The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannahshuhana, 2023-07-18 11:41:38

PERMAINAN KANAK-KANAK ERA 80 DAN 90AN

PERMAINAN KANAK-KANAK ERA 80 DAN 90AN

TARIK PELEPAH Tarik Pelepah Pinang atau dikenali juga dengan nama Tarik Upih adalah permainan tradisional sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini menggunakan pelepah pinang atau kelapa sebagai alat asas. Permainan ini juga boleh dimainkan secara berkumpulan iaitu dua hingga empat orang atau lebih bergantung kepada persetujuan bersama. 50


TARIK PELEPAH CARA PERMAINAN Pemain duduk di pangkal pelepah pinang sebagai penunggang, kemudian pemain yang lain menariknya seolah-olah ia sedang menaiki sampan. Cara sebegini dimainkan secara bergilir-gilir. Jika pertandingan diadakan pasukan yang paling pantas dikira pemenang. Penunggang yang terjatuh tidak boleh meneruskan permainan. 51


TARIK PELEPAH 52 sumber : youtube Fniey Bridal Collection Enterprise


Lastik sumber : Pinterest


LASTIK Lastik adalah sejenis senjata untuk lontaran kecil menggunakan dua jalur tali getah disambungkan ke dua bahagian atas kerangka batang berbentuk "Y". Terdapat kantung tempat menyimpan bahan lontaran yang disambungkan ke kedua-dua jalur tali getah tersebut. 54


LASTIK CARA MENGGUNAKAN LASTIK bahan lontaran seperti batu kerikil, biji getah atau tanah liat kering diletakkan di dalam kantung. Sebelah tangan memegang batang kerangka "Y" manakala sebelah tangan lagi menggenggam kantung dan menarik jalur getah ke belakang. Semakin jauh atau panjang tarikan jalur getah itu semakin tinggi kuasa lontaran dan bahan lontaran bergerak lebih pantas, padu dan jauh. 55


LASTIK 56 sumber : youtube salman azmi


GLOSARI Batu Kerikil – merujuk kepada anak batu, biasanya batu granit yang dipecahkan. Saiz batu kelikir yang selalu digunakan adalah antara 2mm -75mm Cecincin – hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul Dedikasi – pengabdian diri, masa, dan lain-lain sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dan lain-lain), inskripsi atau pengumuman yang ditambah pada awal buku, gubahan muzik, dan lain-lain yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu Dikuis – menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dgn kakinya; 2. mengais (spt ayam); menguis-nguis menguis Di takik-takik – takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang: potongan itu tebal-tebal nya; takang- berbagai-bagai takik; bertakik-takik Di Kikis-kikis – mengikis mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru. Gundu – 1. buah yg keras, guli; 2. sesuatu spt guli yg digunakan sbg pelontar dlm permainan guli, tagan; bergundu Khazanah – Bersinonim dengan barang-barang kepunyaan, arkib, harta benda, kumpulan, himpunan, mal, perbendaharaan. Kaunda-Kaundi -perkataan india yang merujuk kepada permainan konda-kondi Selambut – Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung bagi permainan batu seremban Serembat – perkataan lain bagi permainan batu seremban Upih – pangkal pelepah yg lebar dan tipis (pd pokok palma spt pinang dll) 57


INDEKS B Batu Kerikil -ms28 C Cecincin – ms18 D Dedikasi – ms3 Di kuis – ms10 Di takik-takik – ms18 Di Kikis-kikis – ms18 G Gundu – ms24 58 K Khazanah – ms4 Kaunda-Kaundi -ms14 S Selambut – ms8 Serembat – ms8 U Upih – ms28


Click to View FlipBook Version