SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TAJUK
KERTAS KERJA PERUNTUKAN BAGI MEMBELI
“LCD PROJECTOR”
Tujuan
Tujuan kertas ini adalah untuk memohon ahli mesyuarat sekolah menimbang dan meluluskan
peruntukan Panitia SAINS untuk membeli “LCD Projector” bagi kemudahan pengajaran dan
pembelajaran.
Latar Belakang
2. Sejajar dengan perkembangan ICT dan penggunaan teknologi yang meluas dalam pengajaran
dan pembelajaran pada masa kini, Panitia SAINS turut bersama-sama ingin merealisasikan hasrat
tersebut. Oleh itu, penggunaan “LCD Projector” dapat membantu memudahkan pengajaran dan
pembelajaran dan dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bercorak ICT. Hal ini
kerana peralatan seperti “LCD Projector” yang lama dan sudah rosak menyebabkan permohonan
untuk pembelian “LCD Projector” tersebut.
Asas Pertimbangan
3. Pada tahun 2022 ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan telah meletakkan
sasaran bagi melonjak kecemerlangan dalam pelbagai bidang sehingga tahun 2023 dengan visi
“Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan EXCELLENT” seperti terdapat dalam
perancangan strategik sekolah.
Bagi melonjak kecemerlangan sekolah ini, kegunaan “LCD Projector” ini dapat membantu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran SAINS dengan melibatkan sumber kewangan yang agak
besar.
Cadangan Pelaksanaan
6. Pembelian “LCD Projector” ini dapat :
(a) Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dan ini dapat menjadikan P&P guru
lebih menarik serta dapat menghilangkan rasa mengantuk pelajar dengan menggunakan
tulisan dan bunyi-bunyi yang menarik.
(b) Meningkatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Contohnya penggunaan perisian
Microsoft Power Point. Ini dapat membuatkan pelajar lebih fokus kepada tajuk
pembelajaran.
(c) Mengecilkan gred purata bagi matapelajaran sains.
(d) Penggunaan LCD untuk sebarang majlis di dewan sepadu yang memerlukan penggunaannya
Implikasi
7. Pembelian “LCD Projector” ini melibatkan implikasi kewangan seperti berikut:
Bil. Perkara Perbelanjaan Bilangan diperlukan
3
Bil Perkara 3
1. Lcd projector Epson Eb -W06
2. Portable speaker PS K -10A
Kesimpulan
8. Diharapkan hasrat Panitia Sains ini tercapai bagi meningkatkan mutu pencapaian Gred A
pelajar dalam mata pelajaran sains. Ini amat penting bagi mempertahankan kecemerlangan dan
seterusnya melonjakkan lagi pencapaian pelajar dalam bidang sains dan matematik.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
……………………………. ………………………………. ……………………………….