BIJAK KATA HUBUNG MODUL TAHUN 3
ISI KANDUNGAN 01. Pengenalan 02. Apa itu Kata Hubung? 03. Bahan Bantu Belajar Kata Hubung
PENGENALAN Modul ini dibina bagi mencapai Standard Pembelajaran 5.1.4 berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Tahun 4 iaitu ‘Memahami dan menggunakan kata tugas mengikut konteks ; i) kata hubung . Modul ini dihasilkan secara digital dan mampu mencapai hasrat Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Modul ini juga dihasilkan bagi membantu kefahaman murid secara mendalam dan berterusan tentang kata hubung dan kata sendi nama
APA ITU KATA HUBUNG?
Kata hubung merupakan perkataan yang menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih. APA ITU KATA HUBUNG? Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih ini dikenali sebagai ayat majmuk.
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan oleh kata hubung. KENALI AYAT MAJMUK
CONTOH KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK AYAT MAJMUK KATA HUBUNG AYAT TUNGGAL Hobi Marya ialah membaca dan menulis. dan i. Hobi Marya ialah membaca. ii. Hobi Marya ialah menulis. Budak lelaki yang berbaju merah itu adik saya. yang i. Budak lelaki berbaju merah itu. ii. Budak lelaki itu adik saya.
CONTOH KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK AYAT MAJMUK KATA HUBUNG AYAT TUNGGAL Nek Som memberitahu bahawa di akan menunaikan umrah. bahawa i. Nek Som memberitahu. ii. DIa akan menunaikan umrah. Ayah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. kerana i. Ayah dimasukkan ke hospital. ii. Ayah demam denggi.
CONTOH KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK AYAT MAJMUK KATA HUBUNG AYAT TUNGGAL Kamu suka air kopi atau air teh? atau i. Kamu suka air kopi? ii. Kamu suka air teh? Dato’ Rafael sangat kaya tetapi kedekut. tetapi i. Dato’ Rafael kaya. ii. Dato’ Rafael kedekut.
CONTOH KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK AYAT MAJMUK KATA HUBUNG AYAT TUNGGAL Mei Wong membuka pili air lalu mencuci pakaiannya. lalu i. Mei Wong membuka pili air. ii. Mei Wong mencuci pakaiannya. Hannah membaca surat khabar sambil mendengar radio. sambil i. Hannah membaca surat khabar. ii. Hannah mendengar radio.
BAHAN BANTU BELAJAR KATA HUBUNG MODUL 1
MODUL 1 : KATA HUBUNG Imbas Kod QR ini untuk menjawab 15 soalan latih tubi kata hubung.
MODUL 2 : KATA HUBUNG Imbas Kod QR ini untuk menjawab 15 soalan latih tubi kata hubung.
TERIMA KASIH