The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadahadhinah276, 2021-08-06 09:27:33

FOLIO SUKAN BADMINTON_

FOLIO SUKAN BADMINTON_

FOLIO SUKAN
BADMINTON

NADA HADHINAH NADHIRAH BINTI EMRAN
3 DUKE

CP 190074

PENGENALAN SUKAN BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan
bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui
pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan
bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap
pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang. Pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan,
kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran
penggunaan raket.

SEJARAH SUKAN BADMINTON

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir.Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Henetsukii telah dimainkan seawal abad ke-16. Di
kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket
kecil. Sukan ini dikenali sebagai “Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia
dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Sprat, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new
game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucerteshienyang dimiliki oleh Duke of Baufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton,"
dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi
Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan
menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka
juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan
BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari
Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat
antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

TOKOH DAN PEMAIN BADMINTON DI MALAYSIA

DATUK LEE CHONG WEI

Nama ; Lee Chong Wei
Tarikh Lahir ; 21 Oktober 1982
Tempat Lahir ; Bagan Serai, Perak
Jurulatih ; Misbun Sidek, Hendrawan
Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi
rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini
mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada menceburi sukan itu gara-gara
bahang yang melayur di luar gelanggang bola keranjang, sejak itu, beliau mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini
membawanya ke gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah
bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.[
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah
pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya
jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. Beliau merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak 2013.

DATUK MOHMED MISBUN SIDEK

Nama ; Datuk Mohmed Misbun bin Mohd Sidek
Tarikh Lahir ; 17 Februari 1960
Tempat Lahir ; Banting, Selangor

Datuk Dr Mohmed Misbun bin Dato' Haji Mohd Sidek merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton profesional Malaysia. Beliau merupakan anak
sulung lelaki daripada lima Sidek bersaudara yang terkenal. Beliau dan kesemua adik-beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa. Visi
Allahyarham Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai
eksperimen.
Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya di gelanggang badminton yang terletak bersebelahan rumah
mereka di Kampung Kanchong Darat Banting Selangor.
Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Selain kejohanan itu, anak sulung daripada lima itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama
Silver Bowl.
Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka
(DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain badminton kebangsaan
di Istana Melaka.
Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Insan) oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

LEE ZII JIA

Nama ; Lee Zii Jia
Tarikh Lahir ; 29 Mac 1998
Tempat Lahir ; Alor Setar, Kedah

Lee Zii Jia merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Pada 2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia
Tenggara 2019. Lee Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor
Setar, Kedah. hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah
Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa
beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah
peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia. Pada bulan Februari, beliau
mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan Pada peringkat akhir Kejohanan
Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-
22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.

CIRI-CIRI KESELAMATAN SEBELUM PEMAINAN

- Memakai pakaian yang selesa dan bersesuaian
Pakaian yang dipakai haruslah bersesuaian dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang sesuai untuk dipakai adalah pakaian yang diperbuat
daripada kapas. Hal ini berikutan iklim negara yang panas dan sesuai untuk menyerap tubuh. Namun, pakaian yanag terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darahdan menjejaskan
prestasi atlet.

- Memastikan gelanggang berasa dalam keadaan yang baik
Kawasan permainan iaitu gelanggang badminton haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan pengguna. Gelanggang hendaklah berada dalam keadaan
yang terbaik, seperti tidak berlubang atau tidak rata yang dapat menyebabkan kecederaan semasa permainan berlangsung.

- Menggunakan peralatan permainan yang bersesuaian
Peralatan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur, saiz, ketinggian dan keupayaan fizikal pemain. Hal ini dapat menjamin keselesaan pemain dan dapat meningkatkan motivasi
individu tersebut untuk terus terlibat daklam sukan. Contohnya, pemain sekolah rendah hendaklah menggunakan raket yang bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya tidak
menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan badminton.

- Mengunakan peralatan dan gear keselamatan semasa bermain
Semua atlet hendaklah menggunakan peralatan keselamatan yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini daripada berlaku. Kebanyakan alatan keselamatan adalah
mengikut kesesuaian pemakaian. Alatan-alatan yang boleh diapakai termasuklah pelindung pendakap buku lali, sokongan siku, pelapik lutut dan sebagainya.

SENARAI KELENGKAPAN BADMINTON

RAKET
Raket badminton diperbuat dari senang (string), berupa tali plastic sintesis. Ia
merupakan peralatan utama dalam permainan badminton. Pada masa dahulu,
permainan ini menggunakan pemukul empat segi atau leper daripada kayu. Namun,
sekarang ia berveolusi dengan menggunakan bahan yang lebih kukuh, ringan dan
kuat iaitu karbon atau grafit.

BULU TANGKIS

Bulu tangkis merupakan peralatan utama dalam permainan badminton, sama seperti raket. Ia
diperbuat daripada bulu angsa dan plastic. Manakala, bulu tangkis yang diperbuat daripada plastic
digunakan untuk latihan sahaja. Antara buku tangkis terbaik 2021 ialah Yonex Aerosensa 30 Feather
Dan Victor Master Classic.

KASUT BADMINTON
Kasut badminton mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada kasut sukan biasa. Kasut
badminton dapat menentukan keseluiruhan skill pemain untuk ditonjolkan semasa perlawanan.
Ia haruslah baik dan selesa agar pemain dapat bergerak, maju ke hadapan atau mundur tanpa
tergelincir. Bebanan yang diletakkan pada kaki pemain akan menentukan gerakan seperti
melompat, smash, pergerakan tajam, pergerakan sisi dan brek.

JARING BADMINTON

Jaring merupakan pembahagi jaring yang merentangi antara dua bidang permainan yang
diikatkan pada tiang. Tiang itu haruslah kukuh sehingga net yang dibentangkan tidak akan
kendur. Apabila ditarik dan tegang agar lurus. Net jaring bukan sahaja menjadi penentu kawasan
pemain dalam gelanggang tetapi juga memudahkan pemain untuk menentukan tinggi rendah
pukulan, servis, dan serangan dari lawan. Ia diperkenalkan untuk memurnikan lagi sukan
badminton.

GELANGGANG BADMINTON
Gelanggang badminton bukanlah sesuatu yang perlu berada di rumah. Namun, gelanggang
badminton membolehkan pemain berlatih secara konsisten dengan mengikut peraturan-
peraturan badminton di dalam sebuah perlawanan. Gelanggang badminton mempunyai dua jenis
iaitu tertutup dan terbuka. Pemain yang menggunakan gelanggang terbuka akan menghadapi
gangguan angin. Walaubagaimanapun, gelanggang tertutup tidak akan mempunyai sebarang
ganggguan angin.

BEG RAKET
Raket yang digunakan untuk permainan badminton hendaklah dijaga dengan baik supaya
kualitinya terjamin. Walaupun raket badminton diperbuat daripada bahan yang tahan lasak,
terdapat bahagian yang tertentu yang mudah terdedah kepada kerosakan.Antara bahagian yang
mudah rosak adalah jaring raket. Hal ini kerana tanpa beg raket, jaring raket mudah tersangkut
pada benda-benda yang tajam dan mengakibatkan jaring terputus.

UNDANG UNDANG DAN PERATURAN DALAM PERMAINAN BADMINTON

 Undang- undang asas
Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Permainan ini dimainkan oleh 2 orang atau 4 orang pemain.
Permainan badminton boleh dimainkanoleh semua lapisan masyarakattidak kira jantina atau umur. Permainan ini dibahagikan
kepada dua, iaitu acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan perempuan, beregu lelaki dan
wanita serta beregu campuran. Antara acara berpasukan ialah Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman.

 Memulakan permainan
 Undian akan dibuat terlebih dahulu bagi memulakan permainan. Antara benda yang boleh digunakan untuk membuat undian

adalah bulu tangkis atau duit syiling.

 Pemenang undian boleh memilih untuk membuat servis, menerima atau memilih petak gelanggang.

 Bagi pihak yang kalah, mereka akan menerima pilihan yang berikutnya.

 Sistem pengiraan mata
 Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best of three games.

 Pemain yang memenangi rali akan diberi mata.

 Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain.

 Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang

 Dalam acara perseorangan, jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.

 Dalam acara beregu, jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.

 Masa rehat
 Rehat selama 60 saat akan diberikan setelah mana- mana pemain atau pasangan mencapai

mata 11.

 Apabila sesuatu game tamat, rehat antara game selama 2 minit akan diberikan kepada

pemain.

 Servis
 Pemain tidak dibenarkan untuk melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.

 Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan
gelanggang.

 Kedua- dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.

 Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulusemasa membuat servis.

 Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.

 Servis dilakukan setelah penerma bersedia.

 Servis Semula (let)
 Penerima belum bersedia.
 Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
 Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
 Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
 Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
 Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

 Larangan Untuk Pemain
 Jangan sengaja melambat- lambatkan permainan.
 Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan
 Tidak memijak garis semasa membuat servis,menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan.
 Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
 Tidak berkelakuan kasar.
 Berlaku Batal Sekiranya:
 Raket melepasiatas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.
 Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.
 Mengganggu puhak lawan dengan menggunakan isyarat tangan atau laungan kuat.

 Perlawanan Peseorangan
 Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.

 Pembuat serivis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.

 Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam geme berikutnya.

 Perlawanan Beregu
 Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.

 Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing- masing.

 Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepadapihak lawan.

 Semasa membuat servis,rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana- mana tempat dalam petak tetapi tidak
menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.

 Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya.

UNDANG UNDANG KESALAHAN PEMAIN DALAM SUKAN BADMINTON

 Kedudukan bulu tangkis pada saat dipukul lebih tinggi dari pinggang pelaku servis
 Penerima servis bergerak sebelum bulu tangkis servis dipukul.
 Sebelum atau semasa berkhidmat, salah seorang pemain melakukan helah atau berpura-pura atau sengaja mengejutkan lawannya.
 Bulu tangkis melekat pada raket apbila pukulan dilakukan atau bulu dipukul dua kali berturut- turut.
 Semasa dalam permainan, pemain disentuh oleh bulu tangkis apabila dia berada di dalam atau di luar padang.
 Pada saat bulu tangkis dipukul, badan raket menghadap ke bawah, sehingga seluruh bahagian kepala raket tidak secara jelas dan

nyata berada di bawah tangan pelaku servis.
 Memegang raket dengan menggenggam, jari- jemari rapat dan sejajar.
 Posisi kaki menginjak garis tengah atau depan semasa melakukan servis.
 Terputus rangkaian gerak mengayun raket dan memukul bulu tangkis.
 Pada posisi memukul, kaki dan tangan sejajar dengan jaring menyebabkan pukulan tidak kuat.
 Bulu tangkis yang dipukul terlalu tinggi (melambung) di atas jaring sehingga dengan demikian membuka ruang bagi pihak lawan

untuk memukul bola (return serve).
 Pada posisi underhand, kaki kiri berada di depan, keseimbangan kaki tidak ada dan sukar mengarahkan bulu tangkis dengan tepat.

INOVASI DALAM SUKAN BADMINTON

PENGUKUR KELAJUAN BADMINTON
Pengukur kelajuan badminton ini bertujuan untuk mengukur kelajuan yang dihasilkan pada
setiap pukulan buku tangkis. Setiap kali pukulan buku tangkis akan tercarat pada pengukur
tersebut. Maka, sessorang pemain itu dapat mengetahui kelajuan pada setiap pukulan bola yang
dihasilkan. Pengukur kelajuan sangat penting kepada pemain badminton kerana jika kelajuan
pukulan seseorang pemain yang dicatat adalah tidak laju maka pemain itu akan mencari jalan
untuk meningkatkan kelajuan pukulannya.

INSTANT REVIEW TECHNOLOGY
Challenge atau Instant Review Technology merupakan sebuah teknologi yang sudah lazim
digunakan di pertandingan-pertandingan atau kejohanan badminton antarabangsa. Berdasarkan
peraturan yang dibuat oleh BWF, pemain diveri dua kali kesempatan untuk melakukan
challenge dalam satu pertandingan. Ketika pemain melakukan Challenge, umpire akak
memutarkan tayangan ulang dari Ultra Slow Motion Camera berula video grafik atau animasi
untuk melihat posisi jatuhnya bulu tangkis. Jika posisi jatuhnya di dalam lapangan, maka
pemain berhak mendapatkan mata tambahan. Namun, jika shuttlecock terbukti jatuh di luar
lapangan, maka pemain kehilangan satu mata dan tinggal satu kesempatan untuk melakukan
challenge.

PENUTUP

Kesimpulannya, sukan badminton sangat menarik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Saya
mempelajari banyak perkara baharu tentang badminton seperti sejarah sukan badminton dan biodata
tokoh-tokoh dan pemain badminton Malaysia. Saya juga dapat mempelajari tentang persediaan yang
perlu dilakukan sebelum bermain untuk mengeleakkan sebarang kecederaan daripada berlaku. Saya
juga dapat mendalami peraturan dan undang-undang sukan badminton dengan lebih lanjut. Hal ini saya
terapkan semasa permainan saya yang akan datang. Saya dapat memperbaiki kesalahan-kesalahan yang
saya sering lakukan. Dengan cara ini, prestasi saya akan meningkat. Akhir sekali, saya berharap agar
saya dapat meneruskan perjuangan saya dalam bidang badminton ke peringkat yang lebih tinggi.

-Sekian Terima Kasih-


Click to View FlipBook Version