BSS 3173
PROSA MELAYU
HIKAYAT HANG TUAH
KUMPULAN A (3)
Pensyarah: Profesor Madya Dr. Norazimah Zakaria
AHLI KUMPULAN 3
NUR SYAFIQAH ELISA BINTI ISMAIL NURUL FAIZATUL HASHIMA BINTI ANIZAM
D20201093381 D20201093410
FATIN MAISARAH BINTI MOHAMAD NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD NURNASUHA BINTI SAMAT
D20201093413
D20201093305 D20201093412
Isi Kandungan
1. Pengenalan 6. Tema & Persoalan
2. Latar Belakang Penulis 7. Mesej/Pemikiran
3. Sinopsis 8. Nilai Murni
4. Ringkasan Peristiwa 9. Gaya Bahasa
5. Watak 10. Penutup
Pengenalan
Kesusasteraan atau kata akarnya susastera merupakan kata daripada sanskrit yang bermaksud su iaitu indah, baik, lebih
berfaedah. Manakala, sastera merupakan huruf atau buku. Ke-susastera-an pula bermaksud kumpulan buku-buku yg indah
bahasanya dan baik isinya. Secara umumnya, kesusasteraan membawa maksud ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa
dan memaparkan garapan pemikiran pengarang tentang sesuatu perkara. Prosa tradisional merujuk kepada karya sastera kuno
yang ditulis dalam ayat biasa menggunakan tatabahasa yang mudah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Contoh prosa tradisional
ialah mitos, legenda, cerita rakyat. Prosa ialah karya yang mempunyai mod naratif, dimana karya sastera mengandungi
perkembangan plot untuk menceritakan sesuatu peristiwa. Lazimnya, karya naratif mengandungi unsur-unsur seperti watak
dan watak, latar, tema, dan gaya bahasa. Walau bagaimanapun, karya prosa tidak terhad kepada cerita naratif, tetapi juga
termasuk karya cerita bukan naratif.
Hikayat Hang Tua ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka.
Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (manuskrip
Leiden Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap bertarikh 1849. Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong,
Melaka. Hang Tuah merupakan wira unggul pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dapat mengalahkan pihak musuh yang
ingin menawan Melaka. Kata-kata “Tak Melayu Hilang di dunia” akan sentiasa hidup dengan bersama-sama dengan wira Hang
Tuah.
Latar belakang penulis buku
Kassim Ahmad
Nama sebenar beliau ialah Kassim bin Ahmad dan turut dikenali sebagai Pak Kassim.
Dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Kedah pada 9 September 1933.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Bandar Baharu, Kolej Sultan
Abdul Hamid, Alor Setar dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya di Singapura.
Beliau juga pernah berkerja di Dewan Pustaka dan Pustaka sebagai pegawai dan
disitulah bermulanya penghasilan Hikayat Hang Tuah.
Selepas itu beliau berkerja sebagai pensyarah di School of Oriental and African
Studies, Universiti London, London.
Setelah meninggalkan Universiti, Kassim bekerja sebagai pegawai penyelidik di Dewan
Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur dan kemudian memegang jawatan pensyarah di
Pusat Pengajian Timur dan Afrika ( London School of Oriental and African Studies),
Universiti London, di London selama empat tahun. Pulang ke tanah air, beliau
mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.
Beliau telah menulis banyak rencana dan buku antaranya ialah Hikayat Hang Tuah ,
Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah (1973), Characterisation in Hikayat Hang Tuah
(1966), Polemik Sastera Islam yang ditulis bersama Shahnon Ahmad, Kemarau di
Lembah, Kumpulan Sajak (1967) Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada
Islam, Sajak ‘Pengembara dalam Perjalanan”, dan banyak lagi.
Kassim Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Oktober 2017 di Hospital
Besar Kulim akibat masalah jangkitan paru-paru.
Latar belakang penulis buku
Noriah Mohamed
Noriah Mohamed dilahirkan di Ipoh, Perak pada 25 Julai 1960.
Noriah menerima pendidikan awal Sekolah Rendah dan Menengah di Ipoh sebelum
menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) dalam bidang
linguistik Bahasa Melayu diteruskan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang
pengajian Bahasa Moden di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Beliau memiliki kepakaran ilmiah dalam bidang Sosiolinguistik, namun begitu beliau
juga terlibat dalam pengajaran dan kajian yang berkaitan dengan bidang Linguistik
Sejarah dan Perbandingan Bahasa Austronesia dan Sejarah Bahasa Melayu.
Beliau juga telah banyak menghasilkan penerbitan yang terdiri daripada buku, makalah
ilmiah berwasit dan kertas kerja lain dan membentangkan kertas kerja yang berkaitan
dengan bidang kepakarannya pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
Antara karya Penulisan beliau ialah Topik Asas Sosiolinguistik: Siri Pengajian dan
Pendidikan (2003), Kata di Gelanggang Bahasa: Esei-Esei Penghargaan untuk Profesor
Mashudi Kader (2009), Variasi Bahasa Melayu (2013), Kata Pinjaman Bahasa Tamil
dalam Bahasa Melayu (2015), Panji Jayengtilem (2017), Hikayat Hang Tuah (2017) –
Penulis bersama
Pada tahun 2020, Noriah Mohamed bersara setelah menyumbang bakti sebagai
pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).
Sinopsis
Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita,
kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili
keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan
menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang
mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni
sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di
Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal
dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”. Hikayat Hang
Tuah merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita. kebolehan, dan
sikap hidup orang-orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat
ini, mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun
dengan menonjolkan sifat-sifat kesetiaan, keberanian, kepintaran dan budi bahasa yang
halus. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta pahlawan Melayu
yang gagah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Pada
masa umurnya sepuluh tahun , Hang Tuah bersahabat karib dengan empat orang yang
sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka
bagaikan isi dengan kuku.
Ketika belayar ke Pulau Tinggi, Hang Tuah dan sahabatnya telah membunuh segerombolan
lanun lalu mereka diambil berkhidmat di bawah Sultan oleh Bendahara yang kagum akan
kepahlawanan mereka pada usia yang begitu muda. Ketika Hang Tuah mengiringi Sultan ke
Majapahit, beliau menyahut cabaran seorang pahlawan Jawa yang termahsyur dikenali sebagai
Taming Sari dan berjaya memperoleh sebilah keris yang dinamakan “Taming Sari” sempena
pemiliknya yang asal. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang
telah dihadiahi dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya
kebal. Kemenangannya menyebabkan Hang Tuah dikurniai bukan sahaja keris ‘Taming Sari’
tetapi juga gelaran Laksamana dan sepersalinan pakaian oleh Seri Betara. Laksamana Hang
Tuah telah menjadi orang kesayangan Sultan dan hal ini menimbulkan rasa iri hati dalam
kalangan kerabat diraja termasuk Patih Karma Wijaya. Suatu tuduhan palsu telah dibuat
terhadap Hang Tuah iaitu, beliau dituduh berzina dengan dayang Sultan, dan Hang Tuah serta-
merta dijatuhi hukuman mati oleh Sultan yang murka tanpa sebarang usul periksa.
Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan oleh Bendahara, dan Hang Tuah
disembunyikan di Inderapura. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat,
melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah demi membela
kematian sahabatnya di samping menyebabkan keadaan huru-hara dalam kalangan rakyat
Melaka.
Ringkasan peristiwa
Permulaan
Hikayat Hang Tuah pada awalnya menceritakan kisah Hang Tuah sewaktu kecil pada zaman awal
kerajaan Melayu Melaka. Asal usul Raja Bentan yang berasal dari Palembang juga diperkenalkan
dalam hikayat ini. Keluarga Hang Tuah dipercayai telah berpindah dari Sungai Duyung ke Bintan.
Selain itu, hikayat ini turut menceritakan persahabatan Hang Tuah bersama empat sahabatnya iaitu
Hang Jebat, Hang Kasuri, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Disebabkan oleh keberanian Hang Tuah dan
rakan-rakannya, seorang pembesar negeri telah berjaya diselamatkan daripada dicederakan oleh
pengamuk. Kesan daripada peristiwa tersebut, Hang Tuah telah diterima bekerja di istana oleh
Sultan dan cadangan tersebut merupakan usul yang disampaikan oleh bendahara. Bendahara
mengusulkan cadangan untuk melantik Hang Tuah sebagai pekerja istana adalah disebabkan oleh
keberanian yang ditunjukkan olehnya. Sewaktu menemani Raja Bentan berburu, Hang Tuah telah
menyaksikan suatu peristiwa ganjil di mana seekor anjing buruan telah ditendang oleh seekor
pelanduk putih. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung, tempat peristiwa gantil itu berlaku
telah dibuka dan dberi nama Melaka.
Ringkasan peristiwa
Zaman Kegemilangan
Zaman kegemilangan Hang Tuah secara ringkasnya, menceritakan kegemilangan zaman Melaka
dengan ketokohan dan kegemilangan Hang Tuah sebagai individu yang mempunyai antara
kedudukan terpenting di istana. Hang Tuah dikenali sebagai seorang pahlawan yang sangat berani
dan gagah setelah kejayaan demi kejayaan dikecapinya dalam menakluki banyak negeri untuk
dijadikan sebagai tanah jajahan Melaka. Selain itu, Hang Tuah juga telah berjaya mempertahankan
martabat Raja Melaka serta menaikkan nama Melaka sehingga dikenali oleh negeri-negeri lain.
Hang Tuah telah diberi gelaran Laksamana dan seterusnya telah dilantik sebagai Diplomat oleh
Utusan Melaka disebabkan oleh kejayaannya memerangi musuh-musuh sehingga menyebabkan
penguasaan tanah jajahan oleh Melaka menjadi semakin luas dan kukuh. Namun, secara tidak adil
apabila menjatuhkan hubungan bunuh terhadap Hang Tuah tanpa usul periksa, Hang Tuah telah
diselamatkan oleh bendahara. Hang Tuah tidak menyimpan perasaan dendam terhadap sultan
apabila disuruh untuk menghapuskan perbuatan derhaka Hang Jebat. Hang Tuah juga sanggup
membunuh sahabat baiknya, Hang Jebat yang menderhaka kerana membela keadilan. Pegangan
hidup Hang Tuah iaitu 'Pantang orang Melayu menderhaka kepada rajanya', telah mengorbankan
Hang Jebat. Hang Tuah juga turut bersedia untuk menjalankan amanah untuk membawa anak
bendahara, Tun Teja bagi dipersembahkan kepada Sultan Melaka. Kewujudan keris Taming Sari
turut menyukarkan Hang Tuah untuk dikalahkan oleh pihak lawan.
Ringkasan peristiwa
Zaman Kemunduran
Zaman kegemilangan Hang Tuah beransur hilang apabila beliau menginjak usia tua. Kemunduran
zaman kegemilangan Hang Tuah juga dikaitkan dengan kemunduran kerajaan Melayu Melaka pada
ketika itu. Menerusi Hikayat Hang Tuah, kemunduran Melaka sewaktu kali pertama telah
dilambangkan dan diceritakan dalam kisah Sultan Melaka kehilangan mahkotanya. Hal ini demikian
kerana, mahkota tersebut merupakan tanda kebesaran kerajaan. Mahkota pusaka Bukit Si Guntang
itu telah terjatuh ke dalam laut lalu dengan pantas Hang Tuah menyelam dan berjaya
menyelamatkannya. Tetapi, sewaktu Hang Tuah hampir sampai ke perahu, tiba-tiba muncul seekor
buaya putih yang menyambar keris Taming Sari yang diselit dipinggangnya. Kerana terkejut,
mahkota tersebut turut terlepas dari tangannya dan keris yang disayanginya telah dilarikan oleh
buaya tersebut. Sejak peristiwa tersebut, Hang Tuah telah kehilangam kekuatan dan kegagahannya.
Peristiwa hitam tersebut turut mendatangkan kesedihan kepada sultan. Selepas itu. Feringgi telah
datang menyerang Melaka sehingga menyebabkan sultan terpaksa berundur. Akhirnya, Hang Tuah
meninggalkan istana dan menghabiskan masa dengan bertapa di gunung.
HANG TUAH Watak & Perwatakan
Patih Gajah Mada telah mengatur rancangan jahat untuk mengambil keris Taming Sari tetapi
malangnya dia telah masuk ke dalam perangkapnya sendiri apabila Hang Tuah terlebih dahulu
Kebijaksanaa mengesan rancangan kotor Patih Gajah Mada lalu mengambil keris Patih Gajah Mada secara
n senyap-senyap. Selain itu, kebijaksanaan Hang Tuah dilihat apabila beliau berjaya mengenal
pasti dan mengubati penyakit kuda teji yang liar dan gagal ditunggangi oleh sesiapa pun dalam
masa 7 hari.
Hang Tuah digambarkan sebagai seorang pahlawan Melayu mempunyai kehebatan dan
kehandalan dalam melawan musuh yang cuba menghuru-harakan sesebuah tempat. Hal ini
Kehebatan dapat dibuktikan apabila Seri Betara telah menyuruh seorang penjurit yang mempunyai
dan kesaktian yang tinggi untuk membunuh Hang Tuah tetapi rancangan itu tidak berjaya.
Akhirnya, Sang Winara berjaya dibunuh dengan memenggal kepala dan kedua-dua belah bahu
Kehandalan Sang Winara.
Beliau merupakan seorang laksamana yang sentiasa setia di samping rajanya iaitu raja Melaka.
Setia kepada Sebagai contoh, Hang Tuah telah mengikut raja Melaka ke Majapahit untuk berjumpa dengan
raja Majapahit iaitu Seri Betara. Semasa berada di Majapahit, beliau sentiasa menemani raja
Raja Melaka walau ke mana saja baginda pergi. Beliau juga merupakan seorang laksamana yang tidak
pernah ingkar akan arahan rajanya dan sentiasa mematuhi segala titah rajanya.
HANG JEBAT
Hang Jebat telah bersama-sama dengan empat sahabatnya, iaitu Hang Tuah, Hang Kasturi,
Hang Lekir, dan Hang Lekiu telah belajar tentang seni mempertahankan diri sejak mereka
Kepahlawanan masih kecil. Kegagahannya itu telah menyebabkan semua rakyat jelata berasa gentar dan
melarikan diri mereka. Tiada sesiapa yang mampu untuk menumpaskan Hang Jebat
walaupun dalam kelompok yang ramai.
Keadilan Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang adil. Hang Jebat berasa begitu marah apabila
mendapat tahu raja Melaka mahu menyuruh bendahara membunuh Hang Tuah. Hang Jebat
mahu menuntut keadilan di atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh raja Melaka kepada Hang
Tuah, sahabat baiknya. Oleh itu, Hang Jebat telah menderhaka kepada raja Melaka sehingga
Hang Jebat telah tinggal di dalam istana sesuka hatinya dan bermukah dengan dayang, biduan
dan gundik di dalam istana.
Berfoya-foya Hang Jebat telah tinggal di istana tanpa seorang pun berani untuk menghalaunya. Kehidupan
Hang Jebat di dalam istana sangat gembira dan mewah menyebabkan Hang Jebat tidak lagi
pulang ke rumahnya. Semua makan, minum, pakaian dan sebagainya adalah seperti seorang
raja. Dayang, biduan dan gundik juga amat sayang akan Hang Jebat sehinggakan mereka tidak
mahu untuk mengikut raja Melaka keluar dari istana meninggalkan Hang Jebat yang telah
menderhaka.
BENDAHARA PADUKA
RAJA
Bijaksana Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja dapat dilihat semasa kejadiaan Raja Muda difitnah
menghimpunkan tentera dan pembesar istana untuk merebut kuasa. Tanpa usul periksa raja
Melaka terus menitahkan agar Raja Muda dihukum bunuh, namun Bendahara Paduka Raja
menahan dengan mencadangkan Sang Jaya Nantaka dilucutkan jawatannya dan disuruh pulang ke
Bukit Siguntang Mahabiru.
Bersimpati Bendahara Paduka Raja yang mengetahui tentang pemfitnahan yang dibuat terhadap Hang Tuah tidak
sempat untuk menyatakan kepada raja Melaka tentang perkara sebenar. Raja Melaka tanpa usul periksa
telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Hang Tuah dan menitahkan Bendahara Paduka Raja untuk
melaksanakan hukuman tersebut. Bendahara Paduka Raja tidak sampai hati untuk membunuh Hang
Tuah lalu menyuruh Hang Tuah lari ke Inderapura dan memperhambakan dirinya kepada Bendahara
Seri Buana.
RAJA MELAKA
Zalim Raja Melaka merupakan seorang yang bersikap zalim kepada sesiapa sahaja yang tidak disukainya.
Baginda sanggup menjatuhkan hukuman bunuh kepada adiknya sendiri iaitu Si Jaya Nantaka
kerana baginda difitnah ingin merampas takhta raja Melaka. Baginda telah menjatuhkan hukuman
bunuh kepada Si Jaya Nantaka, namun apabila diberi nasihat oleh para pembesar dan baginda
hanya memerintahkan agar adiknya dibuang negeri.
Tidak Raja Melaka telah ditipu oleh Patih Kerma Wijaya. Patih Kerma Wijaya telah berasa cemburu
Mengenang dengan sikap raja Melaka yang melebih-lebihkan Hang Tuah. Patih Kerma Wijaya telah
memfitnah Hang Tuah di hadapan raja Melaka. Raja Melaka yang mudah terpengaruh
Budi menganggap Hang Tuah derhaka kepadanya dan menyuruh bendahara membunuh Hang Tuah
tanpa memeriksa terlebih dahulu. Hang Tuah banyak berjasa kepada raja dan negerinya, namun
raja Melaka masih tidak mengenang budinya.
Tema & Persoalan
TEMA
Bertemakan semangat patriotik. Keberanian dan kekuatan seorang pahlawan Melayu iaitu
Laksamana Hang Tuah dalam membuktikan ketaatan kepada rajanya.
PERSOALAN
1) Keberanian atau kepahlawanan Hang Tuah.
Kepahlawanan berdasarkan sikap dan akhlak Hang Tuah yang juga mempunyai sifat-sifat keperwiraan Melayu silam
seperti memiliki ilmu batin iaitu ilmu mempertahankan diri bagi menewaskan musuh.
2) Kebijaksanaan seorang pahlawan.
Setiap tindakan yang dilakukan olehnya mempunyai tujuan yang tersendiri. Hang Tuah bukan sahaja bijak dalam
tindakannya malah bijak dalam melakukan helah yang digunakan semasa pertarungan.
3) Ketangkasan Ketika berhadapan dengan musuh.
Hang Tuah seorang diri berjaya menumpaskan 70 orang penjurit yang mengamuk di pasar dan mempunyai taktik
tertentu untuk menumpaskan penjurit itu.
Mesej/Pemikiran
1. Kesetiaan kepada raja.
Dalam hikayat Hang Tuah menggambarkan bahawa masyarakat zaman feudal sangat taat
kepada raja sehingga rakyat takut untuk melanggar perintah raja kerana risau akan terkena
tulah.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah sebagai rakyat sangat taat kepada rajanya.
Walaupun beliau telah dibuang oleh raja sebanyak dua kali beliau masih mentaati perintah
raja. Hukuman terakhirnya adalah dihukum bunuh oleh raja. Ketika bendahara menjalankan
tanggungjawabnya untuk membunuh Hang Tuah atas titah raja, Hang Tuah tidak cuba
membela diri tetapi Hang Tuah menyerahkan kerisnya untuk digunakan membunuhnya.
Jelaslah bahawa masyarakat zaman tersebut sangat taat kepada perintah raja sehingga
sangguh mengikuti perintah raja walaupun ianya melibatkan nyawa.
2. Pengembara
Hikayat hang Tuah menggambarkan bahawa Hang Tuah seorang pengembara.
Buktinya Hang Tuah mengembara ke Majapahit, Inderapura dan Terengganu untuk menuntut ilmu. Beliau
juga menjadi duta ke negara asing seperti China, Siam, Rom dan Benua Keling.
Mesej/Pemikiran
3. Kebijaksanaan Pahlawan Melayu (Hang Tuah)
Hang Tuah menunjukkan kebijaksanaannya dengan cara menyelesaikan masalah, cabaran dan halangan yang
dihadapinya dengan baik.
Sebagai contoh, hang Tuah bijak mencari jalan untuk melihat Maharaja Cina yang disorok-sorokkan.
Selain itu, beliau juga bijak dalam memperdaya musuhnya dengan tipu muslihat. Hal ini dapat dibuktikan apabila
beliau memperdaya Hang Jebat dan berjaya mengambil Keris Taming Sari lalu membunuh musuhnya itu.
4. Keperwiraan Pahlawan Melayu
Jalan cerita Hikayat Hang Tuah menunujukkan bahawa Hang Tuah perwira Melayu yang
unggul pada zaman tersebut.
Contohnya, kemakmuran negeri Melaka dikaitkan dengan ketokohan yang dimiliki hang
Tuah. Kedudukan negeri Melaka sangat gemilang ketika Hang Tuah masih gagah, namun
apabila kerisnya hilang, kegemilangan negeri Melaka suram dan diserang penjajah iaitu
Portugis.
Jelaslah bahawa, kemakmuran negeri Melaka pada ketika itu bergantung kepada
pahlawan Melayu klasik, iaitu hang Tuah.
Nilai Murni
Kasih Sayang Taat Setia
Hang Jebat memperlihatkan kasih sayang terhadap Hang Tuah sangat setia kepada raja. Dia juga
sahabatnya Hang Tuah dengan menuntut bela atas sangat mentaati perintah raja agar membunuh
kematian sahabatnya itu. Rasa kasih Bendahara Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya
terhadap Hang Tuah pahlawan yang setia itu yang telah menderhaka kerana menuntut bela
membuatnya tidak menunaikan perintah raja supaya atas kematiannya.
membunuh Hang Tuah.
Kerjasama
TPeamngimgupnignjawab Seorang
Tindakan Hang Tuah untuk membunuh Hang
Sultan Melaka mempunyai sikap tanggungjawab untuk Jebat disokong oleh rakyat jelata. Hang Tuah dan
mengembalikan keamanan negeri Melaka seperti rakyat jelata bekerjasama untuk meruduk kaki
sedia kala. Oleh itu baginda memerintahkan Hang Hang Jebat dari bawah istana.
Tuah agar membunuh Hang Jebat yang telah
menderhaka serta mendatangkan huru-hara itu.
GAYA BAHASA
PERSONAFIKASI ANAFORA
Maka kata buah itu yang lain, "Ambil aku; aku Setelah sudah berhimpun maka baginda pun berangkat ke
baik; manis Bukit Seguntang. Setelah sampai dilihat baginda bukii itu
daripadanya.(Hikayat Hang Tuah;162) terlalu baik dan kayu-kayuannya pun semuanya berbuah
bermasakan.(Hikayat Hang Tuah; 8)
"Maka sepak raga itu pu berguling-guling
hendak mati. Maka segala rakyat dari keinderaan terlalu gempita
(Hikayat Hang Tuah; 169)" bunyinya. Maka pulau itu pun bergoncang seperti akan
karam lakunya. Maka Sang Perta Dewa pun naik ke atas
SIMILE ratanya terbang itu.(Hikayat Hang Tuah;7)
Maka raja pun terlalu sukacita HIPERBOLA
menengar Hang Tuah membaca
hikayat itu, suaranya terlalu mani seperti buluh Jikalau ke laut api sekalipun,
perindu. patik ikut juga.
(Hikayat Hang Tuah; 329) (Hikayat Hang Tuah; 7)
Kesimpulannya, Hikayat Hang Tuah merupakan karya
terkenal yang berfungsi sebagai satu madah untuk
menonjolkan jati diri Melayu yang dilihat melalui
watak Hang Tuah lima bersaudara. Karya agung
Hikayat Hang Tuah boleh dijadikan falsafah dalam
hidup kepada para pembaca serta dapat memberi
kesedaran dan tauladan kepada semua lapisan
masyarakat tidak kira samada golongan pemerintah
ataupun rakyat biasa. Akhir kata, sebagai rakyat
Malaysia terutamanya orang Melayu haruslah menjaga
dan memelihara karya agung kebanggaan Melayu ini
supaya tidak lapuk ditelan zaman.