KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU DISEDIAKAN OLEH: ISMA DAMIA QISTINA BINTI OMAR Your Group
DENGAN KESEMPATAN YANG ADA INI, SAYA AMAT BERBESAR HATI UNTUK MENGHADIAHKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK FUADI SELAKU PENSYARAH BAGI SUBJEK INI KERANA TELAH MELETAKKAN SEPENUH KEPERCAYAAN BELIAU KEPADA SAYA UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN. PENGHARGAAN
TAJUK: KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU PROF. DATUK DR. TEO KOK SEONG
PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan juga bahasa rasmi negara. Negara kita mempunyai bangsa yang berbilang kaum, dan bahasa merupakan satu alat bagi mengeratkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga dapat ditakrifkan sebagai bahasa wahana bagi ranah rasmi di negara Malaysia dan perlu digunakan dalam apa-apa sahaja maksud kerajaan serta apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Hal ini telah tercatat pada Perkara 152 Fasal 6 Perlembagaan negara. Penggunaan bahasa Melayu sepatutnya tidak boleh diganggu lantas menjadi medium penting dalam mewujudkan keharmonian dan mengukuhkan perpaduan masyarakat di Malaysia. Setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu bahasa Melayu. Namun, terdapat banyak masalah dalam menguasai bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat antaranya isu kerancuan dalam Bahasa Melayu. Kerancuan bahasa bermaksud ketidak tenteraman dalam linguistik standard dan menyalahi hukum bahasa (Kihob, et al., 2020).
Ranah rasmi membawa maksud satu platform yang mampu membawa perubahan persepsi serta tindakan rakyat pelbagai kaum terhadap kewibawaan dan prestij bahasa Melayu (Wahab, et al., 2018). Ranah rasmi juga boleh ditakrifkan sebagai satu medan pengaruh yang amat berwibawa bagi berprestij, menguasai kehidupan seluruh warga sesebuah negara serta bahasa yang digunakan dalam ranah rasmi itu adalah sebenarnya bahasa yang disanjungi. Ranah rasmi itu luas sekali serta merangkumi bidang perundangan dan kehakiman, pentadbiran kerajaan dan agensinya, pengajian tinggi dan buku ilmiah, pelajaran sekolah menengah serta rendah dan buku teks, media massa cetak dan elektronik, ekonomi dan perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, profesion dan pekerjaan, dan upacara rasmi. Ragam bahasa yang diaplikasikan dalam ranah rasmi ini bukan sahaja berprestij, malah meliputi sifat bestari dari segi mempunyai ciri-ciri ketinggian serta kemuliaan linguistik serta sudah tentulah tidak boleh mempunyai kerancuan. DEFINISI RANAH RASMI
ASPEK KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU Bentuk serta penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris dipanggil sebagai " penukaran kod".. Penggunaan bahasa Melayu dalam ranah rasmi digantikan dengan bahasa Inggeris sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. Kerancuan dalam bentuk pelanggaran / pencabulan hukum nahu baku bahasa Melayu dan dalam ranah rasmi.
1) Kerancuan dalam bentuk pelanggaran / pencabulan hukum nahu baku bahasa Melayu dan dalam ranah rasmi. Perkataan nahu dalam bahasa Melayu ialah satu sebutan yang berprinsipkan bunyi kata yang berasaskan fonemik yang membawa maksud sistem ejaan. Masyarakat Malaysia pada hari ini dilihat tidak berjaya dalam menguasai nahu baku bahasa Melayu (Bolhasan, N. 2019). Sebagai contohnya, kesalahan mengeja mengikut sistem Sistem Ejaan Rumi Bahasa Bahasa Melayu yang telah dilancarkan pada 16 Ogos 1972 masih berleluasa di Malaysia. Dilihat bahawa kumpulan etnik Melayu yang walaupun merupakan penutur natif tidak dapat memahami dan menguasainya dengan baik. Hal ini berlaku disebabkan oleh gangguan dialek dalam bahasa Melayu standard. Selain itu, kesalahan mengeja kata sendi nama "di' (disana) dan "ke" (ke semua) masih dilihat terjadi sehingga hari ini. Kesalahan yang sama ini telah dilakukan oleh sebilangan besar komuniti bahasa Melayu, Terutamanya dalam kalangan penutur natif di Indonesia, Brunei Darussalam serta Singapura yang telahpun turut menggunakan sistem ejaan itu. Kesalahan ejaan dalam sesuatu bentuk penulisan akan menggangu kelancaran pembaca untuk memahami fakta-fakta dengan baik. Oleh itu, setiap masyarakat perlu menguasi nahu baku Bahasa Melayu dengan baik.
2) Bentuk serta penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris dipanggil sebagai " penukaran kod" . Bentuk serta penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris yang dikenali sebagai "penukaran kod" atau "bahasa rojak" sama ada pada peringkat perkataan, frasa, ayat atau wacana juga merupakan aspek kerancuan dalam bahasa Melayu. Hal ini dipanggil sebagai gejala linguistik bahasa Melayu semasa yang lain racu dan telah wujud secara berleluasa dalam ranah rasmi (Shafie, et al., 2019). Penggunaan bahasa bercampur atau "bahasa rojak"adalah suatu jenis penulisan yang mendefinisikan sebagai campuran pelbagai bahasa dalam satu komunikasi. Penukaran kod atau bahasa rojak ini berlaku dalam bahasa Melayu apabila kata-kata bahasa Inggeris yang bukan merupakan kata pinjaman atau serapan digunakan sewaktu berbahasa Melayu. Percampuran bahasa ini berlaku dalam keadaan sewenangwenangnya dan wujud dalam sekurang-kurangnya empat bentuk.
Contoh bentuk serta penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris dipanggil sebagai " penukaran kod" . Penukaran kod/ bahasa rojak. Penukaran kod tempelan yang melibatkan penggunaan hanya sepatah perkataan bahasa Inggeris dalam ungkapan. Contohnya: i) Alright, nampaknya semua pihak gembira setakat ini.. ii) So, mereka akan menghantarnya melalui perkhidmatan pos biasa. Penukaran kod dalam ayat Penukaran kod di antara ayat Penukaran kod dalam perkataan Dianggap berlaku sekiranya penukaran satu bahasa kepada satu bahasa yang lain terjadi dalam ayat yang sama. Contohnya: i) Para hadirin diminta switch off telefon bimbit. ii) Kulit album yang simple boleh menggambarkan penerbitan yang ala kadar. Fenomena kebahasaan ini dikira berlaku apabila penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain, ini terjadi di antara ayat. Contohnya: i) Some changes are expected to takeplace soon. Sesetengah staf dari ibu pejabat di Kuala Lumpur akan ditukar ke sini.. ii) Ini adalah kali pertama saya berada di sini. Therefore, i am not familiar with the places. Bentuk ini memperlihat penggunaan bahasa lain, Misalnya bahasa Inggeris, dalam pembentukan perkataan bahasa Melayu. Contohnya: i) forwardkan, visualizekan ii) terprint, terdelete iii) bersign, berblouse
3) Penggunaan bahasa Melayu dalam ranah rasmi digantikan dengan bahasa Inggeris sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya Meskipun bahasa Melayu diperuntukkan dalam undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia (Ahmad, N. M. 2020), Namun sejak kebelakangan ini, sesetengah pihak didapati tidak menggunakan bahasa Melayu langsung dalam majlis rasmi yang keseluruhannya dihadiri oleh warga Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor: i) Pelaksanaan dasar Bahasa Negara. Ianya tidak tegas terhadap skop rasmi yang sempit dan hanya memerlukan bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa negara. ii) Kurang kefahaman tentang peranan bahasa Melayu selaku bahasa Negara oleh banyak pihak. Banyak pihak tidak faham tentang penggunaannya dalam ranah rasmi yang sebenarnya meliputi penggunaan yang jauh lebih luas. iii) Kekeliruan linguistik ekoran penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu/bahasa wahana untuk menyampaikan penegtahuan sains dan teknologi kepada masyarakat Malaysia. Kekeliruan linguistik ini yang berlaku akibat perubahan dasar pada bahasa pengantar/ilmu untuk mengajar dan mempelajari mata-mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, yang bermula pada Januari 2003.
Pemberhentian penggunaan bahasa sebuah masyarakat /negara telah mengakibatkan penggantian bahasa sesebuah masyarakat yang maju dan berprestij dalam bidang penting. 1 2 3 4 KESAN KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU Kepupusan Bahasa Melayu kerancuan yang berlaku dalam bahasa Melayu menjadikannya mundur dan tidak disanjungi (Ibrahim, A. 2017). Meninggalkan bahasa Melayu masyarakat lebih menyanjungi bahasa Inggeris dan sentiasa menggunakannya. Rakyat Malaysia juga berhenti melesterikan bahasa Melayu. Penurunan taraf bahasa Melayu sudah tidak dianggap bahasa yang mampu menjadi alat yang boleh menjana dan mengungkapkan peradaban bangsa.
Menggunakan bahasa Melayu dalam mengambil keputusan atau menyampaikan sebarang ulasan berhubung kuasa politik. Mengamalkan cara bercakap dan berbahasa yang tidak mengalami kerancuan. i) Pemerintah PEMBANTERASAN KERANCUAN DALAM BAHASA MELAYU Penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam ranah rasmi. Tidak campur aduk penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Dari segi kelakuan, menggunakan bahasa Melayu dengan baik. ii) Budaya Linguistik Memartabatkan semula bahasa Melayu iii) Ideologi Bahasa
KESIMPULAN Terdapat banyak aspek dan punca berlakunya kerancuan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah memartabatkan bahasa Melayu supaya ianya tidak hilang satu hari nanti. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi lambang bagi kewujudan entiti politik yang dikenali sebagai negara Malaysia, menjadi asas jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan menjadi wahana perpaduan bangsa melalui komunikasi dalam pelbagai ranah. Bahasa Melayu perlulah dimartabatan penggunaannya supaya kelestarian bahasa Melayu sentiasa disanjung. Untuk memastikan peranan dan fungsi bahasa Melayu terpelihara, peruntukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu telah dijadikan sebagai sebahagian daripada peruntukan penting dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan telah tercapai dengan penggunaannya yang meluas di Malaysia (Jamaluddin, N. 2017). Akan tetapi apa yang mencatatkan keindahan bahasa Melayu yang bukan sahaja sebagai pemangkin perpaduan antara kaum dan pencorak jati diri masyarakat Malaysia adalah sikap masyarakat yang tidak sayang dengan nilai bahasa itu sendiri.
RUJUKAN Ahmad, N. M. (2020). Definisi Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia Dan Kesannya Terhadap Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam Di Malaysia: The Definition of Malay on Malaysian Constitution and Its Effect Towards Islamic Understanding and Practice in Malaysia. Sains Insani, 5(2), 9-16. binti Bolhasan, N. (2019). Perbandingan Kata Nama Dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Baku dari Sudut Semantik Leksikal. Jurnal Kesidang, 4(1), 140-150. Ibrahim, A. (2017). Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini. Gerakbudaya. Jamaluddin, N. (2017). Upaya bahasa Melayu sebagai sarana ilmu. Simposium Internasional Upaya Peningkatan Kembali Bahasa Melayu Sebagai Alat Pemersatu Kawasan Asia Tenggara, Universitas Indraprasta PGRI, Jakarta, Indonesia. Kihob, A. J., & Mahali, S. N. H. (2020). KERANCUAN BAHASA DALAM KARANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH TUARAN, SABAH: Mixed Language in Essay of Secondary Students in Tuaran District, Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 31(2), 97-97. Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli, A. J., Mokhdzar, Z. A., ... & Ali, M. E. M. (2019). Pengaruh bahasa rojak di media baharu terhadap bahasa kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 141-153. Wahab, M. K. A. Konsensus Pakar Terhadap Kandungan Model Prototaip Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa Expert Consensus on the Content of Model the Racial Integration of Language Philosophy.
SEKIAN TERIMA KASIH