK KANAK ERA 80 DAN 90AN

PERMAINAN KANAK KANAK ERA 80 DAN 90AN

HANNAH I AZZA PERMAINAN KANAK-KANAK ERA 80AN & 90AN PERMAINAN KANAK-KANAK ERA 80AN & 90AN


Lotus Publishing Sdn Bhd First Published in 2023 Printed in Malaysia by : Lotus Publishing Sdn Bhd Pages 3 - 32 PERMAINAN KANAK-KANAK ERA 80AN & 90AN Published by: Lotus Publishing Sdn Bhd 20, Jalan SS 7/2, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor Tel : 017-301 2829 E-mail : [email protected] Copyright NORULHUDA AZMA & NOR SHUHANA All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in retrieval system or transmitted in any form or by any means,electronic, mechanical, photocopying, recording,or otherwise, without the prior written permission of the Publisher


KANDUNGAN Dedikasi 03 I Pengenalan 04 I Congkak 05 - 07 I Batu Seremban 08 - 10 I Lompat Getah 11 - 13 I Galah Panjang 14 - 16 I Konda Kondi 17 - 19 I Tuju Guli 20- 22 I Gasing 23 - 25 I Layang-Layang 26 - 28 I "Pukul Berapa Datuk Harimau" 29 - 31 I Teng Teng 32 - 34 I Tuju Tin 35 - 37 I Tarik Pelepah 38 - 40 I Lastik 41 - 43 I Glosari 44 I Indeks 45 I


Buku ini teristimewa ditujukan kepada keluarga kami yang sentiasa menyokong apa sahaja perjalanan yang kami lalui. Kami juga mendedikasikan penghasilan buku ini kepada pensyarah kami iaitu Puan Mudiana binti Mokhsin @ Misron kerana tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada kami berdua. Diharapkan dengan penghasilan buku ini akan dapat terus memberi inspirasi dan panduan kepada lebih ramai orang berkaitan permainan yang satu masa dahulu menjadi nadi kepada anak anak. EDITOR & PENGARANG Dedikasi NORULHUDA AZMA BINTI ABDULLAH @ FAUZI (2023560799) NOR SHUHANA BINTI MUHAMMAD ZUBIR (2023544245)


PERMAINAN ERA 80 DAN 90an KHAZANAH BUDAYA Permainan era 80 dan 90an semakin dilupakan seiring arus kemodenan. Jika dahulu permainan ini kerap dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu lapang atau petang. Tetapi kini, ianya semakin pupus dengan pelbagai permainan berteknologi moden. Berbeza pada waktu dahulu, kanak-kanak era 80 dan 90an tidak memiliki permainan berteknologi tinggi seperti sekarang. Kebanyakkan anak anak ini mengisi masa lapang dengan bermain permainan yang memerlukan tenaga dan secara berkumpulan. Permainan pada era 80 dan 90an layak dinobatkan sebagai salah satu khazanah negara kerana ianya bukan sekadar permainan yang mengisi masa lapang tetapi ianya juga dimain apabila merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping memupuk nilai-nilai murni dan mengeratkan nilaipersahabatandi kalanganpeserta. Permainan era 80 dan 90an juga melambangkan adat, identiti dan budaya negara Malaysia. Maka dengan itu sangat tepat jika permainan era 80 dan 90an merupakan khazanah serta warisan yang harusdipeliharaselamanya. 04


Congkak sumber : Pinterest


CONGKAK Congkak adalah sejenis permainan yang kerap dimainkan bagi mengisi masa lapang. Kebiasaanya dimainkan menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah yang menggunakan biji saga, guli atau biji getah. 06


CONGKAK CARA PERMAINAN Memerlukan dua orang pemain yang menghadap satu sama lain. Permulaan permainan, guli atau biji getah akan diisikan dalam setiap lubang papan dengan jumlah yang sama banyak. Manakala ibu rumah yang berada di bahagian tepi kiri dan kanan akan dibiarkan kosong. Pemain akan bermain serentak dengan memasukkan satu persatu buah congkak ke dalam setiap lubang yang ada sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong akan di kira ‘mati’. Pemain yang seorang lagi akan meneruskan permainan sehingga habis. Permainan akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak mempunyai buah congkak yang cukup yang dikira sebagai kalah. 07


Batu Seremban sumber : Pinterest


BATU SEREMBAN Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat ialah sejenis permainan yang agak popular di kalangan masyarakat di Malaysia. Ianya biasa dimainkan oleh kanak kanak perempuan secara individu atau berkumpulan. Permainan ini seringkali di mainkan di serambi rumah pada waktu lapang 09


BATU SEREMBAN CARA PERMAINAN Pemain memerlukan beberapa biji buah,guli kaca,biji getah,batu kecil atau apa saja objek yang kecil berbentuk bulat untuk bermain. Kebiasaannya sebanyak 5 hingga 7 biji diperlukan. Para pemain akan duduk atas lantai dan bermain mengikut giliran masing masing. Biji buah akan dilambung dan diselerakkan di lantai. Pemain akan mengambil satu buah, dilambung dan di ikuti sambil mengutip buah yang lain dengan tangan yang sama sehingga habis. Peringkat permainan akan bertambah daripada mengutip satu buah kepada dua buah sekaligus sehingga selesai bilangan buah. 10


Lompat Getah sumber : Pinterest


LOMPAT GETAH Permainan lompat getah atau lompat tali juga dikenali sebagai “zero point”. Permainan ini melibatkan 3 hingga lebih pemain. Oleh kerana ianya merupakan permainan santai dan memerlukan bahan yang sangat mudah didapati di rumah seperti getah gelung atau tali maka ianya menjadi permainan yang agak popular satu masa dahulu. Untuk menghasilkan tali daripada getah gelung,pintalan getah akan di sambung sehingga menjadi tali yang panjang. 12


LOMPAT GETAH CARA PERMAINAN Permainan ini memerlukan pemain memegang hujung kanan tali getah dan seorang lagi memegang hujung kiri tali getah, seorang pemain yang lain akan melompat mengikut ketinggian yang ditetapkan. Aras ketinggian akan meningkat mengikut tahap permainan dari masa ke semasa sehingga paras kepala. Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point"atau "kosong game". Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati. 13


Galah Panjang sumber : Pinterest


GALAH PANJANG Galah Panjang ialah sejenis permainan yang dimainkan di dalam gelanggang yang di lakar di atas tanah kosong dan rata. Ianya dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Kebiasaanya permainan ini dimainkan berkumpulan. Kumpulan – kumpulan tersebut terdiri daripada beberapa pemain. Permainan ini tidak sesukar mana dan memerlukan strategi dan kebijaksanaan, kecekapan dan kepantasan pemain. Pemain perlu menempuh gelanggang untuk menang. 15


GALAH PANJANG CARA PERMAINAN Gelanggang di lakar bergantung kepada bilangan pemain, kebiasaanya berukuran lebih kurang 2 x 1.5 meter. Setiap kumpulan perlu memilih seorang ketua, penjaga gelanggang dan penempuh gelanggang. Kumpulan akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garis yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana – mana garisan depan atau belakang. Pihak lawan akan menempuh gelanggang dan yang menjaga gelanggang perlu menghalang pihak lawan daripada masuk ke gelanggang seterusnya. Jika Pihak lawan dapat menempuh sehingga garisan paling akhir,ianya dikira menang dan jika pihak lawan disentuh oleh pihak menjaga gelanggang,maka ia dikira mati atau kalah. 16


Konda Kondi sumber : Pinterest


KONDA KONDI Konda Kondi ialah sejenis permainan kanak – kanak di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Perik mata. Permainan ini juga hampir serupa dengan permainan di India iaitu ‘Kaunda Kaundi’. Ianya dimainkan sekurang – kurangnya 2 orang atau lebih. Konda Kondi hanya memerlukan dua batang kayu berukuran 0.5 meter. Sebuah lubang akan dikorek diatas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter. Kayu akan diletakkan di tengah lubang secara melintang yang akan digunakan untuk mengait dan dikuis kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan. 18


KONDA KONDI CARA PERMAINAN Permainan Konda Kondi memerlukan dua pasukan yang terdiri daripada dua hingga ke enam orang setiap pasukan. Pemain pertama akan meletakkan kayu anak secara melintang di lubang dan kayu ibu akan menyungkit kayu anak supaya melambung ke udara dan tersasar jauh dari pemain lawan. Pada masa yang sama, pemain pasukan lawan perlu menyambut anak kayu tersebut sebelum jatuh ke tanah. Jika pemain lawan gagal menyambut kayu anak tersebut, pasukan tersebut dikira kalah dan jika pemain lawan berjaya menyambut, pasukan yang bermain akan dikira mati dan di ambil alih oleh pemain lawan. 19


Tuju Guli sumber : Canva


TUJU GULI Tuju Guli ialah sejenis permainan yang melontarkan guli dengan tepat kepada sasarannya. Permainan ini di mainkan oleh kanak – kanak lelaki. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Permainan Tuju Guli di mainkan di kawasan tanah rata dan lapang untuk dijadikan gelanggang. 21


TUJU GULI CARA PERMAINAN Setiap pemain akan menjentik gulinya kepada kepada semua guli yang berada dalam kawasan agar terkeluar dari bulatan. Sekiranya jentikan itu tersasar ia dikira mati dan akan di ambil alih oleh pemain seterusnya. Kiraan mata berdasarkan banyak jumlah jentikan yang dibuat terhadap guli pemain lawan yang lain sehingga semua pemain selesai. 22


Gasing sumber : Pinterest


GASING Gasing sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya dengan mengimbangi pada satu titik. Permainan Gasing biasa dimainkan selepas musim menuai tetapi permainan gasing telah menjadi permainan kanak kanak sejak era 80 an dan 90 an. Malah reka bentuk juga berubah kepada sedikit kecil sesuai untuk kanak-kanak. Asalnya gasing diperbuat daripada kayu yang ditakik-takik dan dikikis-kikis sehingga menjadi bentuk gasing. Gasing tidak lengkap tanpa tali kerana tali berfungsi memutarkan gasing tersebut. 24


GASING CARA PERMAINAN Permainan gasing dimainkan oleh seorang atau lebih pada satu satu masa. Permulaannya, para pemain akan melilit tali pada paksi gasing. Cecincin pada hujung tali dimasukkan kedalam jari dan gasing tersebut di lemparkan untuk berpusing. Memusing gasing perlu dilakukan dengan cara yang betul bagi menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Langkah perlu disusun dengan betul supaya gasing tidak jatuh mengiring atau meleret. Gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun kebelakang supaya gasing yang dilepaskan nanti membentuk pusingan yang sempurna. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Lebih lama maka lebih tinggi peluang untuk menjadi juara. 25


Layang-Layang sumber : Pinterest


LAYANG-LAYANG Layang-layang berasal daripada gabungan perkataan layan dan menerbang. Sejenis permainan yang sangat popular dikalangan kanak-kanak era 90an dan sehingga kini masih lagi menjadi salah satu permainan pilihan sehingga ada satu hari khusus bagi meraikan permainan ini iaitu Hari Layang- Layang Sedunia. Layang-layang merupakan satu kerangka yang dibina dari selembaran kertas atau bahan tipis seperti plastik yang boleh diterbangkan dan dilayangkan di udara. Ia dikendalikan menggunakan tali atau benang yang di pegang oleh pemain. 27


LAYANG-LAYANG CARA PERMAINAN Kekuatan permainan Layang-layang adalah daripada kekuatan angin dan juga cara pengendalian layang-layang adalah kunci utama dalam permainan layang-layang. Sebelum memulakan permainan Layang-layang, amat penting memastikan tiupan angin laju, beralun dan cuaca yang baik. Para pemain Layang-layang akan meletakkan layang-layang di tanah sambil memegang tali dan berlari bagi menaikkan layang-layang tersebut. Apabila layanglayang sudah naik dan meninggi, pemain akan memastikan layanglayang terus terbang dan tidak jatuh. Kerana itu amat penting kekuatan hembusan angin yang bergeser mengelilingi badan layang-layang supaya dapat memberikan daya angkat kepada layang-layang tersebut.Pemain juga seringkali menambah ekor pada hujung layang-layang supaya memudahkan pemain mengendalikan layang-layang menjadi lebih beralun apabila berada di udara. 28


"Pukul Berapa Datuk Harimau" s u m b e r :G o o gle


"PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU" Permainan Datuk Harimau ini sememangnya sinonim dalam jiwa kanak-kanak era 80an dan 90an. Permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan dan sangat sesuai dimainkan pada waktu lapang. Kebiasaanya kanakkanak gemar bermain permainan ini pada riadah di sebelah petang. Boleh dimainkan tidak kira lelaki atau perempuan. Permainan ini hampir sama dengan permainan A.E.I.O.U. Jumlah pemain pula perlu melebihi dari tiga orang dan tiada had kerana permainan ini tidak dapat dimainkan secara berseorang. 30


"PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU" CARA PERMAINAN Sebelum memulakan permainan, undian akan dilakukan bagi menentukan siapa yang akan menjadi Datuk Harimau. Datuk Harimau ini akan berjalan perlahan-lahan ke hadapan setapak demi setapak. Para pemain yang lain akan mengekorinya dari belakang secara senyap-senyap dan berhati-hati. Sambil mengikuti Datuk Harimau, para pemain akan bertanya kepada Datuk Harimau, “Pukul berapa Datuk Harimau? Setiap kali di tanya, Datuk Harimau akan menjawab “Pukul 1” , kemudian akan ditanya lagi oleh para pemain dan dijawab lagi oleh Datuk Harimau, begitulah seterusnya sehingga Datuk Harimau menjawab “ Pukul 12” , Datuk Harimau akan mengejar para pemain dibelakangnya sehingga menangkap seorang bagi menjadi Datuk Harimau yang seterusnya. Jika Datuk Harimau gagal menangkap seorang pemain lain yang mana mereka semua berjaya masuk ke kawasan selamat, maka Datuk Harimau akan terus menjadi Datuk Harimau dan mengulangi permainan tersebut dari awal. 31


Teng Teng 03 sumber : Pinterest


TENG-TENG Permainan Teng Teng ini juga dikenali dengan nama Ketinting. Ianya seringkali dimainkan oleh kanak-kanak perempuan kerana ianya tidak lasak. Permainan ini dimainkan dalam gelanggang yang agak kecil dan tidak memerlukan banyak tenaga. Gelanggang dibuat dengan melakarkan garisan petak di atas tanah sahaja. Selain daripada itu boleh juga dilukis menggunakan kapur pada permukaan lantai yang rata atau jalan tar. Ianya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dua hingga empat orang. Selain gelanggang, gundu atau buah juga diperlukan. Gundu atau buah ialah objek yang berbentuk leper dan kecil dan boleh diperoleh daripada pecahan batu,pinggan,kepingan besi. Kegunaan gundu ini sebagai penanda untuk pemain mengerakkan kedudukan mereka dalam petak gelanggang. 33


TENG-TENG CARA PERMAINAN Undian akan digunakan bagi menentukan pemain pertama dan seterusnya.Pemain pertama akan mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Hal yang sama dilakukan jika pemain berjaya melepasi pusingan pertama,kedua dan seterusnya. Jika gundu tidak berjaya masuk ke dalam petak atau terkeluar, maka dianggap mati dan hilang giliran. Pemain seterusnya akan mengambil alih permainan. Pada awal permainan, lompatan perlu dilakukan dari petak pertama terus ke petak ketiga tanpa memijak petak kedua. Pemain perlu melompat kedalam petak dengan menggunakan sebelah kaki kecuali pada petak sembilan, pemain boleh menggunakan kedua belah kaki.Pemain akan melompat sehingga selesai petak dan ulang lompatan sehingga ke petak pertama. Gundu hendaklah dikutip semula sebelum pemain menamatkan setiap sesi permainan. Pemain akan menandakan rumah dengan lakaran menggunakan gundu tersebut pada petak terletaknya gundu itu.Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak yang terdapat gundu didalamnya. 34


Tuju Tin s u m b e r : Pin t e r e s t


TUJU TIN / BALING TIN Peralatan permainan terdiri daripada 15 tin susu kosong diperlukan untuk permainan ini. Tin disusun mengikut urutan 5,4,3,2, dan yang paling atas 1. tin kosong seperti tin susu isian pekat dan sebiji bola sebesar bola tenis. Selipar boleh mengganti jika bola tiada. 36


TUJU TIN / BALING TIN CARA PERMAINAN Tin-tin tersebut disusun mengikut kehendak pemain sama ada dalam barisan atau bertingkat.Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah yang rata ataupun di atas gelanggang. Garisan digores di atas tanah sebagai penanda tempat setiap pemain berdiri untuk melontar bola ke arah tin. Tiada ukuran khusus yang perlu dipatuhi, hanya bergantung kepada keselesaan pemain itu sendiri. Antara peraturan permainan ini adalah jumlah lontaran sebanyak tiga kali. Pasukan yang berjaya menyusun kembali tin mengikut susunan tin seperti asal dikira sebagai pemenang. 37


Tarik Pelepah sumber : Google


TARIK PELEPAH Tarik Pelepah Pinang atau dikenali juga dengan nama Tarik Upih adalah permainan tradisional sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini menggunakan pelepah pinang atau kelapa sebagai alat asas. Permainan ini juga boleh dimainkan secara berkumpulan iaitu dua hingga empat orang atau lebih bergantung kepada persetujuan bersama. 39


TARIK PELEPAH CARA PERMAINAN Pemain duduk di pangkal pelepah pinang sebagai penunggang, kemudian pemain yang lain menariknya seolah-olah ia sedang menaiki sampan. Cara sebegini dimainkan secara bergilir-gilir. Jika pertandingan diadakan pasukan yang paling pantas dikira pemenang. Penunggang yang terjatuh tidak boleh meneruskan permainan. 40


Lastik sumber : Pinterest


LASTIK Lastik adalah sejenis senjata untuk lontaran kecil menggunakan dua jalur tali getah disambungkan ke dua bahagian atas kerangka batang berbentuk "Y". Terdapat kantung tempat menyimpan bahan lontaran yang disambungkan ke kedua-dua jalur tali getah tersebut. 42


LASTIK CARA MENGGUNAKAN LASTIK bahan lontaran seperti batu kerikil, biji getah atau tanah liat kering diletakkan di dalam kantung. Sebelah tangan memegang batang kerangka "Y" manakala sebelah tangan lagi menggenggam kantung dan menarik jalur getah ke belakang. Semakin jauh atau panjang tarikan jalur getah itu semakin tinggi kuasa lontaran dan bahan lontaran bergerak lebih pantas, padu dan jauh. 43


GLOSARI Batu Kerikil – merujuk kepada anak batu, biasanya batu granit yang dipecahkan. Saiz batu kelikir yang selalu digunakan adalah antara 2mm -75mm Cecincin – hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul Dedikasi – pengabdian diri, masa, dan lain-lain sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dan lain-lain), inskripsi atau pengumuman yang ditambah pada awal buku, gubahan muzik, dan lain-lain yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu Dikuis – menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dgn kakinya; 2. mengais (spt ayam); menguis-nguis menguis Di takik-takik – takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang: potongan itu tebal-tebal nya; takang- berbagai-bagai takik; bertakik-takik Di Kikis-kikis – mengikis mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru. Gundu – 1. buah yg keras, guli; 2. sesuatu spt guli yg digunakan sbg pelontar dlm permainan guli, tagan; bergundu Khazanah – Bersinonim dengan barang-barang kepunyaan, arkib, harta benda, kumpulan, himpunan, mal, perbendaharaan. Kaunda-Kaundi -perkataan india yang merujuk kepada permainan konda-kondi Selambut – Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung bagi permainan batu seremban Serembat – perkataan lain bagi permainan batu seremban Upih – pangkal pelepah yg lebar dan tipis (pd pokok palma spt pinang dll) 44


INDEKS B Batu Kerikil -ms28 C Cecincin – ms18 D Dedikasi – ms3 Di kuis – ms10 Di takik-takik – ms18 Di Kikis-kikis – ms18 G Gundu – ms24 45 K Khazanah – ms4 Kaunda-Kaundi -ms14 S Selambut – ms8 Serembat – ms8 U Upih – ms28


Click to View FlipBook Version