The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen Pendek (Gender Bukan Penghalang Impianku)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1397-24-priscilla, 2022-09-12 04:22:30

Cerpen Pendek (Gender Bukan Penghalang Impianku)

Cerpen Pendek (Gender Bukan Penghalang Impianku)

Cerpen

Gender
Bukan Penghalang

Impianku

“… Ya Allah! Terima kasih atas semuanya.”

KUMPULAN 2

Tahun 1961..

Mawar menatap potret yang berada di dalam tangannya. Tidak terasa, air mata
jernih mulai membasahi pipinya satu persatu. Namun,seketika itu perlahan-lahan terukir
sebuah senyuman di wajahnya apabila melihat abangnya yang berpakaian segak di
dalam potret tersebut sambil mengenakan pakaian seragam Angkatan Tentera Diraja
Malaysia (ATM). Dalam potret itu, abangnya kelihatan tampan sekali apabila
mengenakan pakaian seragam (ATM) dengan senyuman manis yang terukir di bibir.
Alangkah indahnya kalau abangnya itu masih lagi hidup dan tersenyum seperti itu lagi.
Namun apakan daya, Tuhan lebih menyayangi abangnya setelah abangnya itu tewas
dalam pertempuran pada lapan tahun yang lalu. Mahu ataupun tidak, mereka sekeluarga
terpaksa redha menerima kepergian abangnya dan seharusnya mereka faham bahawa
abangnya itu tidak mati sia-sia, tapi mati berjuang demi mempertahankan negara. Saat
itu juga, uminya terus diserang sakit jantung yang parah. Sebelum mendapat tahu berita
tentang kematian abangnya, uminya memang sudah menghidap penyakit jantung
dimana keadaan jantungnya tidak berapa stabil dan umi seringkali mengadu bahawa dia
berasa lemah jantung ketika melakukan kerja dan umi tidak boleh terlalu penat kerana
boleh menjejaskan keadaan kesihatannya. Ketika itu, bekalan ubat pula tidak mencukupi
untuk merawat penyakit umi dan keluarga mereka pula memang menghadapi masalah
kewangan ketika itu. Setelah mengetahui berita tentang kematian abangnya, umi
diserang sakit jantung hingga membuatkan dia sesak nafas dan akhirnya dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir serta dilinangi air mata yang terjurai membasahi
pipinya. Itulah dugaan paling berat menimpa mereka sekeluarga. Memang tidak dapat
dinafikan, Mawar hampir-hampir menyerah ketika itu. Namun dia tetap bertahan demi
ayahnya kerana dia dan ayahnya sahaja yang tinggal setelah pemergian kedua-dua
insan tercinta dalam hidup mereka. Mawar kemudian cepat-cepat mengesat air mata
apabila ayahnya memanggilnya untuk makan. Kemudian, Mawar cepat-cepat bangun
dan bergerak menuju ke dapur untuk mencuci tangan. Tanpa dia sedar, ayahnya
memang sudah lama memerhatikan dia.

“Mawar...”. Lembut suara ayahnya memanggil membuatkan Mawar berpaling. “Ye
bapak?”.

Jawab Mawar sambil mengelap tangannya yang masih basah dengan kain tuala di dapur.
Dia kemudian duduk bersila menghadap ayahnya yang sudah duduk di atas lantai.
Renungan sayu dari mata ayahnya membuatkan dia mengalihkan pandangan ke bawah.
Sukar sekali untuk dia menatap wajah sayu ayahnya kerana itu hanya akan membuatkan
dia berlinangan dengan air mata. “Mawar menangiskah tadi?”. Soal ayahnya. Mawar
menegakkan kepala dan cuba untuk mengukir sebuah senyuman. Dia menggeleng
perlahan dan cuba untuk merubah riak wajahnya supaya tidak terlihat jelas bahawa dia
sedang bersedih. “Tidaklah bapak. Mawar tidak menangis pun.” “Jangan menipu Mawar.
Bapak tahu Mawar sedang bersedih.” Mawar terdiam seketika. Dia mati kata-kata.
Memang dia akan tahu, ayahnya pasti akan dapat mengagak bahawa dia sedang
bersedih. Perlahan-lahan Mawar menundukkan kepala. “Mawar, engkau mesti kuat ya
nak. Jangan bersedih. Percayalah Allah takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita
sendiri. Dan Mawar juga mesti tahu. Umi dan abang tak akan mahu melihat Mawar
bersedih seperti ini”. Berderai air mata yang jatuh membasahi pipinya. Mawar tunduk dan
memejamkan matanya. Seketika itu, dia mengangkat kembali kepalanya dan tersenyum.
“Baiklah bapak, Mawar janji akan sentiasa kuat. Maafkan Mawar sebab buat bapak
bersedih ya.” Ayahnya mengukir senyuman di bibir sambil menatap wajah Mawar yang
mula dibasahi air mata. Dia kemudian mengesat air mata itu perlahan-lahan di pipi
anaknya. Sungguh, air mata itu sangat berharga baginya dan tidak akan dia biarkan
setitis pun air mata itu mengalir kembali di pipi anaknya. “Sudah, sudahlah tu. Marilah
kita makan. Tidak baik bersedih di hadapan rezeki.” Mawar lantas mengangguk.
Kemudian, dia cepat-cepat mengelap air mata di pipinya.

Ketika di sekolah..

“Baiklah semua, anda dikhendaki untuk membuat satu penulisan karangan
berkaitan dengan cita-cita kalian suatu masa nanti. Karangan tersebut adalah bebas
tetapi tidak lari daripada tajuk ya. Kalian mesti buat tajuk berkaitan dengan ‘Cita-cita’ dan
karangan itu hendaklah kalian buat dalam 700 patah perkataan.” Suara Cikgu Roziani
kedengaran lantang di dalam kelas. Seluruh kelas itu bergema dipenuhi dengan
suaranya. Semua pelajar memfokuskan pandangan mereka kearah wajah Cikgu Roziani.
Setelah itu, Cikgu Roziani memandang Mawar. Dia kemudian menyuruh Mawar untuk
berdiri. “Mawar, boleh tolong bagitahu Cikgu apakah cita-cita kamu?”. Mawar tersentak
apabila Cikgu Roziani menyoalnya. Dia kemudian lekas berdiri. Sejurus itu, dia
mengimbas kembali kenangan dia dulu bersama abangnya.

Imbas kembali..

“Mawar nak tanya abang boleh tak?” Adam kemudian berpaling. Dia terkejut
apabila Mawar tiba-tiba muncul dari arah belakangnya. Ketika itu, dia baru sahaja balik
dari latihan. “Adik nak tanya apa?”. Balas Adam sambil duduk di beranda tangga dan
menghadap Mawar yang baru sahaja balik dari sekolah. Ketika itu, Mawar berada dalam
darjah lima. Rambutnya bertocang dua membuatkan Adam ketawa sambil menarik
kedua-dua rambutnya yang bertocang kuda. “Comel lah adik abang ni. Mari sini duduk
sebelah abang.” Mawar mengikut sahaja arahan Adam dan mengambil tempat duduk
bersebelahannya. “Apa soalan yang adik nak tanya tadi?”. Soal Adam kembali. Mawar
mendongakkan kepala sambil menatap wajah abangnya. “Abang, Mawar nak jadi macam
abang. Mawar nak jadi askar.” Jawab Mawar bersuara lantang. Adam ketawa dan
kemudian perlahan-lahan dia mengukir sebuah senyuman. Dia memegang kedua-dua
belah bahu Mawar sambil menatap sedalam-dalamnya ke dalam anak matanya. “Mawar
boleh jadi askar. Tapi dengan syarat. Mawar mesti kental dan kuat.” Adam tekankan
perkataan kental dan kuat itu sambil menepuk lembut dadanya. Mawar yang baru darjah
lima itu hanya senyum sambil menjawab. “Mawar nak jadi macam abang. Mawar janji

akan jadi kental dan kuat seperti abang.” Dia kemudian tersengih menampakkan giginya
yang jarang dan tidak tersusun rapi akibat pertumbuhan gigi yang tidak stabil di dalam
gusi. Oleh hal tersebut, dia sering diejek jongang oleh rakannya. “Bagus, macam tu lah
bunga Mawar abang.”. Adam kemudian mencubit pipi Mawar membuatkan Mawar
ketawa mengekek akibat kegelian.

Kembali di dalam kelas..
“Saya nak jadi askar Cikgu.” Dengan penuh yakin Mawar menjawab membuatkan

rakan sekelasnya ketawa. Dia hairan kenapa dia diketawakan. “Semua tolong diam!
Tidak baik kalian mentertawakan rakan kalian seperti itu. Dia pun ada hak untuk membuat
keputusan. Setiap orang berlainan cita-cita dan tolong jangan fikir bahawa lelaki sahaja
yang boleh menjadi askar, perempuan juga boleh.” Cikgu Roziani bersuara tegas
membuatkan semua orang dalam kelas itu terdiam. Dia kemudian berpaling ke arah
Mawar yang mula merah padam mukanya. Dia berasa kasihan apabila melihat Mawar
ditertawakan seperti itu. “Mawar, lepas habis kelas ni kamu jumpa dengan Cikgu. Ada
perkara Cikgu nak bincang.” Mawar hanya akur dengan menganggukkan kepalanya. Dia
tertanya-tanya kenapa Cikgu Roziani hendak bertemu dengannya. Dan atas sebab apa
dia perlu berjumpa dengan Cikgunya. Pelbagai persoalan mula bermain di dalam
fikirannya dan dia tidak dapat mengagak perkara tersebut satu persatu.

Setelah balik dari sekolah, Mawar bergegas pergi ke bilik ayahnya. Tidak sabar
rasanya untuk dia memberitahukan perkara ini kepada ayahnya. Dia kemudian meluru
masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik ayahnya. Perlahan-lahan pintu diketuk dan
suara ayahnya mulai kedengaran menyahut dari dalam. Apabila kuak pintu dibuka
dengan luas, terpancar sinar kebahagiaan pada wajahnya. Perlahan-lahan dia mula
mendekati ayahnya. “Bapakkkk....” Mawar mula menyeru nama ayahnya. Dia duduk
bersila diatas tikar tempat ayahnya baring merehatkan diri. “Kenapa tu Mawar? Ada apa
yang hendak disampaikan?.” “Mawar ditawarkan untuk mengikuti kem askar bapak..

Alhamdulilah syukurlah..” Mawar dengan girangnya bersuara lantang. Ayahnya terdiam
lantas memalingkan mukanya. Dia mendongak memandang ke arah sebuah potret yang
kemas tergantung di dinding. Mawar turut mengikuti pergerakan kepala ayahnya dan
turut memandang ke potret yang tegantung di dinding. Hembusan nafas ayahnya kian
kedengaran. Dia kemudian bersuara perlahan. “Bukan bapak tidak benarkan Mawar
untuk pergi kem askar tu. Tapi Mawar sendiri tahu apa yang telah berlaku kepada
abangmu.” Wajah Mawar kemudian bertukar sedih. Dia tahu ayahnya tidak akan
bersetuju dengannya. Pasti Cikgu Roziani akan tertanya-tanya nanti atas sebab apa dia
tidak boleh pergi. Padahal yang menyarankannya untuk pergi adalah Cikgu Roziani. Tapi
dia akan pergi hanya apabila mendapat kebenaran daripada ayahnya. Namun, keadaan
sekarang ini seperti tidak menginzinkan dia untuk berangkat pergi. “Maafkan bapak,
Harap Mawar faham kenapa bapak tidak benarkan Mawar untuk pergi. Lagipun, Mawar
tu perempuan. Bapak takut kalau Mawar tidak diberi kesamarataan seperti askar-askar
yang lain. Dan Mawar harus tahu, askar tu hanya sesuai untuk lelaki tetapi bukan untuk
perempuan.” Mawar terdiam dengan ayat yang terlontar daripada mulut ayahnya.
Meskipun dia tidak setuju dengan pendapat ayahnya tapi dia tetap memilih untuk
mendiamkan diri. Ingin sekali dia menyuarakan pendapat bahawa perempuan juga boleh
menjadi askar seperti lelaki dan bukan lelaki sahaja yang layak. Namun apakan daya, dia
terpaksa akur dengan keputusan ayahnya walaupun dia berasa agak kecewa. Adakah
impian dan cita-cita yang dia impikan selama ini akan berakhir musnah dengan begitu
sahaja? Apa yang harus dia lakukan supaya cita-cita yang dia buat bersama-sama
abangnya suatu ketika dahulu itu termakbul. Sungguh dia buntu, keliru dan perasaanya
bercampur baur ketika itu.

Pada keesokan paginya, Mawar termenung di dalam kelas sehingga dia tidak
menumpukan perhatian sepenuhnya. Cikgu Roziani sedar akan perkara tersebut.
Perlahan-lahan dia mendekati meja Mawar. Dia kemudian menegur Mawar hingga
membuatkan Mawar berhenti mengelamun. Terpancar kesedihan di wajah anak muda
tersebut. Dia tahu apa yang berlaku sebelum Mawar memberitahunya kerana Mawar
pernah memberitahunya sebelum ini. Perlahan-lahan dia menepuk lembut bahu Mawar.

“Kuatkan diri Mawar. Teruskan jadi anak yang baik dan taat kepada orang tuamu.” Cikgu
Roziani menepuk lembut bahu Mawar sambil memberikan sedikit semangat kepadanya.
Dia tahu Mawar anak yang baik dan bukan mudah untuknya ingkar akan arahan ayahnya.
Walau apa-apa pun jua caranya, Cikgu Roziani terpaksa berdepan sendiri dengan
ayahnya untuk menjelaskan perkara tersebut secara lebih terperinci. Mawar memang
layak untuk mencapai cita-citanya dan dia harus bertindak segera untuk menyelesaikan
perkara ini sebelum nasi menjadi bubur.

“Jika itu tujuan Cikgu untuk datang ke mari, maaf. Bukan niat untuk mengusir, tapi
saya tiada pilihan lain.” Ayah Mawar bersuara tegas. Namun, Cikgu Roziani tidak mahu
mengalah. Dia tetap berkeras. Kali ni, dia harus berjaya walaupun ditolak berkali-kali. Dia
tahu latar belakang Mawar dan dia juga tahu Mawar sudah lama menanam azam serta
bercita-cita untuk menjadi seorang askar wanita. Cikgu Roziani perlu meyakinkan lagi
ayah Mawar supaya mengizinkan anaknya untuk pergi. “Encik Azman, tolonglah kali ni.
Saya sebagai guru kepada Mawar merayu kepada Encik supaya mengizinkan anak Encik
untuk pergi. Tolonglah kasihani dia. Dia punya cita-cita yang besar dan tak semua
perempuan mengimpikan cita-cita untuk menjadi seorang askar perempuan seperti dia.
Dan satu hal yang Encik Azman harus tahu, Mawar tu adalah wanita yang kental dan
kuat hatinya. Kalau dia tidak kuat, tidak kental, dia tidak akan memilih untuk menjadi
seorang askar walaupun dia tahu dia seorang perempuan.” Ayah Mawar terdiam. Dia
cuba untuk mencerna kata-kata Cikgu Roziani. Jika difikirkan balik, memang ada
betulnya apa yang Cikgu Roziani cakap. Dia bungkam seketika. “Tolonglah kali ni Encik.
Fikir baik-baik. Semua ini demi kebaikan Mawar juga. Pilihan berada di tangan Encik
sekarang. Kalau Encik nak lihat Mawar bahagia, Encik kena lepaskan dia pergi juga.”
Dengan tegas Cikgu Roziani bersuara membuatkan Ayah Mawar terdiam seribu bahasa.
Ketika itu, Mawar baru sahaja balik dari kedai runcit untuk membeli sedikit barang dapur.
Dia terkejut apabila melihat Cikgu Roziani berada di rumahnya. “Assalamualaikum
Cikgu,” Mawar terus menyalam tangan Cikgu Roziani. Dia mula beralih pandangan
kepada ayahnya pula dan kemudian menyalam tangan ayahnya. “Walaikumussalam
Mawar, baru balik dari kedai runcit ke?”. “Iya Cikgu, beli barang sedikit untuk kegunaan

dapur”. Mawar menunjukkan beberapa plastik yang berisi seulas bawang putih dan
bawang merah di dalamnya. “Boleh saya tahu apa tujuan Cikgu datang kemari?”. Soal
Mawar sambil memandang wajah Cikgu Roziani. Seketika itu, pandangannya pula beralih
kepada wajah ayahnya. “Mawar, Cikgu datang kemari cuma hendak memastikan Mawar
baik-baik sahaja atau tidak. Sebab itu memang tugas Cikgu untuk memantau setiap
tindak-tanduk anak murid Cikgu bukan sahaja di kelas, tetapi di rumah juga.” Jelas Cikgu
Roziani dengan tenang. Mawar menganggukan kepala perlahan. “Ohh, baiklah Cikgu”.
“Mawar jangan lupa siapkan kerja rumah yang telah Cikgu beri ya. Esok sudah boleh
hantar. Cikgu minta diri dulu, ada urusan sekejap”. “Baiklah Cikgu hati-hati.” Cikgu
Roziani kemudian meminta diri untuk pergi meninggalkan Mawar dan ayahnya di ruang
tamu bersendirian.

1 Tahun kemudian..

Ayah Mawar menatap potret wajah Adam yang berada di dalam tangannya.
Seketika itu, terukir senyuman manis di bibir. Potret itu dia letakkan diatas meja
bersebelahan dengan sebingkai gambar Mawar yang kelihatan anggun memakai pakaian
seragam askar wanita. Kemudian, dia mendongakkan kepalanya ke arah sebingkai
gambar yang besar terngantung pada dinding rumah. Dalam gambar itu, terpancar seri
kebahagiaan wajah mereka sekeluarga. Kini, mereka hanya tinggal berdua. Namun itu
tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang demi Mawar. Sekarang, dia
yakin dia telah pun membuat keputusan yang terbaik. Semua yang dia lakukan adalah
demi Mawar dan dia yakin tiada silap pun dia dalam membuat keputusan. Dia yakin
bahwa dia sudah pun melakukan yang terbaik. “Assalamuailaikum Bapak.” Apabila
Ayahnya berpaling, Mawar sudah pun berdiri tercegat di hadapan pintu dengan
berpakaian seragam. Dia tersenyum dengan manis sekali. Tiba-tiba Cikgu Roziani
muncul dibelakang. Dia pun turut mengukir sebuah senyuman. Lega kerana Encik Azman
telah membuat keputusan yang terbaik dan kini akhirnya, Mawar berjaya menjadi
seorang askar wanita yang terbaik. Mawar memberitahu ayahnya bahawa di kem
tersebut dia diberikan layanan yang sama rata sama seperti pihak lelaki. Itulah yang

membuatkan ayahnya berasa lebih yakin untuk mengizinkannya pergi mengikuti kem
askar ini. “Walaikumussalam, Mawar”. Dengan serta-merta, Mawar memeluk tubuh tua
ayahnya sambil menangis. Bukan menangis kerana kesedihan, tapi menangis kerana
kebahagiaan. “Terima kasih bapak untuk semua ini.” Ucapnya perlahan. Ayahnya
tersenyum sambil menggeleng perlahan. Dia kemudian memegang kedua-dua belah
bahu Mawar sambil menatap wajahnya yang sudah dibasahi dengan air mata. “Ucaplah
terima kasih kepada Cikgu kamu Mawar. Dialah yang meyakinkan bapak untuk
mengizinkan Mawar pergi. Kalau bukan kerana dia, bapak tidak tahu harus bagaimana
lagi caranya untuk melepaskan Mawar pergi.” Mawar kemudian memandang kearah
Cikgu Roziani, dia kemudian berjalan mendekati Cikgu Roziani sambil menjabat tangan
Cikgu Roziani namun Cikgu Roziani terlebih dahulu memeluknya. “Cikgu bangga dengan
Mawar,” Pelukan semakin erat seperti enggan dilepaskan. Sungguh ini adalah kejayaan
besar baginya sebagai seorang guru dan dia amat berbangga dengan Mawar. “Terima
kasih Cikgu atas segala-galanya.” Mawar mengucap dengan penuh kesyukuran. Dia
kemudian mendongak memandang langit. Seakan-akan abangnya dan uminya
tersenyum melihat kejayaannya dan sekarang dia sudah pun merealisasikan impiannya
sebagai seorang askar wanita. Akhirnya janji bukan sekadar janji, tapi akhirya telah pun
terpateri. Sungguh dia bersyukur kerana dia juga ada hak untuk menjadi seorang askar
bahkan layanan yang diberikan pun adalah setara dengan layanan yang diberikan sama
seperti lelaki. Inilah yang dia inginkan. Inilah yang dia impikan. Dan semua itu akhirnya
telah pun direalisasikan. Syukur ke hadrat ilahi kerana semua urusannya telah pun
dipermudahkan. Ya Allah! Terima kasih atas semuanya..

--TAMAT--


Click to View FlipBook Version