0 FITNAH PERPECAHAN PADA ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
1 KANDUNGAN PENGHARGAAN .......................................................................................................................................2 1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................................................3 2.0 BIODATA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN................................................................................4 3.0 PELANTIKAN DAN KEPIMPINAN UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI KHALIFAH KETIGA5 4.0 FITNAH DAN PEMBUNUHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN ........................................7 5.0 PENUTUP .....................................................................................................................................10 RUJUKAN..................................................................................................................................................11
2 PENGHARGAAN Assalamualaikum wbt . Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke atas nikmat Ilahi kerana dengan keizinannya, saya dapat menyiapkan tugasan ini sehingga ke akhir. Melalui kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Sirah Nabawiyyah dan Tarikh Islami saya, Ustaz Khairi Bin Jalalluddin. Beliau telah banyak memberikan dorongan dan bimbingan sepanjang tempoh tugasan ini dijalankan. Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada ibu bapa yang disayangi . Tanpa motivasi dan semangat dari mereka, saya mungkin tidak mampu menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Semoga penghasilan tugasan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan berguna untuk masa hadapan.
3 1.0 PENDAHULUAN Jika ditelusuri sejarah silam, fenomena fitnahlah yang menjadi penyebab utama berlakunya peristiwa pemberontakan terbesar dalam sejarah awal Islam. Pemberontakan yang membawa kepada peristiwa pembunuhan khalifah ketiga Saidina Uthman Bin Affan RA adalah detik paling tragis dalam sejarah umat Islam sehingga mengheret kepada pertelingkahan hebat di kalangan sahabat. Uthman Bin Affan menjadi khalifah ketiga menggantikan Khalifah Umar Bin Al-Khattab yang telah dibunuh. Beliau memerintah selama 12 tahun iaitu dari tahun 644 sehingga 656 Masihi. Pada peringkat permulaan, pemerintahan Uthman cukup gemilang dan hebat. Kegemilangan beliau dalam memerintah dapat dilihat menerusi pembukaan wilayah-wilayah baharu , pengumpulan al-quran dalam satu mushaf serta pembangunan sosial . Fitnah dan kekacauan bermula sejak penghujung pemerintahannya. Beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, menjaga kepentingan keluarga dan seumpamanya. Khalifah Uthman berusaha membendung fitnah ini daripada berterusan tetapi kelicikan Abdullah Bin Saba’ telah menjadi sebab percetusan api perpecahan dan fitnah besar. Dalam tugasan ini, kita akan menelusuri watak kepimpinan Uthman Bin Affan serta fitnah yang dihadapinya sehingga beliau dibunuh dengan kejam oleh para pemberontak. Perbincangan ini juga akan dikaitkan dengan hadis perpecahan umat yang muktabar seiring dengan konteks dalam peristiwa fitnah dan perpecahan umat pada zaman Uthman Bin Affan. .
4 2.0 BIODATA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umayyah merupakan sahabat nabi yang lahir pada tahun 573M di Mekah. Beliau merupakan bangsawan kaum Quraisy berketurunan bani Umayyah. Gelaran Dzun Nurain diberikan kepadanya setelah berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalthum RA. Beliau terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut, dermawan, pemalu dan baik hati. Beliau merupakan antara saudagar terkaya di tanah Arab sehingga digelar “Al-Ghaniy”. Beliau merupakan antara sahabat terawal yang memeluk Islam atas ajakan dari Abu Bakar Assidiq. Beliau memiliki akhlak yang sangat mulia. Selepas memeluk Islam, sikap dermawan beliau terserlah apabila beliau banyak membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT seperti membeli telaga untuk kegunaan orang ramai dan membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi. Selain itu, Uthman dikhabarkan sebagai seorang yang pemalu sehinggakan banyak hadis yang meriwayatkan keperibadian beliau itu. Di samping itu, meskipun Uthman seorang saudagar yang kaya, beliau memilih untuk hidup bersederhana dalam kehidupan seharian sehingga ketika berpidato, beliau hanya memakai sehelai kain kasar dan kopiah berharga lima dirham. Saidina Uthman merupakan sahabat yang sangat rapat dengan Nabi. Rasulullah SAW sangat mencintai Saidina Uthman sehingga beliau termasuk dalam kalangan sepuluh sahabat yang dijamin syurga. Keistimewaan Uthman diperjelaskan lagi menerusi sebuah hadis dari Musa Al-Asha’ari (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) bahawa Uthman adalah penduduk syurga. Beliau juga adalah orang yang berhijrah sebanyak dua kali iaitu berhijrah ke Habsyah kemudian mengikuti penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Keistimewaan Uthman ditonjolkan apabila beliau mendapat khabar dari Rasulullah SAW bahawa beliau akan mati syahid. Dalam hadis riwayat Bukhari (3675) dan Tirmizi (3630), “Dari Anas Bin Malik, Rasulullah SAW mendaki gunung Uhud bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman. Tiba-tiba gunung itu bergegar. Rasulullah SAW pun menghentakkan kakinya lalu berkata ‘Tetaplah engkau wahai Uhud! Bukan orang lain di atasmu melainkan seorang Nabi, seorang Siddiq, dan dua orang Syahid (Umar dan Uthman).”. Jelaslah bahawa Uthman Bin Affan merupakan seorang sahabat yang istimewa disisi Rasulullah SAW.
5 3.0 PELANTIKAN DAN KEPIMPINAN UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI KHALIFAH KETIGA Setelah Umar bin Al-Khattab menjawat jawatan khalifah selama 10 tahun, beliau memilih enam orang sahabat dari kaum Muhajirin untuk memilih di antara mereka seorang khalifah. Pemilihan ini dinamakan Majlis Syura atau Musyawarah. Calon – calon terdiri daripada Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Saad Bin Abi Waqqas, Ali Bin Abi Talib, Zubair bin Al-Awwam dan Talhah bin Ubaidillah. Semua calon ini merupakan sahabat yang sangat disayangi oleh Rasulullah SAW. Khalifah Umar RA memilih mereka atas dasar kelayakan mereka menjadi pemimpin dan bukanlah mewakili puak atau kumpulan tertentu. Selepas Khalifah Umar wafat, maka bermulalah pemilihan khalifah di rumah Al-Musawwir Bin Mukhrimah. Saidina Uthman telah terpilih dan dibaiah oleh penduduk Madinah. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah. Khalifah Uthman memerintah selama 12 tahun iaitu dari 644 sehingga 656 Masihi. Beliau seorang pemimpin yang berlemah lembut dan tidak gemar akan kekerasan. Dengan perwatakan tersebut, beliau telah menunjukkan kepimpinan yang baik pada tahun-tahun permulaan pemerintahan. Banyak jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam memperkembangkan syiar Islam ke serata dunia. Antaranya termasuklah menerusi : • Pembukaan wilayah baharu Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman terbentang luas gagasannya,mencakupi bahagian Benua Asia dan Afrika. Negara seperti Iran, Iraq, Armenia, Azerbayjan, Afghanistan, Samarkand,Palestin,Jordan, Tajikistan, Turkmenistan, Khurasan, Uzbekistan di bahagian Asia dan wilayah Afrika Utara seperti Mesir, Libya, Al-Jazair, Tunisia dan Maghribi telah berjaya ditawan oleh pihak Muslimin. Islam juga telah berjaya menguasai Anatolia dan Pulau Cyprus di bahagian Barat. Keseluruhan semenanjung Tanah Arab dan Yaman juga tunduk di bawah kekuasaan Islam. Seluruh kawasan dan wilayah itu terhimpun dan bernaung dalam satu gagasan Islam yang berdaulat sekaligus mengangkat empayar Islam menjadi kuasa besar setaraf dengan empayar Rom dan Parsi.
6 • Pembangunan dan Pembesaran Masjid Nabawi Masjid Nabawi menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah Islam yang semakin ramai. Oleh itu, kerja-kerja pembangunan dan pembesaran telah dilakukan bagi menjamin keselesaan umat Islam untuk beribadah. • Pembukuan Al-Quran dalam satu Mushaf (Mushaf Uthmani) Perluasan kuasa Islam yang semakin meluas menimbulkan banyak perbezaan dari sudut bacaan Al-Quran. Oleh itu, bagi mengelakkan fitnah dan pergaduhan, Khalifah Uthman mengarahkan sahabat menyalin semula Al-Quran dalam satu mushaf yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani dan disebarkannya ke seluruh pusat Islam. Mushaf Uthmani digunakan secara rasmi oleh seluruh umat Islam dan naskhah-naskhah yang lain telah dibakar. Hal ini telah menyeragamkan kembali struktur pembacaan dan penulisan AlQuran bagi menjaga kesucian Kitab Wahyu tersebut. • Pengukuhan pertahanan dan ketenteraan Khalifah Uthman menubuhkan Angkatan Tentera Laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan wilayah-wilayah Islam yang semakin meluas. Ia juga bertujuan untuk meluaskan penakhlukan kuasa. Banyak negara-negara baharu yang telah dibuka menerusi angkatan tentera laut ini. Jelaslah bahawa pentadbiran dan kepimpinan Khalifah Uthman Bin Affan berjalan dengan lancar dan cemerlang. Keagungan beliau telah membawa umat Islam menaiki satu puncak yang tinggi di dunia. Namun, hasad dengki dan sifat Munafik golongan tertentu telah membawa kepada zaman Fitnatul Kubra bermula sekitar enam tahun terakhir pemerintahan beliau.
7 4.0 FITNAH DAN PEMBUNUHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Khalifah Uthman difitnah dengan teruk hasil daripada usaha yang dimainkan oleh Abdullah Bin Saba’. Seorang Yahudi yang berasal dari Yaman. Dia berpura-pura menganut agama Islam pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan. Abdullah Bin Saba’ dan pengikutnya memulakan usaha dengan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain bagi menyesatkan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk. Gerakan bermula dari Hijaz kemudian ke Basrah,Kufah dan seterusnya Syam. Antara doktrin yang dilancarkan adalah dengan mempersoalkan keabsahan Uthman sebagai khalifah. Dia mengatakan bahawa kononnya Rasulullah SAW telah mewasiatkan Ali Bin Abu Talib sebagai penggantinya. Dia juga telah menyebarkan cerita rekaan yang memburuk-burukkan pemerintahan Uthman. Cerita mengenai keburukan kepimpinan Saidina Uthman serta para gabenornya semakin hari semakin tersebar luas ke wilayah lain. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kerana semakin ramai para pemberontak yang ingin menjatuhkan Khalifah Uthman. Hebatnya kesan gerakan penabur fitnah ini berjaya menimbulkan keraguan di kalangan umat sehinggakan gabenor-gabenor yang dilantik juga tidak mampu menangani fenomena fitnah yang membiak. Akhirnya, berita fitnah ini sampai kepada pengetahuan Khalifah Uthman. Antara usaha beliau untuk membendung fitnah ini dari berleluasa adalah dengan menghantar wakil ke setiap wilayah bagi menyelidik tuduhan-tuduhan yang timbul terhadap gabenor yang dilantiknya. Beliau juga telah memanggil para gabenor untuk disoal siasat. Hasil siasatan mendapati bahawa krisis berlaku akibat musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan beliau. Namun, Khalifah Uthman bertegas tidak mahu mengambil tindakan terhadap mereka. Sikap terlalu berlembut Uthman telah membuka peluang kepada golongan Munafiq untuk memecahbelahkan umat Islam. Bagi menyelesaikan masalah ini, Khalifah Uthman telah memanggil para pemberontak untuk hadir ke Madinah supaya beliau dapat menjawab segala pertuduhan terhadap dirinya. Uthman telah berhadapan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan palsu. Beliau dituduh hanya mementingkan kaum kerabat, memalsukan Al-Quran, tidak mengqasarkan solat sewaktu di Mekah, mengangkat pemimpin dari kalangan generasi muda, mengambil harta baitulmal, memberikan tanah kepada orang-orang tertentu serta banyak lagi fitnah lain yang ditimbulkan. Segala tuduhan ini telah dijawab oleh Khalifah Uthman dengan sebaiknya. Hujah yang dikemukakan sangat jelas dan orang ramai berpuas hati dengan jawapan beliau. Manakala para
8 pemberontak terdiam membisu di hadapan khalayak ramai. Disebabkan sifat ihsan Uthman yang lemah lembut, beliau memaafkan mereka dan mengizinkan mereka pulang walaupun mendapat tentangan daripada para sahabat yang mencadangkan mereka dihukum bunuh. Para pemberontak dari wilayah Mesir, Kufah dan Basrah juga telah membuat pakatan menuju ke Madinah untuk mengemukakan tuntutan mereka kepada Khalifah Uthman. Pertemuan ini berjaya menjalinkan perdamaian antara para pemberontak dengan Uthman. Mereka berpuas hati dengan jawapan Khalifah Uthman dan berjanji untuk taat setia. Mereka pun pulang ke negeri masing-masing. Namun dalam perjalanan pulang, mereka telah diberikan surat palsu yang dicop oleh Khalifah Uthman oleh seorang penunggang kuda. Di dalam surat tersebut memerintahkan agar mereka dibunuh serta dipotong tangan dan kaki. Jelaslah disini bahawa golongan Munafik membuat perancangan jahat dengan mengemukakan surat palsu yang menggunakan nama Uthman. Para pemberontak telah berpatah balik dan melakukan pengepungan di rumah Khalifah Uthman. Pada ketika itu pula, ramai penduduk Madinah yang sedang menunaikan Haji. Golongan munafiq meminta agar Khalifah Uthman meletakkan jawatan namun beliau enggan melakukannya. Para sahabat mahu mempertahankan beliau namun dilarang sendiri olehnya dan memerintahkan para sahabat supaya pulang ke rumah masing-masing dan melarang mereka menghunuskan pedang terhadap golongan ini. Sebenarnya, Uthman telah mengetahui bahawa diri beliau akan dibunuh dan mati syahid. Hal ini banyak diceritakan dalam hadis dan antaranya seperti, عن ابن عمر قال: ذكر رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فتنة، فمر رجل فقال: " يقتل فيها هذا المقنع يومئذ مظلوما "، قال: فنظرت، فإذا هو عثمان بن عفان Maksudnya : Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW pernah menjelaskan tentang fitnah, baginda bersabda, “ Orang ini akan dibunuh dengan cara yang dizalimi”. Ibnu Umar berkata “ aku melihat orang itu ialah Uthman Bin Affan”. [Riwayat ahmad (5953) dan Tirmizi (3708)] kata al-Tirmizhi “Hadis ini Hasan Gharib”, kata al-Syeikh Ahmad Syakir: Sanad Ahmad ini Sahih.
9 Setelah beberapa hari melakukan pengepungan, para pemberontak akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman yang ketika itu berpuasa dan sedang membaca al-Quran. Pembunuh Uthman dikatakan adalah seorang yang bergelar Al-Mar’u Al-Aswad. Pada pendapat sebahagian ulama’ orang itu adalah Abdullah Bin Saba’. Tujuan digunakan gelaran tersebut adalah untuk mengelirukan orang ramai. Saidina Uthman meninggal dunia pada 8 Zulhijjah tahun 35 Hijrah menurut pendapat yang masyhur. (Lihat alBidayah wa al-Nihayah, 4/364) Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi‘. Peristiwa ini dikenali sebagai “Fitnatul ‘Ula” atau Fitnah Pertama kerana beliau dibunuh oleh golongan umat Islam sendiri yang terhasut dengan fitnah. Selepas pembunuhan Saidina Uthman RA, dunia Islam terus menjadi kacau bilau dan berlaku fitnah yang berterusan. Hal ini berlarutan sehingga tercetusnya perang Jamal, perang Siffin, pembunuhan Ali dan anaknya Hussain dan kewujudan kelompok Khawarij, Syiah, Qadariyyah, Murijiah dan sebagainya. Sehingga kini, dunia Islam masih lagi dibelenggu dengan fitnah dan perpecahan dalam kalangan umat. Siri fitnah dan perpecahan umat ini sebenarnya telah digambarkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis yang muktabar Antaranya seperti hadis berikut : Nabi SAW bersabda: "Aku mewasiatkan kepada kamu sekalian supaya bertakwa kepada Allah, sentiasa taat dan dengar meskipun yang memerintah adalah seorang hamba habsyi. Sesungguhnya orang yang hidup sesudahku daripada kalangan kamu sekalian akan melihat perselisihan yang banyak. Maka, hendaklah kamu sekalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang benar lurus lagi mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu. Dan berwaspadalah kamu sekalian dengan perkaraperkara yang baharu (dalam urusan agama) kerana setiap perkara yang baharu adalah bidaah dan setiap bidaah pula adalah sesat." (Riwayat Abu Daud (4607), at-Tirmizi(2676) dan Ibn Majah(42). Hadis sahih menurut Al-Albani)
10 5.0 PENUTUP “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak masuk syurga orang yang membesarbesarkan berita fitnah." (Riwayat Muslim) Kesimpulan dari peristiwa ini, Saidina Uthman RA merupakan seorang khalifah yang hebat sewaktu era pemerintahan beliau. Kegigihan beliau berhasil mengembangkan syiar Islam dengan lebih meluas. Walaupun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan beliau khususnya golongan munafiq. Fitnah yang berlarutan telah membawa kepada pembunuhan Uthman yang dilakukan secara keji. Rentetan peristiwa itu telah membuka pintu fitnah yang lebih kritikal yang pada akhrinya mengheret sahabat ke medan pertempuran sesama sendiri. Episod peperangan ini sudah tentunya dimainkan oleh pihak Munafiq yang dikepalai Abdullah Bin Saba’. Ingatlah bahawa fitnah yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kejahilan para sahabat melainkan hasutan dari golongan Munafiq . Kejadian Fitnah Pertama antara umat Islam pada zaman Uthman telah menyebabkan kemunculan pelbagai fahaman akidah yang menyesatkan termasuklah Syiah, Muktazilah, Najjariyyah dan seumpamanya. Kepelbagaian fahaman ini telah mewujudkan perpecahan antara umat Islam sehingga kini. Namun, hanya satu golongan sahaja yang benar disisi Islam iaitu golongan “Al-Jamaah” atau disebut Ahli Sunnah wal Jamaah. Maka barangsiapa yang mengikuti jalan ini, nescaya dia tidak akan sesat. Justeru, masyarakat Islam ketika ini perlu bersatu padu membendung gegala fitnah daripada terus menyubur dalam kalangan masyarakat. Sudah tiba masanya untuk melakukan gerakan efektif secara menyeleruh ke pelosok dunia agar umat Islam sedar akan bahana fitnah dan perpecahan umat yang jelas memberikan kemudaratan kepada agama Islam.
11 RUJUKAN Abdul Latip Talib. (2008). Uthman Affan : Pengumpul Al-Quran (4th ed.). PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd. Dr. Abdullah Jalil (2020). Sejarah Kemunculan Teori dan Perkembangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. In Prosiding Konvensyen Memperkukuhkan Pemikiran Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor, Malaysia. Indra Fauzan & Nidzam Sulaiman. (2019). Transisi Kepimpinan Dalam Islam : Analisis Terhadap Cara Pemilihan Khulafa’ Al-Rasyidin. Jurnal Hadhari, 11(2), 245–265. Ibnu Kathir (Diterjermah). (2004). Al Bidayah Wan Nihayah : Masa Khulafa’ur Rasyidin. Jakarta: Darul Haq. Mahmud Syakir. (2013). Biografi Uthman Bin Affan (Dzin Nurain). Pustaka Ibnu Katsir. Mohd Asri Zainul Abidin,Ph.D, (2012). Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah; Merungkai Kontroversi, Menyingkap Realiti. PTS Islamika. Rozali, E. A., & Rahman, Z. A. (2017). Kecemerlangan Futuhat Islamiyyah Era Khulafa’ AlRashidin. Journal of Al-Tamaddun, 12(2), 25–40. Taha Husain. (2015). Fitnah terbesar dalam sejarah Islam (2nd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.