The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haslinda Mohd Mansor, 2021-02-02 20:44:18

Afiqah

Afiqah

ANEKDOT 1

TEMA : MIMPI YANG TIDAK DAPAT KULUPAKAN

TAJUK : PEREMPUAN CANTIK BERTUKAR MENJADI AHLI SIHIR

CONTOH PENULISAN : Pada suatu malam,aku sedang mengulang kaji di

ruang tamu sendirian. Jam dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.
Selepas mengulang kaji, saya menonton cerita yang seram sementara
menunggu ibu bapa balik dari majlis hari jadi kawan mereka. aku tidak dapat
pergi kerana ingin mengulang kaji sebagai persediaan untuk peperiksaan pada
minggu hadapan. Kesejukan pada malam ini lebih luar biasa daripada biasa
kerana hujan yang tidak berhenti dari petang tadi.Tiba-tiba, bekalan elektrik
terputus dan keadaan di rumahku menjadi gelap-gelita. Aku berasa sangat
takut.Ketika itu, aku terdengar bunyi ketukan dari pintu utama rumahku. Aku
menyangka ibu bapaku sudah pulang dari majlis hari jadi kawan mereka. Aku
berlari untuk membuka pintu. Apabila pintu terbuka, aku melihat seorang
perempuan yang sangat cantik seperti puteri raja. Tiba-tiba, perempuan itu
bertukar menjadi seorang ahli sihir yang sangat hodoh. Aku pun menjerit
dengan kuat untuk meminta tolong. Apabila aku membuka mata, aku dapati
ibu sedang mengejutkanku. Rupa-rupanya aku hanya bermimpi. Aku berasa
lega kerana aku hanya bermimpi. Aku berharap mimpi seperti ini tidak akan
berlaku lagi.

ANEKDOT 2

TEMA : KEMALANGAN YANG TIDAK DAPAT KULUPAKAN

TAJUK : AKU TELAH MENJADI WIRA

CONTOH PENULISAN : Pada suatu hari, semasa aku pulang dari

sekolah, hujan turun renyai-renyai. Aku mempercepatkan langkah agar
cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi dentuman
yang kuat di belakangku. Aku menoleh ke belakang. Rupa-rupanya, sebuah
kereta Proton Waja telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi
jalan. Aku berasa sangat terkejut melihat kejadian itu. Inilah kali pertama
aku menyaksikan kemalangan jalan raya di depan mata aku. Aku
memberanikan diri pergi ke tempat kejadian itu. Bahagian hadapan kereta
itu remuk.Pemandu kereta itu pengsan dan kepalanya berlumuran darah
kerana terhantuk pada stereng kereta. Aku berlari mencari pondok telefon
dan mendail nombor balai polis dan ambulans. Kemudian, aku pergi
semula ke tempat kejadian. Beberapa minit kemudian, pihak polis dan
ambulans pun tiba.. Anggota polis itu mengucapkan terima kasih atas
kerjasama yang aku diberikan. Setelah itu, aku pun meneruskan perjalanan
pulang ke rumah. Aku berasa gembira kerana dapat membantu pemuda
yang kemalangan itu.Pengalaman ini akan aku ingat sampai bila-bila.



TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PENGETUA SEMESTER 2
2020

Mengumumkan ketibaan Encik Abdul Bin Tingoon, Pengetua MRSM Transkrian
diiringi oleh timbalan-timbalan pengetua dan para guru.

Bismillahir Rahmannir Rahim.....
Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Yang Berusaha, Encik Abdul Bin Tingoon , Pengetua MRSM Transkrian

En. Muhammad Mazlan Bin Hassan, Timbalam Pengetua Kecemerlangan
Akademik ,

En Muhd Firdaus Bin Ismail, Timbalan Pengetua Pembangguan Pelajar

Pn. Nurulhuda Binti Sahimin, Timbalan Pengetua Pembanggunan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan , Guru Cemerlang

Guru-guru,

Dan Rakan-rakan pelajar yang dimuliakan

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat
kita berkumpul pada malam yang berbahagia ini sempena Majlis Anugerah
Pengetua Semester 2 2020

Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati majlis kita pada hari ini , marilah kita bersama-sama
mengaminkan bacaan doa pembuka majlis yang akan dipimpin oleh Saudara
___________________________________.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-DOA

Aaimin , Amin ,Ya Robbal ‘Aalaminn..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Saudara_____________________________
________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya , marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Pulau
Pinang, Lagu Amanah Rakyat dan Lagu Malaysia Bersih,

Hadirin dipersilakan berdiri ,

(MENYANYIKAN LAGU)

Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin Yang Dikasihi,

Bagi meneruskan acara hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
En. Abdul Bin Tingoon, Pengetua MRSM Transkrian untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

- UCAPAN-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Abdul Bin Tingoon , atas ucapan
yang telah diberikan.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, marilah kita dengarkan pula , ucapan yang akan disampaikan oleh
En.Muhammad Mazlan Bin Hassan, Timbalan Pengetua Kecemarlangan
Akademik untuk menyampaikan ucapan.

- UCAPAN –
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Muhammad Mazlan Bin Hassan,
atas ucapan yang telah disampaikan

Bagi acara yang berikutnya, majkis mempersilakan En Firdaus Bin Ismail,
Timbalan Pengetua Pembanggunan Pelajar untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

- UCAPAN –

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Firdaus Bin Ismail, atas ucapan
yang telah disampaikan.

Hadirin yang dihormati,

Kini , agenda yang ditunggu-tungga pada petang ini telahpun tiba, iaitu Majlis
Penyampaian Sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya

menunjukkan prestasi cemerlang serta mendapat pointer 3.5 dan ke atas pada
peperiksaan semester 2 2020 yang dilakukan secara dalam talian.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha, En. Abdul Bin Tingoon diiringi
__________________________________
untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan tingkatan 1 semester 2 yang
Berjaya mendapat pointer 3.5 dan keatas.
Tahniah diucapkan kepada :

-(senarai penerima anugerah pelajar tingkatan 1)

Tingkatan 2 semester 2
Tahniah diucapkan kepada :

-(senarai penerima anugerah pelajar tingkatan 2)

Tingkatan 3 semester 2
Tahniah diucapkan kepada :
-(senarai penerima anugerah pelajar tingkatan 3)

Tingkatan 4 semester 2
Tahniah diucapkan kepada :
-(senarai penerima anugerah pelajar tingkatan 4)

Hadirin sekalian

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Bin Tingoon atas
penyampaian sijil kepada semua para pelajar yang berjaya mendapatkan
keputusan yang cemerlang itu tadi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima
anugerah.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka perhmpunan kita pada
hari ini sudah sampai ke penghujungnya.
Bagi mengakhiri majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu maktab.
Hadirin dipersilakan berdiri.

- NYANYIAN -

Tamat nyanyian- pihakpengurusan dan para guru dibenarkan bersurai, manakala
para pelajar ,sila kekal di dalam dewan.



MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN

KERTAS CADANGAN FIND YOUR TALENT MRSM TRANSKRIAN SESI
2021/2022

1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Timbalan
Pengetua Pembanggunan Bakat MRSM Transkrian bagi cadangan Program
Find Your Talent. Program ini melibatkan semua pelajar kecuali tingkatan 5
MRSM Transkrian. Program tersebut akan bermula pada 1 November
sehingga 20 November 2021.Program ini akan diadakan secara atas talian.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Find Your Talent merupakan cadangan program yang ingin dianjurkan
pada 1 November sehingga 20 November 2021 yang melibatkan semua
pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 . Program ini akan diadakan
mengikut homeroom dan secara atas talian.

2.2 Program ini diadakan dalam bentuk video berdasarkan tema yang telah
diberikan pada 1 November mengikut tingkatan dan tarikh
penghantarannya adalah pada 20 November 2021. Antara aktiviti yang
terdapat dalam find your talent ini adalah pertandingan mendeklamasikan
sajak , bersyair dan berpidato.

2.3 Program ini bertujuan untuk member peluang kepada semua pelajar untuk
mengcungkil bakat yang terdapat dalam diri pelajar.

2.4 Pelajar akan menyediakan satu video di mana pelajar tersebut akan
mendeklamasikan sajak , pantun atau berpidato berdasarkan tema yang
telah ditetapkan. Pemenang video tersebut akan dimuat naik ke laman
instagram badan wakil pelajar.

3. OBJEKTIF PROGRAM

• Mengasah bakat yang terpendam dalam diri pelajar
• Dapat menberikan pendedahan kepada pelajar
• Melahirkan pelajar yang dapat menguasai Bahasa Melayu dengan

cekap
• Melahirkan pelajar berpotensi dalam berbahasa

4. JUSTIFIKASI PROGRAM

• Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti maktab supaya dapat
menggunakan masa dengan bijak.

• Membantu para pelajar mempelajari tentang cara menyampaikan sajak
,syair dan pidato

• Mewujudkan keyakinan dalam diri untuk menyampaikan sesuatu
perkara.

5. PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 1 November 2021 sehingga 20 November 2021

5.2 Kawasan Tempat : Secara atas talian

5.3 Jumlah Peserta : Semua pelajar kecuali tingkatan 5

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
- Tiada

Disediakan oleh :

.........................................
(NUR AFIQAH BINTI DARMADAY)
EXCO KEBUDAYAAN BADAN WAKIL PELAJAR 21/22

7. SOKONGAN / TIDAK DISOKONG

Kertas cadangan bagi Program Find Your Talent MRSM Transkrian. Program
tersebut akan diadakan pada 1 November 2021 sehingga 20 November 2021
telah disemak dan boleh dilaksanakan.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

....................................................
ROSIDI BIN ABU
PENASIHAT BADAN WAKIL PELAJAR 21/22
MRSM Transkrian

Tarikh :

8. KELULUSAN
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Ulasan :

............................................................................................................................. ....
.................................................................................................................................
..................................................................
PUAN NURULHUDA BT SAHIMIN
TIMBALAN PENGETUA PEMBANGGUNAN BAKAT
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh :

KERTAS KERJA
PROGRAM FIND YOUR TALENT MRSM

TRANSKRIAN

DISEDIAKAN OLEH :
UNIT KEBUDAYAAN, BADAN WAKIL PELAJAR 21/22

MRSM TRANSKRIAN






Click to View FlipBook Version