E-PORTFOLIO MUZK1113 ASAS TEORI MUZIK OLEH : JEREMIAH ELISHA A/L LORANCE PPISMP JUN 2022 PENDIDIKAN MUZIK B NAMA PENSYARAH : EN ZULKARNAIN BIN ISMAIL
METER & SKEL
METER Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik dan dihimpunkan dalam kumpulan 2,3,4 dan sebagainya. Jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan ini dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor sesebuah lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut : Angka di atas melambangkan bilangan ataupun jumlah detik dalam satu bar. Angka di bawah melambangkan jenis not seperti di bawah : Angka Jenis Not 2 Minim 4 Krocet 8 Kuaver
METER Meter boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu, meter lazim dan meter tidak lazim. Meter lazim adalah meter yang biasa dan banyak digunakan dalam penggubalan sebuah lagu manakala meter tidak lazim adalah meter yang tidak digunakan secara normal dan biasa dalam penggubalan ataupun penciptaan sebuah lagu. Antara contoh meter yang lazim adalah : Antara contoh meter yang tidak lazim adalah :
METER LAZIM Meter boleh dilihat dari segi pembahagian secara duaan, tigaan dan empatan. Kedua-dua jenis meter dalam muzik iaitu, meter lazim dam meter tidak lazim boleh dihimpunkan mengikut kaedah pembahagian ini. Pertama sekali, meter lazim dalam muzik berlaku apabila setiap detik boleh dibahagikan kepada dua nilai not yang sekata. Ini bermaksud corak irama boleh dibahagikan secara sama rata.
METER LAZIM Contoh :
METER LAZIM Dalam meter lazim duaan, meter 2 menunjukkan angka 2 yang bermaksud 4 dua detik dan angka 4 yang bermaksud ia merupakan not krocet. Jadi, setiap bar mengandungi dua detik krocet dalam meter ini. Dalam meter lazim tigaan, meter 3 menunjukkan angka 3 yang bermaksud 4 tiga detik dan angka 4 yang bermaksud ia merupakan not krocet. Jadi, setiap bar mengandungi tiga detik krocet dalam meter ini. Dalam meter lazim tigaan, meter 4 menunjukkan angka 4 yang bermaksud 4 empat detik dan angka 4 yang bermaksud ia merupakan not krocet. Jadi, setiap bar mengandungi empat detik krocet dalam meter ini.
METER TIDAK LAZIM Selain itu, dalam meter tidak lazim, setiap detik boleh dibahagikan kepada not-not kumpulan tigaan yang sekata seperti di bawah :
DUPLET DALAM METER Duplet adalah detik dalam meter tidak lazim yang diagihkan kepada dua bahagian. Tambahan pula, kumpulan dua not sama yang dilakukan dalam masa yang biasanya diambil oleh tiga not turut merupakan duplet. Duplet boleh digunakan untuk menulis irama. Contoh duplet adalah seperti di bawah :
NILAI NOT & TANDA REHAT Perkara paling asas dalam pembelajaran muzik dan pembacaan skor lagu adalah kebolehan untuk mengenali dan memahami jenis, nilai, bentuk dan tanda rehat bagi sebuah not muzik. Rajah di bawah memaparkan bahagian-bahagian not muzik dan namanya :
NILAI NOT & TANDA REHAT Rajah di bawah memaparkan jenis-jenis not dan nilai setiap not tersebut :
NILAI NOT & TANDA REHAT Nama Not Simbol Not Ciri Nilai Not Tanda Semibrif Mempunyai empat kiraan not krocet atau lapan kiraan kuaver. 4 Minim Separuh dari nilai semibrif 2 Krocet Bernilai satu 1 Kuaver Separuh dari nilai not krocet 1/2 Semi Kuaver Separuh dari nilai kuaver 1/4
CORAK IRAMA Corak irama terbentuk apabila bunyi dan rehat menggunakan nilai masa yang berbeza untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah amat penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar supaya dapat menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.
CORAK IRAMA Terdapat dua jenis corak irama iaitu corak irama ostinato dan corak irama rentak. Corak ostinato merupakan satu corak irama yang dimainkan berulang-ulang kali secara instrumental dalam sebuah lagu sebagai iringan dan harmoni seperti di bawah :
CORAK IRAMA Bagi corak irama rentak pula, terdapat pelbagai jenis rentak iaitu, rentak ✓ Mac ✓ Asli ✓ Joget ✓ Waltz ✓ Inang ✓ Masri ✓ Sumazau
CORAK IRAMA
CORAK IRAMA
SKEL ❖ Skel dalam muzik dihasilkan daripada susunan lapan not dalam satu oktaf mengikut tertib menaik dan menurun. ❖ Not-not ini lazimnya memadani tangga solfa Do, Re, Mi, Fa, So La, Ti, Do dan mempunyai darjah ataupun ‘degree’ tertentu. ❖ Skel boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu skel major dan skel minor.
STRUKTUR SKEL MAJOR • Terdapat sebuah cara ataupun formula yang amat berguna dan mudah untuk membina sebuah skel major. TON, TON, SEMITON, TON, TON, TON, SEMITON • Sebagai contoh, skel C major dengan menggunakan formula di atas : C, D, E, F, G, A, B, C • Formula di atas merupakan jarak antara dua not. Apabila kita mengaplikasikan jarak tersebut dari not C, timbul lah skel dalam nada C major. Jarak antara not D dan C adalah satu ton. Jarak antara not E dan D adalah satu ton. Jarak antara not F dan E adalah satu semiton. Jarak antara not G dan F adalah satu ton dan seterusnya, sehinggalah skel berakhir pada not C semula iaitu memenuhi satu oktaf.
SKEL MAJOR Senarai skel major menggunakan formula tersebut : NADA SKEL C C, D, E, F, G, A, B, C D D, E, F#, G, A, B, C#, D E E, F#, G#, A, B, C#, D#, E F F, G, A, Bb, C, D, E, F G G, A, B, C, D, E, F#, G A A, B, C#, D, E, F#, G#, A B B, C#, D#, E, F#, G#, A#, B
SKEL MAJOR Senarai skel major menggunakan formula tersebut di atas baluk :
SKEL MAJOR Senarai skel major menggunakan formula tersebut di atas baluk :
SKEL MAJOR SEHINGGA 4 ‘SHARP’ (ATAS BALUK)
SKEL MAJOR SEHINGGA 4 ‘FLAT’ (ATAS BALUK)
STRUKTUR SKEL MINOR • Terdapat juga sebuah lagi formula yang amat berguna dan mudah untuk membina sebuah skel minor. TON, SEMITON, TON, TON, SEMITON, TON, TON • Sebagai contoh, skel C minor dengan menggunakan formula di atas : C, D, E♭, F, G, A♭, B♭, C • Apabila kita mengaplikasikan jarak tersebut dari not C, timbul lah skel dalam nada C minor. Jarak antara not D dan C adalah satu ton. Jarak antara not E♭ dan D adalah satu semiton. Jarak antara not F dan E♭ adalah satu ton. Jarak antara not G dan F adalah satu ton dan seterusnya, sehinggalah skel berakhir pada not C semula iaitu memenuhi satu oktaf.
SKEL MINOR Senarai skel minor menggunakan formula tersebut di atas baluk :
STRUKTUR SKEL MINOR HARMONIK • Dalam skel minor harmonik, not yang ke-7 iaitu ‘leading-note’ ataupun not pimpin mesti ditinggikan sebanyak satu semiton semasa menaik dan menurun . • Tanda masih ditandakan di not yang ke-2 dan yang ke-3, not ke-5 dan ke-6 serta not yang ke-7 dan ke-8 untuk menunjukkan jarak semiton. • Contoh : Skel B minor harmonik menaik dan menurun dengan tanda nada.
SKEL MINOR MELODIK Senarai skel minor melodik : NADA SKEL C C, D, E♭, F, G, A, B, C D D, E, F, G, A, B, C♯, D E E, F♯, G, A, B, C♯, D♯, E F F, G, A♭, B♭, C, D, E, F G G, A, B♭, C, D, E, F♯, G A A, B, C, D, E, F♯, G♯, A B B, C♯, D, E, F♯, G♯, A♯, B
STRUKTUR SKEL MINOR MELODIK • Dalam skel minor melodik, not yang ke-6, iaitu ‘subdominant’ dan not yang ke-7, iaitu leading-note ataupun not pimpin mesti dinaikkan semasa menulis skel bentuk menaik dan diturunkan kembali ke kedudukan asal apabila menulis skel bentuk menurun.. • Tanda ditandakan pada not yang ke-2 dan yang ke-3 serta not yang ke-7 dan ke-8 semasa menaik, dan tanda ditandakan pada not yang ke-2 dan ke-3 serta not ke-5 dan ke-6 semasa menurun. • Contoh : Skel B minor harmonik menaik dan menurun dengan tanda nada.
SKEL MINOR HARMONIK Senarai skel minor harmonik : NADA SKEL C C, D, E♭, F, G, A♭, B, C D D, E, F, G, A, B♭, C♯, D E E, F♯, G, A, B, C, D♯, E F F, G, A♭, B♭, C, D♭, E, F G G, A, B♭, C, D, E♭, F♯, G A A, B, C, D, E, F, G♯, A B B, C♯, D, E, F♯, G, A♯, B
SKEL MINOR SEHINGGA 4 ‘SHARP’ (ATAS BALUK)
SKEL MINOR SEHINGGA 4 ‘FLAT’ (ATAS BALUK)
NAMA TEKNIK DALAM SKEL DIATONIK Not-not dalam sebuah skel mempunyai aras ataupun darjah dengan namanya yang tersendiri seperti di bawah : KEDUDUKAN NAMA TEKNIK 1 TONIK 2 SUPERTONIK 3 MEDIAN 4 SUBDOMINAN 5 DOMINAN 6 SUBMEDIAN 7 NOT PIMPIN 8 TONIK/OKTAF
RUJUKAN 1. Baharim, H. (2016, January 5). Meter tak lazim 12. Prezi.com https://prezi.com/xkxull7ele00/meter-tak-lazim-12/ 2. Farah, T. (2021, July 23). Skel Minor dan Skel Minor Harmonik. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=zlnjR1pIHu0 3. L. (2023, January 14). Beginner’s Guide To The World of Scale Degrees. Skoove https://www.skoove.com/blog/scale-degrees/ 4. M. (2018, February 4). Asas Teori Muzik 1. Pdfslide.net https://pdfslide.net/documents/teori-asas-1-muzik.html?page=1 5. Nurezaidatuliman. (2022). MUZK1113 ASAS TEORI MUZIK. Anyflip https://anyflip.com/snhil/hvwi/basic 6. Taylor, E. (1999). The AB Guide to Music Theory, Part 1. ABRSM. 7. Taylor, E. (2020). First Steps In Music Theory (1 st ed). ABRSM Publications.
TERIMA KASIH