The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cudicini07, 2021-07-11 19:43:03

BOLA BALING SK JELOTONG

BAHAN BOLA BALING

BOLA BALING.

Bola baling juga dikenali sebagai bola baling berpasukan, Bola
baling Eropah atau bola baling Olimpik) ialah sukan berpasukan di mana dua
pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain setiap pasukan (enam pemain
gelanggang luar dan penjaga gawang. Cara menghantar bola menggunakan
tangan mereka dengan tujuan untuk membalingnya ke dalam gawang pasukan
lain. Perlawanan yang piawai terdiri daripada dua masa 30 minit, dan pasukan
yang menjaringkan lebih banyak gol menang.

BOLA BALING SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip
kepada bola keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik
pada tahun1936. Sebelum itu, ia popular di negara-negara seperti Denmark,
Czekoslovakia,Jerman dan negara-negara bekas Soviet Union.

Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh
seorang guruyang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock
Han kepada satu kumpulan guru dan pelajar dibeberapa buah sekolah di
Selangor. Kepopularan permainan ini terbukti dengan berlangsungnya
Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor dan
Wilayah Persekutuan pada tahun1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah
pasukan dari Selangor,Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti
Malaya. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di
Malaysia dan disusuli pula dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling
Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola baling dipertandingkan di
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

.SAIZ BOLA

i} Bola diperbuat daripada kulit dan berwarna. Lilitan : 48 cm Þ 60 cm –
a} Lelaki Dewasa 54 cm 56 cm
b}Perempuan Dewasa 54 cm 56 cm
c} Lelaki Bawah 18 Berat Bola -: 425 Þ 475 gm
d}Lelaki Dewasa 325 Þ 499 gm
e} Perempuan Dewasa MSSM : Bola saiz 2 –
f} Lelaki dan Perempuan Bawah 12
g}GAWANG GOL Pandangan Dari Depan Pandangan Dari Tepi 28 cm
80 cm 28 cm 200 cm 208 208 9 X 20 300 cm 316 cm 100 cm16

CARA PERMAINAN

i] Permainan dimulakan di bahagian tengah gelanggang di mana salah
satupasukan memulakan hantaran. Kemenangan dikira dengan kelebihan
jumlahjaringan yang diperoleh. Sebelum permainan dimulakan, empat
orang pegawai yang terdiri daripada Pengadil Garisan Gol, Pengadil
Gelanggang, Penjaga Masa dan Pencatat hendaklah ada atau dilantik.

ii] Masa permainan adalah seperti berikut,iaitu mengikut kategori masing-
masing. Lelaki Dewasa : 30 – 15 – 30 Lelaki Remaja : 25 – 10 – 25 MSSM
(Semua Kategori) : Liga – 10 – 10 tanpa rehat Kalah Mati – 20 – 10 – 20
Lain-lain : Mengikut keputusan penganjur kejohanan Jumlah pemain di
dalam satu-satu pasukan ialah seramai 12 orang, 10orang pemain di dalam
gelanggang dan 2 orang penjaga gol. Bagi memulakanpermainan, 7 orang
pemain mesti berada di dalam gelanggang termasuk seorang penjaga gol.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK DAN
KEMAHIRAN ASAS

i] Jenis Hantaran Hantaran Atas Bahu Hantaran Lob Hantaran Atas Kepala
Hantaran Paras Dada Hantaran Sisi Hantaran Lantun Sebelah Tangan
Hantaran Lantun Dua Belah Tangan

i] Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
Menyambut Bola Kedudukan Tangan dan Jari Semasa Menyambut Bola
Menyambut Bola Aras Muka Menyambut Bola Rendah Menyambut Bola
dengan Sebelah Tangan Menyambut Bola Tinggi

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB

PENGERUSI•
Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat; • meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan •
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa

Naib Pengerusi •
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi;
• mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi; dan • menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Setiausaha •
Mengurus hal-hal surat menyurat; • mencatat dan menandatangani minit
mesyuarat/laporan kegiatankegiatan; • mencatat kehadiran ahli; • menyimpan
dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan • menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong Setiausaha •
Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Bendahari •
Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab; • melakukan dan
menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya; •
menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya; • melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam
mesyuarat ahli Jawatankuasa; • menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit
dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung; dan • menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong Bendahari •
Membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya;
dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa. vii. Ahli Jawatankuasa • membantu menjalankan tugas
dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan; • mempengerusikan biro
sekiranya dilantik; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Pemeriksa Kira-Kira •
Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan •
bertanggungjawab ke atasnya; dan • memastikan pengurusan kewangan diurus
dengan betul.
i. Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan
memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan
aktiviti yang telah ditetapkan. Guru penasihat perlulah memberi maklumat dan
dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat
berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab.
Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas
jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti

PERATURAN PERMAINAN

A) Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang

pemain termasuk seorang penjaga gol yang akan berada di dalam gelanggang.
Pemain simpanan boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-
bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu
sebelum pemain simpanan masuk. 3.
Tempoh Permainan Bagi kumpulan umur bawah 12 tahun (lelaki dan
perempuan), masa permainan ialah 20 minit setiap separuh masa dengan 10
minit masa rehat. Masa permainan hanya akan dihentikan atas perintah
pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa. 4.
Memainkan Bola a. Pemain dibenarkan : • mengambil 3 langkah dengan bola; •
memegang bola maksimum 3 saat; • menjunam untuk mendapatkan bola; dan •
menggelecek
.
b) Pemain tidak dibenarkan : •

Jikamembahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola. • merampas,
memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. •
menggunakan bahagian anggota di bawah lutut. 5. Menghadang Pihak Lawan
Pemain boleh menggunakan badan untuk mengadang pihak lawan
menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau
menumbuk sama ada dengan atau tanpa bola. Pemain tidak dibenarkan meragut
atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan
merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan

.c)Balingan
Balingan ke Dalam Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari

garisan tepi sama ada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan.
Balingan ini mestilah diambil dari tempat bola itu keluar dengan sekurang-
kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada
pada jarak 3 meter dari pembaling. . Balingan ke dalam di sudut Balingan ini
diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi
garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut
garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak
garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. .
Balingan Pengadil Balingan akan diberikan apabila : • kesalahan berlaku
serentak oleh kedua-dua pasukan; dan • bola direbut oleh kedua-dua pemain. .
Balingan Percuma Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan.
Balingan diambil dari tempat kesalahan itu berlaku kecuali • Apabila kesalahan
berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan 9 meter.
Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola
dimainkan. • Apabila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di

kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa
menyerang (mana-mana yang memberikan kelebihan kepada pihak lawan). •

d) Kesalahan
Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar

garisan 9 meter. • Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol
sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga
gol. Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak
tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada
jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.
Balingan 7 meter (penalti) Balingan ini diberikan apabila; • peluang keemasan
menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan; Semua pemain mesti
berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini
tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan.

Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.
Bola Baling Bola Baling 24 25 11. Balingan Gol Balingan ini diberikan apabila
bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol dan bola
dibaling keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang. 12. Hukuman
Susulan Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan
balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuman yang
lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan ialah Amaran (Kad Kuning),
2 minit penggantungan, penyingkiran dan pembatalan.












Click to View FlipBook Version