The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kavishala Kumar, 2023-07-31 08:58:45

Assignment 3 tokoh usahawan (1)

Assignment 3 tokoh usahawan (1)

SIJIL PENGURUSAN PERNIAGAAN (SPP) SEMESTER JULAI 2023 ASAS KEUSAHAWANAN BBS0023 TUGASAN 1 DISEDIAKAN OLEH: No. Nama No ID 1. HAZRINI BT MANSOR 1012022070017 DISEDIAKAN UNTUK: SITI IDAYU ISMAIL TARIKH PENGHANTARAN: 12 JULAI 2023


Pengenalan Keusahawanan ialah salah satu amalan yang dilakukan oleh peniaga atau usahawan yang mempunyai insiatif sendiri dalam memilih dan menentukan corak perniagaannya.Bukan semua peniaga boleh digelar usawahan,tetapi semua usahawan adalah peniaga.Oleh itu,kita boleh melihat perbezaan melalui takrifan usahawan dan keusahawanan itu sendiri. Ciri-ciri usahawan biasanya seperti berani mengambil risiko,berani memberi idea yang baru,seorang yang berfikir jauh dan berupaya mengenalpasti potensi permintaan terhadap produknya dan bersifat kreatif.


Gambar tokoh usahawan Berjaya (1) Noor Neelofa Mohd Noor (Latar belakang) Beliau dilahirkan sebagai Noor Neelofa binti Mohd Noor pada Jumaat, 10 Februari 1989 Masihi bersamaan 4 Rejab 1409 Hijrah di Pasir mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, beliau mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berdarah peranakan Pakistan dan Arab . Beliau mendapat namanya dari nama "Niloufar" yang bermaksud bunga teratai dan lebih mesra dengan panggilan Lofa oleh kalangan ahli keluarganya. Kriteria yang dimiliki Noor Neelofa Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita di Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama yang bersiaran Suri Hati Mr.Pilot di Astro ria.


Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Neelofa dianggap sebagai seorang artis dan selebriti yang paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Pada tahun 2016, beliau memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Bintang Paling Popular selepas hampir lima tahun bertanding, beliau menang dua daripada tiga pencalonan yang diterimanya. Beliau juga telah dipilih oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui program CelebExports. Beliau kembali ke layar kaca menerusi drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang. yang bersiaran di Astro Ria, bergandingan bersama pelakon Fattah Amin selepas sekian lama tidak berlakon. Drama ini merupakan drama televisyen pertama lakonannya yang menampilkan beliau bertudung sejak beliau mula bertudung pada 2014. Pada tahun 2015, beliau membintangi telefilem Lukisan Takdir dan Wan Embong. Kedua-dua telefilem itu menampilkannya bertudung. Pada Mac 2017, Neelofa telah dipilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia. Pada 18 Jun 2020, Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikannya sendiri, Pertubuhan Kasih Neelofa yang bertujuan bagi membantu insan yang memerlukan. Perniagaan Neelofa terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan termasuk kanta lekap Lofalens, produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim, dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab untuk wanita. Pada Mei 2012, Neelofa menerusi syarikat miliknya, BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabunggkan sinergi dua dunia iaitu dunia moden dan tradisional. Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan.


Kejayaan Noor Neelofa Mohd Noor berjaya menggondol Anugerah Usahawan di Influencer Awards 2019 yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco. “Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya. Menurut Neelofa, bisnes hijab, Naelofar yang diusahakan sejak 2014 dan keutamaannya terhadap modest fashion telah membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia. “Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini. Selain itu , BellaVita Healthcare 1)Pada Mei 2012, Neelofa menerusi syarikat miliknya, BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabungkan unsur-unsur dari dunia moden dan tradisional. 2)Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan, menerusi pembuatan produk suplemen ini. Perniagaan Tudung Naelofar Antara faktor kejayaan Neelofa dalam penjualan tudung Naelofar ialah berada di pasaran pada masa yang betul. Laporan Reuters menganggarkan bahawa pengguna Muslim di peringkat global membelanjakan hampir $266 bilion untuk pakaian dan penampilan pada tahun 2013 dan terus meningkat sebanyak 14% pada tahun 2019.


• Pada April 2017, Neelofa telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori EDagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes. • Ini merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih baru. • Beliau juga merupakan antara 10 individu utama yang tampil dalam versi majalah tersebut bersama-sama nama mogul perniagaan yang lain seperti Vivy Yusof, Sasha Tan, Edmund Ooi, Victor Chua dan lain-lain lagi. Prinsip hidup seorang neelofa ialah beliau mengamalkan 5 prinsip untuk Berjaya dalam hidup dan mampu membuat segala dalam hidup bahkan kita kuat menghadapi dugaan .Antara prinsipnya ialah bermimpilah . Baru berusia 29 tahun tahun dan bergelar jutawan muda, pelakon Neelofa berkongsi tips untuk menjadi usahawan berjaya di usia belum mencecah 30-an. Pengacara “Meletop” itu berkata, usia muda bukan halangan untuk mencipta sesuatu yang besar, yang penting fokus, kesungguhan dan kerja berpasukan. “Mulakan dengan mimpi. Ya, bermimpilah! “Kalau tiada mimpi, memang susah hendak memulakan sesuatu. Apa juga yang kita buat tanpa mimpi dan matlamat yang jelas, ia tidak akan menjadi sebab kita tiada fokus kepadanya,” Prinsip kedua adalah Cabar Diri Sendiri .Mungkin kita tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baharu buat kali pertama.Tetapi,sampai bila ingin berada di takuk yang sama.Cabar dan yakin pada diri sendiri.Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Prinsip ketiga ialah sentiasa positif .Positif selalu kena ada untuk memasuki alam perniagaan .Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas.Prinsip terakhir adalah self-realisation.Sentiasa bagi kata-kata semangat pada diri sendiri.Bercakap dengan diri,katakana yang anda boleh lakukannya.


Cabaran yang dihadapi Neelofa berkata cabaran dan dugaan yang dilalui sepanjang membangunkan perniagaan itu mematangkan dirinya untuk terus berdiri kukuh .Cabaran pda tahun permata memulai perniagaan itu memang banyak dugaan seperti pekerja tak amanah dan ambil kesempatan,mencuri dan dikhianati.Cabaran kedua pula ialah perlu bermain dengan emosi.Berselisih pendapat setiap kali membuat sesuatu.


Gambar tokoh usahawan Berjaya (2) Datuk Rosyam nor Latar Belakang Beliau dilahirkan sebagai Mohamed Noor bin Shamsuddin pada 1 Mac 1967 bersamaan 19 Zulkaedah 1386 di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur (yang ketika itu merupakan sebahagian dari Selangor) dan merupakan anak keempat daripada enam beradik kepada pasangan Shamsuddin Mohd. Yusof dan Rubiah Kamarudin. Salah seorang adik beliau, Azman juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau merupakan anak saudara sepupu kepada seniman Hussein Abu Hassan dan juga sepupu kepada Faizal Hussein, beliau mendapat nama Rosyam hasil dari gabungan nama ibunya, Rubiah dan nama bapanya, Shamsuddin. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau sekeluarga pernah tinggal di sebuah rumah setinggan, yang terletak berdekatan dengan Angkasapuri, ibu pejabat rangkaian penyiaran awam Radio Televisyen Malaysia (RTM). Rumah yang didiami oleh Rosyam dan keluarganya hanyalah sekadar tempat berteduh, beliau dan adik-beradik lain terpaksa menadah titisan air setiap kali hujan kerana atap rumah yang bocor. Sepanjang tempoh tersebut, beliau pernah mengutip kotak untuk dijual. Pada usia 13 tahun, Rosyam mula bekerja sebagai pembantu kedai runcit dengan niat bagi mencari wang tambahan untuk menyara kehidupan seperti yang dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak


setinggan lain, namun pendidikan menjadi keutamaan beliau. Pada usia 18 tahun, Rosyam bertemu dengan penerbit filem, Pansha dan ditawarkan bekerja sebagai kakitangan am di Berjaya Film Productions. Semasa berkhidmat di Berjaya Film, beliau melakukan banyak tugasan sebagai kru di belakang tabir termasuk mencuci tandas. Oleh kerana gaji kru belakang tabir ketika itu amat kecil, Rosyam bermain kutu bersama-sama rakan sekampung dan berjaya mengumpul wang sebanyak RM8500. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kriteria Yang Dimiliki Rosyam memulakan kerjaya sebagai pelakon selepas tamat menduduki peperiksaan SPM, dengan mengikuti sepupunya Faizal Hussein dalam usaha mengejar cita-cita dalam bidang lakonan. Beliau akhirnya mendapat peranan dalam filem arahan Hussein Abu Hassan, sebagai Remy dalam filem Gila-Gila Remaja. Gaya yang dibawa olehnya serta pelakon-pelakon lain telah menjadi ikutan muda-mudi zaman itu.[16] Pada tahun 1987, Rosyam muncul pula dalam filem Sayang arahan Pansha, yang turut dibintangi oleh Amy Search dan Raja Ema. Antara 1988 dan 1989, beliau berlakon dalam dua filem arahan Aziz Sattar—Perawan Malam dan Tak Kisahlah Beb. Pada tahun 1991, Rosyam yang ketika itu berusia 24 tahun, membintangi dua filem— iaitu watak sebagai Konco dalam filem Boss arahan Z. Lokman lakonan bersama Raja Ema dan Jasmin Hamid. Beliau kemudiannya memegang watak sebagai Imran, tunang kepada Dania lakonan Didie Alias, dalam filem drama thriler Kanta Serigala arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan dan turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Allahyarham Kuswadinata dan Melissa Saila. Pada 1994, Rosyam muncul dalam telefilem berjudul "Korban" bersama Haliza Misbun yang mana bakat lakonannya mendapat pujian hingga dicalonkan di Anugerah Skrin 1994. Setelah itu Rosyam muncul sebagai Dzul Fakar dalam filem Jimi Asmara bersama Hani Mohsin, Maizurah Hamzah, Jalaluddin Hassan dan Umie Aida. Perniagaan pula di luar kerjaya lakonannya, Rosyam diberi kepercayaan sebagai jurucakap untuk pelbagai produk, antaranya ialah sebagai jurucakap produk herba Nona


Roguy. Beliau juga dikenali sebagai seorang petani yang berjaya hasil penglibatannya dalam projek tanaman nangka madu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Pahang pada tahun 2010. Projek ini diusahakan atas nama syarikatnya iaitu Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Pada Jun 2018, Rosyam melibatkan diri dalam sektor perniagaan runcit dengan membuka kedai serbanekanya yang dikenali sebagai ST Rosyam Mart yang bertujuan bagi mengurangkan beban rakyat. Nama ST Rosyam Nor ini dipilih hasil kerjasamanya dengan syarikat Sri Ternak. Pasar raya berkeluasan 13 lot unit kedai serta dibuka 24 jam yang terletak di Setiawangsa itu turut menjanjikan "suasana seperti berada di dalam sebuah pasar raya mewah tetapi harga barangan ditawarkan mampu milik". Pasar raya tersebut mula dibuka pada 1 Jun 2018dan majlis pelancaran pasar raya ini diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Pada April 2017, Rosyam bersama model terkenal, Tinie dilantik sebagai jurucakap produk minyak argan, Luxone Argan Oil yang diusahakan oleh pelakon dan pengarah Syafiq Yusof. Beliau juga pernah membuka sebuah pusat penjagaan kesihatan menggunakan namanya pada 2003, Rosyam juga telah melabur di ladang herba di Kampung Paya Rumput di Masjid Tanah, Melaka yang dikenali sebagai Taman Impian Herba dan Jati. Rosyam melancarkan produk berasaskan durian belanda yang diberi nama Adraa by Rosyam Nor, yang dinamakan sempena cucu sulungnya pada 29 Ogos 2018. Beliau bekerjasama dengan Taman Teknologi Malaysia (TPM) bagi menjalankan penyelidikan bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengenai khasiat durian belanda sebelum mengeluarkan produk Adraa. Beliau mengumumkan pada September 2018 bahawa tiga lagi cawangan ST Rosyam Mart akan dibuka secepat mungkin, ini menjadikan Rosyam sebagai selebriti Malaysia pertama yang membuka sebuah pasaraya.


Kejayaan Datuk Rosyam nor Aktor popular, Datuk Rosyam Nor membuktikan dirinya fokus pada bisnes apabila kini berbangga dengan pembukaan pasaraya jenamanya sendiri. Pencapaian pelakon berusia 51 tahun mencipta sejarah kerana beliau adalah satusatunya artis tempatan yang mempunyai bisnes pasaraya jenamanya sendiri. Rosyam sebelum ini pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda. Beliau yang masih aktif dalam penerbitan drama di bawah produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd pernah berdepan kegagalan dalam bidang pertanian ketika mula berkecimpung pada penghujung tahun 2009. Rosyam memberitahu peminatnya menerusi akaun Instagramnya, pasaraya barunya dikenali sebagai ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur kini beroperasi selama 24 jam. Nama pasar raya yang mempunyai keluasan sebanyak 13 lot unit kedai itu diambil sempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.


Prinsip Sejak dari dulu lagi, pelakon popular Datuk Rosyam Nor yang kini bergelar seorang penerbit drama dan filem amat berpegang teguh pada prinsip “ tidak ada kejayaan tanpa usaha". Berkat kerja keras yang tidak mengenal erti penat, Datuk Rosyam Nor kini seorang jutawan dan pencapaian beliau itu turut dibanggakan oleh peminat-peminatnya. Cabaran Yang Dihadapi Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsudin berkata, pengalaman beliau hidup dalam serba susah dan kekurangan di kawasan setinggan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur menjadi motivasi untuk terus berusaha mengubah kehidupan dirinya sehingga berjaya. "Saya pernah tidur hanya berselimutkan kain guni ketika zaman kanak-kanak," katanya dalam Majlis Perkongsian Sejarah Kehidupan bersama kira-kira 2,000 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan belia sempena Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK) di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) FELDA Trolak, di sini hari ini. Beliau berkata, segala pengalaman hidup yang dikongsinya dalam program itu bertujuan untuk menyedarkan generasi muda hari ini bahawa setiap manusia yang dilahirkan boleh berjaya seperti dirinya, malah mampu lebih berjaya daripada itu jika mempunyai semangat juang yang tinggi dan pandai merebut peluang yang ada dalam dunia serba moden dan teknologi. Cabaran masa depan cukup mencabar dan saya mahu generasi muda hari ini bijak merebut peluang dan menguasai teknologi terkini untuk masa depan, bukannya menyalahgunakan teknologi untuk menyebarkan perkara negatif atau memburukkan kerajaan.


"Zaman sekarang dengan bekerja di rumah kita mampu menjana pendapatan dengan menggunakan kemudahan internet dengan memperolehi pendapatan ribuan ringgit dengan mudah dan jika dibandingkan dengan hidup saya dahulu emak saya hanya mampu mendapat RM15 sehari dengan mengambil upah cuci pakaian," katanya. Gambar tokoh usahawan Berjaya (3) Tan sri syed Mokhtar Al Bukhari Latar Belakang Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Disember 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa


saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau ialah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin. Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak. Kriteria yang dimiliki Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary (lahir 12 Disember 1951) merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan terkaya Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau ialah seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau merupakan orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga kerja. Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.


Kejayaan Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual nasi lemak di pasar Jalan Telok Wan Jah. Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM. Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar. Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lorilori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori. Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru. [9] Syarikat usahasama Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan


Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta. Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi. Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang. Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Perai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.


Prinsip 1. Jangan pentingkan diri sendiri “Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran itu kepada saya tidak mustahak.” 2. Kerja kuat untuk berjaya “Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda di bumi kita Malaysia. Ini kan Tanah Melayu. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya, kena kerja kuat tidak kira siang dan malam. Kita ada kekuatan yang Allah beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.” 3. Jangan malu untuk berjaya “Saya asalnya tidak tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya dan telah berjaya pada asalnya bermula daripada sifar (reset to zero). Apa yang saya tidak tahu, minta tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita mendapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.”


Cabaran Jangan Putus Asa Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah. Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary “Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri. Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera. Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd. “Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.


Jangan Sekadar Mengharap Dibantu Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut. Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu. Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary “Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau. Yakin Dengan Diri Sendiri Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka. Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary “Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau. Penutup Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri dan sifat istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Seseorang usahawan yang ingin berjaya dan menginginkan perniagaannya berkembang maju perlulah mempunyai ciri-ciri dan sifat ini agar matlamat mereka tercapai. Hal ini kerana, apabila bergelar usahawan pelbagai cabaran dan risiko yang akan dilalui oleh seseorang usahawan itu. Usahawan yang berjaya lazimnya memiliki salah satu sifat keusahawanan yang terdapat dalam penulisan ini. Pelbagai cabaran dan risiko hanya mampu dilalui oleh seseorang yang bergelar usahawan iaitu mereka yang memiliki sifat keusahawanan tersebut. Jika sifat keusahawanan ini diterapkan kedalam diri semua usahawan pada abad ini mungkin ramai usahawan yang baru akan mula membangun. Kebanyakkan usahawan yang mementingkan sifat keusahawan dan ciri yang perlu ada pada seseorang usahawan itu akan bangkit dan berkembang bukan sahaja pada pasaran dalam negara, malah mampu ke persada dunia. Hal ini membuktikan bahawa pentingnya sifat keusahawanan tersebut pada diri seseorang usahawan pada abad ini. Jika dapat disimpulkan, setiap usahawan itu bukan bermula dengan kesenangan dan modal yang besar, tetapi kebanyakkannya bermula dengan kecil-kecilan. Namun, sifat dan ciri usahawan yang cuba diterapkan dalam diri membuatkan meraka mampu untuk bangun dan berkembang selaras dengan pasaran sedia ada, dan sekali gus mampu untuk bersaing dengan usahawan berjaya yang lain. Hal ini membuktikan bahawa pentingnya kepada penerapan dan amalan sifat dan ciri yang perlu ada pada setiap usahawan sama ada yang telah lama mahupun yang masih baru. Ianya sangat penting bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan yang diusahakan oleh setiap usahawan di negara ini.


Rubric for Report Writing Criteria Very Poor (1) Poor (2) Average (3) Good (4) Excellent (5) Score Originality (30%) Just cut and paste Minimal effort to indicate originality Modification into ‘own’ effort Show effort of producing originality work High evidence of original work. Due credit given to original source. Content richness (20%) Inability to synthesize Not enough point of argument Acceptable effort The content is more than adequate Very competence Flow of ideas (20%) Shoddy work Not well planned Evidence of linkage between points of argument Good linkage between points of arguments Very well thought out Writing style (15%) Poor expression and full of jargons’s Poor command of language Uneven Simple and easy Good journalism Grammar (15%) Full of grammatical error Too many of grammatical error Acceptable level of grammatical error Minimal grammatical error No grammatical error Total ___/100


Click to View FlipBook Version