Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : KIM3400 Kimia Analisis Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan tentang prinsip asas analisis isipadu, kaedah analisis gravimetri, kaedah-
kaedah pentitratan asid-bes, kompleksometri, redoks dan pemendakan. Pengenalan kepada ralat dan
pengolahan data analisis serta pensampelan dan penyediaan sampel analisis juga akan dibincangkan
Kursus : MTK3008 Biostatistik
Kredit : 3 (2 + 1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan pengenalan statistik termasuk deskriptif dan persembahan data.Ia meliputi
statistik untuk biologi, taburan kebarangkalian, taburan persampelan biologi, ujian hipotesis,
analisis varians, rekabentuk ujikaji, regresi linear dan korelasi, kaedah tak berparameter. SPSS,
SAS atau MINITAB akan digunakan bagi menganalisis data.
45
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK SARJANA MUDA SAINS (SAINS KIMIA)
Pengenalan
Program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Asas. Program ini
mula ditawarkan pada sesi pengajian Mei 2001/2002. Program ini adalah program pengajian 3 tahun
yang merangkumi 6 semester penuh dengan 120 jam kredit untuk bergraduat.
Objektif Pendidikan Program (P rogram m e Educational Objectives, P EO)
Objektif pendidikan program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) adalah untuk menghasilkan:
• graduan yang berpengetahuan luas, berkemahiran teknikal serta berupaya mengaplikasi ilmu dan
menyelesaikan masalah dalam bidang sains kimia;
x graduan yang mendaulatkan nilai etika dan profesional dalam bidang penyelidikan serta penyampaian
perkhidmatan;
x graduan yang menunjukkan keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif, memimpin kakitangan
serta mempunyai kemahiran dalam kerja berpasukan; dan,
x graduan berupaya untuk mengenalpasti peluang keusahawanan dan keperluan pembelajaran
sepanjang hayat untuk perkembangan kerjaya.
Prospek Kerjaya
Terdapat banyak peluang kerjaya yang memerlukan graduan daripada bidang Sains Kimia. Antara kerjaya
yang boleh diceburi oleh graduan dari program tersebut adalah:
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Ahli Kimia Pembangunan Produk
• Ahli Kimia Pembangunan Proses
• Ahli Kimia Analisis
• Ahli Kimia Forensik
• Ahli Kimia Awam
• Pensyarah
• Guru
46
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
KURIKULUM PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SAINS KIMIA)
Kursus Teras Universiti (YW)
Kod Nama kursus Kredit Prasyarat
3 (3+0) Muet Band
BBB3101 Academic Writing Skills
3 (3+0) 3,4,5,6
BBB3102 Public Speaking MUET Band
3 (3+0)
BBB3103 English for Occupational Purposes 3 (3+0) 3,4,5,6
2 (2+0) BBB3101 dan
PAL3000 Asas Keusahawanan 2 (2+0)
NCC2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 3 (3+0) BBB3102
NCC2001 Hubungan Etnik 3 (0+3) Tiada
NCC2002 Kenegaraan Malaysia Tiada
CCXXXXX Ko-Kurikulum 22 Tiada
Tiada
Jumlah Tiada
47
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus Teras Program Pengajian (YW)
Kod Nama kursus Kredit Prasyarat
KIM3001 Amali Kimia Asas 2 (0+2) Tiada
KIM3002 Pengurusan dan Keselamatan Bahan Kimia 2 (2+0) Tiada
KIM3100 Kimia Fizik Asas 2 (2+0) Tiada
KIM3102 Amali Kimia Fizik 1 (0+1) Tiada
KIM3104 Kimia Fizik 3 (3+0) Tiada
KIM3200 Kimia Organik Asas 2 (2+0) Tiada
KIM3201 Mekanisma dalam Kimia Organik 3 (3+0)
KIM3202 Amali Kimia Organik 1 (0+1) KIM3200
KIM3203 Kimia Sebatian Karbonil 3 (3+0) Tiada
KIM3204 Penentuan Struktur Sebatian Kimia 3 (3+0)
KIM3300 Kimia Tak Organik Asas 2 (2+0) KIM3201
KIM3301 Kimia Tak Organik 3 (3+0) Tiada
KIM3302 Amali Kimia Tak Organik 1 (0+1) Tiada
KIM3303 Kimia Koordinatan 3 (3+0) Tiada
KIM3304 Kimia Organologam Peralihan 2 (2+0) Tiada
KIM3305 Kimia Keadaan Pepejal 3 (3+0)
KIM3400 Kimia Analisis Asas 2 (2+0) KIM3301
KIM3405 Kimia Analisis Peralatan 4 (3+1) KIM3301
KIM3501 Kimia Polimer 3 (2+1) KIM3301
KIM4101 Kimia Koloid 3 (3+0)
KIM4104 Elektrokimia 3 (3+0) Tiada
KIM4106 Spektroskopi Molekul 3(3+0) KIM3400
KIM4201 Kimia Sebatian Semulajadi 2 (2+0)
KIM4202 Kimia Biomolekul 2 (2+0) Tiada
KIM4204 Aplikasi Kimia Organik 1 (0+1) Tiada
Tiada
Tiada
KIM3203
KIM3201
Tiada
48
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
KIM4992A Latihan Industri 6 (0+6) Tiada
KIM4997 Kaedah Penyelidikan Dalam Sains Kimia 2 (2+0) Tiada
MTK3003 Matematik untuk Kimia 2 (2+0) Tiada
MTK3006 Statistik untuk Kimia 2 (2+0) Tiada
Jumlah 71
Kursus Elektif Program (ELF - 27 kredit)
Pelajar dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 6 jam kredit daripada senarai kursus elektif di bawah dan
boleh mengambil mana-mana kursus sains Kimia atau kursus lain yang bertaraf 3000 ke atas tertakluk kepada
persetujuan Pengerusi Program atau pensyarah kursus terbabit.
Kod Nama kursus Kredit Prasyarat
KIM3701 Kimia Alam Sekitar 3 (3+0) Tiada
KIM4102 Kimia Kuantum 3 (3+0) Tiada
KIM4105 Kimia Permukaan 3 (3+0) Tiada
KIM4203 Kimia Heterosiklik 3 (3+0) KIM3203
KIM4205 Kimia Lipid 3 (3+0) Tiada
KIM4206 Kimia Organik Fizik 3 (3+0) KIM3203
KIM4301 Kimia Organologam Peralihan Lanjutan 3 (3+0) KIM3304
KIM4302 Kimia Fullerena 3 (3+0) KIM3301
KIM4303 Kimia Koordinatan Lanjutan 3 (3+0) KIM3303
KIM4401 Kimia Forensik 3 (3+0) KIM3403@KIM3405
KIM4501 Kimia Polimer Industri 3 (3+0) KIM3501
KIM4502 Kimia Cat dan Penglitup 3 (3+0) Tiada
KIM4601 Kimia Bahan Industri 3 (3+0) Tiada
KIM4602 Kimia Seramik 3 (3+0) Tiada
KIM4603 Kimia Kosmetik 3 (3+0) Tiada
KIM4604 Petrokimia 3 (3+0) Tiada
49
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
KIM4605 Kimia Sintetik dan Aplikasi 3 (2+1) Tiada
KIM4606 Teknik Analisis Permukaan 3 (3+0) KIM3301
KIM4701 Kimia Alam Sekitar Lanjutan 3 (3+0) KIM3701
KIM4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I 2 (0+2)
KIM4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II 4 (0+4) Tiada
Tiada
Jumlah keperluan bergraduat 120 kredit
50
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Skema Program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)
Semester 1 Jam Semester 2 Jam
Kredit Kredit
NCC2000 Tamadun Islam dan NCC2002 Kenegaraan Malaysia
Tamadun Asia 2 (2+0) 3 (3+0)
BBB3101 Academic Writing Skills BBB3102 Public Speaking
MTK3006 Statistik untuk Kimia 3 (3+0) MTK3003 Matematik untuk Kimia 3 (3+0)
2 (2+0) Pengurusan dan 2 (2+0)
KIM3001 Amali Kimia Asas KIM3002 Keselamatan Bahan Kimia
2 (0+2) Kimia Fizik 2 (2+0)
KIM3100 Kimia Fizik Asas KIM3104 Mekanisma dalam Kimia
2 (2+0) Organik 3 (3+0)
KIM3200 Kimia Organik Asas KIM3201 Amali Kimia Organik
2 (2+0) Kimia Tak Organik 3 (3+0)
KIM3300 Kimia Tak Organik Asas KIM3202 Amali Kimia Tak Organik
KIM3400 Kimia Analisis Asas 2 (2+0) KIM3301 1 (0+1)
CCXXXXX Ko-Kurikulum 2 (2+0) KIM3302 Jumlah 3 (3+0)
Jumlah 3 (0+3) 1 (0+1)
Semester 4
Semester 3 20 21
Jam Penentuan Struktur Jam
NCC2001 Hubungan Etnik Kredit KIM3204 Sebatian Kimia Kredit
Kimia Organologam
KIM3102 Amali Kimia Fizik 2 (2+0) KIM3304 Peralihan 3 (3+0)
KIM4101 Kimia Koloid
KIM3203 Kimia Sebatian Karbonil 1 (0+1) KIM4201 Kimia Sebatian Semulajadi 2 (2+0)
KIM3303 Kimia Koordinatan KIM4204 Aplikasi Kimia Organik
KIM3405 Kimia Analisis Peralatan 3 (3+0) KIM4997 Kaedah Penyelidikan 3 (3+0)
3 (3+0) Dalam Sains Kimia 2 (2+0)
KIM3501 Kimia Polimer 4 (3+1) Elektif 1 (0+1)
Elektif
Elektif 3 (2+1) 2 (2+0)
Jumlah Jumlah
Semester 5 3 3
Semester 6 3
PAL3000 Asas Keusahawanan 19 BBB3103 19
Jam KIM4992A English for Occupational Jam
KIM4106 Spektroskopi Molekul Kredit Purposes Kredit
KIM4202 Kimia Biomolekul Latihan Industri
KIM3305 Kimia Keadaan Pepejal 3 (3+0) Elektif 3 (3+0)
KIM4104 Elektrokimia Elektif
Elektif 3 (3+0) Elektif 6 (0+6)
Elektif 2 (2+0) 3
Jumlah 3 (3+0) Elektif 3
3 (3+0) 3
Jumlah
3 3
3
20 21
JUMLAH JAM KREDIT BERGRADUAT 120
51
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
SINOPSIS KURSUS-KURSUS PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SAINS KIMIA)
Kursus : KIM3001 Amali Kimia Asas
Kredit : 2 (0+2)
Prasyarat : Tiada
Amali di dalam kursus ini melibatkan penggunaan teknik asas eksperimen untuk menganalisa sampel.
Ini termasuklah kaedah kimia analisis, organik, tak organik dan fizikal.
Kursus : KIM3002 Pengurusan dan Keselamatan Bahan Kimia
Kredit : 2 (0+2)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini akan membincangkan tentang keselamatan secara am, perlindungan diri dan pakaian
keselamatan serta pengenalpastian bahaya kimia bahaya. Penekanan juga akan diberikan kepada
pengkelasan bahan kimia. Hubungan bahan kimia dengan toksikologi, pelabelan, pengendalian,
penyimpanan dan pengangkutan bahan kimia juga akan dibincangkan.Tajuk-tajuk lain seperti pelupusan
sisa kimia, kebakaran, akta keselamatan kimia dan pengurusan keselamatan, pangkalan data bagi
keselamatan kimia turut diperkenalkan dalam kursus ini.
Kursus : KIM3100 Kimia Fizik Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Topik-topik asas kimia fizik seperti teori atom, teori ikatan, keadaan jirim, elektrokimia, kinetik tindak balas
dan hukum gas akan dibincangkan.
Kursus : KIM3102 Amali Kimia Fizik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Eksperimen dalam kursus ini adalah mengenai proses peneutralan haba, keseimbangan rungkaian etil
asetat, isipada molar separa, system gambarajah tiga fasa, konduktiviti larutan, penjerapan, ketegangan
permukaan, kimia kinetic dan termokimia.
Kursus : KIM3104 Kimia Fizik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi tiga topik utama dalam kimia fizik iaitu kimia termodinamik, kimia dinamik dan
perubahan fizikal bahan tulen. Termodinamik: Hukum-hukum Gas, Hukum Termodinamik Pertama, Kedua
dan Ketiga; Kimia Dinamik: Pergerakan molekul, Kadar tindakbalas dan Dinamik Tindakbalas; Perubahan
Fizikal: Rajah Fasa dan Aspek termodinamik perubahan fasa.
Kursus : KIM3200 Kimia Organik Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Sistem penamaan IUPAC, sifat, tindak balas dan penyediaan bagi sebatian hidrokarbon dan terbitannya
seperti alkana, alkena, alkohol, alkil halida dan sebatian aromatik serta terbitannya. Beberapa tindakbalas
mudah yang melibatkan mekanisme juga akan turut dibincangkan.
Kursus : KIM3201 Mekanisma dalam Kimia Organik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi pengenalan kepada mekanisme tindakbalas bagi sebatian organik seperti
tindakbalas SN1, SN2, E1 dan E2; dan juga sifat, tindakbalas dan mekanisma tindakbalas bagi sebatian
organik seperti alkena, diena, alkil halida, alkohol dan tindakbalas perisiklik.
52
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : KIM3202 Amali Kimia Organik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus in melibatkan ujikaji bagi menerangkan konsep asas seperti tindak balas SN2, tindak balas Fridel-
Craft, pengoksidaan dan sintesis sebatian organic. Masalah penyelesaian berhubung kait dengan analisis
spektroskopi dan penulisan laporan amali juga turut dibincang.
Kursus : KIM3203 Kimia Sebatian Karbonil
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3201
Topik-topik kursus ini akan membincangkan tentang sifat-sifat kimia dan fizikal, tindakbalas dan
mekanisma kumpulan karbonil bagi aldehida, keton, amida, asid karboksilik serta terbitannya, sebatian ǃ-
dikarbonil dan terbitan benzena.
Kursus : KIM3300 Kimia Tak Organik Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Topik yang akan dibincangkan adalah seperti struktur atom, struktur molekul dan pengikatan, tindak balas
pengoksidaan dan penurunan, perkalaan dan jadual berkala, perkalaan sifat kimia, unsur blok-s,
kumpulan III, IV, V, VI, VII & VIII dan unsur blok-d.
Kursus : KIM3301 Kimia Tak Organik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus pengenalan kepada konsep-konsep kimia tak organik. Tajuk-tajuk yang terkandung dalam kursus
ini adalah sintesis, pengikatan kimia, stereokimia dan kereaktifan sebatian tak organik kumpulan utama
serta unsur-unsur peralihan.
Kursus : KIM3302 Amali Kimia Tak Organik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Amali ini melibatkan ujikaji beberapa sifat umum unsur dan kompleks logam peralihan serta penggunaan
teori kumpulan dalam menentukan simetri kompleks orbital atom dan orbital molekul. Pengenalan kepada
beberapa teori ikatan logam-ligan dan pendekatan teori-teori berkenaan dalam menentukan spektra
elektronik dan sifat- sifat kemagnetan kompleks logam peralihan juga mekanisme yang dikenakan dapat
diaplikasi dalam eksperimen yang dijalankan. Reaktiviti dan mekanisme serta kaedah-kaedah sintesis
semasa untuk sebatian tak organik dan organologam akan diberi perhatian yang lebih.
Kursus : KIM3303 Kimia Koordinatan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3301
Kursus ini meliputi topik-topik seperti ligan, penamaan, struktur geometri dan keisomeran, penyediaan,
kestabilan, teori orbital molekul kompleks logam peralihan, teori medan ligan dan sifat kemagnetan.
Kursus : KIM3304 Kimia Organologam Peralihan
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : KIM3301
Kursus ini merupakan pengenalan kepada kimia organologam peralihan. Topik-topik adalah termasuk
jenis-jenis ligan, mekanisma tindak balas organologam dan penggunaan kompleks logam peralihan dalam
pemangkinan.
53
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : KIM3305 Kimia Keadaan Pepejal
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3301
Membincangkan struktur dan tenaga bagi keadaan pepejal. Tajuk-tajuk adalah struktur pepejal, kaedah
pencirian terkini, strategi penyediaan, perubahan fasa, kecacatan dan tidak stoikiometri, hubungan struktur
dan sifat, rekabentuk bahan dan keaktifan pepejal.
Kursus : KIM3400 Kimia Analisis Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini akan membincangkan tentang prinsip asas analisis isipadu, kaedah analisis gravimetri, kaedah-
kaedah pentitratan asid-bes, kompleksometri, redoks dan pemendakan. Pengenalan kepada ralat dan
pengolahan data analisis serta pensampelan dan penyediaan sampel analisis juga akan dibincangkan.
Kursus : KIM3405 Kimia Analisis Peralatan
Kredit : 4 (3+1)
Prasyarat : KIM3400
Topik-topik dalam kursus ini membincangkan aplikasi kaedah spektroskopi, kaedah analisis kromatografi dan
kaedah elektroanalisis dalam kimia analisis. Kaedah-kaedah yang akan dibincangkan merangkumi kaedah
kolorimetri, spektroskopi penyerapan dan pancaran, kaedah kromatografi gas (termasuk GC-MS),
kromatografi cecair; serta elektrod pemilih-ion dan polarografi.
Kursus : KIM3501 Kimia Polimer
Kredit : 3 (2+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini menerangkan dengan terperinci tajuk-tajuk seperti pengkelasan polimer, struktur polimer,
mekanisma dan kinetik pempolimeran, teknik pempolimeran, termodinamik larutan polimer, penentuan berat
molekul, sifat keadaan pepejal polimer, keadaan kaca, elastomer dan termoset.
Kursus : KIM3701 Kimia Alam Sekitar
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3400
Topik-topik dalam kursus ini meliputi idea asas komposisi dan struktur bumi. Perbincangan mengenai proses-
proses kimia dan pencemaran di hidrosfera dan litosfera akan diberi penekanan. Kursus ini juga
memperkenalkan elemen-elemen utama di dalam kerak bumi dan kitaran semulajadi elemen-elemen yang
tertentu.
Kursus : KIM4101 Kimia Koloid
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi pelbagai konsep-konsep dimensi partikulat seperti penyebaran, emulsi, busa, aresol,
polimer larut air, pembasahan, penggumpalan dan penstabilan. Ciri fizikal seperti fenomena permukaan,
termodinamik dan pengukuran saiz partikel juga akan turut dibincangkan.
Kursus : KIM4102 Kimia Kuantum
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi dua topik utama dalam kimia kuantum iaitu teori kuantum serta struktur atom &
spectra atom. Topik yang dibincangkan adalah Teori Kuantum: prinsip kuantum mekanik, persamaan
Schrodinger, partikel dalam kotak, fungsi gelombang, tenaga, ketumpatan kebarangkalian, teori gangguan;
Struktur Atom dan Spektra Atom: struktur dan spectra atom bersifat hidrogen, struktur bagi atom banyak
elektron, penghampiran orbital, orbital SCF.
54
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : KIM4104 Elektrokimia
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi topik-topik lanjutan dalam bidang elektrokimia dan kimia larutan. Topik
yang dibincangkan adalah campuran ringkas, keseimbangan kimia, keseimbangan elektrokimia, pergerakan
molekul dalam cecair, difusi, dinamik pemindahan elektron: voltametri, sel bahananpi dan pengaratan.
Kursus : KIM4105 Kimia Permukaan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Perbincangkan akan ditumpukan kepada Topik-topik asas kimia permukaan seperti ikatan antara muka
pepejal-cecair, cecair-cecair, pepejal-gas dan penyebaran dan pembasahan akan dibincangkan.
Kursus : KIM4106 Spektroskopi Molekul
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan topik-topik seperti simetri dan teori kumpulan, kimia kuantum dan spektroskopi
molekul. Simetri dan Teori Kumpulan: Unsur dan Operasi Simetri, Pengkelasan Molekul, dan Jadual Pencirian;
Kimia Kuantum: Prinsip Kuantum Mekanik, Persamaan Schrodinger, Partikel dalam Kotak, Fungsi Gelombang,
Ketumpatan Kebarangkalian, Gerakan Getaran dan Putaran; Spektroskopi Molekul: Spektra Putaran dan
Getaran, Peralihan Elektronik dan Resonans Magnet.
Kursus : KIM4201 Kimia Sebatian Semulajadi
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : KIM3203
Kursus ini membincangkan secara terperinci mengenai pengkelasan, struktur, tapak jalan metabolisma dan
biosintesis bagi sebatian semulajadi seperti terpenoid, alkaloid, flavonoid, steroid; dan juga perancangan
kaedah sintesis sebatian organik.
Kursus : KIM4202 Kimia Biomolekul
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : KIM3201
Topik-topik kursus ini akan membincangkan secara terperinci mengenai pengkelasan, struktur, konformasi
dan stereokimia bagi sebatian biomolekul seperti karbohidrat, protein, lipid dan vitamin.
Kursus : KIM4203 Kimia Heterosiklik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3203
Kursus ini akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan sebatian aromatik heterosiklik
gelang berahli-5 dan berahli-6 dengan satu heteroatom juga sebatian yang mempunyai 2-heteroatom.
Tindakbalas perisiklik iaitu tindakbalas penambahan siklo, tindakbalas elektrosiklik dan penyusunan semula
sigmatropik juga turut akan dibincangkan.
Kursus : KIM4204 Aplikasi Kimia Organik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus in melibatkan penggunaan teknik asas eksperimen seperti stim distilasi dan kaedah kromatografi
turus untuk mengestrak dan mengasingkan sebatian tulen daripada sebatian semulajadi. Modifikasi dan
elusidasi struktur juga akan dibincang dalam kursus ini.
55
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : KIM4205 Kimia Lipid
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini akan membincangkan lipid dari perspektif bidang sains oleokimia dan industri oleokimia terutama
berkaitan dengan sumber dan fungsi lipid dalam tumbuhan, pengkelasan dan analisis lipid menggunakan
teknik klasik dan intrumentasi, sifat fizikal dan kimia lipid. Pemprosesan lipid akan turut dibincangkan.
Kursus : KIM4206 Kimia Organik Fizik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3203
Topik-topik dalam kursus ini akan membincangkan tentang ikatan kimia, stereokimia, perhubungan tenaga
bebas linear (Persamaan Hammet), mekanisma tindakbalas (termasuk termokimia, kinetik, kesan-kesan
isotop, kesan-kesan pelarut dan kumpulan pengganti), perantaraan reaktif (radikal bebas, karbena,
karbanion dan karbokation) dan pengenalan tindakbalas fotokimia.
Kursus : KIM4301 Kimia Organologam Peralihan Lanjutan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3304
Kursus ini membincangkan beberapa topik lanjutan dalam kimia organologam peralihan, seperti sintesis
lanjutan kompleks organologam, kimia organologam lantanida dan aktinida, ikatan logam dengan logam,
kompleks kluster, peranan kompleks organologam dalam pemangkinan lanjutan, kimia bio-organologam dan
aplikasi kimia organologam peralihan dalam industri.
Kursus : KIM4302 Kimia Fullerena
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3301
Kursus ini membincangkan tentang allotrop karbon fullerena dari sudut sejarah penemuan, cara sintesis,
sifat- sifat fizikal dan kimia, mekanisme pembentukan, kaedah spektroskopi yang berkaitan, ramalan struktur
menggunakan teori mekanikal kuantum serta contoh kegunaan bahan-bahan terbitan fullerena dalam industri.
Kursus : KIM4303 Kimia Koordinatan Lanjutan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3303
Kursus ini membincangkan beberapa topik lanjutan dalam kimia tak organik dan kimia koordinatan, seperti
kompleks d-logam, spektra elektronik kompleks, mekanisme tindak balas untuk kompleks d-logam, teori
orbital molekul, teori medan ligan dan aplikasi, serta peranan sebatian koordinatan dalam kimia perubatan.
Kursus : KIM4401 Kimia Forensik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3403@KIM3405
Kursus ini memperkenalkan bidang sains forensik, prinsip penyiasatan di tempat kejadian dan
kepentingannya dalam siasatan, prosedur mahkamah dan peranan saksi perunding. Peranan kimia analisis di
dalam bidang forensik dan teknik terkini yang digunakan dalam penyiasatan di tempat kejadian dan di
dalam makmal juga akan dibincangkan.
Kursus : KIM4501 Kimia Polimer Industri
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3501
Kursus ini membincangkan penggunaan kimia polimer dalam industri pembuatan produk berasaskan polimer.
Tajuk-tajuk yang akan diliputi adalah sifat-sifat bahan, kaedah penyediaan, penggunaan, teknologi
penghasilan dan pemprosesan; modifikasi kimia getah asli dan komposit; penghasilan dan penggunaan
gentian sintetik, gentian karbon dan gentian kaca, teknologi pembuatan cat, varnis, dan perekat; teknologi
pembuatan kertas.
56
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : KIM4502 Kimia Cat Dan Penglitup
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3501
Kursus ini menerangkan konsep asas mengenai cat dan penglitup. Topik adalah formulasi, jenis jenis cat dan
penglitup; sistem cat; pigment, pelarut, pengikat, bahan aditif, pengisi; penghapusan cat; teknologi
penghasilan, sifat-sifat dan pengujian; penggunaan dan isu global yang melibatkan industri ini.
Kursus : KIM4601 Kimia Bahan Industri
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan tentang jenis dan sifat kimia dan fizik bahan-bahan seperti minyak, gas, aerosol,
logam, keluli, polimer, plastik, seramik dan komposit. Selain itu, kaedah mensintesis bahan-bahan
perindustrian berteknologi tinggi seperti hablur cecair, semikonduktor, bahan komposit dan gentian optik turut
dibincangkan.
Kursus : KIM4602 Kimia Seramik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Perbincangan akan ditumpukan kepada pengkelasan bahan dan seramik. Sifat kimia dan fizik bahan seramik,
kepentingan produk dalam kegunaan harian dan kaedah pembuatannya. Teori-teori berkaitan kaedah-
kaedah pensintesisan serbuk seramik dan kaedah penciriannya.
Kursus : KIM4603 Kimia Kosmetik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan perkaitan kimia dalam kosmetik. Perbincangan akan ditumpukan kepada sistem
integumetri kulit, rambut, kuku, perapina kulit, proses asas penuaan; asas dalam rumusan kosmetik seperti
pengemulsi, bahan aktif, pewangi dan pewarna; bahan oleokimia dan minyak kelapa sawit; cara penyediaan
dan formulasi bahan kosmetik akan turut dibincangkan. Aspek pembangunan produk, kualiti, keselamatan
alam sekitar dan perundangan juga akan diberi penekanan.
Kursus : KIM4604 Petrokimia
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan pembuatan dan pemprosesan bahan-bahan asas petrokimia yang penting di
dalam industri petroleum. Bahan-bahan ini termasuk olefina dan bahan aromatik dan terbitannya.
Pembuatan gas karbon dioksida, hidrogen, ammonia dan lain-lain juga akan dibincangkan.
Kursus : KIM4605 Kimia Sintetik dan Aplikasi
Kredit : 3 (2+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada kursus-kursus kimia teras yang telah diambil oleh pelajar, ia
menekankan dari aspek kimia sintetik dan konsep yang dipelajari akan diaplikasikan dalam projek
penyelidikan mini yang akan dijalankan oleh pelajar. Penulisan saintifik dan pembentangan hasil projek itu
akan diterapkan dalam kursus.
Kursus : KIM4606 Teknik Analisis Permukaan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3301
Kursus ini membincangkan teknik-teknik analisis permukaan dalam kimia tak organik dan kimia bahan.
Topik- topik yang dibincangkan adalah prinsip asas alatan, rekabentuk alatan, dan aplikasi sesuatu alatan itu
dalam mencirikan sifat sesuatu bahan.
57
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : KIM4701 Kimia Alam Sekitar Lanjutan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3701
Topik-topik dalam kursus ini membincangkan secara lanjut proses-proses kimia dan pencemaran di
atmosfera terutamanya di stratosfera dan troposfera. Sebagai tambahan, mekanisma kesan rumah hijau dan
pemanasan global akan turut dibincangkan. Kursus ini juga memperkenalkan bahan-bahan sisa
merbahaya dan cara pengurusannya.
Kursus : KIM4992A Latihan Industri
Kredit : 6 (0+6)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pengurusan sesuatu organisasi,
merangkumi aspek teknikal atau/dan praktikal, keusahawanan dan saintifik. Melalui latihan yang diterima,
pelajar akan juga diuji kemahiran berkomunikasi dan sifat profesional serta etika mereka dalam proses
menyempurnakan sesuatu tugasan.
Kursus : KIM4997 Kaedah Penyelidikan dalam Sains Kimia
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep dan kaedah saintifik dalam melakukan penyelidikan. Konsep
asas statistik akan diperkenalkan seperti populasi, pensampelan dan jenis-jenis taburan yang berkaitan.
Unsur-unsur etika dalam melakukan penyelidikan juga akan diberikan. Akhirmya, kursus ini akan memberi
pendedahan kepada pelbagai tenik/kaedah penulisan dan pembentangan lisan dalam suatu topik sains kimia
yang dipilih.
Kursus : KIM4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I
Kredit : 2 (0+2)
Kursus : KIM4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II
Kredit : 4 (0+4)
Prasyarat : Tiada
Pelajar tahun akhir dikehendaki melaksanakan satu penyelidikan di bawah bimbingan seorang atau
lebih pensyarah di Jabatan. Pelajar dikehendaki mengemukakan satu proposal dan tesis penyelidikan untuk
dinilai masing-masing pada awal dan akhir semester. Setelah selesai penyelidikan, pelajar dikehendaki
membentangkannya dalam seminar dan menyerahkan tesis yang dijilidkan kepada Jabatan.
Kursus : MTK3003 Matematik untuk Kimia
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan matriks dan penentu, serta aljabar vektor. Kursus ini juga membincangkan konsep
dalam kalkulus satu pembolehubah untuk memahami fungsi, terbitan dan kamiran fungsi.
Kursus : MTK3006 Statistik untuk Kimia
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan konsep statistik termasuk perihalan data, taburan kebarangkalian, ujian
hipotesis, regresi linear sehingga dua pembolehubah dan korelasi.
58
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
SINOPSIS KURSUS TERAS UNIVERSITI
Kursus : BBB3101 Academic Writing Skills
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MUET Band 3,4,5,6
This course is designed to develop students’ competence in academic writing. It introduces students to the
skills needed to become effective writers. The approach adopted in the course is the process-centred
approach. Students will be guided through the main stages in academic writing such as pre-writing, outlining,
drafting and revising which will enable them to produce well-organised and adequately develop essays. The
course also exposes students to typical rhetorical modes or organizational patterns in academic writing
modelled by selected reading articles, which they can later draw on in their university work. Emphasis is also
given to creative and critical thinking which are integral to the process of academic writing. Grammatical items
and patterns pertinent to academic writing are taught in the course to develop the analytical skills needed by
the student to edit their written work.
Kursus : BBB3102 Public Speaking
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : MUET Band 3,4,5,6
This course helps students to develop confidence and skill to interact and deliver public speeches effectively
using the norms and etiquette required of those who speak the language. To begin with, students are
introduced to the theories of speech communication and guidelines on the preparation and delivery of public
speeches. Students will be trained to generate, develop and organize ideas into speeches, either to
inform, persuade and/or entertain specific audiences. Listening and speaking skills are also emphasized in the
course.
Kursus : BBB3103 English For Occupational Purposes
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : BBB3101 dan BBB3102
The course will cover a range of topic that is related to occupational needs such as Workplace Communications,
Business Correspondence and Effective Presentations. Learners will learn common language functions and to
utilize them appropriately in work situations. Exercise and practical in-class sessions will be conducted to give
learners a view of English communication needs in the work place.
Kursus : PAL3000 Asas Keusahawanan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memberi pendedahan dan penekanan terhadap aspek-aspek penting pengurusan perniagaan.
Tumpuan adalah ke atas konsep teori dan prinsip keusahawanan. Kursus ini mengintegrasi dan mengaplikasi
prinaip dan kaedah-kaedah penting perniagaan untuk menjadi usahawan Berjaya. Sehubungan dengan itu
permasalahan dan cabaran dihadapi usahawan di alaf baru turut dibincang.
Kursus : NCC2000 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini bermula dengan pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina dan
India); Islam dalam tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan tamadun di Malaysia. Kursus ini
turut membincangkan isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Islam Hadhari dan
pendekatannyadalam proses pembangunan Negara.
59
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Kursus : NCC2001 Hubungan Etnik
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memfokuskan perbincangan berkenaan konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik, meneliti
sejarah dan perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Ia bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang
bersatu padu menurut acuan Malaysia dan hubung jalin antara wilayah ASEAN. Di akhir kursus pelajar dapat
memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di Malaysia.
Kursus : NCC2002 Kenegaraan Malaysia
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini menekankan pengajian tentang hal-ehwal Negara Malaysia. Ia bermula dengan latar belakang
sejarah awal negara sehingga penubuhan persekutuan Malaysia. Ia juga membincangkan beberapa aspek
berkaitan system dan struktur pentadbiran di Malaysia, termasuklah sistem demokrasi berparlimen,
Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan. Dasar-dasar utama Negara seperti
Dasar Pembangunan Negara, Dasar Luar Negara dan Wawasan 2020 juga turut dibincangkan.
Pelajar Antarabangsa
Kursus : BBB3200 Bahasa Melayu Komunikatif (Communicative Malay Language
Kredit : 3(2+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar luar negara yang ingin mempelajari asas-asas Bahasa Melayu yang
digunakan dalam komunikasi harian sama ada dalam suasana formal atau tidak formal. Pelajar juga akan dilatih
untuk membaca bahan-bahan bacaan yang mudah serta menulis karangan mudah. Selain itu, pelajar juga akan
didedahkan kepada beberapa aspek kebudayaan Melayu yang dianggap penting melalui tayangan video,
ceramah-ceramah serta lawatan.
Kursus : CSF4203 Teknologi Multimedia (Multimedia Technology)
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknologi masa kini dalam multimedia. Ia melibatkan pembelajaran
mengenai perkakasan dan perisian multimedia, piawaian dalam industri multimedia, kepentingan
multimedia dalam pelbagai bidang, aplikasi multimedia, unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, gambar,
bunyi, video dan animasi dan pembangunan projek multimedia, perlaksanaan projek multimedia dan pengurusan
projek multimedia.
Kursus : NCC2003 Pengajian Malaysia (Malaysian Studies)
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini adalah mengenai pengajian kenegaraan Malaysia. Ia merangkumi evolusi pembangunan dan
pembentukan Malaysia semenjak pra-sejarah sehingga kewujudan negara pada hari ini. Di samping itu, kursus
ini menekankan tentang agenda politik, ekonomi dan pembangunan sosial Malaysia, di kedua-dua peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuk sistem dan struktur kerajaan, konsep demokrasi berparlimen,
Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Dasar-dasar utama Negara seperti
Dasar Pembangunan Negara, Dasar Luar Negara dan Wawasan 2020 juga turut dibincangkan.
60
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
PENGECUALIAN KURSUS
i) “Pengecualian Kursus” ertinya kursus yang dikecualikan kepada pelajar untuk mengambilnya kerana
pelajar tersebut telah mengikuti kursus yang setara dan lulus serta tertakluk kepada persetujuan Pusat
Pengajian yang menawarkan kursus tersebut.
ii) Pelajar layak memohon pengecualian kursus berdasarkan kelayakan akademik sedia ada seperti
sijil/diploma/pengalaman setara yang diiktiraf oleh Universiti.
iii) Pelajar yang bertukar program samada dalam universiti atau dari universiti lain juga layak memohon
pengecualian kursus.
iv) Pengecualian kursus hanya boleh dimohon sehingga minggu ke empat pada semester
pertama pengajian dan sehingga minggu ke empat pada semester kedua pengajian.
v) Pengecualian kursus boleh diberi kepada pelajar yang telah mengikuti kursus yang setara dan lulus
(tertakluk kepada ketetapan program pengajian).
vi) Pengecualian kursus yang boleh diberikan tidak melebihi dari satu pertiga (1/3) daripada jumlah beban
kredit yang diperlukan untuk bergraduat.
vii) kursus yang diberi pengecualian tidak boleh didaftar semula oleh pelajar bagi meningkatkan Purata
Nilaian Gred Kumulatif (PNGK). Pelajar hanya dibenarkan mengambil semula kursus tersebut sebagai
audit sahaja.
viii) Kursus yang dimohon pengecualian hendaklah telah diambil dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun
dari tarikh permohonan.
ix) Pusat Pengajian berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk pelajar, jika perlu,
dalam bentuk temuduga atau peperiksaan khas.
Dipetik daripada: Peraturan Akademik, Universiti Malaysia Terengganu (Edisi 6)
61
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
62
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
BAHAGIAN D
PANDUAN TELEFON &
EMAIL KAKITANGAN
PENTADBIRAN
63
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
64
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
PANDUAN TELEFON DAN EMAIL KAKITANGAN PENTADBIRAN
PEJABAT DEKAN
Bil. Nama Jawatan E-Mail 09-6684100 @
1. Prof. Dr. Hamdan bin Suhaimi 09-668-XXXX
2. Kamsiah binti Abdul Latif Dekan [email protected]
3. Dr. Hazlina binti Ahamad Zakeri Setiausaha Pejabat [email protected] (Samb.)
Timbalan Dekan [email protected] 3144/3391
4. Sharifah Suryani binti Al Sayed Ali (Akademik dan Pelajar) [email protected]
5. Prof. Madya Dr. Wan Mohd [email protected] 3145
Setiausaha Pejabat
Khairul bin Wan Mohamed Zin Timbalan Dekan [email protected] 3510/3357
6. Sharifah Suryani binti Al Sayed Ali (Bakat & Penyelidikan) [email protected] 3291
7. Fazrul bin En. Hassan
Setiausaha Pejabat 3315/3125
Penolong Pendaftar
Kanan (Kewangan) 3291
3618
Bil. Nama PEJABAT AM E-Mail 09-6683100 @
1. Asma Aishah bt Ismail Jawatan 09-668-XXXX
Penolong Pegawai Tadbir [email protected].
2. Faridah binti Ja’afar my (Samb.)
3. Mohd Hanif bin Ahmad Pembantu Tadbir Kanan [email protected] 3454
4. Suhaila binti Abu Samah Pembantu Tadbir (P/O) [email protected]
5. Khadijah binti Mamat Pembantu Tadbir (P/O) [email protected] 3287
6. Wan Azdayanti binti Wan Awang Pembantu Tadbir (P/O) [email protected] 3287
7. Mahani binti Jusoh Pembantu Operasi [email protected] 3673
8. Mohd Amir bin Abdul Aziz Pembantu Awam [email protected] 3607
Pembantu Operasi [email protected] 3607
3607
3607
MAKMAL SAINS BIOLOGI
Bil. Nama Jawatan E-Mail 09-6683100 @
09-668-XXXX
1. Norazlina binti Abdul Aziz Pegawai Sains Kanan [email protected] (Samb.)
2. Ku Naiza binti Ku Nordin 3224
3. Mahidawati binti Mamat Penolong Pegawai Sains [email protected]
Pembantu Makmal Kanan [email protected] 3229
4. Normaizianti binti Mohd Pilus 3227
5. Abd. Ridzuan bin Abd. Razak Pembantu Makmal [email protected] 3162
6. Makmal Biokimia
7. Makmal Biologi Umum Pembantu Makmal [email protected] 3162
8. Makmal Histologi
9. Makmal Bioteknologi - - 3229
- - 3135
- - 3162
3223
65
Buku Panduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
Bil. Nama MAKMAL SAINS KIMIA E-Mail 09-6683100 @
Jawatan 09-668-XXXX
1. Mohd Yusri bin Mirang (Samb.)
2. Maswadi bin Mustafa
Pegawai Sains Kanan [email protected]. 3616
3. Hamin Jusoh [email protected]
Penolong Pegawai 3664
4. Mohd. Jamaluddin bin Jusoh Sains [email protected] 3134
5. Mohd. Tarmizi bin Manaf Pembantu Makmal
Kanan [email protected] 3664
6. Mohd. Ridhwan bin Harun 3664
7. Mohd Azmi Mohd Hassan Pembantu Makmal [email protected] 3664
Kanan 3134
Pembantu Makmal [email protected]
Kanan [email protected]
Pembantu Makmal
Pembantu Makmal
Bil. Nama MAKMAL FIZIK E-Mail 09-6683100 @
Jawatan 09-668-XXXX
1. Nusaibah binti Yusof [email protected] (Samb.)
2. Patheiah binti Mohamad Pegawai Sains Kanan [email protected] 3670
Pembantu 3557
Makmal Kanan
NO. TELEFON PEJABAT AM UMT No. Telefon
09-668-4100
Bil. Nama PTJ 09-668-4114
1. Talian Utama (Operator) 09-668-4142/4121
2. Pejabat Am Pengawal 09-668-4226/4227/4136
3. Pejabat Am Pembangunan Pelajar 09-668-4116
4. Pejabat Am Bendahari 09-668-3791/3784
5. Pejabat Am Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah 09-668-4930/4931
6. Pejabat Am Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi 09-668-3149
7. Pejabat Am Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan 09-668-4139/5003
8. Pejabat Am Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran 09-668-4149/4163
9. Pejabat Am Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur 09-668-3990/3322
10. Pejabat Am Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Maritim 09-668-3320/3374
11. Pejabat Am Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan 09-668-3351
12. Pejabat Am Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
13. Pejabat Am Pusat Pendidikan Asas dan Liberal
66
CATBuAkuTPAanNduan Pusat Pengajian Sains Asas | Sesi 2016/2017
67