SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang mengimpikan untuk
menjadi seorang puteri raja. Gadis tersebut bernama widuri dan
dijaga oleh ibu angkatnya yang dikenali sebagai Nenek Kebayan.
Ceritanya bermula apabila dia dijumpai oleh Nenek Kebayan di
sebuah tasik berhampiran dengan Kampung Indah Layangan.
Apabila beranjak dewasa, Widuri menjadi seorang gadis yang
jelita dan kaya dengan budi pekerti. Suatu hari, datanglah
seorang lelaki bernama Zawyan yang meminta Widuri untuk
mengasingkan rempah ratus yang dibawanya. Widuri dengan
penuh kesabaran pun berjaya mengasingkan rempah ratus
tersebut tanpa mengetahu agenda disebalik permintaan lelaki itu.
Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan seorang putera yang
sedang mencari calon isteri yang ikhlas menerimanya tanpa
mengetahui pangkat dan hartanya.
Widuri merupakan anak angkat dari seorang nenek kebayan. Namun, impiannya untuk menjadi seorang
puteri raja hanya sekadar menjadi impiannya sehingga dia hampir diterkam harimau kerana terlalu
mengelamun. Alkisahnya, cerita bermula apabila penduduk desa mendengar suara tangisan bayi yang ada
padanya tanda lahir berbentuk bunga widuri di tangan kanannya dari sebuah tasik yang tidak jauh dari
kawasan perkampungan. Nenek kebayan yang kebetulannya sedang mencari herba di sekitar tasik untuk
jamunya mendengar tangisan bayi, kemudiannya menjumpai bayi berkenaan tidak jauh dari tempatnya
mencari herba. Mendengar suara penduduk desa menuju ke tasik, nenek kebayan dengan pantas
membawa bayi tersebut ke rumahnya kerana takut menjadi buah mulut penduduk. menyedari akan tanda
lahir berbentuk bunga widuri di tangan kanan bayi tersebut, nenek kebayan langsung menamakanya bayi
tersebut sebagai Widuri. Sejak saat itu, nenek kebayan mula menyayangi widuri seperti anaknya sendiri.
Zaman bertukar Zaman, Widuri pun membesar menjadi seorang gadis yang jelita dan rupawan. Ceritanya
dijumpai di sebuah tasik yang dahulunya menjadi buah mulut penduduk, kini semakin hilang ditelan zaman.
1
Dua dekad berlalu, Widuri kini membesar menjadi seorang gadis yang sangat jelita. Atas didikan yang
sempurna dan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi daripada Nenek Kebayan, Widuri kini
menjadi seorang gadis yang sangat baik pekertinya, sesuaI dengan paras rupa menawan yang dimilikinya.
Pada suatu hari, Raja Zawuri telah mengkhabarkan kepada penduduk Indah Layangan bahawa anak
tunggal lelakinya Putera Zawyan ingin mencari calon isteri dari kalangan penduduk kampung. Namun
demikian, baginda telah mengenakan syarat yang tidak masuk akal kepada anak gadis di perkampungan
tersebut iaitu anak gadis yang berjaya mengasingkan beberapa jenis rempah ratus yang dicampurkan
bersama akan dikhawinkan dengan Putera Zawyan. Namun, syarat ini dirahsiahakn oleh baginda agar
puteranya menjumpai pasangan yang ikhlas merimanya dan bukan sekadar pangkat dan hartanya.
Seminggu telah berakhir, namun misi Putera Zawyan untuk mencari calon isteri masih belum berjaya.
Tidak ada seorang pun gadis di kampung Indah Layangan yang berjaya mengasingkan rempah ratus
seperti apa yang telah disyaratkan oleh baginda. Akan tetapi, firasat baginda kuat mengatakan masih ada
gadis di kampung berkenaan yang belum mencuba mengasingkan rempah ratus tersebut. Baginda yakin
gadis terakhir itu pasti berjaya melakukannya.
2
Widuri yang sedang membantu ibu angkatnya, Nenek Kebayan merebus jamu di dapur rumah telah
didatangi seorang tetamu lelaki yang yang berpakaian lusuh sambil mengendong sebungkus kain.
Mendengar sahaja permintaan lelaki tersebut untuk mengasingkan rempah ratus yang dibawanya, Widuri
tidak berfikir panjang tetapi langsung mengasingkan rempah ratus tersebut seperti apa yang telah diminta.
Selang beberapa jam, Widuri telah berjaya mengasingkan kesemua rempah ratus tersebut. Lelaki
berpakaian compang-camping tersebut agak terkejut dan kini persoalan yang selama ini dicarinya telah
mendapatkan jawapan. Tanpa teragak-agak, lelaki tersebut terus mendedahkan identiti sebenarnya
bahawa dia merupakan Putera Zawyan yang sedang mencari calon isteri. Kemudian Putera Zawyan terus
melamar widuri di hadapan nenek kebayan.
Pencarian Putera Zawyan mencari calon isteri kini telah berakhir. pada hari Widuri dan Putera Zawyan
disatukan di istana, parut berbentuk bunga widuri pada tangan kanan Widuri telah bersinar dengan sangat
indah dan sejak dari itu, dia mengetahui hanya berketurunan raja sahaja mempunyai corak parut yang sama
di tangan sebelah kanan. Kini, angan-angan Widuri untuk menjadi puteri kini menjadi realiti.
(513 patah perkataan)
-tamat-
3
TEMA Keperibadian mulia yang terbentuk
daripada hasil didikan daripada
kasih sayang yang tidak berbelah
bagi.
-Kasih sayang serta didikan yang
baik yang telah dicurahkan oleh
Nenek Kebayan kepada Widuri
telah membentuk keperibadiannya
menjadi seorang gadis yang
bersopan santun.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA
Widuri Putera Zawyan
Seorang anak yatim piatu. Putera tunggal Raja Zawuri.
Anak angkat kepada Nenek Kebayan yang Seorang putera yang sangat rupawan.
ditemui di tasik ketika masih bayi. Berpakaian compang-camping datang ke
Mempunyai tanda lahir berbentuk bunga Widuri rumah penduduk kampung Indah Layangan,
pada tangan kanannya. meminta mengasingkan rempah-ratus.
Gadis yang sangat baik, bersopan santun dan Berkahwin dengan Widuri.
jelita.
Berjaya mengasingkan rempah ratus yang
dicampurkan bersama seperti yang diminta oleh
Putera Zawyan.
Berkahwin dengan Putera Zawyan.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK SAMPINGAN
Nenek Kebayan Penduduk Desa Raja Zawuri
Ibu angkat kepada Widuri. Penduduk kampung Indah Raja yang memerintah
Seorang ibu yang sangat Layangan yang tinggal kampung Indah Layangan.
penyayang. dalam suasana harmoni Ayah kepada Putera
Rajin merebus jamu untuk dan saling menyayangi. Zawyan.
mengekalkan Seorang Raja yang baik hati
kecantikannya. dan adil dalam
pemerintahannya.
LATAR TEMPAT Kampung Indah Layangan :
Contoh, kerusuhan orang
Rumah Nenek Kebayan : kampung apabila mendengar
Contoh, tempat widuri
dibesarkan suara tanggisan bayi.
Istana : Tasik :
Contoh, tempat putera zawyan
Contoh, nenek kebayan
menjumpai widuri di tepi tasik
dan widuri disatukan
Dapur : Contoh,
widuri membantu nenek
kebayan merebus jamu
Widuri memisahkan rempah
ratus yang dibawa oleh [utera
Zawyan
LATAR MASA Waktu petang
Waktu pagi
Widuri dijumpai oleh nenek
Widuri membantu Nenek Kebayan
kebayan di sebuah tasik yang tidak
merebus jamu di dapur
jauh dari desanya Putera Zawyan meneruskan pencarian
calon isterinya
Widuri selesai mengasingkan rempah
ratus yang dibawa oleh Putera Zawyan
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang saling
Masyarakat yang peka
Masyarakat yang sabar
sayang menyayangi terhadap keadaan sekeliling
Contoh,
Contoh, Nenenk Kebayan amat
Contoh, penduduk kampung
Putera Zawyan sabar mencari gadis
menyayangi WIduri walaupun dia
segera ke kawasan tasik apabila
yang berjaya mengasingkan rempah
mendengar suara tanggisan bayi
hanyalah anak angkatnya. ratus yang dibawanya.
Widuri sabar mengasingkan rempah
ratus yang dibawa oleh Putera Zawyan
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI
Rajin
Widuri membantu ibu angkatnya, Nenek Kebayan merebus jamu di dapur.
Baik hati
Widuri membantu mengasingkan rempah ratus yang dicampurkan bersama tanpa
menilai penampilan lelaki yang berpakaian compang-camping.
Kasih sayang
Nenek Kebayan amat menyayangi anak angkatnya, Widuri seperti anak kandungnya
sendiri.
Membesarkan Widuri dengan penuh kasih sayang.
NILAI DAN PENGAJARAN
PENGAJARAN
Kita hendaklah bersikap berani.
Kita hendaklah bersikap berani dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, Putera Zawyan
berani meminta para gadis di kampung Indah Layangan untuk mengasingkan rempah-ratus bagi mencari
calon isteri.
kita janganlah menilai seseorang berdasarkan penampilan.
Kita janganlah menilai seseorang berdasarkan penampilan mereka. Sebagai contoh, Widuri tidak
menilai pemakaian putera Zawyan yang berpakaian compang-camping ketika ingin mendapatkan
pertolongan.
Kita mestilah sentiasa menghormati orang.
Kita mestilah sentiasa menghormati orang. Sebagai contoh, Widuri menghormati tetamunya iaitu Putera
Zawyan yang datang ke rumah untuk mendapatkan pertolongan.