The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saraaming0605, 2024-03-19 00:38:09

ANALISIS KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH

PT1S2.12_SARA JANE ANAK AMING

PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK1094) Nama : SARA JANE ANAK AMING No Matrik : P23201542 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2023 Kumpulan/Unit : PT1S2.12 Nama Pensyarah : DR ROHANI BINTI HUSAINI


ANALISIS KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH


PENGENALAN Menurut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disusun untuk mencapai sesuatu matlamat pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum ini penting penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ia merupakan garis panduan yang menabntu guru atau pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan progaram.


Latar Belakang TASKA dan Prasekolah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) merupakan premis yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak khusus bagi yang berumur 0 hingga 4 tahun. Tujuan utama TASKA dilaksanakan adalah untuk memberikan didikan yang terbaik kepada kanak-kanak agar mereka mampu untuk meningkatkan tahap sosial secara sihat dengan cara berinteraksi bersama rakan atau dengan orang dewasa di sekililingnya. Program ini menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan yang berpendapatan rendah. Tonggak kurikulum yang digunakan TASKA ini ialah Kurikulum PERMATA Negara bagi setiap TASKA yang dibina. Secara keseluruhan, kurikulum PERMATA merupakan satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurilum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan kanak-kanak secar holistik dari segi jasmani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral. TASKA telah menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikan “belajar melalui bermain” bagi meransang perkembangan personality dan minda kanak-kanak.


Sebaliknya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 untuk melaksanakan program prasekolah yang telah dirancang dan dimulakan bagi tahun 1991. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), memperuntukkan Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Melalui dasar Pendidikan Prasekolah, KPM bertanggungjawab untuk memberikan pedidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun sebelum memasuki ke tahun 1 iaitu alam persekolah yang lebih formal. Pendidikan prasekolah menitikberatkan pendekatan ‘belajar sambil bermain’ yang mana programnnya berfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial malalui persekitaran pembalajaran yang selamat, meyuburkan, aktiviti menyeronokkan, kreatif dan bermakna.


Matlamat TASKA dan Prasekolah Secara umumnya, matlamat bagi Kurikulum PERMATA Negara yang digunakan di TASKA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang digunakan di Prasekolah adalah untuk menyediakan persediaan awal kepada kanak-kanak sebelum ke pendidikan formal. Bagi matlamat Kurikulum PERTMATA Negara secara terperinci adalah untuk menyediakan program asuhan serta didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahaun. Oleh itu, kurikulum yang digunakan di TASKA menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran awal yang berkualaiti supaya dapat melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecedasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat.


Manakala, matlamat yang ditetapkan dalam KSPK pula ialah bertujuan untuk memperkembangkan potensi murid berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam setiap aspek iaitu jasmani, emeosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu melalaui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pemebelajaran yang menyeronokkan agar mereka dapat memeperekembangkan potensi sebebar mereka. Justeru, kurikulum ini dapat meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk kendiri positif pada diri kanak-kanak supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya kerana selepas ini mereka akan berada di pendidikan formal di sekolah rendah iaitu Tahun 1.


Kerangka Konseptual TASKA dan Prasekolah Kerangka konseptual Kurikulum PERMATA Negara yang diguna TASKA mempunyai enam bidang pemeblajaran iaitu perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan awal matematik dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran; perkembangan fizikal; dan perkembangan kreativiti dan estetika. Oleh yang demikian, semua bidang ini akan diterapkan dalam pendidikan kanak-kanak ketika mereka berada di TASKA. Misalnya, bidang perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian akan mendidik kanak-kanak mengawal emosi serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Oleh itu, kanak-kanak akan timbul perasaan kesian kepada rakannya yang dalam kesusahan dan akan memberikan bantuan pertolongan. Dari segi emosi pula, kanak-kanak sudah pandai menunjukkan perasaan seperti gembira apabila seseorang memberikan mainan atau hadiah. Pada masa yang sama, kurikulaum di TASKA mengajar mereka untuk memelihara kesihatan mental dengan memastikan emosi yang stabil.


Manakala KSPK dibina berasaskan enam tunjag iaitu Komunikasi, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreeatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang meghayati nilai-nailai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampialan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif. Justeru, kanak-kanak dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun telah didik setiao Kemahiran dan aspek termasuklah aspek keagamaan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang beragama Islam sudah didik mengenai solat.


ANALISIS BIDANG ATAU TUNJANG TASKA DAN PRASEKOLAH Bidang yang terdapat dalam Kurikulum PERMATA yang diguna pakai di TASKA ialah bidang perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal. Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi kanak-kanak. Bahasa adalah asas yang penting dalm membina kemahiran sosial dan intelek kanak-kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, maka kanak-kanak perlulah menguasai kosa kata dan bahasa seperti yang disarankan oleh Chomsky dan Vygotsky. Malahan, kedua-dua kemahiran ini perlu dibina berasaskan pembelajaran literasi awal. Kurikulum PERMATA Negara menekankan penggunaan dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktivitinya setiap hari. Selain itu, penguasaan bahasa ibunda juga digalakkan sekiranya terdapat peluang untuk membina kemahiran dalam bahasa-bahasa tersebut di TASKA. Kanak-kanak lebih cepat boleh menguasai bahasa-bahasa yang selalu digunakan dalam berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar dengan cara meniru dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan lebih cepat dari persekitarannya. Bidang pembelajaran ini adalah bidang kedua yang ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Hal ini demikian kerana bidang ini bertujuan bagi memastikan kanak-kanak boleh menguasai bahasa, khusunya bahasa ibunda dan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris lebih awal. Umumnya, objektif pembelajaran bagi bidang ini ialah untuk membina kebolehan bertutur, bersoalh jawab, awal membaca, awal menulis dan menanam minat suka membaca sebagai langkah ke arah pembudayaan ilmu dalam diri kanak-kanak.


Manakala tunjang komunikasi dalam KSPK berfokuskan kepada kemahiran berbahasa semasa berkomunikasi sama ada secara lisan dan bukan lisan. Melalui tunjang komunikasi ini murid akan didedahkan terhadap kemahiran berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Contohnya, guru melakukan aktiviti seperti bercerita di mana murid mendengar dan mampu memberi respon terhadap cerita tersebut. Justeru, murid juga akan diberikan pendedahan mengenai aktiviti prabaca dan pratulis bagi membolehkan kanakkanak mengetahui cara membaca dan menulis yang betul seperti cara memegang buku dan pensil. Melalui tunjang ini, ia dapat membentuk murid yang mahir dalam berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan seterusnya mamapu mengutarakan pendapat dan meluahkan perasaan dengan baik.


RUMUSAN Kesimpulannya, Kurikulum PERMATA Negara yang digunakan di TASKA dan KSPK yang digunakan di prasekolah banyak memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, kedu-dua kurikulum tersebut telah memberi persediaan awal serta memperkenalkan kepada kanak-knak tentang Pendidikan dan kehidupan yang mereka akan alami pada masa hadapan. Justeru, ibu bapa digalakkan menghantar anak-anak mereka ke taska atau prasekolah Ketika umur 0 hingga 6 sebagai persediaan sebelun memsuki darjah 1. Oleh itu, kanak-kanak tidak akan berasa terkejut dan mudah untuk bersosialisai apabila masuk kea lam persekolah yang formal kerana telah mempuyai pengalaman dan persediaan yang rapi.


Rujukan Aziyan Bakar.(2013, Julai 21). Konsep dan Definisi Kurikulum. Slideshare. https://www.slideshare.net/nayiza/konsep-dan-definisi-kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016, April). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. https://anyflip.com/japld/fvtj/basic Aida . (2021). 6 Bidang Kurikulum Permata. Scribd. https://www.scribd.com/document491695154/6-bidang-Kurikulum-PERMATA Wee.(2020). 6 Tunjang Dal am KSPK. Scribd. https://www.scribd.com/document/453877184/6-TUNJANG-DALAM-KSPK Razaly, S. (2013). Kurikulum PERMATA Negara. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version