DISKUSI
PENDIDIK
PDPR : TIPS PENGURUSAN STRESS
DAN EMOSI GURU
Mukaddimah
Tahniah buat semua warga pendidik kerana setelah hampir setahun kita beperang dengan COVID 19,
kita masih lagi berada di posisi kita sebagai seorang guru atau pendidik. Tahniah juga kepada pihak penganjur iGuru
Sabah kerana berani mengetengahkan isu kesihatan mental untuk dibincangkan dalam Diskusi Pendidik
Masih terdapat pandangan bahawa isu tekanan dan emosi adalah sesuatu yang tidak perlu
dibincangkan secara terbuka kerana seolah-olah menunjukkan kelemahan /aib diri kita. Penglibatan kita semua dalam
diskusi ini menunjukkan bahawa kita menyayangi diri kita dan mahu memberikan yang terbaik kepada pelajar kita.
Kita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman :
• Peringkat pendidikan dan opsyen : sekolah rendah & menengah, kolej & universiti, opsyen pendidikan
islam, matematik dan lain-lain
• Lokasi : pedalaman/ bandar
• Peranan/ jawatan: pengetua, kaunselor, guru panitia dan lain-lain
• Ibu bapa
Titik persamaan kita ialah tentang pengurusan tekanan dan emosi diri kita sebagai guru/pendidik
-DR SARIFAH NURHANUM BINTI SYED SAHURI
Cabaran dan
dilema seorang guru
Kita berdepan pelbagai situasi dan
persepsi yang memberikan
tekanan kepada diri kita
Kajian di Australia menunjukkan, terdapat 3 dilema yang
dihadapi dari segi etika dan profesional perguruan :
Keselamatan pelajar vs Polisi kerajaan vs Kesejahteraan diri vs
pembelajaran pelajar keselamatan pendidik integriti pendidik
Pelajar tidak boleh hadir ke PKP/PKPB/PKPP: Guru bekerja dari rumah atau
sekolah disebabkan COVID pembukaan sekolah dan melaksanakan PdPR
19 namun pembelajaran pengajaran secara (adakalanya sesi pembelajaran
perlu diteruskan dengan bersemuka dalam keadaan terjadi di luar waktu bekerja, seperti
apa cara sekalipun kes COVID 19 meningkat membalas mesej pelajar yang
diterima pada jam 10 malam atau
pada hujung minggu/ melakukan
pengisian markah dalam sistem di
rumah sehingga lewat pagi)
Dilema yang dihadapi oleh pendidik di Malaysia :
Perlu urus pelajar atau perlu urus diri sendiri???
Secara keseluruhannya, dilema-dilema ini membawa kepada
satu isu iaitu….
Work -Life Imbalance
*Suatu keadaan di mana seseorang tidak dapat mengatur dan
membahagikan antara tanggungjawab terhadap pekerjaan dengan
kehidupan peribadi.
Contoh Cabaran yang dihadapi pendidik :
Teknologi Komunikasi
Sambungan Dengan pelajar, ibu-
internet bapa, pentadbir dan
Polisi sebagainya
Arahan-arahan Ekspektasi vs realiti
daripada kerajaan,
pentadbir dan Guru mengharap
sebagainya PdPR berjalan lancar,
namun realitinya
terjadi perkara di luar
kawalan
Situasi yang kita alami memberikan tekanan dan
gangguan emosi kepada para pendidik :
○ Rasa takut dan bimbang
■ Bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarga
○ Rasa tertekan
■ Perubahan rutin kehidupan dan pekerjaan
○ Rasa sedih dan kecewa
■ Persepsi masyarakat terhadap kita
■ Ada yang menganggap guru tidak dapat melaksanakan pengajaran
dengan baik
Bagaimana
menghadapinya?
Menyesuaikan diri (It’s not a disaster, It’s a learning process)
Menerima situasi yang berlaku
Buka hati kita
Segalanya kehendak Allah SWT
Memberi masa kepada diri sendiri (nafas panjang)
Menguatkan kembali semangat dan meletakkan ekspektasi yang
sesuai dengan situasi yang baru
Membina pengetahuan dan kemahiran baru
Komunikasi berkesan
Kejelasan maklumat
Membuat keputusan dan tindakan
Apakah tips yang
praktikal buat guru-
guru bagi menangani
stress dan emosi
semasa melaksanakan
PdPR ini?
Kita perlu memahami bahawa kita sedang berperang dengan sesuatu
yang kita tidak nampak…
● Setelah hampir setahun…tanya kepada diri kita..sama-sama cek perasaan kita...
○ Adakah saya masih bergelut dengan keadaan / saya melaksanakan tugas
dengan baik?
○ Adakah saya okey tetapi yakin boleh lakukan dengan lebih baik/ saya telah
melaksanakan tugas dengan baik sekali?
● Emosi atau perasaan memberikan tenaga kepada diri kita.
● Apa yang kita rasa akan memberi kesan kepada tindakan kita
● Kajian Yale Center for Emotional Intelligence, menunjukkan pengurusan tekanan
atau emosi penting bagi para pendidik kerana emosi akan mempengaruhi :
○ daya tumpuan, memori dan pembelajaran
○ diri kita dalam membuat keputusan
○ hubungan pelajar-rakan-keluarga
○ kesihatan fizikal dan mental
○ prestasi atau pencapaian guru-guru
Kita sedang berperang dengan sesuatu yang kita tidak nampak…
● Guru mahu dihormati, dihargai, disokong/ gembira
● Guru-guru perlu mempelajari cara mengurus emosi
● Pentadbir perlulah menganjurkan kursus berkaitan emosi
● Social Emotional Learning (SEL)
● Mendidik diri kita untuk menjadi sensitif dengan emosi kita
○ Mengenal pasti perasaan kita
○ Belajar untuk mengekspresi perasaan-perasaan tersebut
● Kita bertanya kepada diri apakah perasaan yang kita mahukan sebagai seorang
guru?
○ Berbanding apa yang pihak pentadbir atau para pelajar kita mahukan
● Apa yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan rasa sedemikian?
○ Berkongsi idea dan pandangan secara berkumpulan dan berusaha untuk
melaksanakan idea tersebut
Tips 7S: Sabar
Segar Sabar ketika menghadapi masalah-
masalah teknikal dan gangguan-
Merasa segar fizikal dan jiwa gangguan luar jangkaan
(berwudhu, membaca doa)
Sangka baik
Selesa
Bersangka baik dengan pelajar kita,
Ruang kerja yang selesa dan menganggap mereka masih mengikuti
memastikan tiada gangguan pengajaran kita
Seronok Selesai
Mendatangkan perasaan Selesaikan segala masalah degan
seronok ketika mengajar tenang, segera dan berkesan
Syukur
Bersyukur kepada Allah kerana memudahkan
urusan pengajaran, ucapkan terima kasih
kepada pelajar kita atas komitmen mereka dan
kepada diri kita atas usaha yang dilakukan
Situasi yang kita hadapi sekarang ialah kita sedang dalam
Kesimpulan : peperangan memerangi jiwa kita
Persoalannya.. apakah matlamat/ misi kita?
Tujuan kita adalah untuk menyelamatkan anak bangsa kita
Memberi pendidikan yang terbaik kepada mereka
Kerana mereka adalah generasi dan pemimpin masa hadapan
Apakah sikap kita?
Membesarkan jiwa dan keikhlasan hati kita untuk
berperang (mendidik)
Tidak berputus asa dan tidak menyerah kalah
Kita menerima peperangan ini dan meneruskan perjuangan kita
Betapa pentingnya kekuatan emosi dan hati kita
Apakah yang kita harapkan?
Penghargaan daripada ibu –bapa dan orang sekeliling kita
Namun apa yang lebih baik dari semua itu ialah harapan kita
untuk
memperolehi syurga dan kemuliaan daripada Pencipta kita iaitu
Allah
“Kita bukan sekadar
guru..tapi kita guru yang
mengajar peradaban”
Ust Muhammad Amin bin Ribbang
YdP iGuru Sabah
Sekian
DISEDIAKAN OLEH :
BIRO MEDIA DAN INFORMASI
i-GURU SABAH