The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasuhasamat, 2022-06-01 00:06:56

Hikayat Hang Tuah (1)

Hikayat Hang Tuah (1)

BSS 3173
PROSA MELAYU

HIKAYAT HANG TUAH

KUMPULAN A (3)

Pensyarah: Profesor Madya Dr. Norazimah Zakaria

AHLI KUMPULAN 3

NUR SYAFIQAH ELISA BINTI ISMAIL NURUL FAIZATUL HASHIMA BINTI ANIZAM

D20201093381 D20201093410

FATIN MAISARAH BINTI MOHAMAD NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD NURNASUHA BINTI SAMAT
D20201093413
D20201093305 D20201093412

Isi Kandungan

1. Pengenalan 7. Tema & Persoalan

2. Latar Belakang Penulis 8. Nilai Murni

3. Sinopsis 9. Pengajaran

4. Plot 10. Gaya Bahasa

5. Watak 11. Penutup
6. Pemikiran / Mesej

TEMA Tema & Persoalan
Bertemakan semangat patriotik. Keberanian dan kekuatan seorang pahlawan Melayu
iaitu Laksamana Hang Tuah dalam membuktikan ketaatan kepada rajanya.

PERSOALAN

1) Keberanian atau kepahlawanan Hang Tuah.
Kepahlawanan berdasarkan sikap dan akhlak Hang Tuah yang juga mempunyai sifat-sifat
keperwiraan Melayu silam seperti memiliki ilmu batin iaitu ilmu mempertahankan diri bagi
menewaskan musuh.

2) Kebijaksanaan seorang pahlawan.
Setiap tindakan yang dilakukan olehnya mempunyai tujuan yang tersendiri. Hang Tuah bukan sahaja
bijak dalam tindakannya malah bijak dalam melakukan helah yang digunakan semasa pertarungan.

3) Ketangkasan Ketika berhadapan dengan musuh.
Hang Tuah seorang diri berjaya menumpaskan 70 orang penjurit yang mengamuk di pasar dan
mempunyai taktik tertentu untuk menumpaskan penjurit itu.

Mesej/Pemikiran

1. Kesetiaan kepada raja.
Dalam hikayat Hang Tuah menggambarkan bahawa masyarakat zaman feudal sangat taat
kepada raja sehingga rakyat takut untuk melanggar perintah raja kerana risau akan terkena
tulah.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah sebagai rakyat sangat taat kepada rajanya.
Walaupun beliau telah dibuang oleh raja sebanyak dua kali beliau masih mentaati perintah
raja. Hukuman terakhirnya adalah dihukum bunuh oleh raja. Ketika bendahara menjalankan
tanggungjawabnya untuk membunuh Hang Tuah atas titah raja, Hang Tuah tidak cuba
membela diri tetapi Hang Tuah menyerahkan kerisnya untuk digunakan membunuhnya.
Jelaslah bahawa masyarakat zaman tersebut sangat taat kepada perintah raja sehingga
sangguh mengikuti perintah raja walaupun ianya melibatkan nyawa.

2. Pengembara

 Hikayat hang Tuah menggambarkan bahawa Hang Tuah seorang pengembara.

 Buktinya Hang Tuah mengembara ke Majapahit, Inderapura dan Terengganu untuk menuntut ilmu. Beliau

juga menjadi duta ke negara asing seperti China, Siam, Rom dan Benua Keling.

Mesej/Pemikiran

3. Kebijaksanaan Pahlawan Melayu (Hang Tuah)
Hang Tuah menunjukkan kebijaksanaannya dengan cara menyelesaikan masalah, cabaran dan halangan yang
dihadapinya dengan baik.
Sebagai contoh, hang Tuah bijak mencari jalan untuk melihat Maharaja Cina yang disorok-sorokkan.
Selain itu, beliau juga bijak dalam memperdaya musuhnya dengan tipu muslihat. Hal ini dapat dibuktikan apabila
beliau memperdaya Hang Jebat dan berjaya mengambil Keris Taming Sari lalu membunuh musuhnya itu.

4. Keperwiraan Pahlawan Melayu
Jalan cerita Hikayat Hang Tuah menunujukkan bahawa Hang Tuah perwira Melayu yang
unggul pada zaman tersebut.
Contohnya, kemakmuran negeri Melaka dikaitkan dengan ketokohan yang dimiliki hang
Tuah. Kedudukan negeri Melaka sangat gemilang ketika Hang Tuah masih gagah, namun
apabila kerisnya hilang, kegemilangan negeri Melaka suram dan diserang penjajah iaitu
Portugis.
Jelaslah bahawa, kemakmuran negeri Melaka pada ketika itu bergantung kepada
pahlawan Melayu klasik, iaitu hang Tuah.

Latar belakang penulis buku

Kassim Ahmad

Nama sebenar beliau ialah Kassim bin Ahmad dan turut dikenali sebagai Pak Kassim.
Dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Kedah pada 9 September 1933.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Bandar Baharu, Kolej Sultan
Abdul Hamid, Alor Setar dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya di Singapura.
Beliau juga pernah berkerja di Dewan Pustaka dan Pustaka sebagai pegawai dan
disitulah bermulanya penghasilan Hikayat Hang Tuah.
Selepas itu beliau berkerja sebagai pensyarah di School of Oriental and African
Studies, Universiti London, London.
Setelah meninggalkan Universiti, Kassim bekerja sebagai pegawai penyelidik di Dewan
Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur dan kemudian memegang jawatan pensyarah di
Pusat Pengajian Timur dan Afrika ( London School of Oriental and African Studies),
Universiti London, di London selama empat tahun. Pulang ke tanah air, beliau
mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.
Beliau telah menulis banyak rencana dan buku antaranya ialah Hikayat Hang Tuah ,
Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah (1973), Characterisation in Hikayat Hang Tuah
(1966), Polemik Sastera Islam yang ditulis bersama Shahnon Ahmad, Kemarau di
Lembah, Kumpulan Sajak (1967) Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada
Islam, Sajak ‘Pengembara dalam Perjalanan”, dan banyak lagi.
Kassim Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Oktober 2017 di Hospital
Besar Kulim akibat masalah jangkitan paru-paru.

Latar belakang penulis buku

Noriah Mohamed

Noriah Mohamed dilahirkan di Ipoh, Perak pada 25 Julai 1960.
Noriah menerima pendidikan awal Sekolah Rendah dan Menengah di Ipoh sebelum
menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) dalam bidang
linguistik Bahasa Melayu diteruskan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang
pengajian Bahasa Moden di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Beliau memiliki kepakaran ilmiah dalam bidang Sosiolinguistik, namun begitu beliau
juga terlibat dalam pengajaran dan kajian yang berkaitan dengan bidang Linguistik
Sejarah dan Perbandingan Bahasa Austronesia dan Sejarah Bahasa Melayu.
Beliau juga telah banyak menghasilkan penerbitan yang terdiri daripada buku, makalah
ilmiah berwasit dan kertas kerja lain dan membentangkan kertas kerja yang berkaitan
dengan bidang kepakarannya pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
Antara karya Penulisan beliau ialah Topik Asas Sosiolinguistik: Siri Pengajian dan
Pendidikan (2003), Kata di Gelanggang Bahasa: Esei-Esei Penghargaan untuk Profesor
Mashudi Kader (2009), Variasi Bahasa Melayu (2013), Kata Pinjaman Bahasa Tamil
dalam Bahasa Melayu (2015), Panji Jayengtilem (2017), Hikayat Hang Tuah (2017) –
Penulis bersama
Pada tahun 2020, Noriah Mohamed bersara setelah menyumbang bakti sebagai
pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sinopsis

Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita,
kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili
keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan
menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang
mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni
sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di
Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam
minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”. Hikayat Hang Tuah
merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita. kebolehan, dan sikap hidup
orang-orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat ini, mewakili
keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun dengan
menonjolkan sifat-sifat kesetiaan, keberanian, kepintaran dan budi bahasa yang halus. Hang
Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta pahlawan Melayu yang gagah semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Pada masa umurnya sepuluh
tahun , Hang Tuah bersahabat karib dengan empat orang yang sebaya dengannya, iaitu Hang
Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka bagaikan isi dengan kuku.

Ketika belayar ke Pulau Tinggi, Hang Tuah dan sahabatnya telah membunuh segerombolan
lanun lalu mereka diambil berkhidmat di bawah Sultan oleh Bendahara yang kagum akan
kepahlawanan mereka pada usia yang begitu muda. Ketika Hang Tuah mengiringi Sultan ke
Majapahit, beliau menyahut cabaran seorang pahlawan Jawa yang termahsyur dikenali
sebagai Taming Sari dan berjaya memperoleh sebilah keris yang dinamakan “Taming Sari”
sempena pemiliknya yang asal. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar
Majapahit yang telah dihadiahi dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh
menyebabkan pemiliknya kebal. Kemenangannya menyebabkan Hang Tuah dikurniai bukan
sahaja keris ‘Taming Sari’ tetapi juga gelaran Laksamana dan sepersalinan pakaian oleh Seri
Betara. Laksamana Hang Tuah telah menjadi orang kesayangan Sultan dan hal ini
menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan kerabat diraja termasuk Patih Karma Wijaya. Suatu
tuduhan palsu telah dibuat terhadap Hang Tuah iaitu, beliau dituduh berzina dengan dayang
Sultan, dan Hang Tuah serta-merta dijatuhi hukuman mati oleh Sultan yang murka tanpa
sebarang usul periksa. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan oleh Bendahara,
dan Hang Tuah disembunyikan di Inderapura. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati,
Hang Jebat, melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah demi
membela kematian sahabatnya di samping menyebabkan keadaan huru-hara dalam
kalangan rakyat Melaka.

Seterusnya, Sultan meninggalkan istana dan mengumumkan Hang Jebat sebagai
penderhaka. Semua percubaan untuk membunuh Hang Jebat tidak berhasil. Sultan Mansur
Shah berasa sesal akan hukuman mati yang telah dijatuhkan kepada Hang Tuah kerana Hang
Tuah merupakan satu-satunya wira yang berupaya untuk membunuh Hang Jebat. Akhirnya,
Bendahara membuka rahsianya dan memanggil Hang Tuah pulang daripada persembunyian.
Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan. Suatu perjuangan yang amat menyedihkan telah
berlaku antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang
Tuah telah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat keris Taming Sarinya semula.
Jebat mengamuk selama 3 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian,
orang – orang Feringgi (Portugis) berjaya menawan Melaka dengan membedil kota Melaka.
Penggempuran ini telah dilakukan serentak dengan kedatangan dua angkatan laut dari
Manila dan negara Feringgi. Para pahlawan Melaka pun menemukan kegagalan dan
seterusnya berundur ke selatan. Di sini, mereka mendirikan sebuah kerajaan baharu yang
dikenali sebagai Kerajaan Johor Lama. Maka, Hang Tuah terus menghilangkan diri dan beliau
tidak pernah dilihat lagi. Berita tentang Laksamana Hang Tuah juga tidak kedengaran lagi
tetapi beliau dipercayai masih hidup pada akhir hikayat ini. Hikayat ini diakhiri dengan
semangat nasionalisme yang kekal sehingga hari ini, iaitu “Takkan Melayu Hilang di Dunia.”

Ringkasan peristiwa

Permulaan

Hikayat Hang Tuah pada awalnya menceritakan kisah Hang Tuah sewaktu kecil pada zaman awal
kerajaan Melayu Melaka. Asal usul Raja Bentan yang berasal dari Palembang juga diperkenalkan
dalam hikayat ini. Keluarga Hang Tuah dipercayai telah berpindah dari Sungai Duyung ke Bintan.
Selain itu, hikayat ini turut menceritakan persahabatan Hang Tuah bersama empat sahabatnya iaitu
Hang Jebat, Hang Kasuri, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Disebabkan oleh keberanian Hang Tuah dan
rakan-rakannya, seorang pembesar negeri telah berjaya diselamatkan daripada dicederakan oleh
pengamuk. Kesan daripada peristiwa tersebut, Hang Tuah telah diterima berkerja di istana oleh
Sultan dan cadangan tersebut merupakan usul yang disampaikan oleh bendahara. Bendahara
mengusulkan cadangan untuk melantik Hang Tuah sebagai pekerja istana adalah disebabkan oleh
keberanian yang ditunjukkan olehnya. Sewaktu menemani Raja Bentan berburu, Hang Tuah telah
menyaksikan suatu peristiwa ganjil di mana seekor anjing buruan telah ditendang oleh seekor
pelanduk putih. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung, tempat peristiwa gantil itu berlaku
telah dibuka dan dberi nama Melaka.

Ringkasan peristiwa

Zaman Kegemilangan

Zaman kegemilangan Hang Tuah secara ringkasnya, menceritakan kegemilangan zaman Melaka
dengan ketokohan dan kegemilangan Hang Tuah sebagai individu yang mempunyai antara
kedudukan terpenting di istana. Hang Tuah dikenali sebagai seorang pahlawan yang sangat berani
dan gagah setelah kejayaan demi kejayaan dikecapinya dalam menakluki banyak negeri untuk
dijadikan sebagai tanah jajahan Melaka. Selain itu, Hang Tuah juga telah berjaya mempertahankan
martabat Raja Melaka serta menaikkan nama Melaka sehingga dikenali oleh negeri-negeri lain.
Hang Tuah telah diberi gelaran Laksamana dan seterusnya telah dilantik sebagai Diplomat oleh
Utusan Melaka disebabkan oleh kejayaannya memerangi musuh-musuh sehingga menyebabkan
penguasaan tanah jajahan oleh Melaka menjadi semakin luas dan kukuh. Namun, secara tidak adil
apabila menjatuhkan hubungan bunuh terhadap Hang Tuah tanpa usul periksa, Hang Tuah telah
diselamatkan oleh bendahara. Sejak itu, Hang Tuah telah menyimpan perasaan dendam terhadap
sultan apabila disuruh untuk menghapuskan perbuatan derhaka Hang Jebat. Seterusnya, Hang
Jebat sanggup membunuh sahabat baiknya, Hang Jebat yang menderhaka kerana membela
keadilan. Pegangan hidup Hang Tuah iaitu 'Pantang orang Melayu menderhaka kepada rajanya',
telah mengorbankan Hang Jebat. Hang Tuah juga turut bersedia untuk menjalankan amanah untuk
membawa anak bendahara, Tun Teja bagi dipersembahkan kepada Sultan Melaka. Kewujudan keris
Taming Sari turut menyukarkan Hang Tuah untuk dikalahkan oleh pihak lawan.

Ringkasan peristiwa

Zaman Kemunduran

Zaman kegemilangan Hang Tuah beransur hilang apabila beliau menginjak usia tua. Kemunduran
zaman kegemilangan Hang Tuah juga dikaitkan dengan kemunduran kerajaan Melayu Melaka pada
ketika itu. Menerusi Hikayat Hang Tuah, kemunduran Melaka sewaktu kali pertama telah
dilambangkan dan diceritakan dalam kisah Sultan Melaka kehilangan mahkotanya. Hal ini demikian
kerana, mahkota tersebut merupakan tanda kebesaran kerajaan. Mahkota pusaka Bukit Si Guntang
itu telah terjatuh ke dalam laut lalu dengan pantas Hang Tuah menyelam dan berjaya
menyelamatkannya. Tetapi, sewaktu Hang Tuah hampir sampai ke perahu, tiba-tiba muncul seekor
buaya putih yang menyambar keris Taming Sari yang diselit dipinggangnya. Kerana terkejut,
mahkota tersebut turut terlepas dari tangannya dan keris yang disayanginya telah dilarikan oleh
seekor buaya. Sejak peristiwa tersebut, Hang Tuah telah kehilangam kekuatan dan kegagahannya.
Peristiwa hitam tersebut turut mendatangkan kesedihan kepada sultan. Selepas itu. Feringgi telah
datang menyerang Melaka sehingga menyebabkan sultan terpaksa berundur. Akhirnya, Hang Tuah
meninggalkan istana dan menghabiskan masa dengan bertapa di gunung.

HANG TUAH Watak & Perwatakan


Patih Gajah Mada telah mengatur rancangan jahat untuk mengambil keris Taming Sari tetapi
malangnya dia telah masuk ke dalam perangkapnya sendiri apabila Hang Tuah terlebih dahulu
Kebijaksanaa mengesan rancangan kotor Patih Gajah Mada lalu mengambil keris Patih Gajah Mada secara
n senyap-senyap. Selain itu, kebijaksanaan Hang Tuah dilihat apabila beliau berjaya mengenal
pasti dan mengubati penyakit kuda teji yang liar dan gagal ditunggangi oleh sesiapa pun dalam
masa 7 hari.


Hang Tuah digambarkan sebagai seorang pahlawan Melayu mempunyai kehebatan dan
kehandalan dalam melawan musuh yang cuba menghuru-harakan sesebuah tempat. Hal ini
Kehebatan dapat dibuktikan apabila Seri Betara telah menyuruh seorang penjurit yang mempunyai
dan kesaktian yang tinggi untuk membunuh Hang Tuah tetapi rancangan itu tidak  berjaya.
Akhirnya, Sang Winara berjaya dibunuh dengan memenggal kepala dan kedua-dua belah bahu
Kehandalan Sang Winara.  

 


Beliau merupakan seorang laksamana yang sentiasa setia di samping rajanya iaitu raja
Setia kepada Melaka. Sebagai contoh, Hang Tuah telah mengikut raja Melaka ke Majapahit untuk berjumpa
dengan raja Majapahit  iaitu Seri Betara. Semasa berada di Majapahit, beliau sentiasa
Raja menemani raja Melaka walau ke mana saja baginda pergi. Beliau juga merupakan seorang
laksamana yang tidak pernah ingkar akan arahan rajanya dan sentiasa mematuhi segala titah
  rajanya.

HANG JEBAT
Hang Jebat telah bersama-sama dengan empat sahabatnya, iaitu Hang Tuah, Hang Kasturi,
Hang Lekir, dan Hang Lekiu telah belajar tentang seni mempertahankan diri sejak mereka
Kepahlawanan masih kecil. Kegagahannya itu telah menyebabkan semua rakyat jelata berasa gentar dan

melarikan diri mereka. Tiada sesiapa yang mampu untuk menumpaskan Hang Jebat
walaupun dalam kelompok yang ramai.

Keadilan Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang adil. Hang Jebat berasa begitu marah apabila
mendapat tahu raja Melaka mahu menyuruh bendahara membunuh Hang Tuah. Hang Jebat
mahu menuntut keadilan di atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh raja Melaka kepada
Hang Tuah, sahabat baiknya. Oleh itu, Hang Jebat telah menderhaka kepada raja Melaka
sehingga Hang Jebat telah tinggal di dalam istana sesuka hatinya dan bermukah dengan
dayang, biduan dan gundik di dalam istana.

Berfoya-foya Hang Jebat telah tinggal di istana tanpa seorang pun berani untuk menghalaunya. Kehidupan
Hang Jebat di dalam istana sangat gembira dan mewah menyebabkan Hang Jebat tidak lagi
pulang ke rumahnya. Semua makan, minum, pakaian dan sebagainya adalah seperti seorang
raja. Dayang, biduan dan gundik juga amat sayang akan Hang Jebat sehinggakan mereka tidak
mahu untuk mengikut raja Melaka keluar dari istana meninggalkan Hang Jebat yang telah
menderhaka.

Bijaksana BENDAHARA PADUKA
RAJA

Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja dapat dilihat semasa kejadiaan Raja Muda difitnah
menghimpunkan tentera dan pembesar istana untuk merebut kuasa. Tanpa usul periksa raja
Melaka terus menitahkan agar Raja Muda dihukum bunuh, namun Bendahara Paduka Raja
menahan dengan mencadangkan Sang Jaya Nantaka dilucutkan jawatannya dan disuruh pulang
ke Bukit Siguntang Mahabiru.

Bersimpati Bendahara Paduka Raja yang mengetahui tentang pemfitnahan yang dibuat terhadap Hang Tuah tidak
sempat untuk menyatakan kepada raja Melaka tentang perkara sebenar. Raja Melaka tanpa usul
periksa telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Hang Tuah dan menitahkan Bendahara Paduka Raja
untuk melaksanakan hukuman tersebut. Bendahara Paduka Raja tidak sampai hati untuk membunuh
Hang Tuah lalu menyuruh Hang Tuah lari ke Inderapura dan memperhambakan dirinya kepada
Bendahara Seri Buana.

RAJA MELAKA

Zalim Raja Melaka merupakan seorang yang bersikap zalim kepada sesiapa sahaja yang tidak

disukainya. Baginda sanggup menjatuhkan hukuman bunuh kepada adiknya sendiri iaitu Si Jaya
Nantaka kerana baginda difitnah ingin merampas takhta raja Melaka. Baginda telah
menjatuhkan hukuman bunuh kepada Si Jaya Nantaka, namun apabila diberi nasihat oleh para
pembesar dan baginda hanya memerintahkan agar adiknya dibuang negeri.

Tidak Raja Melaka telah ditipu oleh Patih Kerma Wijaya. Patih Kerma Wijaya telah berasa cemburu
Mengenang dengan sikap raja Melaka yang melebih-lebihkan Hang Tuah. Patih Kerma Wijaya telah
memfitnah Hang Tuah di hadapan raja Melaka. Raja Melaka yang mudah terpengaruh
Budi menganggap Hang Tuah derhaka kepadanya dan menyuruh bendahara membunuh Hang Tuah
tanpa memeriksa terlebih dahulu. Hang Tuah banyak berjasa kepada raja dan negerinya, namun
raja Melaka masih tidak mengenang budinya.

PATIH KERMA WIJAYA

Hasad Dengki Beliau mempunyai perasaan hasad dengki terhadap Hang Tuah. Hang Tuah terlalu disayangi oleh
raja Melaka sejak kembali dari Majapahit iaitu kembali daripada meminang Raden Galuh Emas
Ayu untuk baginda. Patih Kerma Wijaya dan pembesar-pembesar Melaka lain telah bermesyuarat
untuk membuat fitnah ke atas Hang Tuah. Fitnah ini bertujuan agar Hang Tuah dijatuhkan
hukuman oleh raja Melaka.

Penakut Perwatakan penakut Patih Kerma Wijaya dapat dilihat sewaktu raja Melaka menitahkan beliau
untuk menghapuskan Hang Jebat yang telah menderhaka kepada raja. Patih Kerma Wijaya
membawa pembesar-pembesar istana yang lain serta beribu-ribu rakyat untuk menangkap Hang
Jebat tetapi mereka tewas. Ramai yang terkorban dan ada yang lari ketakutan termasuklah Patih
Kerma Wijaya.

SERI BETARA MAJAPAHIT

Pandai Berpura- Patih Gajah Mada memerintahkanseorang perajurit yang handal bermain tombak untuk
pura membunuh Hang Tuah semasa majlis menghadap raja diadakan di Pebesen. Namun, Hang Tuah
mampu menghindari serangan perajurit itu dengan mudah. Seri Betara Majapahit berpura-pura
berterima kasih dan memberi anugerah kepada Hang Tuah.

Pemarah Hang Tuah bersama-sama dengan sahabatnya telah memasuki taman larangan Seri Betara
Majapahit. Mereka bersukaria dengan menyanyi di sana. Perbuatan tersebut menimbulkan
kemarahan Seri Betara Majapahit. Peristiwa itu menyebabkan Seri Betara Majapahit mengupah
seribu orang untuk menangkap mereka tetapi dapat dikalahkan.

Nilai Murni
Kasih Sayang Taat Setia

Hang Jebat memperlihatkan kasih sayang terhadap Hang Tuah sangat setia kepada raja. Dia juga
sahabatnya Hang Tuah dengan menuntut bela atas sangat mentaati perintah raja agar membunuh
kematian sahabatnya itu. Rasa kasih Bendahara Hang Jebat yang merupakan sahabat karibnya
terhadap Hang Tuah pahlawan yang setia itu yang telah menderhaka kerana menuntut bela
membuatnya tidak menunaikan perintah raja atas kematiannya.
supaya membunuh Hang Tuah.
Kerjasama
Tanggungjawab Seorang
Pemimpin Tindakan Hang Tuah untuk membunuh Hang
Jebat disokong oleh rakyat jelata. Hang Tuah
Sultan Melaka mempunyai sikap tanggungjawab dan rakyat jelata bekerjasama untuk meruduk
untuk mengembalikan keamanan negeri Melaka kaki Hang Jebat dari bawah istana.
seperti sedia kala. Oleh itu baginda
memerintahkan Hang Tuah agar membunuh Hang
Jebat yang telah menderhaka serta mendatangkan
huru-hara itu.

Kesimpulannya, Hikayat Hang Tuah merupakan karya
terkenal yang berfungsi sebagai satu madah untuk
menonjolkan jati diri Melayu yang dilihat melalui watak Hang
Tuah lima bersaudara. Karya agung Hikayat Hang Tuah boleh
dijadikan falsafah dalam hidup kepada para pembaca serta
dapat memberi kesedaran dan tauladan kepada semua
lapisan masyarakat tidak kira samada golongan pemerintah
ataupun rakyat biasa. Akhir kata, sebagai rakyat Malaysia
terutamanya orang Melayu haruslah menjaga dan
memelihara karya agung kebanggaan Melayu ini supaya tidak
lapuk ditelan zaman.

ThalinsktenYinogu!for


Click to View FlipBook Version