MINIT MESYUARAT AJK PIBG
KALI KETIGA SESI 2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA TARAM
TARIKH : 19 MAC 2021 (Jumaat) Penasihat
TEMPAT : Balai Raya Paya Taram.
MASA : 2:30 Petang
KEHADIRAN:
1. Tn Haji Kalal bin Sulaiman
2. En Hazlan bin Sulaiman YDP PIBG
3. En Mohd Fahmi b Abu Hanipah Naib YDP
4. En Nasir bin Yunus GPK pentadbiran
5. Pn Sharifah Hafezah bt Sayed Aluwi Setiausaha
6. Pn Merduwati bt Adam Bendahari
7. Pn Narmah bt Ab Rahman GPK HEM
8. En Ahmad bin Daud GPK KOKO
9. Puan Fauziah binti Ishak AJK
10. Encik Norkhairudin bin Ahmad Zuliyadai AJK
11. En. Mohd Yusairi bin Mohd Yusof AJK
12. Pn. Fatimah Suhana binti Shaidan AJK
13. Pn Zuraida binti Zainuddin AJK
14. Pn. Norfadilah binti Sahat AJK
15. Puan Sharmizawati bt Mohamad AJK
16. En. Harun a/l Sok AJK
Tidak Hadir AJK
AJK
1. En. Samsul bin Samsudin AJK
2. En.Ahmad Yuddin bin Alias
3. Koperal Mohd Rosli bin Jusoh
1.0 Ucapan Pengerusi Mesyuarat – Encik Hazlan bin Sulaiman
1.1 Beliau mengucapkan syukur kerana semua AJK dapat berkumpul
2.0 Ucapan Penasihat (Tn Haji Kalal bin Sulaiman)
2.0 Mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pengerusi dan semua AJK yang hadir
pada hari ini.
2.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas penglibatan PIBG untuk gotong royong banjir
pada 5 Januari 2021 untuk meningkatkan keceriaan fizikal SK Paya Taram yang lumpuh
setelah banjir.
2.2 Beliau memaklumkan tentang pembukaan sekolah yang agak lewat pada tahun ini
disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan di seluruh Negara. Sebagai
rekod,sekolah mula dibuka kepada murid Prasekolah, tahun 1 dan tahun 2 pada 20 Januari
2021.
2.3 Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru dan ibu bapa yang
telah mengharungi sesi PdPR dengan jayanya selama beberapa bulan pada tahun
sebelumnya. Beliau juga berterima kasih kepada Tok Batin Paya Pelong yang bertungkus
lumus mengambil dan menghantar modul kepada pelajar Orang Asli yang tinggal di kawasan
Paya Pelong. Atas usaha beliau, murid murid ini tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Diharapkan pencapaian murid akan meningkat walaupun disebabkan kekangan ini.
2.4 Beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan pelajar SK Paya Taram adalah
seramai 187 orang murid dan 138 orang penjaga.
Tahun 1 -25 orang murid
Tahun 2 - 27 orang murid
Tahun 3 - 24 orang murid
Tahun 4 - 33 orang murid
Tahun 5 - 34 orang murid
Tahun 6 - 27 orang murid
Bilangan guru adalah seramai 17 orang dan staff seramai 3 orang.
2.5 Penasihat PIBG SK Paya Taram ini juga menjelaskan tentang pelebaran jalan di hadapan
sekolah yang telah mendapat kelulusan dari tuan tanah. Pihak Telekom juga telah
mengalihkan tiang dan kerja pelebaran jalan akan dimulakan dalam masa terdekat. Pondok
menunggu untuk ibu bapa penjaga menunggu anak-anak telah siap sepenuhnya dengan
mengunakan dana sebanyak RM7000.00
2.6 Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa lagi projek peningkatan prasarana
sekolah akan dijalankan jika mendapat dana, antaranya adalah mengecat tembok,
meletakkan penghawa dingin di pejabat, pondok ilmu dan tempat meletak kereta guru serta
pihak sekolah bercadang untuk memindahkan bangunan prasekolah ke bahagian atas
bangunan kerana masalah banjir.
3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu.
3.1Puan Sharifah Hafezah mencadangkan minit mesyuarat AJK PIBG yang pertama diterima
dan disahkan
Cadangan : Pn Merduwati bt Adam
Sokongan : Encik Mohamad Fahmi bin Abu Hanipah
4. Perkara Berbangkit
4.1 Perkara 8.6 pembelian khemah
Encik Ahmad selaku GPK kokurikulum menjelaskan bahawa pembelian khemah masih
belum dibuat kerana masalah PKP dan duit tersebut masih lagi belum digunakan. Selain itu,
pihak sekolah juga ada menerima 4 khemah yang diberi oleh YDP namun masih belum
dibuka dan diperiksa keadaan khemah tersebut.
Tindakan : GPK KOKO
4.1 Perkara 6.1.1.3
Mesyuarat lalu memutuskan agar wakil prasekolah dimasukkan sebagai AJK PIBG. Encik
Razlan selaku wakil prasekolah akan dimasukkan ke dalam ‘group whatapp PIBG’ dalam
masa terdekat.
Tindakan : GPK KOKO
5 Pembentangan Laporan Kewangan
5.1 Puan Merduwati mencadangkan minit mesyuarat AJK PIBG yang pertama diterima dan
disahkan.
Cadangan : Pn Sharifah Hafezah bt Sayed Aluwi
Sokongan : Pn Narmah binti AB Rahman
6 Isu Isu yang dibincangkan
6.1 Pembentangan kutipan sumbangan PIBG
6.1.1 Encik Mohd Nasir bin Yunus selaku GPK pentadbiran menjelaskan bahawa
sumbangan pendidikan telah dikutip awal pada tahun ini setelah wang Bantuan
Awal Pendidikan (BAP) dan Yayasan Pahang diagihkan. Hanya sumbangan PIBG
yang akan dikutip setelah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG 2021.
6.1.2 Encik Mohd Nasir juga mencadangkan agar jumlah kutipan sumbangan PIBG
diadakan setiap 2 tahun agar memudahkan kutipan sumbangan tersebut di masa
hadapan. Perkara ini akan dijadikan sebagai usul dalam mesyuarat Agung PIBG
yang akan datang.
6.1.3 Encik Mohd Nasir menjelaskan tentang senarai sumbangan pendidikan yang
perlu dijelaskan oleh setiap pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Pada tahun ini
beberapa aktiviti mungkin tidak dapat dijalankan antaranya adalah,
perkhemahan dan sukan olahraga dwitahunan. Hari Anugerah mungkin akan
berlansung namun pihak sekolah masih menunggu arahan selanjutnya dari KPM.
6.1.4 Sumbangan pendidikan pada tahun ini adalah kurang berbanding tahun
sebelumnya.
Bagi tahun 6, pihak sekolah masih mengutip sumbangan untuk kecemerlangan
UPSR. Jika UPSR tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini, pihak sekolah akan
memulangkan semula wang pelajar tersebut seperti yang berlaku pada tahun
lepas. Encik Mohd Nasir juga memaklumkan tentang takwim sekolah tahun
2021.
6.2 Mesyuarat Agung PIBG 2021
6.2.1 Cadangan tarikh Mesyuarat Agung PIBG 2021 adalah pada 30 Jun 2021.
Mesyuarat boleh dibuat namun pihak sekolah perlu akur kepada SOP yang telah
ditetapkan.
6.2.2 Antara pilihan mesyuarat Agung yang dibenarkan adalah
Mesyuarat secara online atau mesyuarat secara bersemuka dengan penjarakan
social 1 meter.
6.2.2 Pihak sekolah juga tidak boleh menjemput mana-mana perasmi dari luar untuk
merasmikan majlis tersebut.
6.2.3 Hanya seorang ahli atau wakil dari keluarga murid yang dibenarkan menghadiri
mesyuarat tersebut.
6.2.4 Jika dewan sekolah tidak dapat menampung bilangan ibu bapa/penjaga,
mesyuarat perlu dibuat di luar kawasan sekolah.
6.3 Laporan HEM dan Kokurikulum
6.3.1 Puan Narmah memaklumkan tentang APDM,dimana bermula pada tahun ini,
setiap ibu bapa/penjaga perlu mengemaskini sendiri data keluarga mereka untuk
memudahkan urusan mendapat bantuan dan lain-lain.
6.3.2 Bantuan kewangan kepada pelajar yang layak untuk menerima bantuan Yayasan
Pahang dan Bantuan Awal persekolahan (BAP) telah diberi.
6.4 Projek keceriaan dan tempat letak kereta
6.4.1 Tn Haji Kalal menjelaskan tentang projek keceriaan SK Paya Taram yang
memerlukan modal lebih kurang RM6000.00. Projek ini adalah untuk memukuhkan
semula infrastruktur sekolah selepas banjir.
6.4.2 Pihak PIBG dengan sebulat suara memutuskan untuk memberikan sumbangan
PIBG sebanyak RM300.00 untuk projek keceriaan ini. Bagi projek tempat letak kereta,
mesyuarat memutuskan agar kertas kerja tersebut diserahkan kepada Yang Berhormat
untuk memohon dana.
7.0. Hal hal lain
7.1 Encik Ahmad memaklumkan pihak sekolah akan membina sebuah kawasan untuk
pengumpulan buah sawit memandangkan kawasan yang ada menyukarkan pengumpulan
buah. Encik Ahmad akan menggunakan duit keuntungan sawit untuk membuat kawasan
pengumpulan tersebut.
7.2 Puan Narmah mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama PIBG selama beliau
berkhidmat di SK Paya Taram. Beliau akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31Mac
2021.
8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 Ucapan YDP
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada mesyuarat pada kali
ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
Disediakan oleh
………………………………….
(PN SHARIFAH HAFEZAH BT SAYED ALUWI)
Setiausaha PIBG
SK Paya Taram