The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yueniejong01, 2022-01-03 09:55:48

E-FOLIO ( GROUP ABC.123 )

E-FOLIO ( GROUP ABC.123 )

CONTENTS

PENGENALAN .............................................. 2
1. Faktor berlakunya jenayah siber .......... 3
2. Kesan berlakunya jenayah siber ......... 5
3. Langkah – langkah dalam mengatasi
jenayah siber ...................................... 7
4. Pihak-pihak yang terlibat...................... 9
5. Undang-undang digubal..................... 10

Statistik Jenayah Siber di Malaysia .............. 11
KESIMPULAN ............................................. 12

PENGHARGAAN ....................................13
SIDANG EDITORIAL................................14

I

PENGENALAN

Jenayah siber merupakan
jenayah komputer yang
baharu dilakukan melalui
komputer dalam internet.
Jenis jenayah siber yang
biasa kita dengar terdiri
daripada unsur penipuan,
kerosakan atau
pengubahsuaian program
atau data komputer,
pencurian maklumat,
capaian secara tidak sah
keatas sistem, pengintipan
penyebaran virus,
penggodaman dan lain-lain.
Jenayah siber menyebabkan
mangsa menderita dan
mengalami kerugian. Hal ini bertujuan untuk mengakibatkan kerugian dan penderitaan
mangsa-mangsa jenayah siber.Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini
menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh
sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta
laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea,
ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Selaras dengan kepesatan teknologi kita mungkin akan berhadapan dengan pelbagai
bentuk jenayah baru.Jenayah siber amat sukar untuk dibendung. Umumnya penjenayah siber
adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional khususnya golongan remaja. Remaja
akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan
dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

2

1. FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH SIBER

1. kekurangan pakar-pakar forensik kurang pengetahuan tentang media massa
komputer juga merupakan tertipu dengan individu yang tidak
penyebab kejadian jenayah siber bertanggungjawab. Tambahan pula, individu
berleluasa di negara kita yang melakukan jenayah siber ini
bermotifkan keuntungan. Contohnya,
Kekurangan pakar-pakar yang mahir dalam penjenayah siber mengaut keuntungan
bidang forensik komputer menyebabkan dengan cara menipu kepada masyarakat
penjenayah siber sukar untuk dikesan. melalui internet untuk mendapatkan
Sebagai contoh, kekurangan pakar forensik sejumlah wang yang banyak. Oleh itu,
komputer menyebabkan banyak kejadian- masyarakat harus lebih peka dengan isu-isu
kejadian penggodaman sistem bank dan semasa agar tidak menjadi mangsa kepada
kecurian maklumat di internet tidak dapat individu yang tidak bertanggungjawab.
dikesan. Kekurangan pakar-pakar forensik
juga menyebabkan penjenayah siber sukar 3. kekurangan pendidikan dan
untuk didakwa di mahkamah kerana kesedaran dalam kalangan
pendakwa tidak mempunyai bukti yang masyarakat
mencukupi untuk mendakwa mereka. Hal ini
berlaku kerana pelaku jenayah siber ini Individu-individu yang terlibat dalam aktiviti
kebiasaanya terdiri daripada golongan jenayah siber ini tidak menyedari bahawa
profesional dan berpengetahuan tinggi perbuatan mereka seperti menggodam,
dalam bidang IT. mencuri maklumat, menyebar virus,
menghantar mesej sampah dan
2. sikap individu yang sukar dikawal pencerobohan adalah satu jenayah. Oleh
itu, mereka tidak menyedari bahawa
juga adalah salah satu faktor perbuatan mereka salah dan memberikan
kesan buruk kepada orang lain. Individu-
terjadinya peningkatan individu tersebut hanya mementingkan
keseronokan dan kepuasan diri tanpa
penggunaan internet yang berfikir kesan buruk yang akan
menimpanya. Oleh sebab itu, pihak kerajaan
menyebabkan berleluasanya yang berkepentingan dalam menjalankan
tanggungjawab ini mempunyai peranan
kejadian jenayah siber. penting untuk memberikan didikan yang
efektif kepada masyarakat dalam
Sikap individu yang inginkan keseronokan menangani penyalahgunaan internet yang
boleh mendatangkan kesan buruk kepada
dan ingin mencuba sesuatu yang baru negara.

terutamanya golongan remaja

menyebabkan mereka cuba untuk

mengaplikasikan kemahiran mereka dengan

cara yang salah, seperti penyebaran virus,

pengintipan, mencuri maklumat dan

penggodaman komputer. Hal ini

menyebabkan, ramai masyarakat yang

3

4. Peningkatan penggunaan internet Kebanyakannya menggunakan teknologi
merupakan salah satu penyebab atas desakan trend atau tidak mahu
kejadian jenayah siber berleluasa dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh
di negara kita. demikian, pengguna sering alpa dalam
mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila
Peningkatan pengguna internet mendorong kemunculan laman sosial bertambah bak
cendawan tumbuh selepas hujan,
ramai pengguna internet menyalahgunakan menyebabkan ramai berlumba-lumba
menyertai laman sosial tanpa mengetahui
maklumat dalam internet untuk pelbagai risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin
dalam penggunaannya. Facebook,
tujuan tanpa mengira betul atau salah. Twitter,My Space, Skype dan Yahoo
Masengger antara laman sosial yang
Misalnya, pengguna internet akan mendapat sambutan hangat daripada
pengguna. Ramai pengguna cuai dalam
menggunakan pelbagai maklumat dalam penggunaan laman sosial iaitu
mempamerkan butir-butir peribadi yang
internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti penting seperti nombor telefon, alamat
rumah dan sebagainya. Oleh demikian
tidak sihat. Seterusnya, peningkatan individu yang tidak bertanggungjawab akan
“mencuri” atau “meniru identiti” pengguna
pengguna internet mendorong ramai ramai untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan
individu lain. Merujuk kepada situasi ini,
pengguna internet menyalahgunakan maka tidak hairanlah jenayah siber semakin
meluas dalam kalangan masyarakat.
kepakaran mereka dalam bidang teknologi

maklumat(IT) dengan cara menggodam

sistem-sistem keselamatan bank,

menyebarkan virus dan sebagainya.

5. Kurangnya maklumat dalam
penggunaan teknologi dengan
selamat.

Dalam teknologi komunikasi dan maklumat
ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam
melindungi hak mereka sebagai pengguna.

4

2. KESAN BERLAKUNYA JENAYAH SIBER

Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu
kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah juga mula
bertukar wajah seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber adalah antara
penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara yang maju seperti Amerika
Syarikat,China,Jepun dan Korea selain itu negara yang sedang membangun seperti Malaysia
juga turut menerima ancaman daripada jenyah siber. Aplikasi atas talian akan memberi impak
buruk kepada penguna jika tiada sekuriti atau keselamatan dalam proses transaksi pembayaran
online. Laman web yang tidak rasmi dalam proses berbankan online akan memudaratkan
pengguna iaitu tanpa sedar,mereka sebenarnya telah memberi kata laluan atau password
kepada penjenayah siber. Terdapat pelbagai kesan yang menyumbang kepada jenayah siber;

 MENGALAMI TEKANAN PERASAAN:
Mangsa jenayah siber akan mengalami tekanan
perasaan seperti marah, malu dan trauma serta
boleh menjejaskan perhubungan dengan
keluarga, majikan dan sebagainya. Malah
terdapat juga mangsa yang mungkin mengambil
jalan singkat dengan membunuh diri kerana
tertekan.

 KERUGIAN WANG: Jenayah siber
mengakibatkan kerugian sehingga mencecah
berjuta ringgit. Jika magsa jenayah siber
merupakan sebuah organisasi maka operasi
akan mengalami kerugian yang besar seperti
yang pernah berlaku terhadap laman web
kerajaan.

5

 MENGGUGAT KESTABILAN NEGARA:
Jenayah siber ini adalah satu ancaman bagi sesebuah
negara khususnya negara kita sendiri. Hal ini kerana
kebebasan berkomunikasi dan menyalurkan pelbagai
bentuk informasi dalam ruang internet berpotensi
meningkatkan kebarangkalian berlakunya hasutan dan
perbalahan yang boleh mencetuskan konflik dan
menggugat kestabilan di dalam atau antara negara.

 PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU:
Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau
salah,disebarkan melalui Internet. Pengguna bebas
dalam menyampaikan dan menerima maklumat
tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan
memberi kemudahan kepada jenayah siber.

6

3. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
JENAYAH SIBER

Kes penipuan wang dan kecurian data peribadi merupakan antar kejadian
yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Ia adalah kerana kejadian
jenayah tersebut dilakukan menerusi penggunaan gajet elektronik dan
internet tersebut. Sikap tidak beretika dan jahat golongan pelaku jenayah
siber ini sewajarnya dibendung sebelum ia meruntuhkan institusi teknologi
yang menjadi kegunaan harian yang wajib oleh segenap manusia. Oleh itu,
kita seharusnya kenal pasti langkah-langkah yang boleh dijalankan untuk
mengatasi jenayah siber daripada terus menular dan merugikan kita.

Memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan syarikat & pengguna
komputer.

 Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah-langkah
keselamatan dengn meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang
pencerobohan penjenayah siber. Syarikat juga hendaklah berkongsi masalah
pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan. Pengguna internet boleh
berkongsi pengetahuan/memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan
tahap forensik komputer kerajaan, swasta & komputer persendirian daripada
digodam.

Meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan penjenayah siber.

 Perlu bekerjasama dengn negara maju seperti Amerika Syarikat & Britain untuk
memerangi penjenayah siber Bekerjasama memperkenal kan & menjalankan
rancangan.

7

Mengadakan pemantauan berkesan

 Pihak berkuasa perlu membuat pemantauan di alam siber supaya golongan tidak
bertanggungjawab dapat dikesan PDRM akan meningkatkan rondaan dalam
internet iaitu di Cyber Crime Bukit Aman untuk membanteras jenayah siber.
Dilakukan bagi menangani jenayah di internet. Mendapat kerjasama SKMM &
CYBER SECURITY MALAYSIA bagi memantau aktiviti jenayah siber.

Memberi kesedaran penerapan kepada masyarakat di media massa &
media elektronik

 Membantu memberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah siber.
Mengelak masyarakat menjadi mangsa jenayah siber. Kerajaan perlu menerapkan
pengetahuan jenayah sejak bangku sekolah dan penerapan kepada masyarakat
menerusi media massa.

Mengadakan kerjasama antara negara secara global dengan mengkaji
hukuman yang dikenakan.

 Meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan penjenayah siber.
Bekerjasama memperkenalkan & menjalankan rancangan. Perlu bekerjasama dengan
negara maju seperti Amerika Syarikat & Britain untuk menerangi penjenayah siber.

8

4. PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT

undang-undang negara
ibu bapa

pihak sekolah
pihak media
pihak kerajaan
pihak swata

9

5. UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL

AKTA AKTA JENAYAH
KOMUNIKASI DAN KOMPUTER 1997
MULTIMEDIA 1988

AKTA AKTA
TANDATANGAN TELEPERUBATAN

DIGITAL 1997 1997

AKTA
SURUHANJAYA
KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA 1998

10

STATISTIK JENAYAH SIBER DIMALAYSIA

11

KESIMPULAN

Kesimpulannya, undang-undang siber tidak seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari
ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh
dilakukan oleh orang beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran
dengan kita. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untuk menbanteras kes-kes
jenayah siber semakin berleluasa pada zaman era kini. Jenayah siber juga merupakan masalah
sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar
dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun begitu, usaha
kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang –
undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984. Teknologi pada masa kini
semakin canggih. tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya, iaitu jenayah siber
juga semakin canggih. Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar
dikesan. Oleh itu, kita hendaklah berwaspada pada setiap masa. Sediakan payung sebelum
hujan, kita hendaklah melindungi sistem kompouter kita dengan perisian-perisian dan berhati-
hati semasa menggunakan rangkaian internet.

12

PENGHARGAAN

Bersyukur kami kerana kami Berjaya menyiapkan tugasan penilaian
berterusan e-folio ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan Fatin binti Mohd. Taher kerana telah banyak
memberikan kami bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan tugasan ini
dan memberi kami peluang untuk membaiki kesilapan dari e-folio kami. Bukan itu
sahaja, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Fatin kerana
telah membantu kami dengan memberi contoh tugasan pelajar semester lalu
sebagai rujukan kami serta memberikan penerangan yang cukup sempurna dan
jelas mengenai tugasan e-folio ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberikan
sokongan dan idea berterusan dalam menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih
juga kerana memahami yang sedang berusaha untuk melaksanakan tugasan
yang diberikan terutama sekali pada masa pandemik ini. Seterusnya, ribuan terima
kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama telah berusaha
tanpa berputus asa untuk menghasilkan tugasan e-folio.

Sebelum kami tiba ke penghujung ayat, kami berharap agar hasil tugasan
kami ini dapat membuahkan hasil kepada diri kami sendiri dari segi penambahan
ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang jenayah siber pada masa hadapan
kelak. Kami juga berharap agar e-folio ini dapat menghiburkan hati si pembaca
dan memberi inpirasi kepada mereka untuk menjadi insan yang lebih baik pada
masa akan datang. Kami juga ingin memohon maaf jika ada sebarang kesilapan
atau tekasar bahasa.

13

SIDANG EDITORIAL

EDITOR PEMERIKSA 1
YUENIE JONG ANDREAN BULAN
05DEP19F1039
05DEP19F1042

PEMERIKSA 2 PENGUMPULAN MAKLUMAT 1
FRISCO GANAI SHERRY CHAI
05DEP19F1038 05DEP19F1044

PENGUMPULAN MAKLUMAT 2
CALVIN GUNDI
05DEP19F1035

14


Click to View FlipBook Version