The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN ISLAM EFOLIO ZUL IKHWAN & FAIZ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulikhwan200, 2022-07-07 10:37:12

EFOLIO ZULIKHWAN DAN FAIZ

PENDIDIKAN ISLAM EFOLIO ZUL IKHWAN & FAIZ

PENILAIAN SUMATIF: EFOLIO
NAMA: MUHAMMAD ZULIKHWAN BIN YUSNIZAM-P01SMN21F017
NAMA: MOHD FAIZ NASEEM BIN AHMAD ZARONI-P01SMN21F015
TAJUK:PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN DAN HUBUNGANNYA.

NAMA PENSYARAH:ASMAHAN BINTI ABDULLAH

DALIL AL-QURAN

َ‫َويَ ُك ْو ََن النَّا ِ َس َعلَى ُش َهدَۤا َءَ ِلتَ ُك ْونُ ْوا َّو َسطا اُ َّمةَ َجعَ ْل ٰن ُك َْم َو َك ٰذ ِل َك‬
‫ال َّر ُس ْو َُل‬ َ‫ُكَع ْنِقبَ َْيَت َِۗهالَّ ِت َع ٰل َْيىا ْليَِّق ْنْبقَلَ َِلَةَ َُب َج ِمعَ ْل َّمنَاَْن َوال َم َّار َُۗس ْ َشو ِهَلَ ْيديَّاتَّبِ َُعَعلَ ْي َم ُك ْْنَم‬ َ‫َعلَ ْي َها‬
‫ِلنَ ْعلَ ََم اِ ََّّل‬ َ‫َكانَ َْت َو ِا ْن‬
‫َۗ ِا ْي َمانَ ُك َْم ِليُ ِض ْي َعَ ّل ٰلَاُ َكا ََن َو َماَّۗل ٰلَاُ َهدَى الَّ ِذ ْي َنَ َعلَى اِ ََّّل لَ َكبِ ْي َرَة‬
‫َّر ِح ْيمَ لَ َر ُء ْو َف بِالنَّا ِسَ ّل ٰلَاَ ِا ََّن‬

Maksudnya

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam)
”umat pertengahan” agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)
manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas
(perbuatan) kamu. Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu)
kamu (berkiblat) kepadanya melainkan agar Kami mengetahui
siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke
belakang. Sungguh, (pemindahan kiblat) itu sangat berat,
kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan
Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sungguh, Allah
Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia.

PENDAHULUAN

Ibadah adalah makanan rohani manusia. Kesan ibadah tidak terlihat kepada anggota
jasat manusia tetapi ia memberi kesan kepada jiwa manusia yang taat beribadah dan
ikhlas kepada Allah S.W.T semata-mata. Kemuliaan manusia terletak pada unsur
rohnya yang dapat hidup dan meningkatkan nilai kejiwaannya ketika bermunajad
kepada Allah S.W.T. Justeru itu, ibadah yang dilakukan adalah satu-satu jalan yang
dapat menyediakan makanan dan bahan penyuburan kepada roh manusia, serta
memberi bekalan kekuatan jiwa yang tidak akan lenyapdan habis (AL-Qardhawi,
1995: 4).

Islam adalah agama yang mencukupi seluruh kehidupan manusia. Untuk
memanifestasikan kesempurnaan, kesesuai dan sejagatnya islam sebagai agama
kehidupan makai slam memberi ruang yang sangat luas kepada umatnya untuk
melakukan ibadah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Seorang hamba
seharusnya mentaati tuannya dan patuh kepada segala arahan yang diberikan
kebadannya.

Ketaatan ini juga bukan sekadar taat, patuh, hina dan menyerahkan diri semata-mata,
tetapi ketaatan itu berserta dengan keyakinan tentang kekuasaan dan keagongan.

PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN
1. PENGERTIAN ISLAM

Dari segi bahasa, perkataan ‘Islam’ berasal daripada bahasa Arab, iaitu salima yang
bermaksud selamat. Daripada perkataan itu, terbentuklah perkataan aslama yang
bererti menyerahkan diri atau tunduk dan patuh
Menurut istilah, Islam ialah: Agama Allah SWT yang diwahyukan kepada rasul-
rasulNya sejak nabi Adam a.s. hingga nabi terakhir Muhammad SAW. Agama Islam
mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik keyakinan kepada:

- Allah dan perkara-perkara ghaib lainnya (akidah),
- Ibadah khusus dan umum,
- Muamalat (bersosial),
- Munakahat dan aspek kekeluargaan,
- hukum-hakam, politik, ekonomi dan sebagainya

RUKUN ISLAM

Mengucap dua kalimah syahadah
Solat lima waktu
Menunaikan zakat
Berpuasa di bulan Ramadan
Menunaikan haji

2. PENGERTIAN IMAN

Maksud Iman pada bahasa ialah “pembenaran dengan hati”. maksudnya menerima
segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw
Dari segi istilah: Maksudnya: Pembenaran dengan hati, pengakuan dengan lisan, dan
amal dengan anggota badan. Oleh sebab itu iman boleh bertambah dan berkurang
sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang.

RUKUN IMAN

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Malaikat
Percaya kepada Kitab

Percaya kepada Nabi dan Rasul
Percaya kepada Hari Kiamat
Percaya kepada Qada’ dan Qadar

3. PENGERTIAN IHSAN

Perkataan “akhlak” berasal daripada bahasa Arab, iaitu “Al-Khulk” yang bererti tabiat,
perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan
Perkataan “akhlak” berasal daripada bahasa Arab, iaitu “Al-Khulk” yang bererti tabiat,
perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan.
Menurut istilahnya, akhlak ialah sifat yang ada dalam diri seorang manusia yang boleh
mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu pemikiran dan
paksaan

Hubungan antara Islam, Iman dan Ihsan serta Hubungannya
dengan Komunikasi Islam

Komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal
bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di
sekeliling untuk dipelajari

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baikdan melarang dari
segala yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-
benar iman)”. (Surah Ali ‘Imran 3:110)

Dalam mempraktikkan ilmu komunikasi yang baik (dakwah) sudah pasti tidak akan
lepas daripada akhlak yang baik. Sejarah membuktikan kepetahan dalam
menyampaikan sesuatu mesej belum tentu dapat diterima oleh pendengar sekiranya
tidak dilampirkan dengan akhlak yang baik daripada penyampai. Masih ramai dalam
kalangan pendakwah yang menganggap bahawa dakwah hanya berbentuk
penyampaian sesuatu mesej secara lisan. Sebenarnya, dakwah merangkumi aspek
lainnya juga seperti penampilan diri, praktik amalan pendakwah itu sendiri, akhlak
mulia, atau yang biasa disebut dengan dakwah bil hâl.

Bahkan kedudukan yang terakhir inilah yang lebih penting jika dibandingkan
dengan dakwah bil lisan, iaitu dakwah dengan penyampaian lisan dan lebihmengenai
sasaran

Perbedaan Antara Iman, Islam, Dan Ihsan

Disamping adanya hubungan diantara ketiganya, juga terdapat perbedaan
diantaranya sekaligus merupakan identitas masing-masing. Iman lebih menekankan
pada segi keyakinan dalam hati. Islam merupakan sikap untuk berbuat dan
beramal.Sedangkan Ihsan merupakan pernyataan dalam bentuk tindakan nyata.
Dengan ihsan, seseorang bisa diukur tipis atau tebal iman dan islamnya.

Iman dan islam bila disebutkan secara bersamaan, maka yang dimaksud dengan
Islam adalah amal perbuatan yang nampak, yaitu rukun Islam yang lima, dan
pengertian iman adalah amal perbuatan yang tidak nampak, yaitu rukun iman yang
enam. Dan bila hanya salah satunya (yang disebutkan) maka maksudnya adalah
makna dan hukum keduanya.

Ruang lingkup ihsan lebih umum daripada iman, dan iman lebih umum daripada Islam.
Ihsan lebih umum dari sisi maknanya; karena ia mengandung makna iman. Seorang
hamba tidak akan bisa menuju martabat ihsan kecuali apabila ia telah merealisasikan
iman dan ihsan lebih spesifik dari sisi pelakunya; karena ahli ihsan adalah segolongan
ahli iman. Maka, setiap muhsin adalah mukmin dan tidak setiap mukmin adalah
muhsin.

Keutamaan Iman, Islam, Dan Ihsan Bagi Manusia

Setiap pemeluk Islam mengetahui dengan pasti bahwa Islam (Al-Islam) tidak sah
tanpa iman (Al-Iman), dan iman tidak sempurna tanpa ihsan (Al-
Ihsan). Sebaliknya, ihsan adalah mustahil tanpa iman, dan iman juga tidak
mungkin tanpa Islam.

Ali Bin Abi Thalib mengemukakan tentang keutamaan Iman,Islam dan Ikhsan sebagai
berikut:

“ Sahabat Ali Berkata : sesungguhnya iman itu terlihat seperti sinar yang putih,
apabila seorang hamba melakukan kebaikan, maka sinar tersebut akan tumbuh dan
bertambah sehingga hati (berwarna) putih. Sedangkan kemunafikan terlihat seperti
titik hitam, maka bila seorang melakukan perkara yang diharamkan, maka titik hitam
itu akan tumbuh dan bertambah hingga hitamlah (warna) hati”.

Jadi Iman,Islam dan Ikhsan mempunyai keutamaan yang sangat besar dalam
pandangan islam ini karena bagi para pelakunya akan diberikan Syurga oleh Allah
SWT sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT didalam Al-Qur’an dan Al-
Hadits.

KESIMPULAN

Iman adalah ucapan yg disertai dengan perbuatan diiringi dengan ketulusan niat dan
dilandasi dengan Sunnah. Islam adalah inisial seseorang masuk ke
dalam lingkaran ajaran Ilahi.Sedangkan Ihsan adalah adalah cara bagaimana
seharusnya kita beribadah kepada Allah.

Iman,Islam dan Ihsan adalah satu kesatuan yang tidak bisa dipisahkan satu dengan
lainnya. Iman adalah keyakinan yang menjadi dasar akidah. Keyakinan tersebut
kemudian diwujudkan melalui pelaksanaan kelima rukun Islam. Sedangkan
pelaksanaan rukun Islam dilakukan dengan cara Ihsan, sebagai upaya pendekatan
diri kepada Allah.

Iman lebih menekankan pada segi keyakinan di dalam hati.Islam adalah sikap
aktifuntuk berbuat atau beramal.Sedangkan Ihsan merupakan perwujudan dari iman
dan islam yang sekaligus merupakan cerminan dari kadar iman dan islam itu sendiri.

Iman,Islam dan Ikhsan mempunyai keutamaan yang sangat besar dalam
pandangan islam ini karena bagi para pelakunya akan di
berikan Syurga oleh Allah SWT sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT
didalam Al-Qur’an dan Al-Hadits.

RUJUKAN

1. https://www.tokopedia.com/s/quran/al-baqarah/ayat-143
2. https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pengertian-islam-iman-dan-ihsan/
3. http://kpijpapsas.blogspot.com/2016/07/12-hubungan-islam-iman-dan-ihsan-dengan.html


Click to View FlipBook Version