SEJARAH
KESUSASTERAAN
MELAYU MODEN:
CERPEN
MAKSUD CERPEN
• Dibentuk dari kata cerita dan pendek.‘Cer’ merujuk kepada cerita dan ‘pen’ merujuk kepada
pendek.
• Menurut Hussain, dalam buku Glosari Istilah Kesusasteraan, mendefinisikan cerpen sebagai
singkatan ‘cerita pendek’ iaitu kisah rekaan yang relatif pendek dihasilkan dalam bentuk prosa
dilihat dari segi panjang pendeknya.
• Sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500-15 000 patah perkataan.
• Cerpen pertama dihasilkan bertajuk“Kecelakaan Pemalas” oleh Nor Ibrahim Madrasi dalam
Majalah Pengasuh pada Februari 1920.
• Awalnya tafsiran dan struktur penulisan cerpen tidak jelas. Jumlah patah perkataan tidak
terbatas manakala tema cerpen sangat terbatas dan lebih berunsur hiburan.
• Cerpen disiarkan di majalah dan akhbar seperti Majalah Guru, Warta Ahad, Mastika serta
Utusan Zaman secara bersiri disebabkan jumlah patah perkataannya lebih banyak berbanding
cerpen yang terdapat pada hari ini.
• Antara penulis cerpen pada zaman ini termasuklah Abdul Rahim kajai, Ishak Haji Muhammad,
Yusuf Adil dan sebagainya. Biasanya mereka terdiri daripada golongan cendekiawan, wartawan
atau guru.
• Seterusnya, persoalan cerpen tertumpu kepada perkara berkaitan kejenakaan individu, aspek
sosial merangkumi fenomana moral, politik dan ekonomi masyarakat pada ketika itu.
• Cerpen di tahun 30 an mula bertemakan realiti persekitaran masyarakat dan latar belakang
bangsa mula digunakan.
• Antara penulis terkenal adalah Yusuf Adil dan Harun Aminurrashid.
• Karya cerpen seperti Gelombang dan salah sendiri.
• Tahun 50-an, cerpen mulai mempunyai struktur penulisan yang baik.
• Penulis terkenal seperti A. Samad Ismail dan Ishak Haji Muhammad.
• Konsep penulisan cerpen jelas dan mengalami perubahan dalam penekanan seni iaitu seni
untuk masyarakat.
• Fungsi cerpen masih sama seperti sebelumnya dengan sedikit penambahan iaitu untuk
menyedarkan masyarakat, sebar propaganda cita-cita seni ASAS 50 dan memprotes
ketidakadilan golongan berkuasa.
• Sekitar tahun 60-an cerpen alami penghalusan dari aspek olahan, isi dan bentuk
serta disesuaikan dengan perjuangan kemerdekaan yang menimbulkan kesan
mendalam kepada pembaca.
• Tema diperluaskan kepada perjuangan kemerdekaan, golongan kelas baru dan
psikologi pendidikan.
• Antara karya popular pada masa ini termasuklah Pelita Sebuah (A. Rashid Ngah),
Gelombang Jatuh (Alias Ali) dan Pensel Sebatang (Ali Majod)
• Pada tahun 1970-an dan 1980-an kebanyakan penulis datang dari golongan graduan Universiti
yang berbakat dan belajar tentang cerpen secara mendalam.
• Kemunculan golongan penulis baharu seperti Anwar Ridhwan, Mana Sikana,Abdullah Tahir,
mewujudkan kepelbagaian corak cerpen seperti yang terdapat pada masa kini.
• Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tempatan seperti di Universiti Malaya
menyebabkan penulisan cerpen semakin berkembang dengan pelbagai genre.
• Sekitar tahun 90-an cerpen berunsur fiksyen pop mulai berkembang seiring dengan
perkembangan novel popular.
• Bermula abad ke-20, cerpen popular mulai berkembang seiring perkembangan genre novel masa
kini tetapi tidaklah menghampiri perkembangan novel yang sempat mencetuskan polemik
sastera yang serius dengan sastera indie pada tahun 2013 hingga 2015.
• Antara kumpulan cerpen terkenal dan berkualiti pada zaman ini termasuklah kumpulan cerpen
Selamat Datang ke Malaywood (Roslan Djomel), Lela Rentaka (Syahidatul Munirah), Pasca
Sejarah (Fadh Razy) dan sebagainya.
Senarai Bibliografi
• A.Wahab Ali. (2009). Perkembangan Cerpen Melayu: Dari Cerita Moyang ke Dewan Sastera.
SARI 27, 109-123.
• Othman Puteh. (2004). Pertumbuhan dan Perkembangan Cerpen Melayu Moden Sebelum
Perang Dunia Kedua. Kesusasteraan Melayu Moden (1920-1940). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,155-165.
• Ungku Maimunah Mohd.Tahir. (2004). Pensejarahan Kesusasteraan Melayu Moden: Beberapa
Pengamatan. Kesusasteraan Melayu Moden (1920-1940). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1-18.
• Mawar Shafie. (2004). Ishak Haji Muhammad: Mobiliti Watak Dalam Cerpen Melayu.
Kesusasteraan Melayu Moden (1920-1940). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,175-188.