The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hema Malini, 2023-08-17 02:00:23

PROJEK BUKU SKRAP

PROGRAM KAUNSELING

Keywords: UBK

Murid Ceria,Guru Bahagia Dan Sekolah Bitara: Lebih Baik Cegah BUKU SKRAP DIGITAL 20 Julai 2023


BIODATA/MAKLUMAT DIRI NAMA: WAN QISTINA SALSABILA BINTI WAN NOREFENDI NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA KOD SEKOLAH: BEA 8623 TINGKATAN: 2 KEKWA GURU PEMBIMBING: CIKGU CHEAH FAR JAWATAN GURU: BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.0 PENGENALAN Fokus utama bagi penghasilan buku skrap dalam talian ini adalah untuk mempromosikan murid ceria, guru bahagia dan sekolah bitara: Cegah lebih baik sebagai contoh, sekolah bebas DADAH, ROKOK, VAPE, INHALAN, PENYAKIT HIV AID (DARVIH). Buku skrap dalam talian ini dapat membantu promosi makluman dengan lebih meluas dan dapat dicapai dengan lebih mudah untuk rujukan khususnya kepada murid-murid, guru dan juga sekolah. Melalui buku skrap dalam talian ini juga, kefahaman terhadap isu-isu semasa seperti keruntuhan akhlak dan kelemahan disiplin di kalangan murid-murid akan dihuraikan secara terperinci bagi membantu menambahbaik pengetahuan dan memberi kesedaran untuk pembangunan bersama. Selain itu, kupasan terhadap penekanan kepada pendekatan pencegahan akan diperhalusi lagi dengan tujuan untuk mengenal pasti permasalahan murid dari peringkat awal seterusnya mencadangkan langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian bagi membendung isu daripada akar umbi lagi agar ia tidak terus menular seterusnya mencegahnya. Inisiatif luhur ini dapat memperkembangkan lagi potensi murid secara holistik dan seimbang serta mewujudkan budaya moral yang lebih berakhlak mulia dan beramal soleh selaras dengan Konsep Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC).


2.0 RASIONAL Pendekatan pencegahan terhadap isu keruntuhan akhlak, kelemahan disiplin dalam pendidikan pada masa kini sangat mustahak khususnya bermulanya dari sekolah rendah. Usaha ini bertepatan dengan peribahasa yang menyatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Suasana pembelajaran kondusif dan positif dapat diwujudkan di sekolah. Program lestari dan berimpak tinggi seperti Projek Anak Angkat (PAN), pameran atau seminar berteraskan peningkatan akademik dan moral juga perlu diperkenalkan di sekolah untuk mengajak semua pihak teruatamanya murid-murid, guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa bagi memupuk budaya mesra sekolah seterusnya membantu meningkatkan lagi daya sokongan daripada semua pihak. Selain itu, pengukuhan di dalam program kaunseling dan pembimbing rakan sebaya juga dapat harus diteruskan kerana kaunseling melalui rakan sebaya lebih dekat di hati murid. Impak daripada promosi ini juga dapat memperkukuhkan pencapaian prestasi akademik dalam kalangan murid. Malahan, kesejahteraan minda dan emosi terbina dalam kalangan semua pihak yang terlibat.


3.0 MATLAMAT Pencegahan terhadap isu keruntuhan akhlak dan kelemahan disiplin di sekolah amat penting. Persekitaran pembelajaran yang teraputik dan selamat serta menggalakkan di sekolah dapat membentuk suasana yang harmoni. Murid-murid akan berasa lebih selamat untuk berada di sekolah, bergaul secara sihat dengan rakan sebaya, mengadakan aktiviti sekolah tanpa rasa tekanan atau takut. Pembentukan adab, akhlak dan integriti dapat diusahakan di dalam mahupun luar bilik darjah. Langkah ini sejajar dengan penerapan Konsep Karamah Insaniah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Yang Berhormat (YB) Puan Fadhlina Sidek melalui siding media khas KPM pada 15 Disember 2022. Dalam pembentukan karamah insaniah, Timbalan Menteri Pendidikan, KPM telah mengadakan pelbagai program untuk membentuk murid-murid agar mempunyai jati diri, keperibadian yang luhur, keterampilan, kepemimpinan yang berilmu, amanah, cekap, integriti, proaktif dan lain-lain. Pihak sekolah juga perlu menggembleng tenaga untuk sama-sama menjayakan program ini.


4.0 0BJEKTIF Meningkatkan sahsiah murid yang lebih sejahtera, ceria dan riang melalui Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Menerusinya, murid berkeupayaan untuk menilai dan memberi pertimbangan yang sewajarnya seterusnya dapat mengasingkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang merosakkan diri dan nyawa. Mengasah disiplin diri murid sekolah agar mereka menyandang jati diri yang utuh mendasari Program Pemantapan Sahsiah Terbilang Murid. Menelusurinya, sahsiah serta disiplin murid yang baik dan padu dapat dijana.


5.0 PENGISIAN 5.1 Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Program ini menjadi buah mulut para guru dan pelajar-pelajar sesi pagi SMKTSM. Program ini merupakan program kerjasama antara pihak sekolah dan juga PDRM yang telah diadakan pada bulan Mei 2023 yang lalu. Visi PPDa adalah “ Sekolah Bebas Dadah ” dengan misi untuk melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Melalui program ini, pelajar-pelajar telah diberikan penerangan berkenaan bahayanya dadah, rokok, vape, bahan inhalan, dan kegiatan seks bebas kepada manusia. Dadah merupakan bahan kimia yang memberi kesan atau kemudaratan kepada pemikiran, emosi, fizikal dan tingkah laku. Dadah digunakan ke atas manusia untuk menyiasat, merawat dan mencegah penyakit. Sekiranya digunakan secara berlebihan, ia akan menyebabkan kerosakan paru-paru dan hati, kerosakan system penghadaman dan kerosakan buah pinggang. Vape juga menjadi topik yang hangat dalam program tersebut apatah lagi rokok yang sudah dinormalisasikan sejak zaman dahulu lagi. Rokok, vape menyebabkan ketagihan. Menghisap bahan tembakau meningkatkan risiko jangkitan COVID-19, asma,penyakit jantung dan kanser paru-paru.


5.2 Program Pemantapan Sahsiah Terbilang Murid Pihak sekolah telah menganjurkan Program Pemantapan Sahsiah Terbilang Murid yang berlangsung pada bulan Mei 2023 yang lalu. Aktiviti yang dianjurkan kali ini, bertemakan tentang kesedaran budaya buli di kalangan pelajar. Antara intipati program in membahaskan tentang jenis-jenis buli, kesan terjadinya buli, keburukan membuli dan lain-lain. Hal yang diperbualkan di dalam ceramah tersebut menyuntikkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bernilai kepada semua peserta untuk dijadikan benteng yang kukuh bagi menjauhi diri daripada terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan unsur-unsur anti sosial yang lain.


6.0 PENUTUP Meniti tema ini, moga-moga pembinaan perwatakan murid yang holistik dan seimbang mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dicapai. Sesungguhnya, pemupukan watak murid yang berketrampilan dan terpuji memerlukan gandingan bahu semua pihak bagai “aur dengan tebing” bagi merealisasikan hasrat murni tersebut.


7.0 PENGHARGAAN Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada bonda kesayanganku yang bernama Rosliana Othman serta ayahanda kukasih Wan Norefendi atas dorongan yang tidak berbelah bahagi serta kata-kata semangat yang membina keyakinan diri saya dalam amanah yang dipinta ini. Terima kasih juga kepada Cikgu Cheah yang tidak mengenal erti penat jernih dalam menunjuk ajar saya untuk menghasilkan sebuah karya agung ini.


Click to View FlipBook Version