Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 1 SUBMODUL 6 Karya Kreatif
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 2 Tajuk : Karya Kreatif Masa : 60 minit SK 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi. 4.3 Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang. 4.4 Mempersembahkan pelbagai prosa, puisi dan karya kreatif lain. SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional. 4.3.1 Menghasilkan papan cerita berasaskan idea dan tema yang mudah menggunakan bahasa yang betul. 4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif. Sinopsis : Sub modul ini dapat membantu murid menghasilkan satu karya kreatif menggunakan papan cerita berdasarkan kisah Pelanduk Mengajar Memerang selepas mengetahui sinopsis dan binaan plot. Objektif : Selepas mengikuti modul ini, murid dapat : i. Menjelaskan sinopsis Pelanduk Mengajar Memerang melalui urutan peristiwa. ii. Menghasilkan papan cerita Pelanduk Mengajar Memerang menggunakan bahasa yang betul. iii. Mempersembahkan karya yang dihasilkan secara kreatif.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 3 Pengenalan Tonton semula dan hayati kisah Pelanduk Mengajar Memerang ini sebelum anda mengetahui lanjutan kisahnya. Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 4 Kembara Ilmu Adakah anda telah memahami kisah Pelanduk Mengajar Memerang menerusi episod 1 hingga 5. Masihkah anda ingat tentang katakata Sang Udang? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Sang Sebarau? Mari kita ikuti kesudahan cerita Pelanduk Mengajar Memerang dalam Episod 6 : Nasib Sang Sebarau dan Episod Akhir : Keputusan Pembicaraan.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 5 Latihan Pengukuhan Arahan : Lengkapkan petikan ini dengan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, semua binatang boleh berkatakata. Syah Alam di Rimba merupakan Perdana Menteri yang termasyhur kebijaksaannya. Kisah bermula apabila Syah Alam di Rimba melawat kawasan pemerintahan lalu berjumpa dengan tempat tinggal Sang Memerang. Ketika bertanya kepada anak memerang tentang hal ibu bapanya, tiba-tiba Syah Alam di Rimba terdengar bunyi Sang Bubut. Hal ini menyebabkan Syah Alam di Rimba memencak silat langkah gelombang dua belas dan memijak anak-anak memerang hingga mati. Apabila pulangnya memerang laki bini, dilihatnya tujuh ekor anaknya mati. Terlalu sedih hati memerang laki bini. Apabila disiasat ternyata anak-anak memerang mati kerana dipijak oleh Syah Alam di Rimba. Keesokan harinya memerang laki bini bertemu dengan Nabi Allah Sulaiman untuk mengadukan nasib malang mereka disebabkan angkara Syah Alam di Rimba yang telah memijak anaknya sehingga mati.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 6 Nabi Allah Sulaiman menitahkan Belatuk untuk memanggil Syah Alam di Rimba. Syah Alam di Rimba lalu duduk berlutut dan menjelaskan bahawa dia terpijak anak-anak memerang disebabkan terdengar bunyi gendang perang yang dipalu oleh Sang Bubut dan menjangkakan Nabi Allah Sulaiman akan menghadapi musuh. Apabila mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman telah menitahkan Belatuk untuk memanggil Sang Bubut. Datanglah Sang Bubut menghadap Duli yang Maha Mulia lalu menceritakan bahawa dia berkelakuan begitu kerana melihat Sang Biawak membawa pedang bercabut seperti ingin berperang. Apabila Nabi Allah Sulaiman bertanya pula kepada Sang Biawak, dikatakannya terlihat Sang Labi-labi yang mudik menyerendeng dengan membawa perisai. Semasa Sang Labi-labi disoal siasat oleh Nabi Allah Sulaiman, ia mengakui berpelakuan sedemikian kerana terlihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Manakala Sang Udang menjelaskan bahawa ia terlihat Sang Sebarau mudik berikat pinggang melengkung seperti berhadapan dengan masalah besar.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 7 Nabi Allah Sulaiman menitahkan Belatuk memanggil (1) ________ untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Akhirnya, segala persoalan terjawab apabila Sang Sebarau mengadukan kesedihannya kerana sikap (2) ______________ yang sering (3) ____________ rakyatnya. Sang Memerang mendapat (4) ________ atau hukuman yang setimpal dengan perbuatannya yang tiada rasa (5) ___________ dan simpati apa-apa yang dilakukan kepada keluarga Sang Sebarau.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 8 Aktiviti 1 : Binaan Plot Pelanduk Mengajar Memerang Dalam aktiviti ini, mari kita imbas kembali peristiwa-peristiwa yang terkandung dalam kisah Pelanduk Mengajar Memerang menerusi jalinan peristiwa atau dikenali juga plot cerita. Plot merupakan jalinan peristiwa yang menghubungkan peristiwaperistiwa dalam sesebuah cerita. Binaan plot dalam sesebuah karya seumpama seperti gunung yang terdiri daripada permulaan cerita atau eksposisi, perkembangan, perumitan, kemuncak atau klimaks cerita, peleraian atau pengakhiran cerita. Mari kita pelajari binaan plot dalam cerita Pelanduk Mengajar Memerang. Permulaan cerita : Pengarang memperkenalkan watak dan peristiwa yang berlaku kepada Syah Alam di Rimba ketika sedang melawat tempat tinggal memerang.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 9 Peristiwa yang terkandung dalam Episod 1, Syah Alam di Rimba merupakan permulaan cerita dalam plot Pelanduk Mengajar Memerang. Pengarang memperkenalkan watak dan peristiwa yang berlaku kepada Syah Alam di Rimba ketika sedang melawat tempat tinggal memerang. Kemudian kisah Pelanduk Mengajar Memerang diteruskan atau dikembangkan dengan peristiwa Memerang Kematian Anak dalam episod 2 dan episod 3, Pembicaraan Syah Alam di Rimba. Perkembangan cerita : Peristiwa yang menyebabkan konflik dan punca permasalahan berlaku. Wujudnya watak-watak sampingan yang membantu menjadikan cerita lebih menarik.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 10 Perkembangan cerita ini merupakan peristiwa yang menyebabkan konflik dan punca permasalahan berlaku. Wujudnya watak-watak sampingan yang membantu menjadikan cerita lebih menarik. Peristiwa demi peristiwa diceritakan dengan lebih menarik dan berkesan. Pengarang memuatkan pelbagai konflik, kejutan serta unsur-unsur suspens supaya pembaca tidak jemu untuk meneruskan pembacaan. Episod 4, Pembicaraan Sang Bubut dan Sang Biawak dan diikuti episod 5, Pembicaraan Sang labi-labi dan Sang Udang merupakan peristiwa bagi perumitan cerita. Perumitan cerita : Peristiwa demi peristiwa diceritakan dengan lebih menarik dan berkesan. Pengarang memuatkan pelbagai konflik, kejutan serta unsur-unsur suspens supaya pembaca tidak jemu untuk meneruskan pembacaan.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 11 Ketika mengikuti kisah Pelanduk Mengajar Memerang ini, tentu anda ingin mengetahui siapakah yang bertanggungjawab atas kematian anak memerang, bukan? Persoalan itu terjawab dengan mengikuti episod 6, Nasib Sang Sebarau. Itulah yang dikenali sebagai puncak cerita atau klimaks iaitu ketegangan bagi konflik yang timbul dalam sesebuah cerita. Pada bahagian ini cerita akan menjadi lebih menarik. Cara ini mengalakkan pembaca meramalkan apakah yang akan berlaku seterusnya. Pembaca akan terus mengikuti perjalanan cerita untuk mengetahui kesudahannya. Puncak cerita atau klimaks : ketegangan bagi konflik yang timbul dalam sesebuah cerita. Pada bahagian ini cerita akan menjadi lebih menarik. Cara ini mengalakkan pembaca meramalkan apakah yang akan berlaku seterusnya. Pembaca akan terus mengikuti perjalanan cerita untuk mengetahui kesudahannya.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 12 Peleraian merupakan peringkat penyudahan cerita. Cara ini mengalakkan pembaca meramalkan apakah yang akan berlaku seterusnya. Kebiasaanya bahagian peleraian ini ditamatkan dengan kegembiraan atau penyelesaian kepada masalah. Episod 7 atau episod akhir, keputusan pembicaraan merupakan peristiwa peringkat peleraian dalam cerita Pelanduk Mengajar Memerang ini. Segala persoalan terjawab dan penyelesaian kepada masalah dapat dihuraikan. Peleraian : peringkat penyudahan cerita. Kebiasaanya bahagian peleraian ini ditamatkan dengan kegembiraan atau penyelesaian kepada masalah.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 13 Aktiviti 2 : Menghasilkan Papan Cerita Papan cerita adalah siri lakaran bagi mengambarkan turutan kandungan untuk menghasilkan animasi drama, filem dan sebagainya. Selain itu, mengandungi lakaran atau lukisan ringkas tentang sesuatu drama atau filem. Dalam pembelajaran kali ini, papan cerita yang perlu anda hasilkan hanya berfokus kepada cerita Pelanduk Mengajar Memerang sahaja. Bagi membantu anda menghasilkan sebuah karya kreatif, sila ikuti tutorial cara-cara menghasilkan karya melalui papan cerita. https://www.youtube.com/watch?v=wGbTx5FAur4
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 14 Menghasilkan Papan Cerita Adakah anda jelas dengan penerangan tadi? Sekiranya anda masih belum jelas, sila tonton video tutorial penghasilan papan cerita semula. Jika anda telah memahami cara menghasilkan papan cerita, mari kita teruskan dengan latihan pula. Latihan ini bagi menguji tahap kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan kemahiran berfikir (mengingat kembali) peristiwa yang terkandung dalam petikan teks prosa tradisional Pelanduk Mengajar Memerang yang telah anda pelajari. Anda perlu menceritakan semula peristiwa yang anda telah baca atau dengar atau mengingat semula secara ringkas mengikut kefahaman anda dengan menggunakan link : https://www.storyboardthat.com/
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 15 Dalam pembelajaran kali ini, anda diberi pilihan untuk memilih soalan mengikut kemahiran seperti di bawah: Kemudian, kenal pasti peristiwa penting yang terkandung dalam petikan dan hasilkan karya kreatif anda melalui papan cerita digital menerusi https://www.storyboardthat.com/ (Tonton semula video di atas sebagai panduan bagi menyiapkan tugasan ini)
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 16 UJIAN KEMAHIRAN MEMBACA Arahan : Baca kisah yang terkandung dalam petikan teks di bawah dengan teliti. Kemudian hasilkan papan cerita yang menggambarkan urutan peristiwa secara kreatif menggunakan ayat anda sendiri. Adalah konon masa zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam dengan takdir Allah Taala kepada masa itu semua binatang bercakap seperti manusia juga. Adapun Nabi Allah Sulaiman itu lima Perdana Menterinya, suatu menterinya daripada manusia, suatu menterinya daripada jin bernama Ifrit, suatu menterinya daripada unggas, dua menterinya daripada binatang landak dan pelanduk; di dalam lima Perdana Menteri itu yang arif bijaksana: pertama manusia, yang kedua landak, yang ketiga Syah Alam di rimba, iaitu pelanduk; tetapi Syah Alam di Rimba itulah termasyhur arif bijaksananya. Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang tempat memerang, ada anaknya tujuh ekor. Anak memerang itu pun keluarlah daripada lubangnya bermain-main di situ. Syah Alam di Rimba pun datang menghampiri seraya bertanya, Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu? Sahut anak memerang itu, Mak bapa hamba sudah mencari ikan akan makanan hamba sekalian ini.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 17 Syah Alam di Rimba pun mengingatkan langkah pertikaman zaman dahulu kala cekak perkelahian. Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjang sahaja kakinya ke sana ke mari. Habislah dipijak-pijak anak memerang itu, ada yang patah kaki tangannya dan luka kepalanya habis mati semuanya. Setelah dilihat Syah Alam di Rimba mati anak memerang itu, ia pun kembalilah ke tempatnya berdiam dirinya. Fikir Syah Alam di Rimba, Itulah akan memerang ini, selalu sahaja ia membuat aniaya ke atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia. Setelah sudah ia fikir itu, dengan takdir Allah Subahanahuwataala melakukan kudrat-Nya hendak memanjangkan cerita ini, bunyilah burung bubut terlalu banyak bunyinya bersahut-sahutan sahaja.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 18 UJIAN KEMAHIRAN MENDENGAR Arahan : Dengar dengan teliti, kisah yang disampaikan dalam audio tersebut. Kemudian hasilkan papan cerita yang menggambarkan urutan peristiwa secara kreatif menggunakan ayat anda sendiri.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 19 UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR Arahan : Hasilkan papan cerita yang menggambarkan urutan peristiwa episod 6 hingga episod akhir secara kreatif menggunakan ayat anda sendiri. ?
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 20 Aktiviti 3 : Mempersembahkan Karya Kreatif Papan cerita yang telah dihasilkan oleh anda perlu dipersembahkan dalam pelbagai kaedah. Pembelajaran kali ini, anda boleh mempersembahkan hasil karya anda melalui media sosial seperti : Sila hantar link hasil karya kreatif kepada guru bahasa Melayu anda. Dapatkan juga komen dan cadangan daripada pembaca di media sosial untuk penambahbaikan pada masa-masa akan datang.
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 21 Refleksi Kendiri Arahan : Anda dikehendaki melengkapkan jadual ini bagi mengukur tahap kefahaman anda selepas mengikuti pembelajaran dalam sub modul ini. Sila gunakan buku latihan yang disediakan. Aktiviti Saya dapat : Tahap kefahaman (Tandakan √) 1. Kisah Pelanduk Mengajar Memerang Mengetahui sinopsis Pelanduk Mengajar Memerang menerusi binaan plot. Ya Tidak 2. Menghasilkan Papan Cerita Menghasilkan karya fiksyen menggunakan papan cerita interaktif tentang kisah Pelanduk Mengajar Memerang. Ya Tidak Ujian Kemahiran Membaca ___ markah Ujian Kemahiran Mendengar ___ markah Ujian Kemahiran Berfikir ___ markah 3. Mempersembahkan hasil karya kreatif Mempersembahkan kisah Pelanduk Mengajar Memerang secara kreatif melalui media sosial. Ya Tidak Jenis media sosial dan jumlah komen Nyatakan : ____ Komen
Modul Pembelajaran Prosa Tradisional Tingkatan 2 22 TAHNIAH ! kerana anda telah berjaya menamatkan semua modul M-PT dengan jayanya.