The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by teeweeyuet, 2021-04-25 20:51:42

DATO' ONN BIN DATO' JAAFAR

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Yang Berhormat
DATO’ ONN BIN DATO’ JAAFAR

Dato’ Onn Bin Dato’ Jaafar (12 Februari 1895 – 19 Januari 1962)
merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO).

Disediakan Oleh : Yeo Xing Ning
SJKC CHONG HWA 3

BUKU SKRAP DIGITAL

BIODATA PESERTA

NAMA PESERTA:
YEO XING NING

KELAS : 5Z

ALAMAT E-MAIL
m-11212004@moe-

dl.edu.my
NAMA SEKOLAH :
SJKC CHONG HWA 3

KLUANG

ALAMAT SEKOLAH :
SJKC CHONG HWA 3,

JALAN BALAU,
86000 KLUANG, JOHOR

i

ISI KANDUNGAN

 PERKARA M/S

 TAJUK TOKOH PEMIMPIN : DATO’ ONN BIN DATO’ JAAFAR

 BIODATA PESERTA

 1.0 PENDAHULUAN……………………………………………………………. 1

 2.0 BIODATA DATO’ ONN BIN DATO’ JAAFAR…………………………..... 2 - 5

 3.0 PENDIDIKAN DATO’ ONN BIN DATO’ JAAFAR…………………........... 6

 4.0 KERJAYA DATO’ ONN BIN DATO’ JAAFAR……………………………. 7 - 8

 5.0 SUMBANGAN DATO’ ONN BIN DATO’ ONN JAAFAR………………… 9 - 15

 6.0 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH

GENERASI SEKARANG……………………………………………………… 16 -18

 7.0 KESIMPULAN………………………………………………………............ 19

 8.0 SUMBER RUJUKAN……………………....................................................... 20

ii

1.0 PENDAHULUAN

Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam perjuangan ke arah
kemerdekaan negara pada hakikatnya tidak boleh dinafikan.
Kemerdekaan negara yang tercapai pada 31 Ogos 1957 merupakan usaha
dan hasil asas yang dibinanya.

Beliau diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada negara kerana
mengasaskan penubuhan UMNO dan menjadi Yang Dipertua Pertama dari
1946 – 1951. Beliau berjasa menentang dan membubarkan Malayan Union
(MU).

Disamping itu, Dato' Onn Bin Dato’ Jaafar telah membuka mata
masyarakat Tanah Melayu dan membangkitkan semangat nasionalisme di
antara mereka. Sumabangan beliau haruslah diingati kerana budinya yang
besar kepada orang Melayu dan peribadinya yang luhur. Sebagai seorang
nasionalis, dengan wataknya yang tenang tetapi tegas,

Dato' Onn Jaafar telah membangkitkan kesedaran ke arah
kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Beliau
juga berusaha menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira
bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.

Justeru itu seharuslah kita berbangga dan bersyukur kerana kita
telah dianugerahkan seorang pemimpin yang berkarisma dan
berkebolehan di saat umat Melayu perlukan seorang pemimpin yang tegas

dan berkebolehan. 1

Dato’ Sir Onn Bin Dato’ Jaafar (12 Februari 1895 – 19 Januari
1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu(UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri
Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau teleh meletakkan jawatan
tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan
perhatiannya kepada UMNO.

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah,
Johor Bahru serta merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang
lelaki dan tujuh orang anak perempuan. Bapanya Dato’ Jaafar Bin
Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim. Dato’ Onn Jaafar dipelihara oleh
Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam
tahun.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah
Hussein, janda salah seorang adiknya dan salah seorang daripada
mereka ialah Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri.
Malaysia Ketiga.

2

Beliau mendapat Pendidikan di Sekolah Melayu Johor Bahru.
Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama
Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia
sembilan tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England
selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang
ke tanah air, Johor pada 25 mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di
Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Dato’ Onn Jaafar menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh
yang pertama dengan Che’ Rafiah Binti Abdullah dan dikurniakan tiga
orang anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik Salehah. Jodohnya dengan Rafiah
tidak panjang kerana beliau telah kembali kerahmatullah selepas
melahirkan Cik Salehah. Kemudian Dato’ Onn Jaafar berkahwin dengan
Cik Jamilah Binti Othman dan dikurniakan seorang anak, Azmir. Walau
bagaimanapun jodoh beliau dengan Cik Jamilah tidak panjang dan mereka
bercerai dan Dato’ Onn Jaafar telah berkahwin pula dengan Datin Halimah
Binti Husain dan dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein (Perdana
Menteri Malaysia Ketiga) Gharib, Major Ja’afar, Tahir, Nurziah dan Nel.
Dato’ Onn Jaafar dan Datin Halimah hidup sebagai suami isteri selama 41
tahun.

Dato’Onn Jaafar meninggal pada 19 Januari 1962. Belilau
dimakamkan de Perkuburan di Raja M3 ahmodiah.

Isteri Dato’ Onn
Jaafar~ Datin
Halimah Hussein

4

5

6

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun, Dato’ Onn Jaafar
mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian beliau berpindah ke Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Penasihat British (British Advisor).

Pada bulan Mei, 1912 beliau bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar
Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Dato’ Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang
Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen
Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang
(Perbendaharaan) Johor.

Atas perintah Sultan Ibrahim, Dato’ Onn berkhidmat sebagai kadet
dalam Tentera Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen.
Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General
Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana diberhentikan pada
31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan
Baginda.

7

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di

sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga,

barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau

balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai tambah sementara

dalam pejabat tanah.Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua

Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai

Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor

Bahru.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta

Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933.

Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya
menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Dato’ Onn

bertindak sebagai pengarangnya.

Pada tahun 1936 Dato’ Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Dato’ Onn telah

menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun

1938 beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota

Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama ada peribadi, kerja

istana atau kerajaan.

Dato’ Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang

diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat dalam tahun 1938.
Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Dato’ Onn dengan

Sultan, kedudukan Dato’ Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila
meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Dato’

Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari

8

1942 hingga tahun 1945.

5.0Sumbangan Dato’ Onn Bin Dato’ Jaafar

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu
Semenanjung Johor yang sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac
1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan Melayu bertemu
dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan
Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu
dan yang mewakili orang melayu menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru
pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan
Dato’ Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini
juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Dato’ Onn
Bin Dato’ Jaafar sebagai Menteri Besar Johor. Saudara-saudaranya,
Dato Abdullah dan Dato Mustafa pernah dilantik ke jawatan tersebut.

Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Dato’ Onn meletakkan
jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas
Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu memilih
berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO. Dato’ Onn memilih
untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946,
kepimpinan Dato’ Onn menentang penjajahan secara politik sehingga
tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

9

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara
semula kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi beberapa hak
keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Usaha-usaha Dato’ Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-
orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian
UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di
kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana
Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal
seperti itu. Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa melayu
diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan. Pemerhatian yang
dibuat oleh Dato’ Onn ada dinyatakan didalam ucapannya :

“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai
British sahaja tetapi diluaskan kepada tiap-tiap orang Eropah di dalam
pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam
berbagai-bagai cara lain lagi terdapat layanan yang sama itu diketepikan. Apa
yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan pegawai-pegawai
kanan Melayu yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak ke
bawah oleh satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-
pentadbir bagi jawatan yang lebih tinggi itu.”

10

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos
Dato’ Onn melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh
tentangan tersebut. Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor
Dato’Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Sebenarnya Dato’ Onn telah mendahului zamannya; orang-orang melayu
masih tidak dapat bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja.
Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain
masih belum dapat diterima walaupun kemudiannya dan dalam penggubalan
perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi keada kaum-
kaum lain.

Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-
kaum lain melalui parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti
parti-parti di dalamnya).

DATO’ ONN JAAFAR MELAWAT
KANAK-KANAK & KAUM IBU (1949)

UCAPAN TERAKHIR DATO' ONN
JAAFAR SEBAGAI YDP UMNO (1951)

11

Dato’ Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah
pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama
secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan
dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai
kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet
kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag
wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu. Sewaktu di dalam kabinet
kerajaan penjajah, Dato’ Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, sebuah
badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang
Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Dato’ Onn terkenal dengan minatnya
terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa
UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.

12

13

Setelah meninggalkan UMNO Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan
Malaya tetapi tidak berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun
1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan
menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Dato’ Onn
dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak berputus asa bagi
mendapatkan tempat dalam politik tanahair.

Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan
seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat
politiknya dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan
dan parti-parti lain.

Pada tahun 1962, Dato’ Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di
Johor Bahru. Perjalanan perjuangan Dato’ Onn adalah sebahagian daripada sejarah
Tanah Melayu kita selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan
terhadapnya, tiada siapa pun dapat melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa
dan negara.

14

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian
politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di
waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua
kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang
tinggi walaupun tidak menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga
pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa ynag menakjubkan. Dalam lima
tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau
wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang melayu dan membentuk corak
olitik yang akan diikuti kemudian.

Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962
di Johor Baharu.

Makam Allahyarham Dato' Onn Jaafar
di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah,

Johor Bahru

15

6.0 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
OLEH GENERASI SEKARANG

Iktibar yang boleh dipelajari daripada Dato’ Onn Jaafar terhadap negara
adalah kewibawaan pemimpin beliau. Kita sebagai generasi baru pada era moden
kini haruslah mencontohi kewibawaan beliau supaya menjadi generasi era moden
yang berdedikasi dan berjasa kepada negara Malaysia.

Ciri-ciri yang boleh dicontohi generasi sekarang adalah:

1) Sifat yang tenang tetapi tegas

Sebagai seorang nasionalis, beliau seoang yang tenang tetapi tegas.
Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta
memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di
hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah
mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama
semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat, beliau
menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah
mendapatkan kemerdekaan.

16

2) Sifat yang merendah diri

Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan
amanah. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang bijak,
jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.

3) Sifat yang tabah dan berani

Sifat beliau yang tabah dan berani ini haruslah dicontohi generasi
sekarang. Apabila beliau mengalami pahit getir hidup yang belum
pernah dirasainya ketika berada di Singapura, beliau telah
menunjukkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup
mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun
beliau dilihat sentiasa mementingkan Sultan. Sikapnya juga tidak
pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu
Tindakan, malah keselamatan diri sendirinya juga menjadi
perhitungan yang kedua kepadanya.

17

4) Sifat yang berdisiplin

Dalam pejuangan kemerdekaan, Beliau juga seorang yang
tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin.
Kerjaya-kerjata yang dicapaikan oleh Dato’ Onn Jaafar
jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan
membuahkan hasil.

5) Semangaat setia dan sifat bekerjasama

Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan
permuafakatan di kalangan pemimpin. Dato’ Onn Jaafar telah
mendirikan kepemimpinan melalui teladan kepada pengikutnya di
samping menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah.
Ini adalah teladan yang harus dicontohi generasi era kini.

18

7.0 KESIMPULAN

Dato’ Onn Jaffar merupakan pejuang, pendukung keamanan yang
penuh jasa kepada negara kita. Beliau mempunyai pendirian politiknya
yang tersendiri. Kegigihan dan kepintarannya tidak ada tolok banding
semasa beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehinggalah
beliau diperakui semua kalangan.

Dato’ Onn juga merupakan seorang tokoh politik nasionalis dengan
keupayaan intelektual yang tinggi walaupun beliau tidak menjejak kaki di
Universiti. Beliau juga seorang pemidato dan pengarang yang termashyur
dengan keupayaan bahasa ynag begitu menakjubkan.

Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik
tanahair, kerjaya yang paling memuncak beliau wujud untuk memegang
teraju pimpinan orang-orang melayu, di samping membentuk corak olitik
yang akan diikuti kemudian.

Laungan perjuangan Hidup Melayu yang dicetuskannya, lebih 60
tahun lalu, tidak sekadar satu slogan, tetapi sarat dengan isi perjuangan
membela kedudukan Raja-Raja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan,
ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Kesimpulannya, antara begitu ramai pemimpin muncul silih
berganti, zaman-berzaman, mencurahkan bakti perjuangan dalam sejarah
panjang pembentukan negara, Dato’ Onn telah meninggalkan pengaruh
dan pemikirannya sebagai warisan kepada bangsa.

19

8.0 SUMBER RUJUKAN

https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
https://www.google.com/search?q=gambar+kehidupan+dato+onn+jaafar&rlz=1C1BN
SD_enMY943MY943&oq=gambar+kehidupan+dato+onn+jaafar&aqs=chrome..69i57
.13404j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar#Kehidupan_awal
https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/
http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-
tokoh.html
https://www.google.com/search?rlz=1C1BNSD_enMY943MY943&source=univ&tbm
=isch&q=dato+onn+jaafar+sumbangan&sa=X&ved=2ahUKEwiHxpaggYPwAhVCu
mMGHbVbAzsQjJkEegQIDBAB&biw=1093&bih=480
https://www.google.com/search?rlz=1C1BNSD_enMY943MY943&q=Gambar+Dato+
%27Onn+Jaafar&sa=X&ved=2ahUKEwjCvYm-
iIPwAhUDxTgGHVAPBD8Q1QIwH3oECB8QAQ&biw=1093&bih=480

20


Click to View FlipBook Version