The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farhana, 2020-04-21 13:05:22

CERPEN MENUAI EMAS

CERPEN MENUAI EMAS

TINGKATAN 2

Alif terkenang akan perbualan dia dengan
ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata
bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah
Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka
akan menuai emas nanti. Alif berbisik
bahawa tidak lama lagi dia akan menuai
emas.

Alif tersedar daripada lamunan apabila
mendengar bunyi hon motosikal. Tuk ketua
yang menunggang motosikal tersebut
menyapa Alif. Tuk ketua bertanyakan waktu
jentera tuai padi akan sampai. Alif menjawab
bahawa jentera tersebut akan sampai pada
hari esok.

 Alif teringat akan peristiwa setahun yang
lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di
rumahnya. Abang Man dan beberapa orang
pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan
taman perumahan datang ke rumah Alif.
Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif
yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya
dijadikan taman perumahan

 Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif
menasihati Alif supaya bersetuju untuk
menjual petak sawahnya kepada syarikat
perumahan. Abang Man dengan sinis
mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus
dalam peperiksaan di universiti, sebab itu
Alif mahu membuat kerja kampung.

 Emak Alif menangis, namun dia menegaskan
kepada Alif supaya tidak melepaskan dua
petak sawah tersebut. Abang Man
menyalahkan Alif kerana projek perumahan
itu dibatalkan. Namun demikian, Alif
mengatakan bahawa dia hanya berdoa
kepada Allah agar projek itu dbatalkan. Alif
juga meminta restu daripada semua tuan
tanah untuk menjadikan petak sawah
tersebut sebagai estet padi.

 Projek estet padi mini yang diusahakan Alif
bersama 15 orang tuan tanah kini
menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya
berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap
bersabar menunggu hari esok untuk menuai
emas.

TAMAT


Click to View FlipBook Version