5151 76%
5253 USUL/CADANGAN MESYUARAT USUL 1 Nama pencadang : Zanora Binti Zainon 1. Beliau maklumkan murid-murid sukar untuk menyangkut seluar di dalam tandas kerana tiada penyangkut disediakan. Beliau mencadangkan penyangkut tandas diletakkan di setiap pintu-pintu tandas. 2. Tambah beliau lagi, anak mengadu terdapat flush yang tidak berfungsi. Malahan tandas juga berada dalam keadaan kotor. Beliau mencadangkan sekolah meletakkan kelas angkat bagi setiap tandas. Contoh 1 tandas ada 3 kelas sebagai kelas angkat untuk memastikan kebersihan dan keceriaan tandas tersebut. Ini juga boleh memupuk sihat tanggungjawab kebersihan tandas di kalangan murid. Maklum balas no.1: 1. Menurut pentadbir sekolah, penyangkut-penyangkut dinding ada dipasang di tandastandas IBS oleh cikgu Ariff sebelum ini. YDP berpendapat, mungkin ada aduan daripada anak-anak kerana terdapat penyangkut-penyangkut yang sudah tercabut. 2. Pentadbiran sekolah bersetuju sekiranya penyangkut-penyangkut tersebut banyak yang sudah tercabut, akan ditambah dan dipasang dengan yang baharu. Maklum balas no.2: 1. GB menyatakan untuk sebarang isu kerosakan aset sekolah, aduan boleh dibuat kepada cikgu Ariff. 2. Pentadbiran sekolah berkata penglibatan sarana ibu bapa untuk cadangan tandas angkat ini juga amat sesuai. 3. YDP berkata dalam satu program di SMK, dalam link kehadiran tersebut ada disertakan bersama link pilihan biro sarana. Cara ini mewajibkan semua yang hadir pada program untuk terus memilih biro sarana sekolah ketika kehadiran diisi. 4. Walaubagaimanapun GB berkata, komitmen untuk Biro Sarana mungkin sedikit sukar kerana sebelum PKP, pihak sekolah pernah adakan juga program Sarana sebegini di bawah kendalian Cikgu Aziz. Beliau berpendapat program tandas angkat ini mungkin boleh diimplimentasikan kepada murid-murid mengikut Badan Beruniform. Misalnya, tandas tingkat 1 di bawah PPIM, tandas tingkat 2 di bawah Persatuan Pengakap dan seterusnya. 5. Cikgu Rashidi juga berkata, tahun ini ada ditubuhkan satu pertubuhan baharu iaitu pengawas 3K untuk tugas-tugas khas kebersihan dan sebagainya. 52
53 USUL 2 Nama pencadang: Norhasliza Binti Hassan 1. Beliau meminta pertimbangan pihak sekolah/PIBG untuk memastikan adanya guard/security untuk memantau dan mengawal kenderaan di laluan hadapan sekolah semasa menghantar anak-anak pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Ada segelintir ibu bapa drop anak terlalu lama dan menghalang laluan seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas. Maklum balas: 1. Menurut GB, pihak sekolah pernah cuba berbincang dengan Supervisor Pengawal Keselamatan, walaubagaimanapun, pihak mereka bertegas bahawa tugas pengawal keselamatan mereka hanya terhad dalam ruangan pagar sekolah sahaja dan tidak melibatkan kawalan keselamatan di ruangan luar sekolah. Dan sekiranya mereka membantu di luar skop tersebut, itu dikira atas ehsan sendiri dan bukan di bawah tanggungjawab syarikat jika berlaku apa-apa. 2. GB menambah lagi, bilangan terkini pengawal keselamatan sekolah juga hanya tinggal 6 orang (3 shift pagi dan 3 shift malam). Mereka ini juga berkawal untuk kedua-dua sekolah SK dan SMK. Untuk kawalan shift pagi, seorang akan menjaga di laluan zebra crossing, seorang di pintu pagar IBS dan seorang lagi berkawal di pondok keselamatan. 3. YDP menegaskan ini merupakan salah satu isu yang seperti tiada kesudahan dan kerap kali dibincangkan dalam banyak perjumpaan. Kos mengupah pegawai RELA juga agak besar iaitu sebanyak RM50 dikenakan untuk seorang pegawai sehari. Untuk mengupah pula pastinya lebih dari satu orang. Malahan, daripada maklumat sebelum ini, didapati skop tugas RELA tiada untuk kawalan di sekolah. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa ianya di bawah insurans pegawai itu sendiri. 4. Beliau berkata hasil perjumpaan bersama Permuafakatan yang lepas, pengerusinya menyatakan bus stop tersebut masih dalam kawasan sekolah manakala kawasan utama jalan barulah di bawah pihak Perbadanan. YDP mencadangkan sekiranya pihak jabatan dapat selarikan semula kawasan yang berada di dalam dan luar sekolah. 5. Menurut pihak sekolah, pekerja pembersihan SMK menggutip sampah sehingga di kawasan bus stop luar, tapi tidak pekerja pembersihan SK kerana bukan di bawah skop tugas mereka. Justeru, pengurusan sekolah menyatakan isu ini mungkin ada penyelesaian jika pihak JPWPP dapat duduk bersama dengan PPj, pihak pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan untuk menjelaskan isu ini dan dapatkan hitam putih. USUL 3 Nama pencadang: Norhafizah Binti Ab Karim 1. Beliau memohon pihak kantin SKPP18(1) utk berkongsi maklumat harga makanan dan minuman dengan semua ibu bapa melalui group WhatsApp kelas masing-masing bagi memudahkan ibu bapa membekalkan duit belanja kepada anak-anak secukupnya dan sesuai dengan harga yang dipaparkan. Ini juga bertujuan menguruskan kawalan bajet dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang. Beliau turut maklum akan kenaikan harga bahan mentah dan turut menyebabkan harga makan minum di kantin terkesan. 2. Beliau turut mengusulkan cadangan kepada pihak kantin, sekiranya berlaku perubahan harga makanan dan minuman yang dijual, sila maklumkan kepada ibu bapa/penjaga. Beliau turut mengesyorkan pihak kantin untuk menyediakan saiz makanan yang bersesuaian dengan keperluan murid.
54 USUL 3 Maklum balas no.1: 1. Pentadbir sekolah menegaskan bahawa kontrak sekolah bersama pengurusan kantin adalah 2+1 tahun. Ketetapan harga makanan yang dikenakan oleh pihak kantin adalah mengikut perjanjian asal dan tidak berubah. Harga makanan di kantin ada dikongsikan di dalam group telegram sebelum ini. Ibu bapa boleh merujuk Telegram tersebut untuk dapatkan info berkenaan. Maklum balas no.2: 1. YDP berpendapat saiz makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekarang tidak menjadi masalah. Malahan harga yang dikenakan juga masih lagi berpatutan berbanding harga yang dikenakan di sesetengah kantin sekolah yang lain. 2. Cikgu Amalina menjelaskan kemungkinan ianya berkaitan dengan selera makan murid-murid itu sendiri. Ada yang lebih berselera, jadinya perlukan kuantiti yang lebih banyak. 3. YDP juga berpandangan ada murid yang memilih makan menyebabkan murid berkenaan kurang berselera untuk sesetengah makanan. 4. Pentadbiran sekolah turut menyatakan keterbukaan pihak sekolah untuk mengalu-alukan kedatangan ibu bapa yang ingin mendapatkan sendiri penjelasan lebih berkaitan isu kontrak kantin ini untuk hadir dan bertemu dengan pihak pentadbir. USUL 4 Nama pencadang: Mat Riduan Bin Ahmad Fuad 1. Beliau meminta pertimbangan pihak sekolah untuk memberikan kelonggaran masa hadir muridmurid ke sekolah pada waktu pagi. Ini kerana kebanyakkan mereka tersekat dalam kesesakkan lalu lintas semasa hadir ke sekolah. Beliau turut memohon agar tiada hukuman dikenakan kepada murid kerana menurut beliau murid sudah sehabis baik untuk datang awal ke sekolah tetapi disebabkan kesesakkan jalan raya menyebabkan murid lambat sampai ke sekolah. Maklum balas: 1. Menurut pihak sekolah, sekiranya kelonggaran masa diberikan, pasti akan ada lagi isu ini. Masa di sekolah akan terus ‘drag’ apabila masa hadir diganjakkan. 2. Pengurusan sekolah menyatakan hukuman yang diberikan oleh pihak sekolah juga tidaklah terlalu berat. Untuk pertama kali, pihak sekolah akan ambil nama dan berikan teguran. Jika berulang, surat amaran akan dikeluarkan sehingga kali ketiga akan dikenakan amaran dengan tujuan untuk mendisiplinkan murid-murid. 3. YDP berpendapat, tiada masalah jika murid-murid datang sekolah awal dan itu yang sebaiknya kerana laman nilam dan laman nurani telah pun dibuka untuk murid yang hadir awal. 4. Masing-masing bersetuju bahawa pengurusan masa amat perlu ditekankan untuk mengatasi isu murid terlewat hadir ke sekolah.
55 USUL 5 Nama pencadang: Abdullah Bin Yon 1. Beliau mengusulkan beberapa cadangan iaitu: a) Tetapkan kod dan tona warna untuk semua pintu kelas bagi penyeragaman warna. b) Tetapkan kod dan tona warna untuk semua dinding dalam kelas bagi penyeragaman warna c) Menggunakan dana PIBG yang terkumpul bagi: membeli kipas setiap kelas (sekurang-kurangnya 2 biji setiap kelas) kerja-kerja servis aircond dalam makmal membeli rak buku bagi setiap kelas Maklum balas a & b: 1. Menurut pentadbir sekolah, untuk penetapan kod warna bagi pintu dan dinding sekolah bergantung kepada keupayaan bajet dari dana PIBG. Tambahan lagi, jumlah kelas di sekolah ini agak banyak dalam bilangan 77 buah kelas. 2. YDP menyatakan anggaran bajet untuk projek ini akan memakan kos yang tinggi. Beliau berkata setakat ini belum ada keperluan untuk itu. Maklum balas c: 1. Pentadbir sekolah berkata untuk masukkan rak buku dalam kelas adalah bergantung kepada kondisi kelas. Cikgu Amalina berkata saiz kelas ada sedikit berbeza. Kelas di IBS lebih kecil berbanding kelas di Blok Akademik. Jadi, untuk masukkan rak buku di situ agak kurang sesuai kecuali di bahagian luar. 2. Bagi servis aircond, pentadbiran sekolah menyatakan PIBG memang banyak membantu untuk bahagian ini. 3. Bagi pertambahan kipas pula, pentadbiran sekolah bersetuju dengan cadangan tersebut. GB berkata kelas di IBS sudah ada enam kipas, mungkin pertambahan untuk standing fan. Cuma untuk penggunaan standing fan, beliau risaukan risiko keselamatan murid terutamanya di kelas Tahun 1. 4. Walau bagaimanapun, masing-masing menyatakan usul ini mungkin boleh dipertimbangkan oleh pengurusan PIBG pada penggal baharu nanti. USUL 6 Nama pencadang: Ruzana Binti Che Soh 1. Beliau mencadangkan pihak sekolah untuk mengadakan program susu sekolah. 2. Serta memberikan sarapan percuma kepada semua murid. 3. Selain itu, beliau mencadangkan adakan pengawal lalu lintas semasa pelajar balik sekolah (di garisan zebra depan sekolah) 4. Perlu ketatkan sistem kawalan keselamatan kerana didapati pengawal keselamatan tidak memantau keluar masuk orang luar dengan baik dan didapati bermain telefon bimbit. Pengawal perlu menjaga di setiap pintu keluar masuk sekolah dan bukannya hanya berada dalam pondok pengawal. Perlu ada rondaan pada setiap masa. Maklum balas no.1 & no.2: 1. GB menyatakan program susu sekolah dan sarapan percuma memang dilaksanakan di sekolah. Program ini diberikan kepada murid-murid yang terlibat sahaja mengikut pendapatan per kapita ibu bapa. Ianya juga diberikan khusus untuk murid-murid RMT dan PPKI. Tambah beliau lagi, penyediaan sarapan percuma kepada semua murid adalah berkaitan dengan bajet.
56 USUL 7 Nama pencadang: Nasitah 1. Beliau meminta pihak sekolah membenarkan semula ibu bapa masuk ke kawasan sekolah untuk makan tengahari bersama anak-anak di kantin bagi memastikan anak-anak makan dengan teratur. Maklum balas: 1. Pentadbir sekolah telah memperhalusi cadangan ini. Walaubagaiamanapun, masing-masing tidak mahu kantin sekolah semakin sesak dengan kehadiran ibu bapa secara beramai-ramai. Ini kerana keadaan asal kantin sekarang jugak agak sempit dengan pertambahan murid. Justeru, pentadbir sekolah bersepakat hanya mereka tertentu yang mendapat kebenaran sekolah sahaja boleh berbuat sedemikian seperti ibu bapa murid PPKI. USUL 8 Nama pencadang: Nur Jehan binti Othman 1. Meletakkan bollard yang tidak boleh alih (diskru) di sebelah tepi bonggol lampu isyarat muridmurid melintas (kedua-dua arah) kerana kenderaan yang parkir di atas bonggol itu menghalang pandangan pemandu dan murid-murid yang melintas 2. Isu kontrak kantin masih orang yang sama dan masalah yang berulang (makanan tidak cukup, makanan tawar, dsb). Beliau berharap agar adanya pertukaran untuk kontrak kantin baru 3. Beri kebenaran ibu bapa masuk sekolah sebentar pada waktu rehat untuk melihat dan menilai sendiri keadaan kantin kerana selama ini kami hanya mendengar luahan dari anak-anak sahaja (sebelah pihak) USUL 6 2. YDP menambah, sarapan percuma pernah dibuat oleh PIBG sebelum ini untuk muridmurid asnaf. Namun, ianya agak kurang berhasil kerana kurang tenaga kerja yang dapat membantu uruskan murid-murid ini pada waktu tersebut baik dalam kalangan AJK ibu bapa mahu pun guru sendiri kerana masing-masing dengan komitmen sendiri. Usaha ini mungkin akan berhasil sekiranya ada sukarelawan sepenuh masa yang dapat komited membantu uruskan projek tersebut supaya makanan tidak terbiar bersepah-sepah. Maklum balas no.3: 1. Rujuk maklum balas usul 2 Maklum balas no.4: 1. Menurut YDP, sepanjang pemerhatian beliau, pengawal pengawal sekarang ada melakukan rondaan dan tidak hanya berada di dalam pondok ketika waktu bertugas. Sekiranya mereka berada dalam pondok pun, hanyalah ketika waktu rehat, solat dan makan mereka. 2. YDP berkata sekiranya yang dimaksudkan itu ialah pengawal yang bertugas di bangunan IBS, pengawal tersebut memang ada berjaga di situ tapi sedikit tersorok kerana beliau berada di bawah tangga. Mungkin tidak terlihat sebelum ini kerana masih gelap pada awal pagi, namun jam 7.00 pagi sekarang agak cerah dan boleh nampak beliau di situ.
57 USUL 9 Nama pencadang: Nurul Ain Binti Jaafar 1. Beliau mengusulkan penambahan papan tanda seperti AWAS, KURANGKAN LAJU, PANDU PERLAHAN, KAWASAN SEKOLAH atau MURID SEKOLAH MELINTAS mengikut kesesuaian yang perlu diletakkan di laluan depan dan belakang sekolah untuk peringatan bersama kepada pemandu kenderaan. Maklum balas: 1. Pentadbir sekolah menyatakan papan-papan tanda itu sudah sedia ada di laluan hadapan sekolah di bawah seliaan pihak Perbadanan. Walaubagaimanapun, jika ingin tambah, perlu hantar permohonan kepada Perbadanan untuk dapatkan papan tanda yang mengikut spec piawaian mereka. USUL 10 Nama pencadang: Nor Munirah Binti Sidik 1. Beliau memberi usul agar aktiviti seni yang menggunakan water colour bagi pelajar tahap 1 terutamanya darjah 1 dikurangkan bagi mengelakkan pakaian/peralatan/meja kelas comot kerana pelajar tahun 1 masih belum mahir untuk menguruskan penggunaan water colour. 2. Cadangan beliau adalah galakkan penggunaan warna jenis kering seperti pensel warna biasa/crayon/magic. Maklum balas: 1. Menurut Cikgu Zuriatina (KP PSV), semua aktiviti seni yang dirancang di dalam kelas adalah berdasarkan DSKP yang telah ditetapkan oleh KPM. Di dalamnya mengandungi tajuk/teknik yang memerlukan penggunaan cat air. USUL 8 Maklum balas no.1: 1. Menurut YDP, eloklah juga jika ada ‘bollard’ di sebahagian tempat. Namun, kawasan tersebut adalah di bawah seliaan pihak Perbadanan. Sekiranya ingin diteruskan cadangan ini, pihak PIBG bolehlah menghantar surat permohonan kepada Perbadanan. Maklum balas no.2: 1. Menurut GB, kontrak sekolah bersama pihak Arham Catering adalah sehingga November 2024. 2. Rujuk maklum balas usul 3 (no.2) Maklum balas no.3: 1. Pentadbiran sekolah tiada masalah sekiranya ada pihak yang ingin melihat sendiri keadaan di kantin dengan syarat masuk dan dapatkan dahulu kebenaran daripada pihak sekolah. Rekod data pelawat hedaklah disimpan oleh pihak sekolah atas risiko keselamatan.
58 USUL 11 Nama pencadang: Zarina Binti Sarijan 1. Beliau mengusulkan cadangan untuk wujudkan buku memo setiap pelajar terutama untuk murid di Tahap 1. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kebergantungan pada sistem Whatsapp dan Telegram. Dalam masa yang sama dapat menggalakkan pelajar untuk tulis pesanan guru atau maklumat bahan yg perlu di bawa dalam note book peribadi berserta tarikh. Cara ini juga memudahkan ibu bapa untuk menyemak tugasan/pesanan guru berbanding memantau maklumat dalam Whatsapp atau Telegram yang telah bercampur dengan perbualan lain. Maklum balas: 1. Pentadbir sekolah menyatakan jika fungsinya seperti Communication Book, ianya agak bagus kerana di dalamnya mengandungi nombor penjaga selain tempat murid mencatat nota/pesanan di sekolah. 2. YDP berkata ada murid yang menulis pesanan guru dalam buku nota, namun tetap memilih untuk minta ibu bapa semak semula info di Whatsapp untuk kepastian kerana risau tersalah tulis. 3. Cikgu Amalina pula berkata buku nota sebegini memang elok untuk dibuat di dalam kelas, namun bagi murid tahun 1 pula, sesetengahnya masih terkial-kial untuk menulis. Disebabkan itu, guru tetap akan Whatsapp di dalam group kelas untuk sampaikan pesanan kerana murid tidak sempat salin dan guru perlu bergegas ke kelas lain pula. 4. Pentadbir sekolah berkata usul ini bagus namun untuk diimplementasikan ianya agak sukar kerana cara murid menulis. 5. Tambah YDP lagi, sekiranya ada guru yang ingin laksanakan di dalam kelas, bolehlah cuba untuk satu subjek dahulu dan perhatikan sama ada murid boleh ikut atau tidak. USUL 10 2. Disebabkan itulah, guru akan selalu berpesan kepada murid-murid untuk membawa baju lama / apron, alas meja untuk mengelakkan baju kotor atau meja kotor. Tambah beliau lagi, sebagai KP PSV, beliau akan sentiasa ingatkan guru-guru PSV supaya sentiasa berpesan kepada murid-murid untuk bawa baju lama dan alas setiap kali aktiviti yang melibatkan cat air. 3. Beliau juga akan berbincang bersama guru-guru PSV yang lain sekiranya ada alternatif untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan cat air tanpa mencomotkan tetapi objektif PdPc tetap tercapai. 4. Beliau begitu berharap agar ibu bapa turut memberi kerjasama jika guru memberi pesanan alatan PSV seperti apron/ baju lama/ alas meja yang perlu dibawa ke kelas. USUL 12 Nama pencadang: Zaharin@Jai 1. Beliau mengusulkan soalan khusus untuk kelab catur sekolah kerana menurut beliau kelas catur sekolah tidak lagi menerima pelajar-pelajar yg masih berminat utk menyertai kelas catur ini dgn alasan 'TELAH PENUH'. Beliau mengatakan bahawa situasi ini agak mengecewakan banyak pihak tanpa tindakkan penyelesaian yg serius. 2. Beliau meminta agar kelas catur ini dibuka semula atau dibuka lagi kelas catur yg baharu kepada murid-murid yg berminat utk menyertainya. Beliau meminta agar peluang kesemerataan diberikan kpd murid-murid yg masih berminat jika alasan 'TELAH PENUH' digunakan tanpa ada penyelesaian efektif.
59 USUL 14 Nama pencadang: Hafiz bin Hussain 1. Beliau bertanyakan kewajaran pihak Kafa SKPP 18 (1) untuk menetapkan setiap anak dalam sebuah keluarga membayar yuran untuk keceriaan. Maklum balas: 1. Menurut Ustazah Noraini (Bonda Kafa), kelas-kelas kafa ini berkongsi tempat dengan kelas pagi. Tambah beliau, kos keceriaan sekolah ini termasuklah untuk bayaran pekerja pembersihan, keceriaan kelas dan untuk kebajikan murid (contoh kemalangan/kematian, sakit atau musibah yg menimpa murid), pihak kafa akan berikan sumbangan kepada murid melalui sekolah. 2. Cumanya utk sesi ini pihak Kafa sudah membeli kipas, tapi masih belum sesuai digunakan lagi kerana banyak plug yang tidak berfungsi. InsyaAllah selesai urusan baiki plug, kipas akan diletakkan di setiap kelas Kafa. Menurut beliau, jangkaan bulan Jun (selepas cuti sekolah) kipas-kipas akan dihantar. USUL 12 Maklum balas: 1. Menurut Cikgu Mawaddah (Penasihat Kelas Catur Elit), kelas ini menggunakan khidmat jurulatih luar yang berbayar. Masa yang diberikan oleh jurulatih tersebut kepada sekolah hanyalah hari Rabu dan Jumaat. Kelas dihadkan kepada 35 orang atas sebab kekangan tempat duduk dan meja yang disediakan dalam kelas tersebut. Selain itu, bilangan murid yang terlalu ramai akan mengehadkan tumpuan jurulatih terutamanya apabila one-toone coaching. USUL 13 Nama pencadang: Nor Sarida 1. Beliau mengusulkan cadangan pengecualian bayaran PIBG untuk anak-anak yatim. Maklum balas: 1. Menurut YDP, pada asalnya yuran ini bukanlah satu kewajipan kerana ianya merupakan suatu bentuk sumbangan kepada pihak PIBG. USUL 15 Nama pencadang: Norhidayati Binti Mamad 1. Beliau mencadangkan guru-guru untuk memaklumkan sebarang tugasan atau nota-nota yang perlu disiapkan bagi subjek masing-masing di dalam group Whatsapp kelas. Perkara ini dapat membantu ibu bapa memantau dan mengambil tahu pelajaran anak-anak agar tidak tercicir terutamanya bagi anak-anak di Tahap satu. Setakat ini memang ada sebilangan guru yang mengamalkan langkah ini tetapi bukan semua guru subjek berbuat demikian.
60 USUL 15 Maklum balas: 1. Cikgu Amalina berkata, cadangan ini sesuai untuk murid di Tahap 1 memandangkan mereka lebih memerlukan bantuan dan bimbingan. Namun, untuk murid Tahap 2 adalah lebih baik mereka dilatih untuk berdikari dengan mengambil maklum hal sekolah mereka sendiri. 2. YDP turut bersetuju dengan menyatakan jika guru banyak membantu menerusi Whatsapp, khuatir murid-murid akan terlalu bergantung dengan info di situ dan kurang fokus dengan arahan di dalam kelas. USUL 16 Nama pencadang: Nor Farazilah Binti Puteh 1. Mengadakan tuisyen berbayar bagi murid-murid terutamanya untuk Tahun 6 bagi subjek BM, BI, Sains & Math. Maklum balas: 1. Pihak sekolah tiada halangan untuk mana-mana guru yang ingin mengadakan tuisyen di dalam kawasan sekolah di luar waktu PdPc walaupun secara berbayar. Walaubagaimanapun, guru-guru yang terlibat hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir. 60
61 CARTA ORGANISASI YANG DIPERTUA JURU AUDIT SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA AJK IBU BAPA NAIB YANG DIPERTUA BENDAHARI NAIB BENDAHARI AJK GURU PENASIHAT 61
62 PELANTIKAN BIRO PIBG SESI 2022/2023 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG kali pertama telah diadakan pada 16 Jun 2021. Tujuh biro telah ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan. Penasihat : Che Rozi bin Hassan Yang Dipertua : Wan Norzaihan binti Wan Mahmood Naib Yang Dipertua : Dato’ Johary bin Anuar Setiausaha : Nurasyiqin bin Mohd Asri Naib Setiausaha : Nur Sabrina binti Mat Hussin Bendahari : Farah Wahida binti Mohd Zain Naib Bendahari : Tun Irdawati binti Baharum Biro Tajaan dan Kewangan : Wan Norzaihan binti Wan Mahmood Khatijah binti Hussein Farah Wahida binti Mohd Zain Biro Kokurikulum dan Kurikulum: Fairus Dora binti Abdul Malek Nurul Nazirah binti Zulkarna’in Tun Irdawati binti Baharum Biro Kebajikan dan Kerohanian : Nur Sabrina binti Mat Hussin Biro Keselamatan : Fahmi bin Salleh Nor Amalina binti Mohd Shukor 62
63 Biro Kebersihan, Kesihatan dan Keceriaan (3K) : Kamarulsani bin Kamaruddin Ahmad Razis bin Abd Rahim Mohd Rashidi Bin Abd Rahim Biro Kemudahan Sekolah, Kantin dan Kedai Buku : Haifizul bin Zainal Dato’ Johary bin Anuar Mohd Syazwan bin Muhamed Biro Perhubungan dan Komunikasi : Sharifah Faridah binti Wan Sait Mohd Mazran bin Dato’ Mohd Mazlan Nurasyiqin binti Mhd Asri Penyelaras KAFA : Noraini binti Awang 63
64 AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 SESI 2021/2022 Pengerusi : Che Rozi bin Hassan (Guru Besar) Naib Pengerusi : Muhammad Irwan Fahmi bin Shaari (PK Pentadbiran) : Mazura binti Mohd (PK HEM) : Mohd Shahnezam bin Ali Hassan (PK Kokurikulum) : Ahmad Bustamam bin Mohd Ali (PK PPKI) Setiausaha : Nurasyiqin Binti Mhd Asri Naib Setiausaha : Nur Sabrina Binti Mat Hussin Bendahari : Farah Wahida Binti Mohd Zain Naib Bendahari : Tun Irdawati Binti Baharum SENARAI AJK TUGAS S/U & Naib Setiausaha 1. Nurasyiqin binti Mhd Asri • Membuat surat rasmi/ jemputan kepada ibu bapa • Kumpul usul yang telah dibuat oleh ibu bapa. • Menyediakan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/2023 • Menyediakan slide Bendahari Farah Wahida binti Mohd Zain • Menyediakan laporan kewangan lengkap. Buku program 1. Nur Sabrina binti Mat Hussin 2. Ma Jia Yee • Menyediakan buku program • Mengedarkan 10 keping buku program fizikal • Edarkan buku program digital pada hari kejadian • Urus paparan slide / buku program pada hari kejadian Kehadiran 1. Fatimahtul Zaharah binti Haron (K) 2. Noorasmaliza binti Badrudin 3. Siti Noorhidayani binti Mohd Salamun 4. Nurul Syahida Binti Baharum • Sediakan dua QR kehadiran untuk guru & ibu bapa (maklumat yang perlu ada : nama, no tel, alamat, nama & kelas anak) • Blastkan link kehadiran guru & ibu bapa pada hari kejadian • Beri softcopy list kehadiran tetamu kepada AJK Cabutan Bertuah untuk Wheels of Names Bacaan doa Ahmad Razis bin Abd Rahim • Memimpin bacaan doa 64
65 Juruacara 1. Muhammad Shahrol bin Harun (K) 2. Nur Halinna binti Abdul Rahmah • Mendapatkan maklumat program • Mengacarakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Poster dan Banner Mohd Kamal Marzuki bin Saat • Sediakan poster hebahan digital • Sediakan 3 banner Siaraya 1. Mohd Abdul Hakim bin Ibrahim (K) 2. Amir ‘Izzudin bin Abdul Shafri • Sediakan PA system dan LCD • Uruskan siaraya pada hari kejadian Cabutan Bertuah 1. Nur Aimi binti Abdullah(K) 2. Shamimi binti Zaini Fadzil 3. Nur Mawaddah binti Mohd Rusdan 4. Noor Aniza binti Zamanhuri 5. Shahziani binti Mohamad Sidek 6. Jamunarani A/P Marimuthu 7. Mohd Faizul bin Kamarudin 8. Mohd Ariff bin Latif 9. Muhammad Hariz bin Ahmad Hanit 10. Rubiyatun Adawiyah binti Sa’ari • Uruskan hadiah cabutan bertuah (balutan, bilangan, tempat simpan etc) Cenderahati 1. Farhana Alia (K) 2. Siti Nuramirah 3. Noor Fazurah 4. Marliya Binti Mohd Saim 5. Noor Sakinah Binti Che Wang • Kenal pasti jumlah VIP & AJK PIBG • Standby dulang • Sampaikan sijil/cenderamata kepada VIP dan AJK PIBG 65
66 Sijil Penghargaan 1. Noorul Shahminazatul Fariesha (K) 2. Nurlisa Diyana • Sediakan sijil penghargaan Backdrop dan Hiasan Pentas 1. Nor Amalina Mohd Syukor (K) 2. Nurul Afifah binti Mohd Sofe 3. Mohd Firdaus bin Omar 4. Muhammad Zakwan 5. Mohd Syazwan bin Muhamed 6. Mohamad Rashidi bin Abd Rahim 7. Muhamad Safwan bin Mamat 8. Amira binti Abdullah 9. Nurul Hazwani binti Idrus 10. Nurul Amirah binti M. Loai 11. Mahfuzah • Gantung banner (pagar utama, pagar IBS & backdrop) • Hiasan pentas (jika perlu) Persiapan tempat 1. Mohd Hazri bin Abduln Latib(K) 2. Mohamad Hazwan Adip bin Nadzri 3. Mohamad Azriq bin Mohd Yunus 4. Mazrie bin Mohammad 5. Azliza bin Mat Saat 6. Amir Zainuddin bin A. Razak 7. Abdul Karim bin Che Dollah 8. Mohd Amaluddin 9. Wan Mohd Firdaus 10. Sodah binti Saad 11. Cik Gayah binti Abdullah 12. Nur Syahida Farhana 13. Nor Hamizah binti Mat Nor 14. Fatin Hafizah binti Asri 15. Nur Hafizah binti Ali 16. Farrah Raihana binti Ramli 17. Suhana binti Shaari 18. Nor Fadzlinda binti Abdul Rahman 19. Noor Marlia binti Jamaluddin • Sediakan tempat duduk VIP • Sediakan ruang pencatat minit / tempat letak cenderamata dan cabutan bertuah etc • Uruskan kerusi tetamu 66
67 Pencatat Minit (Ucapan YDP Semasa Perasmian) 1. Siti Farah binti Marzuki (K) 2. Khadijah binti Mohammed 3. Jelitah binti Jaim 4. Fadzlina binti Yaasim 5. Rosnazila binti Mohd Nawi (Agenda semasa AGM berlangsung) 1. Nazirah (K) 2. Priscilla 3. Suziana 4. Zuraifah 5. Nor Nazifah 6. Nur Farah Atikah (Usul & Jawapan Usul) 1. Masniza (K) 2. Nur Aziidah 3. Fazli 4. Wahida uri 5. Bibi Zurai 6. Syarifah Normaisarah 7. Haslinda 8. Siti A’daalah 9. Nurul Syuhadah • Mencatat minit sepanjang mesyuarat berlangsung secara bertaip/tulisan tgn • Kumpulkan draft dan serahkan draf minit mesyuarat yang bertaip kepada SU baharu Undi 1. Khairul (K) 2. Aizat 3. Ahmad Faris 4. Mohd Mustafa Kamal 5. Nurliyana 6. Siti Khalijah 7. Wan Nor Anis Farahim Keperluan : 1. Pencatat undi 2. Pengira undi 3. AJK Maklumat calon • 11 calon dicadangkan (keputusan mengikut jumlah hierarki undian - hanya 9 dipilih) 67
68 8. Widayu 9. Rose Hajar 10. Zuriatina 11. Ismawati 12. Shuhaila 13. Amalina Syakirah Binti Mat Zin 14. Norhazulie • Dapatkan nama penuh dan nama anak / kelas anak calon • Sediakan seorang ajk pencatit (taip dalam words) • Kira dan catit bilangan undi • Taip jawatankuasa baharu yang lengkap (dalam words) dan serahkan kepada ajk slide untuk ditayangkan Makan Makanan Tetamu 1. Hasmira Diana (K) 2. Rafidah Mustapa 3. Masyitah 4. Yusmarina 5. Zahidah 6. Haslinani 7. Siti Nur Ain 8. Sri Andayu Makan VIP 1. Zuhaira (K) 2. Wan Fatiyah 3. Hafidzah Harun • Uruskan makanan tetamu • Uruskan makanan VIP Dokumentasi 1. Nezam (K) 2. Nur Dini 3. Noorul Akmar 4. Fatin Liyana • Siapkan laporan AGM mengikut format yang diberikan • Ambil gambar yang bersesuaian untuk laporan Keselamatan 1. Mohd Faeis (K) 2. Mohd Rizal 3. Nik Hasnawati 4. Zahilah Alyani 5. Masitoh 6. Nurhayati Ab. Ghani 7. Radiah 8. Rohidah 9. Arif Asyraff • Pastikan keselamatan sepanjang majlis berlangsung Kebersihan 1. Nordin (K) 2. Ariffudin 3. Sukinah • Pastikan kebersihan sepanjang majlis berlangsung 68
69 4. Sharina Azni 5. Rohani Abdullah 6. Wan Nor Afni 7. Azrai 8. Norafidah Binti Razab 9. Farahwahida Anuar 10. Nor Afiza 11. Manimagalay 12. Wan Harisah 13. Haizum Farhana 14. Wan Nurul Shahida 15. Nur Amalina Binti Che Ab Rahim 16. Nor Hidayah 17. Nor Hafisah Yusoff 18. Nur Nazihah 69
70 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 20232024 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1) JALAN P18, PRESINT 18 62150 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Penasihat : Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha : Naib Setiausaha : Bendahari : Naib Bendahari : Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ahli Jawatankuasa Guru : 1. 2. 3. 5. 6. Juruaudit : 1. 2. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 70
71 SEJAMBAK PENGHARGAAN Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam usaha mempertingkatkan kemajuan sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum, keceriaan dan fizikal sekolah. Semoga segala sumbangan yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dan keredhaan Allah SWT. In shaa Allah. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) Semua Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) Orang perseorangan dan kumpulan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 Lembayung Senja Menggamit Malam, Menangis Jentayu Menanti Hujan, Hajat Manusia Menyusul Salam, Pohon Restu Kehadiran Tuan. 71
72 CATATAN 72