MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 2021
KAJIAN GUNA TANAH
PETEMPATAN
NAMA : AMIRAH BALQIS BINTI MOHAMMAD SHUKRI
TINGKATAN : 3 MAWADDAH
NAMA GURU : PUAN ASIAH BINTI ASMUNI
KAWASAN KAJIAN : TAMAN DESA AMAN, PADANG SERAI, KEDAH.
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka surat
1. Tajuk kajian 1
2. Senarai kandungan 2
3. Jadual Kerja 3
4. Penghargaan 4
5. Pendahuluan 5
6. Objektif Kajian 6
7. Latar Belakang Kawasan kajian 7
8. Peta Kawasan Kajian 8
9. Peta Lakaran kawasan kajian 9
10. Kaedah kajian 10
11. Hasil kajian 11
12. Rumusan 12
13. Rujukan 13
JADUAL KERJA
Bil. Tarikh Perkara Catatan
1. 30/8/2021 Guru memberi taklimat berkaitan penulisan tugasan. Taklimat
diberikan
2. 31/8/2021 Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan sewaktu pdpr.
tajuk yang diberikan. Diluar waktu
3. 31/8/2021 pdpr.
4. 3/9/2021
5. 5/9/2021 Mengenalkan cara penulisan tugasan. Diluar waktu
pdpr.
6. 10/9/2021 Menulis penghargaan. Diluar waktu
7. 20/9/2021 pdpr.
8. 20/9/2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan tajuk tugasan Diluar waktu
9. 11/10/2021 menerusi internet, buku dan bertanyakan kepada pdpr.
10. 28/10/2021 kakak senior.
11. 30/10/2021 Menulis pendahuluan. Diluar waktu
12. 4/11/2021 pdpr.
13. 5/11/2021 Guru memberikan objektif kajian. Sewaktu pdpr.
14. 5/11/2021
Menulis objektif kerja lapangan. Diluar waktu
Membuat kajian tentang kawasan yang ingin dikaji. pdpr.
Menulis kawasan kajian. Diluar waktu
Menulis rumusan. pdpr.
Melukis peta lakar. Diluar waktu
Menulis rujukan. pdpr
Menyemak dan menghantar tugasan. Diluar waktu
pdpr
Diluar waktu
pdpr
Diluar waktu
pdpr.
Diluar waktu
pdpr.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya saya
berjaya menyelesaikan kerja lapangan Geografi ini dalam tempoh yang telah
diberikan.
Oleh itu, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton binti
Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi
keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang
diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Asiah binti Asmuni
atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna
serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu
Encik Mohammad Shukri bin Dan dan Norhazany binti Hamzah yang telah banyak
memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan
masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat tentang
kajian guna tanah yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan
terutamanya saya kepada Aishah dan Jannah kerana telah memberi saya banyak
pendapat dan idea.
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3). Saya, Amirah Balqis binti Mohammad Shukri merupakan salah
seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk kajian Kajian Guna Tanah Petempatan di kawasan Taman Desa
Aman, Padang Serai, Kedah.
Tujuan saya memilih kawasan Taman Desa Aman ini adalah kerana kawasan ini merupakan
kawasan tempat tinggal saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan
kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah
dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian
tentang guna tanah ini.
Saya telah menemu ramah dan soal selidik seramai 3 orang responden yang terpilih
untuk mendapatkan maklumat terkini tentang latarbelakang kawasan kajian dengan tepat
disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang
diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian
tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah
direkod.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui
aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
1. Menjelaskan latar belakang kawasan kajian.
2. Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah petempatan di kawasan
Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah.
3. Mentafsir peta lakar yang menunjukkan kajian guna tanah di kawasan Taman Desa
Aman.
4. Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut.
5. Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah pertempatan di Taman Desa
Aman.
6. Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah petempatan di
Taman Desa Aman.
7. Membuat pembentangan yang jelas dan menunjukkan kefahaman dan kemahiran
terhadap kajian yang telah saya laksanakan.
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Padang Serai, Kulim, Kedah.
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 12 buah daerah. Kulim merupakan salah satu
daripada daerah dalam negeri Kedah. Manakala, Padang Serai merupakan kawasan yang
berada di dalam Kulim. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulim.
Kawasan Padang Serai ini terletak di antara Kuala ketil dan Lunas. Kedudukan Bandar
kecil ini yang terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pilau Pinang ke
Ipoh) menjadikan bandar ini tumpuan kebanyakan penduduk.
Terdapat beberapa buah sekolah di Padang Serai. Sekolah-sekolah berkenaan terbahagi
kepada sekolah rendah kebangsaan SK, sekolah rendah jenis kebangsaan cina SJK (C),
sekolah rendah jenis kebangsaan tamil SJK (T), sekolah menengah kebangsaan(SMK),
sekolah rendah dan menengah agama, tahfiz dan madrasah.
Daerah Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini
ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di
sekitar Bandar Kulim. Kaum majoriti di Kulim ialah kaum bumiputera 65% dan kaum lain
35%. Kebanyakan penduduk suka mendiami bandar Kulim kerana trafiknya pada setiap
hari tidak sebegitu sesak sebagaimana Pulau Pinang. Cuti hujung minggu Kulim juga
ditetapkan bermula pada hari Jumaat sebagaimana bandar-bandar lain di negeri Kedah.
Bandar Kulim juga merupakan bandar sains dan teknologi Kedah sebagai saingan kepada
Bandaraya Georgetown,Pulau Pinang. Walaupun hari bekerja di sini ialah pada hari Ahad
sehingga Khamis, namun bisnes-bisnesnya hujung minggu adalah kebanyakan hari Ahad.
Dataran Kulim merupakan lokasi penting bagi organisasi kerajaan dan bukan kerajaan
mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial.
PETA KAWASAN KAJIAN
PETA LAKARAN KAWASAN KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Untuk melakukan tugasan kerja lapangan ini, terdapat dua kaedah kajian yang dijalankan
untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian. Antaranya ialah,
1. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian telah dibuat dengan membuat tinjauan di sekitar kawasan
kajian untuk mengenal pasti kajian guna tanah yang terdapat di kawasan Padang
Serai. Maklumat-maklumat yang telah diperoleh membantu saya dalam melukis
dan mentafsir peta kawasan kajian.
2. Rujukan
Kaedah rujukan pula saya gunakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan
kajian yang dikaji. Rujukan saya diambil daripada pelbagai sumber seperti buku
teks dan beberapa buah buku rujukan subjek Geografi. Selain itu, saya juga
melakukan beberapa carian di laman-laman sesawang sebagai salah satu sumber
rujukan saya dalam proses mengumpul maklumat tentang petempatan di kawasan
Padang Serai ini.
HASIL KAJIAN
Jenis guna tanah yang saya telah dipilih oleh saya ialah guna tanah petempatan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan di Padang
Serai ini, iaitu..
1. Kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, klinik dan tempat
pembuangan sampah disediakan.
2. Terdapat pelbagai jenis sekolah yang berada di kawasan ini menjadikan pilihan
para ibu bapa.
3. Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan.
Antara kesan guna tanah petempatan di Padang Serai,
1. Pencemaran udara.
- Udara pada waktu pagi dan petang terutamanya ketika hari sekolah agak
tercemar oleh kerana asap kenderaan daripada kenderaan penduduk yang
mahu menghantar anak ke sekolah dan ke tempat kerja.
2. Proses penyahutanan.
- Hutan ditarah untuk membina kawasan petempatan yang baru menjadi
punca pencemaran udara.
3. Sampah sarap
- Bilangan penduduk yang ramai menyebabkan jumlah sampah sarap yang
banyak. Ia menyebabkan udara persekitaran menjadi berbau.
Cadangan untuk mengatasi kesan guna tanah petempatan di Padang Serai.
1. Menggalakkan penggunaan kereta kongsi.
2. Menyediakan kemudahan awam seperti bas, van, taxi, grab dan sebagainya.
3. Membuat kempen kitar semula.
RUMUSAN
Setelah menjalankan kajian guna tanah petempatan di kawasan Taman Desa Aman ini
saya mendapati kesan guna tanah petempatan di Taman Desa Aman telah memberi
pelbagai kesan yang positif dan negatif. Antara kesan-kesan itu adalah seperti yang saya
nyatakan di hasil kajian.
Selain daripada itu, kajian lapangan in telah memberikan pengalaman yang berharga dan
berguna kepada saya. Saya telah mempelajari bagaimana cara mengumpul data dan
maklumat dan menjadikan ia suatu maklumat yang berguna. Saya juga mengetahui dengan
lebih mendalam keadaan di tempat tinggal saya.
Tambahan lagi, berdasarkan kajian yang dilakukan, saya telah mendapati betapa
pentingnya panjagaan alam sekitar dan menanamkan semangat cinta alam sekitar di
dalam diri kita.
Sebagai penutup kata, saya ingin mengajak marilah kita sama-sama memelihara alam
sekitar supaya generasi yang akan datang boleh menikmati keindahan alam sekitar yang
indah ini.
RUJUKAN
1. Buku Teks
Abd. Rahim Nor. (2002). Geografi Tingkatan 3. Shah Alam: Cerdik Publication
Sdn. Bhd.
Aw, S.W, Chong, Y.G, Kung, C.Y. & Nik Idris Nik Muhamed. (2017). Fokus PT3
Geografi Tingkatan 1,2&3. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
2. Orang sumber
-Muhammad Shukri bin Dan, 51 tahun.
-Norhazany binti Hamzah, 51 tahun.
-Nur Haikal bin Ahmad, 18 tahun.
3. Internet
https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar/
https://ms.wikipedia.org/wiki/padang-serai