The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuruljannahnarissa, 2022-11-13 01:57:26

Buku Panduan Tadika

Buku Panduan Tadika

BUKU PANDUAN
IBUBAPA

MAKLUMAT DAN PERATURAN
TADIKA INTELEK UTAMA

Induk: Cawangan:

 568 PERSIARAN  725 JALAN BESTARI 1/4
UTAMA 2/13 TAMAN BESTARI
TAMAN KULIM UTAMA 09000 KULIM KEDAH
HITECH
09000 KULIM KEDAH

Emel : [email protected]
Facebook : Tadika Intelek Utama Kulim

0

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ibubapa yang disayangi Allah dan dicintai rasul

SELAMAT DATANG
KE

TADIKA INTELEK UTAMA

Terimalah salam perkenalan daripada kami sebagai rakan kongsi pendidikan yang
akan bergabung masa, idea dan tenaga dengan Tuan/Puan sepanjang proses

pendidikan awal anak-anak Tuan/Puan. Tuan/Puan dimohon untuk membaca buku
panduan ini dengan teliti dan menyerahkan kembali keratan Perakuan Ibubapa

yang terdapat dibelakang buku ini, terima kasih.

Pihak Pengurusan Tadika Intelek Utama

1

Bingkisan Mesra Dari Guru Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ibubapa yang dihormati sekalian,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan/puan yang memilih untuk
menghantar anak tuan/puan ke TADIKA INTELEK UTAMA.

Sesungguhnya anak-anak merupakan aset yang paling penting di dalam
sesebuah institusi keluarga khususnya dan juga aset terpenting negara amnya.
Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak berperanan untuk membentuk kanak-
kanak seawal mungkin dengan teknik dan kaedah tertentu yang dapat membantu
mereka ke arah pembentukan akhlak dan peribadi yang terdidik. Kanak-kanak
harus didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta maklumat agar
perkembangan fizikal, emosi, bahasa, akal dan rohani mereka dapat berkembang
dengan baik dan seimbang.

Kepekaan ibubapa dalam hal pembelajaran kanak-kanak dewasa ini
amatlah positif dan langkah bijak tuan/puan memilih TADIKA INTELEK UTAMA
amatlah kami hargai. Sebagai pendidik, kami akan mencuba sedaya upaya untuk
memberikan ilmu yang terbaik kepada anak didik kami di tadika ini dengan
memberikan pelbagai variasi ilmu kepada mereka.

2

Harus diingatkan bahawa memberi ilmu yang sempurna baik dari segi
Fardhu Ain mahupun akademik adalah hak mutlak bagi seorang kanak-kanak.
Tempat yang bersih, ceria dan kondusif serta teratur juga antara faktor yang
menyumbang ke arah pembentukan cara hidup dan budaya kerana mereka akan
terdidik dengan satu persekitaran yang baik agar dapat digunapakai cara dan
budaya yang diterapkan apabila mereka dewasa kelak. Di TADIKA INTELEK
UTAMA kanak-kanak bukan sahaja dididik, dibimbing, dipupuk kemahiran
mengikut kemampuan mereka dan menyuburkan potensi yang ada didalam diri
kanak-kanak tetapi fokus utama TADIKA INTELEK UTAMA adalah untuk
membina minat dan keyakinan di dalam diri kanak-kanak agar mereka dapat
menyesuaikan diri mereka untuk ke alam persekolahan dan kehidupan yang
sebenar.

Oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu dengan satu matlamat agar
anak-anak kita di suatu hari nanti akan menjadi insan yang kamil disisi Allah,
warganegara yang berguna kepada masyarakat serta generasi yang cemerlang di
dunia dan akhirat. Yang lebih utama lagi, mari kita doakan anak-anak kita untuk
menjadi insan soleh dan solehah yang akan sering mendoakan kesejahteraan kita
kelak, InshaAllah.

PUAN RAHAYU BINTI RAZALI
Guru besar
Tadika Intelek Utama

3

CARTA PENGURUSAN
TADIKA INTELEK UTAMA (INDUK)

PENGERUSI

ENCIK AZAHARI BIN JAMALUDIN

GURU BESAR

PUAN RAHAYU BINTI RAZALI

PENYELIA

NURUL FARHANAH BINTI NORIZAM

GURU KELAS
 6 ABU BAKAR AS-SIDDIQ

NURUL FARHANAH BINTI NORIZAM

 5 UTHMAN BIN AFFAN

NURUL SYUHADA BINTI SAMSUDIN

 4 ALI BIN ABI TALIB

NOORHAZWANI HANUM BINTI MOHD NOOR

ADMIN

NURUL JANNAH NARISSA BINTI JALIL

4

CARTA PENGURUSAN
TADIKA INTELEK UTAMA (CAWANGAN)

PENGERUSI

ENCIK AZAHARI BIN JAMALUDIN

GURU BESAR

PUAN RAHAYU BINTI RAZALI

PENYELIA

NURZULAIKHA BINTI SULAIMAN

GURU KELAS
 6 ABU BAKAR AS-SIDDIQ

NUR ZULAIKHA BINTI SULAIMAN

 5 UTHMAN BIN AFFAN

NOR IRFA ARISYA AMIRA BINTI OTHMAN

 4 ALI BIN ABI TALIB

N

ADMIN

NURUL JANNAH NARISSA BINTI JALIL

5

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 6
FALSAFAH PENDIDIKAN TADIKA INTELEK UTAMA 6
VISI DAN MISI TADIKA 7
NILAI TERAS 7
DEVELOPMENTALLY APPROPRIATE PRACTICE (DAP) 7
KURIKULUM PEMBELAJARAN 8-10
KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 11-12
MAKLUMAT AM 13
HARI & WAKTU PERKHIDMATAN 13
CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM 13
KEHADIRAN ANAK-ANAK 14
MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK 14-15
KEPERLUAN ANAK 16
TAMBAHAN KEPERLUAN (TRANSIT) 16
PAKAIAN ANAK-ANAK KE TADIKA INTELEK UTAMA 16
HAL HAL PERIBADI DAN KESELAMATAN 17
RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN 17
PENGLIBATAN IBU BAPA 18
POLISI MEMBERI UBAT 18
PENYAKIT BERJANGKIT 18-19
PERKEMBANGAN ANAK & REKOD PRESTASI 19
BAYARAN YURAN 20
SENARAI YURAN 20
YURAN PENDAFTARAN 21
YURAN BULANAN 21
TUNGGAKAN YURAN 21
SISTEM SMAP
WAKTU URUSAN PEJABAT 21-22
PERKHIDMATAN LEBIH MASA (OVERTIME) 22
CUTI 23
HUBUNGAN IBUBAPA / PENJAGA / GURU / PIHAK PENGURUSAN 23
NOTIS BERHENTI/PINDAH 23
HUBUNGAN KEJIRANAN 23
MAKANAN 23
KERATAN PERAKUAN IBUBAPA/PENJAGA 23
KERATAN PERAKUAN IBUBAPA/PENJAGA (UTK DISERAHKAN SEMULA)
24
26

6

PENGENALAN

FALSAFAH PENDIDIKAN TADIKA INTELEK UTAMA

Di Intelek Utama, mempraktikan program KHALIFAH kepada anak-anak dengan
menanamkan rasa cinta kepada ALLAH dan RASULLULAH

“Tidaklah dilahirkan seorang anak melainkan dalam keadaan fitrah. Maka
kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau
memajusikannya.”

Oleh itu, kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyediakan persekitaran
yang kondusif dengan tenaga pengajar yang terlatih agar dapat membina jiwa dan
sikap Mukmin disamping dapat memupuk minat kanak-kanak belajar di sepanjang
kehidupan mereka.

Pendidik di Tadika Intelek Utama juga mendukung falsafah pendidikan
kebangsaan iaitu;

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Berdasarkan falsafah ini, kami komited untuk melahirkan insan yang seimbang
duniawi dan ukhrawinya. Kami juga mempunyai matlamat untuk mengekalkan
perasaan ingin tahu dan minat kanak-kanak untuk belajar supaya terus berkembang
segar sepanjang hayat mereka memungkinkan lahirnya generasi yang ilmiah dan
berdaya maju di masa akan datang, insyaAllah

7

VISI & MISI TADIKA INTELEK UTAMA

MOTTO VISI MISI
Mendidik dan memimpin
Memberikan pendedahan

kepada anak didik dengan

Melahirkan generasi pelbagai maklumat dan ilmu

cemerlang yang berani dan secara formal atau tidak

berilmu formal melaluipelbagai kaedah
pengajaran

NILAI TERAS TADIKA INTELEK UTAMA

Nilai Teras Pendidik Nilai Teras Murid

• Rasa Bertuhan (Iman & Ihsan) • Rasa Bertuhan (Iman & Ihsan)
• Jujur (Amanah) • Jujur (Amanah)
• Yakin Diri
• Cermin Diri (Muhasabah) • Rajin (Mujtahid)
• Tanggungjawab • Bijak (Fatonah)
• Komited (Istiqamah)

DEVELOPMENTALLY APPROPRIATE PRACTICE (DAP)

Kanak-kanak belajar mengikut perkembangan dan keperluan mereka. Di
dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak, Tadika Intelek Utama
menggunapakai Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak atau
Developmentally Appropriate Practice (DAP).

Amalan pendidikan berkualiti ini memfokuskan penggunaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui
pelbagai aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, bakat dan minat kanak-
kanak. Aktiviti-aktiviti bermain, melakukan inkuiri, meneroka dan menyiasat,
membuat eksperimen dan membuat projek amat digalakkan dalam DAP (National
Association for the Education of Young Children, 2008).

8

KURIKULUM PEMBELAJARAN

Tadika Intelek Utama telah didaftarkan dibawah Kementerian Pelajaran
Malaysia dan menggunakan sepenuhnya Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Matlamat kami adalah menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah, Pembelajaran dan Pengajaran
kami akan memberikan fokus kepada 6 tunjang standard pembelajaran seperti
berikut:

TUNJANG KOMUNIKASI
BAHASA MELAYU / BAHASA INGGERIS
a. Kemahiran mendengar dan bertutur
b. Kemahiran membaca
c. Kemahiran menulis

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
a. Al-quran – Mengetahui huruf-huruf di dalam al-quran
b. Akidah – Mengamalkan Rukun Islam dengan baik
c. Ibadah – Mengetahui cara-cara bersuci dan berwuduk dengan betul
d. Sirah – Mengetahui Kisah Nabi Muhammad
e. Akhlak - Mengaplikasikan adat dalam kehidupan

f. Jawi – Mengetahui huruf jawi

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI
PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
a. Mengenal dan Mengurus Emosi sendiri – kenal emosi sendiri, boleh

mengurus emosi sendiri dan mengenali emosi orang lain.
b. Boleh mencapai emosi yang positif – ada konsep kendiri, ada semangat

dan sikap yang positif, ada keyakinan untuk berkomunikasi dan
berkebolehan mengawal diri.
c. Membina kemahiran sosial – boleh memahami keperluan, perasaan dan
pandangan orang lain, pandai menggunakan kemahiran sosial dalam
berinteraksi dan boleh menyelesaikan konflik yang berlaku semasa aktiviti
kelas.

9

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN
a. Perkembangan motor halus – kemahiran motor halus, kordinasi mata dan

tangan.
b. Perkembangan motor kasar – kemahiran lokomotor, bukan lokomotor –

koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar.
c. Kemahiran Manipulasi – melakukan gerakan bukan statik
d. Pergerakan berirama – melakukan pergerakan melalui muzik
e. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEERS) – mengaplikasikan

kemahiran dalam kehidupan seharian
f. Pemakanan – mengenalpasti makanan dan minuman
g. Muzik
h. Drama
i. Seni visual

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

AWAL SAINS & AWAL MATEMATIK
a. Menanamkan sikap saintifik – sistematik, sifat ingin tahu dan

bertanggungjawab.
b. Kemahiran proses sains – membuat pemerhatian keatas objek dan fenomena

alam persekitaran, pengukuran, pengkelasan, ramalan berdasarkan
pengalaman, menyelesaikan masalah.
c. Menyiasat alam hidupan – asas bahagian tubuh, organ deria, meneroka
bahagian tumbuhan, meneroka ciri/habitat haiwan jinak yang biasa dijumpai.
d. Menyiasat Alam Bahan – meneroka sifat bahan – tenggelam-timbul,
pemelarutan dan tarikan magnet.
e. Menyiasat alam fizikal – awan. Cuaca, pelangi, bayang-bayang
f. Pengalaman pra nombor – memadankan objek, membandingkan kuantiti
objek, membuat seriasi mengikut cirri, mengecap corak berulang dan
membina pola.
g. Konsep nombor – membilang nombor 1 – 10 menyebut, membilang, menulis,
mengetahui sifar, memahami nombor 10 – 20 dan memahami siri 20,30.40
dan 50.
h. Memahami operasi nombor
i. Nilai wang
j. Konsep masa dan waktu dalam kontek kehidupan harian.
k. Bentuk dan ruang – depan belakang, luar dalam, kiri kanan.

TUNJANG KEMANUSIAAN

a. Saya dan keluarga – mengetahui keluarga terdekat, nenek, datuk, adik
beradik.

b. Saya dan komuniti – mengamalkan semangat kemasyarakatan,
mengenali ahli komuniti, mengetahui perayaan pelbagai kaum.

c. Malaysia Negara saya – mengenal Malaysia
d. Saya dan alam sekitar – Menghayati keindahan alam sekitar,memahami

perhubungan manusia dan alam sekitar, menjaga alam sekitar.
e. Saya dan Warisan Budaya – mengetahui pakaian, permainan, lagu dan

muzik serta budaya pelbagai kaum di Malaysia.

10

STANDARD PENTAKSIRAN/PENILAIAN
Bertujuan mengesan pertumbuhan murid sesuai dengan peringkat umur,
mengenalpasti kecerdasan dan potensi, mengenalpasti kelebihan dan kekurangan,
memberi maklum balas terhadap kemajuan murid dan mengesan keberkesanan
pengajaran guru.
a. Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.
b. Kaedah pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara
murid dan akan dijalankan secara berterusan dan penilaian hasil kerja.
c. Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sohih.
d. Rekod pentaksiran adalah secara senarai semak, skala kadar, rekod
anekdot, rekod berterusan (running record) dan portfolio.
e. Laporan kepada ibu bapa tidak bersifat gred (A,B,C dan sebagainya)
tetapi berbentuk diagnostik agar ibu bapa boleh memahami prestasi sebenar
anak-anak.
f. Kaedah pentaksiran ujian atau peperiksaan formal serta ujian kertas dan
pensil tidak diiktiraf dalam pendidikan awal kanak-kanak.

11

KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

BELAJAR MELALUI BERMAIN / LEARNING THROUGH PLAY (LTP)
Di Tadika Intelek Utama, kanak-kanak diberi ruang dan peluang untuk

bermain. Terdapat dua jenis aktiviti main utama yang dititik beratkan di dalam sesi
pembelajaran iaitu main bebas dan main membina. Pelbagai aktiviti dan peralatan
disediakan agar kanak-kanak seronok belajar dan meneroka. Kanak-kanak belajar
secara integrasi melalui pelbagai jenis aktiviti main fizikal, main sosial, main fantasi
dan main mengikut peraturan.
PENDEKATAN BERTEMA

Berpandukan kepada tema-tema yang telah disusun untuk setiap minggu,
kanak-kanak mendapat banyak pengetahuan dan maklumat apabila pelajaran
bertema diaplikasikan didalam pengajaran dan pembelajaran.
PENDEKATAN BERSEPADU

Kanak-kanak memerlukan sesi pembelajaran yang tidak formal supaya
dapat menyepadukan maklumat yang mereka dapati. Otak kanak-kanak tidak
mencerna sesuatu maklumat secara sistematik dan berasingan seperti orang
dewasa, tetapi membina hubungkait di antara maklumat-maklumat yang berbeza.
Integrasi mata pelajaran sentiasa diamalkan kerana kaedah ini dapat meluaskan
pemikiran kanak-kanak. Contohnya aktiviti main peranan berjual beli merupakan
kesepaduan di antara subjek matematik, bahasa serta baik untuk perkembangan
emosi.

12

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID YANG SEIMBANG
Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai

individu. Kaedah ini memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa
yang ingin dipelajari. Pelajar akan berkolaborasi dan bekerjasama untuk membina
pengetahuan dan persekitaran positif serta terlibat dalam penilaian berterusan. Guru
juga perlu bersikap mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk
merancang. Aktiviti luar juga dirancang untuk meningkatkan pembelajaran. Kaedah
ini menjadikan murid yakin diri, bermotivasi dalam pembelajaran serta mampu
melahirkan idea sendiri.

INKUIRI PENEMUAN
Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan

pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat,
menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan
merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila
konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti
seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Kanak-kanak di Tadika Intelek Utama akan diberi peluang untuk mengikuti

pembelajaran berasaskan projek yang mana mereka akan diberikan satu
tanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu aktiviti dalam kumpulan. Mereka akan
berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan dan guru-guru sebagai pemudah
cara sahaja. Ini dapat membentuk mereka supaya boleh menyusun strategi,
perancangan dan membuat keputusan.

PENERAPAN NILAI KHALIFAH
Bagi mewujudkan tadika yang berwatak, kanak-kanak di Tadika Intelek Utama

sentiasa diingatkan tanggungjawab sebagai Khalifah yang dilantik oleh Allah dimuka
bumi ini. Kanak-kanak dirangsang supaya berani, yakin, ada jati diri, berprinsip,
disiplin dan saling menghormati. Pendapat mereka boleh disuarakan dan boleh
diterima pakai sekiranya memberi faedah kepada semua. Ini bertujuan agar produk
yang akan keluar dari tadika ini nanti sudah bersedia menghadapi dunia yang lebih
mencabar dan memerlukan pertimbangan serta kemahiran membuat pilihan yang
tepat.

Tiga nilai utama khalifah ialah:
(1) Memilih untuk jadi baik,
(2) Mengajak orang lain menjadi baik dan
(3) Memelihara kebaikan alam fizikal dan makhluk yang lain.

Penerapan kerohanian juga diserapkan melalui aktiviti solat lima waktu setiap hari,
hafalan surah, hafalan doa-doa harian serta penerapan adab Islam. Menjadi
harapan agar kanak-kanak Tadika Intelek Utama akan terbentuk sahsiah diri,
peribadi mulia serta akhlak terpuji agar menjadi contoh kepada masyarakat di
sekeliling mereka.

13

MAKLUMAT AM

HARI & WAKTU PERKHIDMATAN

Hari perkhidmatan operasi
 Ahad sehingga Khamis

 (Sabtu – Cuti)
 Transit Jumaat di tadika : Caj akan dikenakan sebanyak RM20 sehari

Waktu pembelajaran
8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Waktu perkhidmatan transit (petang)
12.00 tengahari hingga 6.30 petang

PAKEJ MASA
PENGAJIAN 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

PAKEJ 2 7.00 PAGI – 3.00 PETANG
PAKEJ 3 7.00 PAGI – 5.30 PETANG
PAKEJ 4 7.00 PAGI – 6.30 PETANG

CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM

Tadika akan bercuti pada hari cuti am dan cuti umum yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia. Cuti sekolah adalah mengikut cuti sekolah yang telah
disusun atur oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

KEHADIRAN MURID

 Murid perlulah mandi dari rumah sebelum hadir ke sekolah
 Sila pastikan kedatangan yang berterusan (konsisten) dan elakkan murid

daripada sering tidak hadir ke sekolah.
 Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan ketidakhadiran murid kepada

pihak Tadika Intelek Utama.
 Sila pastikan murid hadir ke tadika sebelum jam 8.00 pagi.
 Murid yang mempunyai bacaan suhu badan 37.5 darjah celcius ke atas,

selsema dan batuk TIDAK DIBENARKAN hadir ke sekolah.
 Hanya murid yang benar-benar sihat sahaja boleh hadir ke tadika.

MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK

 Ibubapa dan penjaga hendaklah menyerahkan anak-anak kepada guru yang
bertugas. Kedatangan yang terlalu awal sebelum waktu operasi (7.00 pagi)
adalah tidak digalakkan. Jika perlu menghantar anak lebih awal, perlu
maklumkan kepada Pihak Pengurusan dan mendapat persetujuan kerana
melibatkan waktu kerja guru-guru. Caj bayaran akan dikenakan kepada murid
yang datang sebelum jam 7.00.

 Semua murid hendaklah hadir ke tadika pada setiap hari supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Ibubapa disarankan
untuk menghantar anak sebelum jam 8.00 pagi dan mengambil anak pada
waktu yang ditetapkan.

Caj lebih masa sebanyak (RM5.00 setiap 1 jam) akan dikenakan
sekiranya ibu bapa gagal mengambil anak mengikut waktu pakej yang
dipilih.

 Pihak Pengurusan amat menggalakkan ibubapa / penjaga mengambil inisiatif
untuk menghantar dan mengambil sendiri anak di tadika.

 Jika ibubapa / penjaga tidak dapat mengambil anak, sila maklumkan terlebih
dahulu kepada pihak pengurusan sekiranya orang lain yang akan mengambil
anak tersebut, butiran yang perlu dimaklum adalah seperti :
 nama, hubungan, no plat kenderaan, jenis kenderaan dan gambar

 Untuk keselamatan anak, ibubapa/penjaga perlu menghantar anak sehingga
ke pintu pagar sahaja dan diserahkan kepada guru yang bertugas. Dengan
cara ini, ibubapa/penjaga akan dapat memberitahu perihal anak seperti ubat,
bekal atau apa sahaja yang perlu diambil perhatian oleh guru-guru.

 Ibu bapa tidak dibenarkan untuk menghantar anak yang tidak sihat dan

bergejala.

 Ibu bapa diminta untuk memeriksa suhu anak-anak sebelum menghantar ke

tadika.

15

 Ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali masuk ke kawasan tadika semasa
menghantar / mengambil anak.

16

KEPERLUAN ANAK
Ibubapa boleh menyiapkan anak-anak dengan keperluan berikut untuk
keselesaan anak-anak sepanjang berada di tadika.

Pastikan setiap barangan peribadi anak-anak dilabelkan dengan nama untuk
mengelakkan kehilangan atau kejadian tertukar barangan peribadi.
* Peralatan kraf, peralatan sukan, buku bacaan, lembaran kerja, alatan
permainan telah disediakan oleh pihak tadika.
* Ibubapa hanya perlu menyediakan alat tulis dan alatan-alatan lain untuk
kemudahan anak masing-masing.

TAMBAHAN KEPERLUAN
MURID DENGAN PENJAGAAN HARIAN (TRANSIT)

 3 pasang baju
 3 helai seluar
 Telekung (perempuan)
 Sehelai tuala mandi
 Plastik untuk pakaian yang telah dipakai
 Berus gigi & ubat gigi (jika perlu)
 Sabun mandian
 Lampin pakai buang yang secukupnya (jika perlu)
 Sikat / getah rambut / minyak rambut
 Botol susu (jika perlu)
 Susu formula / susu segar / milo (jika perlu)
 Ubat-ubatan khas (jika perlu)
 Iqra’ atau Al-Quran (untuk murid yang mengambil pakej 3 dan pakej 4)

PAKAIAN ANAK-ANAK KE TADIKA INTELEK UTAMA
Semua murid-murid di Tadika Intelek Utama dikehendaki memakai pakaian
seragam tadika lengkap dan bertudung bagi anak perempuan. Kerjasama
daripada semua ibubapa amatlah penting agar anak-anak terdidik dalam disiplin
berpakaian. Murid-murid juga digalakkan berkasut hitam (selipar tidak digalakkan
kerana bagi mengelak kecelakaan sewaktu menjalankan aktiviti fizikal dan riadah).

Semua murid diharapkan dapat mengikut peraturan berpakaian seperti berikut:

Ahad hingga Khamis: Baju sukan tadika lengkap

17

HAL HAL PERIBADI DAN KESELAMATAN

1. Hanya ibubapa dan penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mengambil
murid dari kawasan tadika.

 Dalam situasi tertentu, identiti saudara-mara, jiran atau rakan yang
membantu ibubapa untuk mengambil anak di tadika hendaklah
dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak tadika.

2. Murid-murid juga tidak dibenarkan membawa barangan berharga ke tadika
kerana dikhuatiri rosak, hilang atau menjadi rebutan murid-murid yang lain.

 Alat tulis yang mahal, permainan, gajet, barangan kemas serta wang tunai
yang banyak tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

 Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan barangan tersebut sekiranya murid-murid masih
membawanya ke tadika.

3. Pihak Tadika Intelek Utama sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan
anak-anak di kawasan tadika, di dalam setiap aktiviti pembelajaran serta aktiviti luar.

 Walaubagaimanapun, ibubapa perlu maklum bahawa kanak-kanak
yang sedang membesar mungkin akan mengalami kecederaan kecil
sewaktu bermain atau melakukan aktiviti fizikal.

 Sekiranya berlaku kemalangan di luar kawalan kami, pihak tadika
tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas kemalangan tersebut
(contoh: kebakaran, bencana alam dan sebagainya).

RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN
Jika berlaku sebarang kecemasan, pihak pengurusan tadika akan menghubungi
ibubapa / penjaga / waris terdekat dahulu. Tetapi jika tidak dapat dihubungi (selepas
beberapa kali), pihak tadika akan mengambil langkah keselamatan seperti berikut :-

 Menghantar anak ke klinik / hospital berdekatan
 Pihak tadika akan terus menghubungi ibubapa / penjaga. Segala kos

pembiayaan rawatan adalah dibawah tanggungjawab ibubapa / penjaga.
Peringatan : Adalah penting bagi ibubapa / penjaga memberitahu nombor terkini
bagi memudahkan pihak tadika menghubungi jika berlaku kecemasan. Ini adalah
untuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan pihak pengurusan dapat
memberitahu perkembangan terkini anak.

18

PENGLIBATAN IBU BAPA

POLISI MEMBERI UBAT

Pihak tadika atau penjagaan tidak dibenarkan untuk memberi sebarang ubat yang
bukan milik anak tuan/puan atau ubatan yang tiada preskripsi doktor. Pihak tadika
dan penjagaan juga TIDAK menyimpan sebarang ubat dari farmasi seperti ubat
demam atau ubat batuk. Hanya ubat yang dibekalkan oleh ibubapa atau ubat
beserta preskripsi doktor sahaja akan diberikan kepada kanak-kanak. Seandainya
anak tuan/puan tidak sihat dan sekiranya tiada ubat dibekalkan, pihak tadika akan
menghubungi ibubapa untuk mengambil anak di tadika dengan segera.

PENYAKIT BERJANGKIT

Berikut adalah usaha pihak tadika dalam mengawal penyakit berjangkit :
 Tukang masak dan peramu saji di Tadika Intelek Utama telah mendapatkan
suntikan Tifoid dan telah mengikuti kursus pengendalian makanan.
 Lantai, dinding serta mainan sentiasa dibersihkan dengan yang
antiseptik.
 Bilik pengasingan sementara disediakan untuk kanak-kanak yang sakit
(baru dikenal pasti).
 Kanak-kanak yang telah dipastikan oleh doktor menghidapi penyakit
berjangkit tidak boleh dibenarkan sama sekali untuk hadir ke premis tadika
sehingga habis tempoh jangkitan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007)

Di antara penyakit berjangkit yang berkaitan ialah ;
 Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)
 Demam campak (measles)
 Rubella
 Begok (mumps)
 Kolera
 Cirit-birit
 Demam bersuhu tinggi (>37.5)
 Sakit mata
 Penyakit kulit
 Batuk berpanjangan
 Covid-19

Pihak ibubapa akan dihubungi untuk mengambil anak dengan segera sekiranya
kanak-kanak didapati tidak sihat di tadika. Kerjasama ibubapa untuk tidak
menghantar anak sewaktu jangkitan berlaku kepada anak-anak sangat penting bagi
mengawal penularan wabak kepada murid lain. Murid yang sakit memerlukan
penjagaan rapi serta tidak mampu mengikuti aktiviti pembelajaran dengan baik.
Pihak pengurusan berharap ibubapa dapat mematuhi etika sosial ini untuk
memastikan kemaslahatan bersama.

19

Di Tadika Intelek Utama, ibubapa adalah rakan kongsi utama kami dalam
menjana kualiti anak-anak yang akan menjadi aset keluarga, masyarakat dan
negara. Penglibatan ibubapa amatlah dititikberatkan dan adalah menjadi
kewajipan bagi ibubapa untuk hadir dalam program-program keibubapaan yang
dianjurkan oleh pihak tadika.

Pelbagai kajian mendapati bahawa penglibatan ibubapa di dalam
pembelajaran anak-anak berkadar langsung dengan pencapaian
pembelajaran mereka dalam jangkamasa panjang. Penglibatan ibubapa
dengan pihak sekolah di peringkat awal dijangka akan berterusan hingga ke
peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Oleh itu, pihak tadika mengalu-alukan
ibubapa untuk melibatkan diri dalam menyumbang sesuatu berkaitan
pembelajaran anak-anak.

Berikut adalah program yang dianjurkan oleh pihak tadika bagi
memaksimumkan penglibatan ibubapa di tadika;

PROGRAM BERKALA PROGRAM BERTERUSAN
Hari Taklimat Shared Learning at Home Programme

Hari Temu Mesra Program Kitar Semula
Program Kemasyarakatan Pertemuan Guru - Ibubapa
Sambutan Perayaan Bersama Program Ibubapa Sukarela

* Pertemuan di antara guru dan ibubapa akan dimaklumkan 3 hari lebih awal
dari tarikh yang ditetapkan.

PERKEMBANGAN ANAK & REKOD PRESTASI

Di Tadika Intelek Utama, pentaksiran perkembangan kanak-kanak dijalankan
secara pemerhatian yang konsisten, berterusan, menyeluruh dan menggunakan
kaedah yang sesuai. Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria
dan bukan perbandingan antara murid.

Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah pemerhatian berterusan dan penilaian
hasil kerja serta direkodkan menggunakan portfolio. Rumusan dari rekod ini akan
disampaikan kepada ibubapa di akhir semester 1.

Ibubapa digalakkan untuk menetapkan masa untuk bertemu dengan guru kelas bagi
mengetahui perkembangan terkini anak-anak supaya kesinambungan di rumah
dapat dibincangkan dengan guru.

20

BAYARAN YURAN

Yuran Pendaftaran SENARAI YURAN 2021
Yuran Aktiviti
: RM200.00
Baju Sukan : Akan dimaklumkan
Baju Sukan Perempuan (Temasya sukan, lawatan dan Hari Anugerah)
Tudung : RM40.00
Name Tag : RM45.00
Buku Bacalah Anakku : RM18.00 (P)
Buku Latihan : RM5.00 (2 PCS)
: RM48.00
Yuran Bulanan : RM100.00 (4 & 5 TAHUN)

RM150.00 (6 TAHUN)
: Mengikut pakej penuh (Tertera di bawah)

PAKEJ TADIKA INTELEK UTAMA (KULIM UTAMA) HARGA (RM)
MASA
PENGAJIAN RM190
PAKEJ 2 8:00 PAGI – 12:00 TENGAHARI RM240
PAKEJ 3 7:00 PAGI – 3:00 PETANG RM300
PAKEJ 4 7:00 PAGI – 5:30 PETANG RM340
7:00 PAGI – 6:30 PETANG

PAKEJ TADIKA INTELEK UTAMA (CAWANGAN) HARGA (RM)
MASA
PENGAJIAN RM180
PAKEJ 2 8:00 PAGI – 12:00 TENGAHARI RM240
PAKEJ 3 7:00 PAGI – 3:00 PETANG RM300
PAKEJ 4 7:00 PAGI – 5:30 PETANG RM340
7:00 PAGI – 6:30 PETANG

 Dalam sistem SMAP, yuran pakej akan dipecahkan contohnya :

- Murid memilih pakej 3 , dalam sistem ibubapa akan memilih pakej pengajian
(RM190) dan pakej 3 (RM110)

RM190 + RM110 = RM300

21

YURAN PENDAFTARAN
Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya anak tuan/puan tidak
meneruskan pembelajaran di tadika ini.

YURAN BULANAN
Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 20 haribulan pada setiap bulan.
Pihak tadika tidak dapat meneruskan perkhidmatan pendidikan kepada murid
seandainya ibubapa mereka gagal membayar yuran bulanan selama 3 bulan
berturut-turut.

TUNGGAKAN YURAN
Notis peringatan akan dikeluarkan melalui emel kepada ibubapa yang lewat
membayar yuran melebihi tarikh yang telah ditetapkan. Sistem pesanan ringkas
atau panggilan telefon juga akan digunakan untuk mengingatkan ibubapa untuk
membuat pembayaran.
Surat pemberhentian perkhidmatan akan dihantar jika terdapat kelewatan
membayar yuran selama 3 bulan berturut-turut.

SISTEM SMAP
Pihak pengurusan menggunakan sistem SMAP sebagai pembayaran yuran setiap
bulan dan penilaian pentaksiran secara online. Pembayaran yang dibuat adalah
melalui ToyyibPay.
Pengisian maklumat murid, ibubapa dan penjaga

 Ibubapa perlu melengkapkan maklumat murid, ibubapa dan penjaga di dalam
sistem SMAP.

 Pengisian maklumat adalah penting kerana segala maklumat yang diperlukan
akan didaftarkan ke dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
(SMPK).

 Pihak Pengurusan akan memberikan ‘link’ kepada ibubapa untuk
mengemaskini segala butiran yang diperlukan.

22

Yuran (Invoices)
 Ibu bapa boleh muat turun (download) aplikasi SMAP Parents di App Store
(ios) dan SMAP for Parents di Play Store (android) bagi memudahkan
pembayaran yuran.
 Pihak pengurusan akan memberi nombor secure code bagi login ke dalam
aplikasi.
 Ibubapa yang menghantar anak lebih daripada seorang hanya perlu
mendaftar menggunakan satu nombor telefon dan emel sahaja.
 Invois yuran akan dihantar melalui emel yang diberi atau melalui aplikasi
SMAP.
 Invois yuran akan keluar pada awal bulan secara automatik. Contohnya:
(invois Februari keluar pada 1 Februari)
 Ibu bapa perlu membayar yuran sebelum 20 haribulan untuk setiap bulan.
Contoh pembayaran: Yuran Februari perlu dibayar bermula 1 Februari
sehingga 20 Februari.
 Caj lebih masa yang dikenakan akan dimasukkan ke dalam yuran bulan
berikutnya .
Contohnya: Caj lebih masa bagi bulan Februari akan dimasukkan ke
dalam invois yuran March.
 Tutorial cara pembayaran melalui aplikasi SMAP akan dihantar kepada
ibubapa.
 Sekiranya ibubapa telah membuat pembayaran yuran, resit akan dihantar
secara automatik ke dalam emel yang diberi.
 Bayaran yuran yang bukan melalui sistem (tunai / transfer) perlu dimaklumkan
serta memberi bukti bayaran (resit) kepada pihak pengurusan dengan segera.

Pengumuman (Annoucements)
 Pihak pengurusan akan menghantar sebarang info atau memo berkaitan
tadika melalui sistem / whatsapp.

Pentaksiran (Assessments)
 Ibubapa juga boleh melihat pentaksiran murid yang akan dikemaskini oleh
guru melalui aplikasi SMAP di bahagian pentaksiran.

WAKTU URUSAN PEJABAT

Waktu urusan pejabat adalah seperti berikut:
Ahad hingga Khamis (8.00 pagi hingga 5.00 petang)

23

PERKHIDMATAN LEBIH MASA (OVERTIME)

Waktu Lebih Masa bermula mengikut pakej yang dipilih

Kadar Lebih Masa: RM5.00 setiap 1 jam direkod dan akan dimaklumkan untuk
dibayar pada bulan berikut.

CUTI
Murid di Tadika Intelek Utama tidak digalakkan untuk bercuti tanpa sebab.
Kehadiran yang konsisten merupakan satu nilai penting dalam pembelajaran murid
di peringkat prasekolah.

Ibubapa dimohon agar memaklumkan pada pihak pengurusan menerusi telefon
atau menyertakan surat rasmi / surat doktor untuk murid yang perlu bercuti sewaktu
hari persekolahan.

HUBUNGAN IBUBAPA / PENJAGA / GURU / PIHAK PENGURUSAN
Semua pertanyaan, perhubungan dan komunikasi di antara ibubapa, penjaga
dan guru hanya berlaku menerusi telefon bimbit pengetua dan penyelia
sahaja. Perhubungan menerusi nombor telefon peribadi guru tidak
dibenarkan kecuali pada masa yang tertentu sepeti lawatan luar dan
sebagainya.

NOTIS BERHENTI / PINDAH
Seandainya ibubapa membuat keputusan untuk memberhentikan / memindahkan
anak dari Tadika Intelek Utama, surat rasmi dengan tunjuk sebab hendaklah
dikemukakan kepada pihak tadika sebulan sebelum tarikh berhenti. Notis
pemberhentian ini akan membantu guru untuk menyiapkan rekod dan bahan yang
perlu disiapkan sebelum murid berpindah.

HUBUNGAN KEJIRANAN
Ibubapa boleh membantu untuk turut serta mengekalkan keharmonian hubungan
kejiranan di sekitar tadika. Pastikan kenderaan masing-masing tidak menghalang
lalu lintas ketika menghantar / mengambil anak. Elakkan membuang sampah atau
puntung rokok merata-rata bagi mengekalkan kebersihan di kawasan kejiranan.

MAKANAN

Makanan disediakan dari Ahad hingga Khamis. Pihak pengurusan tidak
menggalakkan anak-anak untuk membawa makanan ringan, air bergas dan gula-
gula dari rumah. Pemberian makanan yang tidak sihat sebagai birthday
packs/goodies bag tidak digalakkan. Ibubapa boleh menggantikan pemberian
makanan ringan dengan buah-buahan, roti, kismis, alat tulis atau sebarang
pemberian yang bermanfaat.

 Makanan juga disediakan untuk murid transit pada hari jumaat.

24

KERATAN PERAKUAN IBUBAPA/PENJAGA

Bahawasanya, saya …………………………………………………………
No. K/P ………………………………………….. sebagai bapa/penjaga
dan saya ………………………………………………………………………
No. K/P ………………………………………….. sebagai ibu/penjaga
kepada anak kami,
Nama anak ………………………………………………………………….
No. Mykid ………………………………………..
Nama anak (jika hantar lebih) ……………………………………………………
No. Mykid ………………………………………..

telah menerima, membaca dan memahami segala perkara yang dinyatakan di dalam
BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA ini dan bersetuju dengan setiap perkara
yang telah dinyatakan oleh pihak Tadika Intelek Utama.
Kami juga berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk terlibat dalam aktiviti
keibubapaan yang dianjurkan oleh pihak tadika.
Dengan ini, kami perturunkan tandatangan kami.

………………………………………….. …………………………………………
NAMA:________________________ NAMA:________________________
NO.K/P: _______________________ NO.K/P: ______________________
TARIKH: _______________________ TARIKH: ______________________

25

26

KERATAN PERAKUAN IBUBAPA/PENJAGA

(untuk dipulangkan semula kepada pihak Tadika Intelek Utama)

Bahawasanya, saya …………………………………………………………
No. K/P ………………………………………….. sebagai bapa/penjaga
dan saya ………………………………………………………………………
No. K/P ………………………………………….. sebagai ibu/penjaga
kepada anak kami,
Nama anak ………………………………………………………………….
No. Mykid ………………………………………..
Nama anak (jika hantar lebih) ……………………………………………………
No. Mykid ………………………………………..

telah menerima, membaca dan memahami segala perkara yang dinyatakan di dalam
BUKU PANDUAN IBUBAPA/PENJAGA ini dan bersetuju dengan setiap perkara
yang telah dinyatakan oleh pihak Tadika Intelek Utama.
Kami juga berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk terlibat dalam aktiviti
keibubapaan yang dianjurkan oleh pihak tadika.
Dengan ini, kami perturunkan tandatangan kami.

………………………………………….. …………………………………………
NAMA:________________________ NAMA:________________________
NO.K/P: _______________________ NO.K/P: ______________________
TARIKH: _______________________ TARIKH: ______________________

27

28


Click to View FlipBook Version