The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHASILAN PRODUK BMMB3203 (MORFOLOGI BAHASA MELAYU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurshazwana, 2024-04-03 04:32:04

PENGHASILAN PRODUK BMMB3203 (MORFOLOGI BAHASA MELAYU)

PENGHASILAN PRODUK BMMB3203 (MORFOLOGI BAHASA MELAYU)

PENGHASILAN HASILAN PRODUK PEMBENTUKAN KATA DALAM BAHASA MELAYU ISU KESALAHAN BAHASA DARI SUDUT MORFOLOGI IPG KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU


NAMA: NUR SHAZWANA BINTI LAWA OPSYEN: PISMP BM SK2 TAHUN 1 SEMESTER 2 SUBJEK: BMMB 3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU NAMA PESNYARAH KURSUS: ENCIK DZULKIFLI BIN MOHD ASPAH PENGENALAN DIRI


DEFINISI PEMBENTUKAN KATA PEMBENTUKAN KATA RUMUSAN ISU KESALAHAN BAHASA ISI KANDUNGAN PEMBENTUKAN KATA BAHARU RUJUKAN


DEFINISI PEMBENTUKAN KATA Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata terhasil melalui empat proses iaitu proses tunggal (kata tunggal), proses pengimbuhan (kata terbitan), proses pemajmukan (kata majmuk) dan proses penggandaan (kata ganda). Perkataan bahasa Melayu dapat dihasilkan melalui empat proses pembentukan kata. Setiap proses akan menghasilkan kata yang berbeza. Sebahagian besar perkataan bahasa Melayu terhasil melalui proses terbitan iaitu kata dasar menerima imbuhan untuk membezakan makna kata.


PROSES PEMBENTUKAN KATA Proses pengimbuhan 1 Proses pemajmukan 2 Proses penggandaan 3 Proses pengakroniman 4


Proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa Melayu, imbuhan tergolong kepada empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. proses pengimbuhan


IMBUHAN AWALAN Imbuhan awalan adalah unsur yang ditambahkan di depan kata dasar untuk memberikan makna tambahan atau perubahan makna Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa jenis imbuhan awalan yang biasanya digunakan, antaranya: Awalan “Me-” Awalan “Di-” Awalan “Ter-” Awalan “Ber-” Imbuhan awalan Kata dasar Perkataan Me- makan Memakan Di- tulis Ditulis Ter- jatuh Terjatuh Ber- main Bermain


IMBUHAN AKHIRAN Imbuhan akhiran, seperti namanya diletakkan dibahagian akhir perkataan dasar. Imbuhan ini sering digunakan untuk menunjukkan jenis kata nama atau kata kerja. Beberapa contoh imbuhan akhiran yang biasanya digunakan adalah: Akhiran “-an” Akhiran “-kan” Akhiran “-i” Imbuhan akhiran Kata dasar Perkataan -an Pakai Pakaian -kan Jalan Jalankan -i Serta Sertai


Imbuhan aptitan ialah bentuk imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar Contoh imbuhan apitan yang sering digunakan ialah: “Pe....-an” “Ber....-an” “Di....-kan “Se....-an” IMBUHAN APITAN Imbuhan apitan Kata dasar Perkataan Pe....-an lari Pelarian Ber....-an kena Berkenaan Di....-kan simpan Disimpankan Se....-an malan Semalaman


Sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar. Imbuhan sisipan dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk menerbitkan kata nama, kata kerja dan kta adjektif dengan makud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Imbuhan apitan yang sering digunakan ialah: -em- -el- -erIMBUHAN SISIPAN Imbuhan sisipan Kata dasar Perkataan -em- gentar Gementar -el- kangkang Kelangkang -er- gigi Gerigi


Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. proses pemajmukan


RANGKAI KATA BEBAS Digunakan dalam pelbagai bidang dan bersifat umum. Contohnya: tengah hari alat tulis kenal pasti merah jambu luar biasa Digunakan dalam sesuatu bidang ilmu. Misalnya: garis pusat telefon dail terus reka bentuk cari gali lut sinar Bentuk simpulan bahasa. Antaranya ialah: ayam tambatan duit kopi makan angin pilih kasih ringan tulang manis mulut JENIS pemajmukan ISTILAH KHUSUS MAKSUD KIASAN


KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP antarabangsa olahraga suruhanjaya kerjasama sukarela


Awalan: campur aduk- bercampur aduk temu bual- ditemu bual ambil alih- mengambil alih Akhiran: daya serap- daya serapan campur adukmencampuradukkan satu padu- menyatupadukan ambil alih - pengambilalihan urus niaga - diurusniagakan pengimbuhan kata majmuk Imbuhan awalan atau akhiran Apitan


Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tuggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. Terdapat tig jenis proses penggandaan iaitu Penuh Separa Berentak 3 Proses penggandaan


JENIS PENGGANDAAN PENERANGAN CONTOH Penggandaan penuh (Menyeluruh) Kesemua kata dasar diulang tanpa perubahan bunga-bunga rajin-rajin makan-makan ketua-ketua Penggandaan Separa Terbentuk apabila sebahagian daripada kata sahaja yang digandakkan. bola-bola (bebola) kuda-kuda (kekuda) daun-daun (dedaun) layang-layang (lelayang) Penggandaan berentak Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah sayur-mayur gunung-ganang lintang pukang anak-pinak kuih-muih 4 jenis penggandaan


Poses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagianbahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu Bahagian yang dicantumkan terdiri daripada huruf,suku kata, atau bahagian lain daripada perkataan yang terlibat. PROSES PENGAKRONIMAN


AKRONIM PERKATAAN ASAL Kata jenisini ditulis dengan huruf besar UPSI Universiti Penidikan Sultan Idris SPM Sijil Pelajaran Malaysia PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah GABUNGAN BEBERAPA HURUF AWAL KATA YANG TERDIRI DARIPADA KATA NAMA KHAS


AKRONIM PERKATAAN ASAL Selalunya kata yang terbentuk ialah kata nama khas. Huruf pertama setiap kata ditulis dengan huruf besar. Perodua Perusahaan Otomobil Kedua Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Mara Majlis Amanah Rakyat GABUNGAN SUKU KATA DENGAN HURUF AWAL ATAU GABUNGAN SUKU KATA DENGAN SUKU KATA


AKRONIM PERKATAAN ASAL Kata yang terbentuk merupakan kata nama am, dan ditulis dengan huruf kecil Cerpen Cerita pendek Pulihara Pulih dan Pelihara Hakis Habis KIkis GABUNGAN SUKU KATA DENGAN SUKU KATA


PEMBENTUKAN KATA BAHARU


DEFINISI Peminjaman unsur-unsur imbuhan dalam bahasa Asing Penggunaan popular: Penciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular sering digunakan oleh penulis sama ada untuk siaran dalam media massa Perancangan bahasa yang rasmi: Penciptaan perkataan baharu melalui perancangan bahasa yang rasmi. Di Malaysia pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.


Proses penyebaran agama menyebabkan banyak bahasa asing mempengaruhi Bahasa Melayu Pendidikan juga menyebabkan unsur asing meluas dalam bahasa Asing khususnya Inggeris dan Arab Penjajahan politik: Dalam konteks ini, selain Inggeris unsur asing yang terdapat akibat penjajahan melibatkan bahasa Belanda dan Prtugis, sekalipun tidak banyak Perniagaan dan perdagangan: Perkataan Sanskrit dan bahasa Arab digunakan sebagai ukuran seperti gatang, kati dan dirham digunakan tetapi ketika ini Inggeris pula berperanan seperti kilogram, komoditi PROSES PINJAMANAN


Imbuhan awalan: Dwi- (Dwibahasa), Maha- (Maharaja), Pasca- (Pascamerdeka), Pra- (Prasekolah) Imbuhan akhiran: -man (seniman), -wan (sasterawan),-wati (penghuluwati) PEMBENTUKAN KATA Imbuhan akhiran: -ah (sultanah), -at (hadirat), -ah (ilmiah), -in (hadirin), -wi (duniawi) Imbuhan awalan: anti- (antibiotik), Ultra- (ultramerah) Imbuhan akhiran: -is (cerpenis), -isme (nasionalisme) Bahasa sanskrit Bahasa Arab Bahasa Inggeris


ISU KESALAHAN BAHASA


Bahan yang akan digunakan bagi melakasnakan tugasan ini adalah bahan daripada media elektronik iaitu daripada sebuah catatan yang dimuatnaik oleh seorang pengguna aplikasi “X” Terdapat beberapa isu kesalahan kata yang dapat dikesan dalam bahan berkenaan seperti kesalahan dari segi pengimbuhan, penggandaan, peakroniman, penggunaan dialek, ppencampuran kod, kesilapan dalam bahasa baku serta kesilapan dalam peminjaman kata asing. Berikut merupakan kesalahan-kesalahan yang dapat dikenal pasti melalui catatan tersebut


JENIS KESALAHAN KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN : Penulis membuat kesilapan dalam proses penggandaan dimana penulis menggunakan nombor dua sebagai tanda gandaan kata. Penggandaan : Gandaan penuh Tiba2 Tiba-tiba Penggandaan: Gandaan penuh kawan2 kawan-kawan PENGGANDAAN


JENIS KESALAHAN KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN : Penulis gagal untuk menggunakan bahasa Melayu Aslisecara berterusan kerana menggunakan perkataan daripada dialek pahang dan penggunaan bahasa pasar Dialek semua dok panggil semua asyik panggil Dialek blanje belanja Dialek je sahaja DIALEK


JENIS KESALAHAN KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN : Penulis menggunakan bahasa rojak dalam catatanya seperti percampuran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa standard Percampuran kod shopping kat Dongdaemun berbelanja di Dongdeamun Percampuran kod owner kedai yg korean pemilik kedai yang berbangsa Korea Percampuran kod plus dia sgt cantik tamabahan dia sangat cantik Percampuran kod last2 aku bagitau akhirnya aku beri tahu Percampuran kod Brother tu siap bagi diskaun Abang itu siap beri diskaun PERCAMPURAN KOD


JENIS KESALAHAN KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Tatabahasa satu kedai kasut sebuah kedai kasut Penulis membuat kesalahan tatanahsa dari aspek struktur ayat yang menimbulkan kecelaruan ayat. Ejaan bgitau beritahu Penulis cuai darisegi ejaan terhadap beberapa perkataan Kosa kata (Bahasa Melayu Baku) dia bagi RM100 dia beri aku RM 100 Penulistidak menggunkan kosa kata yang lebih luas dimana perkataan yang digunakan terlalu biasa BAHASA MELAYU BAKU


JENIS KESALAHAN KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Pinjaman Bahasa Inggeris diskaun potongan harga Penulis boleh menggunakan perkataan daripada bahasa Melayu asli namun memilih untuk menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris PINJAMAN BAHASA ASING


JENIS KESALAHAN KESALAHAN PEMBETULAN HURAIAN Pengakroniman rm Ringgit Malaysia Penulistidak memperkenalkan terlebih dahulu rangkai kata bagi akronim yang digunakan kepada pemabaca PENGAKRONIMAN


RUMUSAN Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa proses pembentukan kata terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaaan dan pengakroniman. Pengetahuan tentang proses pembentukan kata dapat dilihat penting apabila munculnya isu-isu atau kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pembentukan kata. Sebagai contoh, kesalahan dari aspek tatabahasa termasuklah kesalahan ejaan mahupun kesalahan penggunaan imbuhan pada kata. Oleh itu, pengetahuan tentang proses pembentukan kata ini amatlah penting bagi mengelakkan dan mengurangkan kesalahan dalam penggunaan kata sama ada dalam media cetak mahupun elektronik.


RUJUKAN


Terima Kasih !


Click to View FlipBook Version