The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perlembagaan Madinah vs Perlembagaan Persekutuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqil.co, 2022-05-10 13:09:21

Perlembagaan Madinah vs Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Madinah vs Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Madinah
vs Perlembagaan
Persekutuan

Nama pensyarah : Pn . Nurhidayu Bt. Salleh
Nama :
• Muhd Aqil B. Mohd Ros(16DET21F1099)
• Muhd Khuzaifi B.

Bukhori(16DET21F1103)
• Muhd Akmal Azamuddin B.

Mustafa(16DET21F1087)

ISI KANDUNGAN

• Pendahuluan
• Persamaan
• Perbezaan
• Penutup
• Rujukan

2

Pendahuluan

• Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada
pembentukan kerajaan dan juga panduankepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.
Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan
Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan
United Kingdom.Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambunganpentadbiran dan
kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap , jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia
rakyat yang tidak berbelahbagi kepada negara

• Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah,
merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.23 fasal
piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar
dan Muhajirin . 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam
iaitu yahudi . Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah,
Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.

3

Persamaan

• 1. Kebebasan beragama
Dalam Piagam Madinah , Fasal 25 ada mengatakan , “bagi Yahudi agama mereka dan
bagiorang-orang Islam agama mereka”. Hal ini selaras dengan firman Allah S.W.T
dalam surah Al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud, “bagi kamu agama kamu, dan bagiku
agamaku” serta ayat lain dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud “tidak
ada paksaan dalam agama”. Melalui perjanjian ini, kaum Yahudi dianggap sebagai
satu ummah yang hidup bersama dan saling membantu di bawah perjanjian yang
dipimpin oleh seorang ketua negara Islam. Mereka bebas menganut dan
mengamalkan agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberi kepada kaumYahudi
malah kepada pengikut dan sekutu mereka.Dalam Perlembagaan Malaysia pula,
Perkara 3 dalam Agama bagi Persekutuan ada mengatakan dalam Fasal 1 bahawa “
Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Ini jelas menyatakan
setiap rakyat bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Perkara 11 :
Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk
kepada Fasal (4), mengembangkannya.

4

2. Hak Asasi Manusia

• Dalam fasal 40 ada mengatakan “ Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan
sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya bahaya dan dosa” malah
dalam fasal 41 ada mengatakan “tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan wanita
melainkan dengan izin keluarganya sendiri”. Ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad
S.A.W amat menjaga hak-hak ummat baginda. Setiap orang diberi hak untuk
memberi perlindungan kepada seseorang dan berjanji agar perlindungan yang
diberi oleh seseorang itu hendaklah dihormati oleh semua ummah. Perlindungan
itu diberikan dengan syarat orang yang hendak dilindungi ini mestilah bukan musuh
negara dan orang yang bersalah. Memberikan perlindungan kepada jiran
merupakan sebahagian daripada adat yang diamalkan oleh orang Arab ketika itu.
Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 8 dalam Kesamarataan, fasal 1 ada
menyebut “semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang” . Ini jelas
menunjukkan bahawa setiap orang berhak mendapatkan jaminan yang sama rata di
sisi undang-undang Perlembagaan Malaysia. Dalam Perkara 10 pula , dalam
Kebebasan bercakap, tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap
dan bersuara.

5

3. Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan pertahanan
negara serta tidak dianggap bersalah sebelum didapati bersalah.

• Piagam Madinah,Fasal 21 menyatakan: Barangsiapa membunuh dengan
sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang
cukup (alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah
dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh
menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara
mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan
terhadapnya. Fasal 43 menyatakan: Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan
perlindungan kepada jiran Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi
perlindungan kepada orang-orang yang membantunya. Hal ini adalah kerana
pada masa itu Bani Quraisy adalah musuh Madinah. Manakala dalam
perlembagaan Malausia, Perkara 5 : Tiada seorang pun boleh diambil
nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-
undang.

6

4. Dasar hubungan baik dan saling membantu

• Fasal 17: Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama,
oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin
tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan
Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
Fasal 45 : Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur
dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau
masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak
berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali
terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam). Perkara 8 : Semua
orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang

7

Perbezaan

• Piagam Madinah menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai sumber undang-undang manakala
Perlembagaan Malysia menjadikan Perlembagaan itu sendiri sebagai yang tertinggi seperti yang
telah dinyatakan dalam Perkara 4 (1) .

• Perlembagaan Persekutuan mempunyai. Hak Istimewa Orang Melayu Serta Bumiputera Sabah dan
Sarawak- Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan hak-hak isitmewa kepada
orang melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak- Antara keistimewaan yang diberikan adalah
seperti berikut:

1. Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
2. Kuota peluang pendidikan di peringkat Universitic
3. Pemberian biasiswa untuk melanjut pelajaran
• Sistem pemerintahan Malaysia- Sistem pemerintahan Malaysia berlandaskan empat perkara

penting:
1. Raja Berpelembagaan
2. Demokrasi berparlimen
3. Negara Persekutuan

8

Penutup

• Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan
Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan, sistem politik
dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada raykat.
Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.
Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan
persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu. Oleh itu, ketinggian
Perlembagaaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara
Malaysia.

• piagam madinah adalah dokumen bertulis tentang undang-undang pertama di dunia.
Piagam ini di wujudkan ekoran kepada peristiwa yang penting sebelum itu iaitu perjanjian
aqabah pertama dan kedua seterusnya penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan orang
mukmin dari Kota Mekah ke Kota Madinah dikenali dengan nama Sahifah al-Madinah.
Mengandungi 47 fasal berkaitan yang membicarakan hubungan orang Islam dengan bukan
Islam dan banyak mengadungi peraturan –peraturan yang berasaskan syariat Islam bagi
membentuk daulah islamiyah. Perangkaan madinah melaui tiga langkah sebelum menjadi
dokumen rasmi. Antara kandungan yang terdapat dalam piagam madinah adalah tentang
sumber perundangan Negara madinah, Nabi Muhammad sebagai ketua negara, tentang
pengamalan agama masing-masing, kerjasama dari segi politik ,ekonomi dan sosial.

9

RUJUKAN

• Laman web :
1. https://www.slideshare.net/maza5434/pengenalan-perlembagaan-

presentation
2. https://sharingiscaring555.blogspot.com/2016/12/piagam-madinah-vs-

perlembagaan.html
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

10

11


Click to View FlipBook Version