The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 GKEB PENGHASILAN PRODUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurshazwana, 2023-07-02 11:47:27

PEMIKIRAN KRITIS

TUGASAN 2 GKEB PENGHASILAN PRODUK

TUGASAN2: PENGHASILAN PRODUK (KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS ) GKEB 1072 KEMAHIRAN BELAJAR NAMA: NUR SHAZWANA BINTI LAWA ANGKA GILIRAN: 2022072310042 KELAS: PPISMP BM SK 2 NAMA PENSYARAH: ENCIK RAFFAEE HJ MUSLEH IPG KAMPUS GAYA KOTA KINABALU


Pengenalan Langkah kemahiran berfikir kritis Kelebihan berfikir kritis Kesimpulan Rujukan ISI KANDUNGAN Jenis-jenis kemahiran berfikir


PENGENALAN Paul dan Elder dalam bukunya The Miniature Guide to Critical Thinking Concept and Tools mendefinisikan pemikiran kritis sebagai satu proses dimana pemikir meningkatkan kualiti pemikirannya secara mahir mengambil alih struktur yang wujud dalam pemikiran dan mengenakan piawaian intelektual keatasnya, Pemikiran krits adalah elemen penting dalam semua bidang professional dan disiplin akademik.Penguasaan pemikiran kreatif merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam kemahiran insaniah (soft skills) yang di tuntut oleh pembangunan modal insan merangkumi pemikiran baik (good thinking) atau dapat berfiir dengan baik (thinking well).Ketiga-tiga perkara ini biasanya saling diguna pakai bagi maksud yang sama (Pusat Pembangunan Kurikulum,1999)


JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS PEMIKIRAN KRITIS RENDAH Melibatkan proses kognitif yang sederhana Antara kemahiran-kemahiran kritis tahap ini ialah membanding dan membezakan, membuat kategori, membuat sequens atau urutan, meneliti bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan dan menerangkan sebabnya PEMIKIRAN KRITIS TINGGI Melibatkan proses kognitif dan metakognitif kemahiran pada tahap ini ialah membuat ramalan, usul periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab serta membuat kesimpulan.


1 - Pemerhatian Keupayaan melihat dan meramal peluang 2 - Analisis Mengumpul,memaha mi dan menginterpresi data dan maklumat 3 - Inferens Membuat kesimpulan berdasarkan data,maklumat, pengetahuan peribadi dan pengalaman yang releven 4 - Komunikasi Perkongsian dan penerimaan maklumat dengan orang lain 5 - Penyelesaian masalah Poses mengumpul, menganalisis, menyampakan maklumat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah LANGKAH-LANGKAH KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS


Pemikiran kritis bermula dengan kemahiran memerhati Orang yang mempunyai kemahiran memerhati akan dapat merasakan dan mengenal pasti masalah baharu. Mereka yang berfikiran kritis dapat meramal masalah yang akan timbul berdasarkan pengalaman. PEMERHATIAN LANGKAH KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS Keupayaan untuk menganalisis dan menilai situasi dengan berkesan melibatkan fakta,data atau maklumat tentang masalah. Mengumpulkan kajian yang tidak berat sebelah,bertanya soalan yang berkaitan tentang data untuk memastikan ia tepat dan menilai penemuan secara objektif. Kemahiran yang melibatkan pembuatan kesimpulan tentang maklumat yang dikumpul dan memerlukan pengetahuan atau pengalaman teknikal Apabila anda membuat inferens,ini bermakna anda sedang membangunkan jawapan berdasarkan maklumat yang terhad. ANALISIS INFERENS


Kemahiran komunikasi adalah penting apabila sesuatu isu atau permasalahan yang timbul perlu diterangkan atau dibincangkannnya bagi mencari penyelesaian bersama rakan sekerja atau pihak berkepentingan yang lain. Penyelesaian masalah sering memerlukan pemikiran kritis untuk melaksanakan penyelesaian terbaik dan memahami sama ada penyelesaian itu berfungsi atau tidak kerana ia berkaitan matlamat. KOMUNIKASI PENYELESAIAN MASALAH


KELEBIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS 1 Meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah 2 3 Meningkatkan kemahiran penyelidikan 4 Membantu menambahbaik pembuatan keputusan Merangsang perasaan ingin tahu


KELEBIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENYELESAIKAN MASALAH Kemahiran berfikir kritis harus dibangunkan untuk mengelak daripada sebarang situasi yang mendatangkan kerumitan Membantu mencari jalan penyelesaian bagi sebarang permasalahan yang berlaku. MERANGSANG PERASAAN INGIN TAHU Perasaan ingin tahu akan membolehkan kita menggali dan menyelidiki lebih mendalam untuk mendapatkan hasil yang baik. Merangsang perasaan ingin tahu untuk mencari penyelesaian yang tepat.


KELEBIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS meningkatkan kemahiran penyelidikan Pemikiran kritis akan memperhalusi kemahiran penyeledikan secara tepat dengan memerhati,mensintesis dan bereksperimen dengan setiap aspek secara terperinci untuk hasil yang lebih baik. MEmbantu menambahbaik pembuatan keputusan Pemikiran kritis membolehkan anda membuat keputusan sendiri dan akan membantu meningkatkan proses membuat keputusan.


KESIMPULAN Secara keseluruhannya pemikiran kritis merupakan bentuk pemikiran yang tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu.Orang yang mempunyai pemikiran kritis akan memberikan perhatian terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara atau isu yang dibincangkan sebelum memberi pendapat mereka.Pemikiran kritis merupakan situasi dimana minda bertindak balas terhadap apa yang didengar dan dibaca dengan menggunakan penilaian bersistem.Kelakuan ini memerlukan suatu set kemahiran dan sikap tertentu.


RUJUKAN Abdul Rahim Hussien. (1997). Pemikiran kritis dan kreatif disampaikan secara infusi ke dalam isi kandungan pengajaran : enam kemahiran untuk memupuk kemahiran berfikir di bilik darjah. Penerbit Badan Cemerlang Ainon Mohd, & Hassan, A. (1995). Kepintaran daya cipta & kemahiran berfikir. Utusan. Jameson, M. (2020). Critical Thinking. Efalon Acies. Open University. (2008). Thinking critically. Open University. Paul, R., & Elder, L. (2020). The miniature guide to critical thinking concepts and tools. Rowman and Littlefield. Syed Ismail Syed Mustapa, & Ahmad Subki Miskon. (2010). Kemahiran belajar. Penerbitan Multimedia.


Click to View FlipBook Version