The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nozeimn, 2021-10-15 05:24:52

minit mesyuarat 2019

minit mesy_PIBG-21(2019)

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

53300 SETAPAK KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

Tarikh : 16 Februari 2019

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Sri Danau, SK Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur

Kehadiran : 200 orang

1.0 Ucapan YDP PIBG 2017/2019, En. Ahmad Radhuan B. Mohammed
1.1 YDP memulakan dengan ucapan salam dan merakamkan syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan izinNya dapat lagi bertemu di mesyuarat agung PIBG kali
ke-21 pada kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan
AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak
sekolah dalam pelbagai program.
1.2 Beliau memberikan kredit yang tidak terhingga kepada AJK ibu bapa yang
telah mengetuai setiap aktiviti yang telah diadakan pada sesi 2017/2019.
1. Biro Akademik : Pn. Syamimi Bt. Najib dan Pn. Aminah Bt. Shukor
2. Biro Sukan dan Rekreasi : Encik Nagarajah A/L Krishnan
3. Biro Kebajikan dan Dana : Pn. Liyana Bt. Datuk Abdul Samad
4. Biro Keceriaan : Pn. Mahani Ibrahim
5. Biro Keselamatan : Tn. Mejar Arif Mat Jusoh
6. Biro Maklumat dan Komunikasi : En. Wan Dzulkarnain B.Hussin
1.3 Beliau mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid.
Beliau juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama
menyumbang idea yang bernas dan membina untuk memantapkan lagi
aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.
1.4 Beliau menyatakan pada sesi 2017/2019 AJK PIBG telah menjalankan
amanah sebaik mungkin. Di mana, segala tindakan sentiasa memikirkan
kepentingan dan kebajikan anak-anak di sekolah ini. Sumbangan ibu bapa

telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program sekolah
bagi tujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid-murid
sekolah ini. Ibu bapa boleh merujuk pada buku atur cara mesyuarat kali ini di
mana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG
kepada sekolah.
1.5 Pada sesi 2017/2019 PIBG menerusi biro akademik telah meneruskan
kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan murid seperti mengadakan
beberapa siri kelas tambahan bagi murid-murid UPSR yang telah dikenal pasti
di bawah program ‘UPSR Coaching’ yang telah mendapat pengiktirafan
‘Amalan Terbaik Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Pejabat
Pendidikan Wilayah Keramat 2017’.
1.6 Beliau amat mengalu-alukan sumbangan dari segi tenaga, masa dan dana
daripada ibu bapa untuk sama-sama menyertai aktiviti dan membantu wakil-
wakil biro atau AJK ibu bapa SK Danau Kota yang disayangi ini demi
kepentingan dan kemudahan anak-anak di sekolah.
1.7 Beliau turut menyatakan tentang sumbangan yang telah diberikan oleh pihak
ibu bapa dalam meningkatkan infrastuktur di sekolah ini. Antaranya ialah :
1. Tempat wuduk ( di dewan dan surau) – RM10,000
2. Baiki palang – RM500
3. Surau tambahan (cat, tempat wuduk, lantai mozek, bumbung dan pagar

tambahan ) – RM17,000
4. Tandas (baik pulih pintu, cat dan signage) – RM9480
5. Mengecat tembok luar sekolah (scraping, coating dan tampalan retak,

tebang pokok, simen dan mengecat) – RM9400
6. Bina longkang dan menebang poko kelapa – RM16,500
7. Spot Light (Blok B dan belakang kantin) – RM300
8. Gerobok rezeki – satu usaha untuk mengumpul sumbangan barangan

(makanan, pakaian) kepada murid/ ibu bapa yang memerlukan
1.8 Bagi melancarkan program Sarana PIBG/KSIB, pihak PIBG turut sama

berkolaborasi dengan SK Danau Kota 2 dan SMK Danau Kota mengadakan
Seminar Impak Sarana PIBG/KSIB dan Komuniti pada 4 November 2017.
Sehubungan dengan itu, beliau mengambil kesempatan menyeru ibu bapa
yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil

memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan
kecemerlangan pendidikan anak-anak.
1.9 Beliau juga menyampaikan usul dan harapan PIBG untuk merealisasikan
projek membina dewan terbuka dan berbumbung di ruang tarmac untuk
memudahkan murid-murid dan sekolah bagi menjalankan pelbagai aktiviti.
Beliau percaya usul ini akan diterima bagi membolehkan PIBG menggerakkan
jentera mengumpul dana dan keperluan-keperluan lain seperti keperluan
teknikal dan seumpamanya. Beliau yakin ramai dikalangan ibu bapa yang sudi
menyumbang.
1.10 Beliau berharap ibu bapa yang bekerjaya professional bolehlah menyumbang
kepakaran di sini terutama dari segi arkitek dan jurutera struktur dan awam.
Selain itu, beliau mengalu-alukan ibu bapa yang berkemahiran untuk idea dan
sumbangan kepakaran. Ibu bapa yang bertugas di Majlis Bandaraya Kuala
Lumpur dan seumpanya boleh membantu dari segi khidmat pengurusan
dokumentasi dan sebagainya.
1.11 Di samping kemajuan akademik dan fizikal, PIBG juga sentiasa bekerjasama
dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid agar
mereka selamat meneruskan kehidupan dalam era kecanggihan teknologi yang
penuh cabaran. Beliau juga menekankan aspek patuhi masa sekolah di mana
murid perlu datang tepat pada masa dan tidak ponteng sekolah.
1.12 Beliau berharap agar impian semua ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka
berjaya menjadi insan cemerlang selaras dengan visi dan misi sekolah. Beliau
juga menyeru agar ibu bapa dapat menjaga nama baik sekolah dan tidak cepat
menyebarkan sebarang isu sekolah di laman sosial tanpa usul periksa terlebih
dahulu.
1.13 Beliau berharap agar ahli jawatankuasa PIBG dan kumpulan sokongan kelak
dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan
kecemerlangan SK Danau Kota. Beliau percaya di bawah kepimpinan dan
keperihatinan Puan Guru Besar, sekolah boleh mencapai prestasi yang lebih
cemerlang dalam semua aspek.
1.14 Beliau mengakhiri dengan ucapan terima kasih kepada pegawai PPD yang
hadir, Guru Besar Sekolah, Ahli Jawatankuasa PIBG, AJK Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-21, para waris SK Danau Kota dan hadirin yang hadir.

2.0 Ucapan Guru Besar merangkap Penasihat PIBG, Puan Zaimunah Bt. Mohamed
2.1 Puan Zaimunah Binti Mohamed selaku Guru Besar SK Danau Kota
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana dapat melapangkan masa
hadir ke mesyuarat PIBG demi masa depan anak-anak. Ucapan terima kasih
juga diberikan kepada YDP PIBG dan AJK PIBG 2017/2019 sentiasa gigih
dalam membantu pihak sekolah kerana mereka mudah untuk berurusan dan
sering datang ke sekolah sekiranya diperlukan.
2.2 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat PIBG sangat penting untuk sekolah dan
ibu bapa bagi merapatkan hubungan yang baik dan berkongsi masalah serta
pandangan kepada pihak sekolah. Beliau berharap mesyuarat PIBG ini
dijadikan platform untuk kebaikan bukan untuk menghentam antara satu sama
lain.
2.3 Asas hubungan yang kukuh antara pihak sekolah dan ibu bapa amat membantu
dalam melonjakkan prestasi anak-anak di SK Danau Kota. Selain itu,
melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada dari
segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Kejayaan murid-murid bukan
terletak kepada guru sahaja tetapi ibu bapa yang memainkan peranan penting
dalam membantu memantau kerja sekolah dan ulang kaji anak-anak di rumah.
2.4 Beliau juga menyentuh aspek kehadiran ke sekolah yang mana didapati murid
ramai tidak hadir apabila tiba musim perayaan atau cuti sekolah. Di mana,
peratusan kehadiran pada ketika itu akan merosot. Beliau berharap agar ibu
bapa dapat menggalakkan anak-anak supaya hadir ke sekolah setiap hari.
2.5 Pendidikan amat penting kepada anak-anak yang mana akan menjamin masa
depan mereka. Ilmu sangat penting dalam menjalani hidup yang penuh
cabaran. Konsep kementerian pendidikan bukan sekadar memandang kepada
bilangan skor ‘A’ tetapi seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.
2.6 Selain itu, Guru Besar mengingatkan tentang komitmen ibu bapa dan penjaga
kepada pihak sekolah dan juga komitmen ibu bapa sebagai ahli PIBG sekolah.
Di mana, pihak sekolah memerlukan sokongan yang padu, kerjasama dan juga
kewangan. Beliau percaya ibu bapa SK Danau Kota tidak akan pertikaikan
tentang sumbangan terutama ibu bapa yang hadir pada hari ini. Ini adalah
kerana sumbangan PIBG bukan untuk sekolah tetapi untuk anak-anak SK
Danau Kota.

2.7 Beliau menyatakan sumbangan PIBG digunakan untuk prasarana bagi
memberikan keselesaan kepada murid-murid SK Danau Kota. Contohnya
tandas murid sebelum ini sangat teruk dan dengan adanya sumbangan PIBG
telah dapat dibaik pulih sepenuhnya. Beliau memohon supaya ibu bapa tidak
berkira dengan sumbangan PIBG yang telah ditetapkan.

2.8 Isu longkang di belakang kantin yang tersumbat tertangguh bertahun-tahun
telah dapat diatasi. Selain itu, pihak sekolah juga telah berjaya melaksanakan
projek menceriakan tembok luar pagar besar sekolah kerana luaran sekolah
akan mencerminkan imej sekolah dan pentadbiran sekolah itu sendiri. Antara
projek lain yang telah berjaya di laksanakan ialah baik pulih tandas murid,
tempat wuduk dan palang sekolah.

2.9 Masih ada usul yang tidak dapat dilaksanakan antaranya ialah menyediakan
laluan berbumbung dari kantin sekolah ke kem wardieburn untuk
memudahkan laluan murid terutama pada hari hujan memandangkan kekangan
kewangan yang tidak mencukupi. Beliau berharap sekiranya ibu bapa tidak
mampu menyumbangkan dari segi tenaga tetapi mereka boleh menyumbang
dari segi kewangan.

2.10 Beliau juga menyentuh aspek kegigihan guru-guru SK Danau Kota yang
menghantar murid-murid ke pertandingan atau kejohanan luar sekolah tanpa
meminta apa-apa bayaran daripada pihak sekolah. Alhamdulillah sehingga
hari ini telah banyak kejayaan yang telah diraih oleh murid sekolah. Pada
bulan Mac SK Danau Kota menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar
Peringkat Zon Keramat.

2.11 Pihak sekolah telah menetapkan peraturan tidak membenarkan penggunaan
sebarang gajet dan smart watch di kalangan murid-murid sekolah untuk
mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini contohnya
kehilangan barang. Pihak sekolah memikirkan secara keseluruhan bukannya
kepada seorang murid sahaja dalam menetapkan peraturan.

2.12 Selain itu, isu berkaitan pengawal keselamatan di pintu pagar kecil yang mana
pihak sekolah telah menerima empat orang pengawal keselamatan di mana dua
mengawal waktu siang dan dua lagi mengawal pada waktu malam. Beliau
berharap supaya ibu bapa dapat mematuhi waktu operasi buka dan tutup pintu
pagar kecil bagi memastikan keselamatan murid-murid terjaga. Sekiranya ibu

bapa lewat hantar anak ke sekolah mohon menggunakan pintu pagar besar
sekolah.
2.13 Seterusnya, isu berkaitan ibu bapa berada di kawasan sekolah terutama sesi
petang sehingga pihak sekolah telah melantik guru-guru menjaga pintu pagar
sekolah supaya dapat menjaga keselamatan murid-murid. Beliau juga berharap
supaya ibu bapa peka dengan masa pulang sekolah anak-anak jangan sampai
mereka terpaksa menunggu tempoh yang lama terutama sesi petang. Guru
bertugas sesi petang terpaksa menunggu sehingga lewat petang walaupun
hanya seorang murid.
2.14 Beliau juga memaklumkan tentang WhatsApp Group kelas yang diwujudkan
oleh kerelaan guru kelas sendiri dalam menyalurkan sebarang maklumat
tentang sekolah. Di harap ibu bapa dapat mematuhi batas penggunaan
kemudahan sosial tersebut supaya tidak menanyakan soalan yang remeh-
temeh serta menganggu guru-guru sehingga lewat malam.
2.15 Guru Besar memohon supaya ibu bapa dapat mengingatkan anak-anak agar
tidak membeli barangan di luar pintu pagar, van dan bas sekolah. Ini
memandangkan ramai murid yang menghabiskan duit saku yang dibekalkan
oleh ibu bapa dengan membeli barang yang tidak berfaedah. Ibu bapa juga
dinasihatkan supaya sentiasa memantau alat tulis yang dibawa anak-anak ke
sekolah.
2.16 Isu berkaitan kantin juga turut disentuh iaitu tentang pekerja kantin terdiri
daripada warganegara dan makanan serta minuman yang dijual di kantin juga
telah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh kementerian. Ibu bapa
disarankan supaya sentiasa ingatkan anak-anak tentang duit baki terutama
anak-anak kecil tahun satu yang masih belum mahir mengira.
2.17 Beliau juga mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan buku teks yang
dibekalkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid. Banyak kerosakan buku
teks berlaku setiap tahun dan harap ibu bapa membalut buku teks yang
diberikan.
2.18 Seterusnya Guru Besar juga memaklumkan tentang tiada lagi peperiksaan
secara formal untuk tahap satu tetapi digantikan dengan pentaksiran bilik
darjah (PBD) yang mana pentaksiran dijalankan secara topikal sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.19 Kelas tambahan bagi murid tahun enam dan tadarus ria telah mula
dilaksanakan untuk murid islam manakala murid moral menggunakan Vle
Frog pada jam 7.00 sehingga 7.30 pagi. Oleh itu, murid yang datang awal ke
sekolah setiap pagi akan menggunakan masa dengan perkara yang sangat
berfaedah sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.20 Beliau memohon agar ibu bapa tidak cepat menyebarkan sebarang isu atau
aduan murid-murid sekolah melalui media sosial. Ibu bapa boleh datang ke
sekolah untuk berbincang sekiranya ada isu yang berbangkit tentang anak-
anak dan sekolah. Pihak sekolah sentiasa menerima kedatangan ibu bapa ke
sekolah untuk berbincang sebarang masalah agar segala permasalahan dapat
diselesaikan secara baik.

2.21 Sebelum mengakhiri ucapan Guru Besar mengucapakan terima kasih sekali
lagi kepada YDP PIBG dan barisan AJK PIBG atas kerjasama yang diberikan
kepada pihak sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada Encik Azim yang
sudi memasangkan engsel semua pintu kelas ketika cuti sekolah tanpa
meminta sebarang bayaran. Ibu bapa seperti ini diperlukan dalam
membangkitkan kecemerlangan sekolah. Terima kasih juga kepada barisan
pentadbir dan guru-guru SK Danau Kota dalam membantu menjayakan majlis.

3.0 Penyampaian cenderahati UPSR 2018
3.1 Penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang cemerlang UPSR tahun
2018. Seramai 12 orang murid telah hadir dan menerima cenderahati berupa
wang dan sijil daripada pihak sekolah.
3.2 Ucapan tahniah kepada semua murid yang telah berjaya mencapai keputusan
yang cemerlang dalam UPSR 2018.
3.3 Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada YDP PIBG sebagai tanda
penghargaan di atas usaha membantu pihak sekolah dalam mencapai
kecemerlangan.

4.0 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20
4.1 Setiausaha Kehormat PIBG, Puan Siti Nurfashidah binti Md. Dahalan
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 daripada muka
surat 9 hingga 19 tanpa sebarang pindaan untuk disahkan.
4.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 telah dicadangkan pengesahan oleh
Puan Marni Binti Musa dan disokong oleh Encik Mohd Ridzuan Bin Azmi.

5.0 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan
5.1 Puan Siti Nurfashidah binti Md. Dahalan, Setiausaha Kehormat PIBG
membentangkan laporan tahunan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2018.
5.2 Laporan Aktiviti Tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

6.0 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan PIBG
6.1 Puan Siti Noorazah binti Jamil telah membentangkan laporan kewangan dari 1
Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 pada muka surat 22 hingga 26.
6.2 Laporan Kewangan Tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

7.0 Pembentangan dan Penerimaan Usul
7.1 USUL AKADEMIK
7.1.1 Usul pertama daripada Puan Kamisah Bt. Hussin
Mencadangkan supaya menyediakan sudut bacaan kerana pusat
sumber berada di aras paling tinggi.
Guru Besar menyatakan bahawa kedudukan pusat sumber sekolah
tidak boleh dipindahkan kerana telah ditentukan tetapi pihak sekolah
telah menyediakan rak buku bacaan di tepi kantin sekolah untuk
memudahkan murid-murid membaca.

7.1.2 Usul kedua daripada Puan Suhairi Binti Abu Kassim
Mencadangkan agar guru bertanya pada murid sama ada sudah siap
menyalin sebelum papan putih dipadam.
Guru Besar memaklumkan bahawa guru mata pelajaran perlu padam
papan putih sekiranya masa mereka telah tamat bagi memberi ruang
untuk guru yang seterusnya masuk menggunakan papan putih. Oleh itu,

ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya menyalin dengan cepat
atau meminjam buku daripada rakan-rakan yang telah siap.

7.1.3 Usul ketiga daripada Encik Rozki Samah dan Encik Saiful Nazri
Mencadangkan agar jadual perancangan sekolah diedarkan kepada ibu
bapa contohnya tarikh sukan tahunan, perlembagaan PIBG dan lain-
lain.
YDP PIBG menyatakan akan membina QR Code untuk memudahkan
ibu bapa memuat turun perlembagaan PIBG.
Guru Besar juga memaklumkan akan berbincang dengan exco
berkenaan cadangan tersebut.

7.2 USUL KOPERASI SEKOLAH
7.2.1 Usul daripada Encik Ajzi Bin Yussof
Mencadangkan pihak sekolah mengkaji semula barang jualan yang
dijual di kedai buku.
Guru Besar memaklumkan akan sentiasa memantau kedai buku
sekolah supaya tidak menjual barang yang tidak sepatutnya seperti
mainan. Kebiasaaanya jika guru mendapati ada murid yang membeli
mainan meraka akan siasat sama ada mainan tersebut dibeli dari mana
dan akan menyiasat perkara tersebut jika ianya dibeli di kedai buku.

7.3 USUL SUMBANGAN PIBG
7.3.1 Usul daripada Encik Rozki Bin Abu Samah
Mencadangkan memperkasakan usaha menambahkan dana PIBG
seperti mewujudkan aktiviti tambahan contohnya program kelas angkat
kepada badan organisasi korporat atau NGO dan menjual majalah
tahunan sekolah.

YDP PIBG menyatakan beliau bersetuju dan merupakan idea yang
bagus untuk dipanjangkan serta dibincangkan dengan terperinci oleh
pihak sekolah dan PIBG.
Guru Besar juga bersetuju dengan usul yang dicadangkan kerana
kesudian ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah. Berkaitan

majalah sekolah boleh diterbitkan sekiranya mendapat persetujuan
PIBG.
Encik Rozki menawarkan diri secara sukarela untuk membantu pihak
sekolah dalam penerbitan majalah sekolah.

7.3.2 YDP mewakili exco mencadangkan agar sumbangan PIBG sebanyak
RM 100.00 bagi satu keluarga mengikut tahun sebelum ini dikekalkan.
Telah dipersetujui tanpa bantahan.

7.4 USUL KESELAMATAN
7.4.1 Usul pertama daripada exco 2017/2019
Mencadangkan agar pihak sekolah melarang penggunaan sebarang
jenis gajet seperti smart watch, telefon bimbit dan lain-lain ke sekolah.

YDP PIBG menyatakan murid tidak perlu membawanya ke sekolah
kecuali dalam keadaan tertentu sahaja selepas mendapat kebenaran
daripada pihak sekolah.

Guru Besar memaklumkan sebab larangan tersebut dibuat kerana tidak
mahu menimbulkan isu kehilangan barangan tersebut di kawasan
sekolah. Jika didapati ada gajet yang dirampas oleh mana-mana guru,
ibu bapa atau penjaga boleh tuntut pada hujung tahun dengan pihak
sekolah. Sekiranya gajet yang dibawa hilang atas kecuaian murid-
murid itu sendiri pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab.

7.4.2 Usul kedua daripada Encik Mansur Ahmad Nazirdeen
Mencadangkan agar pihak sekolah membuat pemantauan forgging
untuk membasmi nyamuk terutama di bangunan atas.
Guru Besar akan cuba usaha membuat surat kepada pihak DBKL untuk
memohon bantuan forgging di sekolah.

YDP PIBG memaklumkan tentang usaha yang telah dilakukan pada
tahun 2018 iaitu Gotong-royong Perdana melibatkan semua pihak
sekolah, PIBG, kem dan ibu bapa. Tetapi amat mendukacitakan

penglibatan ibu bapa amat sedikit yang hadir sehinggakan banyak
kerja-kerja terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan tenaga kerja.
Beliau berharap agar selepas ini ibu bapa dapat sama-sama membantu
pihak sekolah sekiranya diadakan gotong-royong pada masa akan
datang.

7.4.3 Usul ketiga daripada exco 2017/2019
Mencadangkan agar penggunaan kasut sukan tidak digunakan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Guru Besar menyatakan murid tidak lagi dibenarkan memakai kasut
sukan memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah
membenarkan murid memakai kasut hitam. Ini bagi mengelakkan
daripada berlaku masalah tertukar kasut dan kehilangan kasut.

8.0 Pembubaran AJK PIBG 2017/2019
8.1 Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk membubarkan barisan AJK PIBG
2017/2019. Ahli mesyuarat bersetuju untuk membuat pelantikan baharu.

9.0 Penyampaian Cenderahati AJK PIBG 2017/2019
9.1 Kesemua barisan AJK PIBG 2017/2019 menerima hadiah dan sijil sebagai
penghargaan di atas segala usaha dan kerjasama yang telah dicurahkan
sepanjang memikul amanah yang diberikan.

10.0 Pelantikan Pengerusi Sementara
10.1 Semua ahli mesyuarat bersetuju melantik Puan Nor Azita Binti Abidin
Penolong Kanan Kokurikulum SK Danau Kota sebagai pengerusi sementara
sebelum pelantikan baharu AJK PIBG.

11.0 Pelantikan AJK PIBG 2019/2021
11.1 Pelantikan AJK PIBG baharu dilakukan secara undian dan suara majoriti.
Senarai barisan AJK PIBG baharu adalah seperti berikut :

Yang Dipertua PIBG : Encik Ahmad Radhuan Bin Mohammed

Naib yang Dipertua PIBG : Puan Liyana Binti Abd Samad

Setiausaha Kehormat : Puan Nabilah Binti Yusoff

Naib Setiausaha Kehormat : Encik Khairil Adzfar Bin Ya

Bendahari : Puan Nozei Binti Mohd Nor

AJK IBU BAPA :

1. Puan Junita
2. Encik Rozki Bin Abu Samah
3. Puan Siti Zaiton
4. Puan Marni Binti Musa
5. Puan Nurul Aizat Binti Ariffin
6. Puan Uoova Malar

Wakil PPKI :

1. Encik Mohd Khairuni Bin Mohd Sabri
2. Puan Zuraini Binti Zainuddin

AJK GURU :
1. Puan Suzana Binti Hashim
2. Encik Mohd Sufian Bin Yuob
3. Puan Norul Aizan Binti Mubin
4. Puan Lim Ju Veen
5. Puan Nurul Ain Binti Hassan
6. Encik Mohd Zamzami Bin Idris

JURUAUDIT DALAMAN ;
1. Puan Wan Zarina Binti Wan Long (Guru)
2. Puan Syamimi Binti Najib (Ibu bapa)

12.0 Ucapan Penangguhan
12.1 Pengerusi berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang
sebaik
mungkin. Beliau memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan
sepanjang mempengerusikan mesyuarat ini.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh,

______________________
(Puan Nabilah Binti Yusoff)
Setiausaha Kehormat PIBG 2019/2021,
SK Danau Kota,
Setapak, Kuala Lumpur.

Tarikh : 28 Februari 2019

Pencatat Minit :
Puan Nor Idayu Bt. Muhammad Nor
Puan Musliha
Puan Liza Binti Ramli
Puan Sarinah
Puan Noryanti
Puan Hjh. Siti Harlina
Puan Shakiratul Nai’mah
Puan Hasmawati
Puan Nurul Ain Binti Hassan
Puan Hasmahani Bintu Harun
Puan Siti Norsazlina

LAPORAN
KEWANGAN

2019

`










Click to View FlipBook Version