The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cudicini07, 2021-07-11 09:34:37

BAHAN CILIK BISTARI

BAHAN CILIK BISTARI

KELAB CILIK BISTARI

SEKOLAH KEBANGSAAN JELOTONG

KELAB CILIK BESTARI SK. JELOTONG

Guru Penasihat Kelab Cilik Bestari

1. EN. MD. NAZARUDDIN BIN SARJI

2.EN. HALIL BIN ROJIKIN

VISI
- Menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masa depan
bumiputera.

MISI
- Meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek melalui pendidikan
berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT
- Memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam
bidang keusahawanan melalui aktiviti perniagaan di sekolah.

- Memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa bidang
keusahawanan merupakan satu kerjaya pilihan dan menjamin masa
depan.

- Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara
menguruskan perniagaan termasuk aspek kewangan dan penyediaan
syarikat.

- Mengembangkan potensi pada diri pelajar untuk menjadi bakal
usahawan masa depan.

- Memberi peluang kepada pelajar untuk memegang jawatan penting
dalam syarikat yang ditubuhkan.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN KELAB CILIK BESTARI

1. Guru Besar dan GPK memberi kerjasama.
2. Semangat kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan guru dan
murid.
3. Sambutan yang baik daripada murid.
4. Kekangan masa untuk melatih murid.
5. Kebanyakan murid kurang mahir dalam bidang kewangan dan
menguruskan akaun.
6. Guru penasihat yang kurang pengalaman untuk menguruskan akaun.

PELUANG DAN ANCAMAN KELAB CILIK BESTARI
1. Sokongan padu daripada ibu bapa.
2. Mendapat bantuan daripada Kedai Buku PIBG SKJ.
3. Sumbangan dan bantuan kewangan terhad.

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN OLEH AHLI KELAB CILIK BESTARI
1. Projek buku skrap.
2. Mesyuarat Agong Tahunan.
3. Kuiz PNB dan Kursus kepimpinan.
4. Jamuan Akhir Tahun.
5. Penggiliran bertugas menjaga Kedai Buku PIBG SKJ.

PERBEZAAN KONSEP USAHAWAN DAN PENIAGA

Definisi : Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan
perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga ialah orang yang melibatkan
diri dalam kegiatan jual beli. Ia membeli barangan dengan harga yang lebih rendah dan menjual
dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan dan jika ia melibatkan diri dalam
kegiatan perkhidmatan, ia juga akan mendapat keuntungan daripada menawarkan perkhidmatannya.
Ia berniaga semata-mata untuk mendapatkan untung. Selain daripada itu, objektif peniaga adalah
untuk mencapai matlamat peribadi.

Jika diteliti kedua-dua istilah peniaga dan usahawan sememangnya terdapat perbezaan. Selain dari
mencari keuntungan ushawan juga berkhidmat untuk masyarakat.

Ciri-ciri Peniaga.

1. Membeli barang untuk dijual semula.
2. Harga barang yang dibeli berbeza dengan harga barang yang dijual semula, selalunya lebih tinggi
3. Mempunyai sifat boleh mengurus perniagaan dengan baik. Ia sepatutnya mampu mengurus wang,
pekerja-pekerja, barang-barang dan kedainya supaya teratur dan sistematik.
4. Tidak mencipta barang sendiri untuk dijual, sebaliknya membeli barang dari usahawan untuk dijual.

Setelah melihat definisi dan ciri-ciri seorang peniaga, kita sudah pasti dapat membezakan usahawan
dan peniaga. Jadual 1.2 di bawah ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan
usahawan dan peniaga

Jadual Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga

Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :-

Usahawan
1) Usahawan lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat dan pembangunan
negara.
2) Usahawan merupakan peniaga yang sentiasa membuat pengubahsuaian kepada
produk atau perkhidmatan yang sedia ada dan mencari idea-idea baru.
3) Contoh: En. Zulkifli menjalankan perniagaan runcit. Ia melabelkan harga
barangan, menyusun barangan mengikut jenis-jenis tertentu dan kedainya
berhawa dingin. Seorang juruwang ditugaskan di kaunter pembayaran. Kedai
runcitnya seakan-akan sebuah pasar raya. Ia mempunyai beberapa cawangan di
bandar lain.

Peniaga
1) Peniaga lebih mementingkan keuntungan daripada khidmat kepada masyarakat
dan pembangunan negara.
2) Peniaga merupakan orang yang membeli sesuatu barangan pada harga yang
rendah dan menjual pada harga yang tinggi.
3) Contoh: En. Ahmad memiliki sebuah kedai runcit. Ia membeli barang-barang
runcit daripada pemborong dan meletakkan barangannya di kedai untuk dijual
kepada pengguna.

Apa itu Dividen?
Dividen dapat digambarkan sebagai hadiah yang diberikan oleh perusahaan
terbuka kepada pemegang saham mereka, dan sumbernya adalah laba bersih
perusahaan.
Imbalan tersebut dapat dalam bentuk uang tunai, setara uang tunai, saham, dll.
Dan sebagian besar dibayarkan dari sisa bagian laba setelah biaya penting
terpenuhi. Dewan direksi perusahaan memutuskan tingkat dividen, di mana
persetujuan dari pemegang saham mayoritas juga diperhitungkan.
Namun, perusahaan dapat memutuskan untuk mempertahankan akumulasi
keuntungan mereka untuk diinvestasikan kembali dalam bisnis atau
menyimpannya untuk digunakan di masa mendatang.
Lebih lanjut, pengumuman tentang pengumuman pendapatan dividen sebagian
besar menyertai kenaikan atau penurunan yang signifikan pada nilai saham
perusahaan.

Apakah Itu Aset?

Aset boleh ditakrifkan sebagai setiap item nilai ekonomi yang dimiliki oleh seorang
individu atau korporat, khususnya yang boleh ditukar menjadi tunai. Contoh yang
boleh dikaitkan di sini seperti tunai, surat atau sekuriti boleh niaga, penghutang,
stok atau inventori, peralatan pejabat, hartanah, kenderaan, dan harta yang lain
mengikut ciri-ciri yang tertentu. Dari segi persamaan perakaunan , aset adalah
sama dengan modal(terdiri daripada saham), digabungkan dengan
tanggungan/liabiliti/hutang dan keuntungan.Dengan kata lain : Aset = Modal +
Liabiliti + Untung. Aset boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu aset ketara
dan aset tak ketara.


Click to View FlipBook Version