TOKOH TOKOH KEMERDEKAAN
DI MALAYSIA
PENGENALAN
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, tidak
ramai wanita berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Pada
ketika itu, pelajar perempuan yang menerima pendidikan
formal terutamanya di sekolah mubaligh Kristian pula
dianggap janggal kerana melanggar tradisi masyarakat
Melayu.Hal ini kerana majoriti anak
gadis hanya menimba ilmu secara tidak formal dirumah.
Peluang mendapat pendidikan di sekolah aliran
Inggeris juga terbatas. Namun perkara ini tidak berlaku
pada Ibu Zain atau nama sebenarnya Hajjah Zainun
Sulaiman.
BIODATA PELAJAR
1 NAMA FARISAH DAMIA BINTI KHAIRUL
2 UMUR 11 TAHUN
3 NO KP/MY KID 100310010158
4 TARIKH LAHIR 10 MAC 2010
5 SEKOLAH SK ABDULLAH , 84400 SUNGAI MATI, TANGKAK,
JOHOR
6 ALAMAT NO 121, JALAN SELESA 8, TAMAN SELESA 2, 84400
SUNGAI MATI TANGKAK , JOHOR
7 NO TELEFON 0134941216
8 NO TELEFON SEKOLAH 06-9752007
9 NAMA GURU PEMBIMBING PN ROSIDAH BINTI MISRAN
10 NO TELEFON 019-4541216
11 NAMA BAPA KHAIRUL BIN MUSA
12 PEKERJAAN GURU
BIODATA ZAINON MUNSHI SULAIMAN
(IBU ZAIN)
• NAMA PENUH:
• Zainon binti Munshi Sulaiman.
• TARIKH LAHIR:
• 22 Januari 1903 di Nyalas, Melaka.
• Tokoh negarawan ini meninggal dunia pada 2
April 1989 di Johor Bahru kerana sakit barah
dalam perut dan disemadikan di Makam
Mahmoodiah, Johor Bahru.
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
• Ibu Zain memainkan peranan aktif dalam
persatuan.
• Berwibawa memimpin sehingga dilantik sebagai
Presiden pertama Persatuan Guru-Guru Sekolah
Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor
• Memiliki semangat juang yang tinggi. Beliau
merupakan salah seorang perintis UMNO dan
Ketua Kaum Ibu, UMNO (sekarang Ketua Wanita
UMNO).
• Bergiat aktif dalam bidang politik sehingga dilantik
sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
mewakili parti UMNO pada tahun 1948.
KELEBIHAN TOKOH
• Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu
memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh
dengan tentera Jepun.
• Membantu memulihkan semangat mereka yang dianiaya oleh
askar Jepun serta mampu menguasai bahasa Jepun dalam
tempoh sebulan sahaja.
• Beliau berjaya menyatukan kaum ibu.
• Di zaman konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini
mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan meredah hutan
seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung
yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada menular
di kalangan masyarakat.
• Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan
bahasa Melayu.
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
• Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan
beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara.
• Antaranya:
• Pingat Ibrahim Sultan (1947),
• Johan Mangku Negara (1958),
• Pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar
• Pingat Tun Fatimah (1974),
• Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera
Universiti Malaya,
• Ijazah Kehormat Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975),
• Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979)
dan MPSI memberi anugerah Suluh Budiman (1980).
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
Beliau juga turut memainkan peranan yang aktif dalam
persatuan. Merupakan di antara individu yang bertanggungjawab
bagi menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan
Sekolah Agama Negeri Johor. Telah dilantik sebagai presiden
pertama persatuan tersebut.
Menubuh dan menyandang jawatan Yang Dipertua
Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama 19 tahun sejak
tahun 1930. Beliau lebih suka bercakap soal Pendidikan lantaran
itu pada tahun 1959, dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan
Pontian Selatan.
Pada tahun yang sama 10 Mac 1963 beliau dilantik sebagai
Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam.
PENUTUP
• Ibu Zain bukan sahaja pendidik sejati tetapi juga patriot yang tidak
pernah patah semangat dalam memperjuangkan hak pribumi
negara ini. Beliau sentiasa memperlihatkan kegigihannya dalam
usaha memajukan bangsa Melayu. Perjuangan tanpa jemu Ibu
Zain adalah untuk melihat anak bangsanya bukan sahaja bebas
dari taklukan penjajah tetapi belenggu pemikiran yang menyekat
kemajuan. Niat murninya ini ditonjolkan dalam setiap detik
perjuangannya. Perjuangannya dalam memastikan anak
bangsanya tidak tercicir dalam mendapat ilmu pengetahuan.
Pelopor politik wanita juga telah meninggalkan semangat
perjuangan tinggi dalam memartabatkan nasib wanita kepada
generasi wanita Malaysia.