The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alanginarazab, 2020-05-20 22:35:02

teks ucapan pengetua hari guru 2020

teks ucapan pengetua hari guru 2020

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam
Maxwell Dihatiku,

Yang Dihormati,

Encik Ahmad Nasaruddin bin Mokti, Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Yazid bin Alias, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Md Norsham bin Mohd Yusof , Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Mohd Adly Bin Abdullah Penolong Kanan Tingkatan 6

Pn Mariani binti Md Don, Penolong Kanan Petang

Barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,

Kaunselor,

Guru-guru yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya, kita dapat
bersua secara dalam talian bagi meraikan Sambutan Hari Guru 2020. Tahniah
kepada Kelab Guru dan Staf SMK Maxwell kerana berjaya menganjurkan
sambutan ini bagi pihak sekolah. Sesunguhnya tanpa kerjasama AJK dan semua
warga SMK Maxwell sambutan ini tidak dapat diadakan.

Seperti yang kita sedia maklum, saban tahun sambutan Hari Guru bukan sahaja
menjadi acara wajib dianjurkan di sekolah seluruh negara, tetapi juga pastinya
diraikan secara meriah dan menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan pelajar
khusus untuk golongan pendidik. Bagaimanapun pada tahun ini, sambutan itu
tidak dapat direalisasikan di sekolah memandangkan negara berdepan penularan
pandemik COVID-19 sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang menyaksikan institusi pendidikan turut ditutup, malah
sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dikendalikan melalui kaedah dalam
talian di rumah.

Namun, situasi itu tidak menghalang perancangan dan pengendalian sambutan
Hari Guru dengan mengambil inisiatif meraikan hari istimewa terbabit melalui
platform aplikasi gajet secara dalam talian. Syabas dan Tahniah!

Guru-guru yang disayangi sekalian,

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Begitulah tema hari guru pada
tahun ini. Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan
peranan ke arah merealisasikan pendidikan bagi melahirkan generasi baharu
yang bakal mewarisi kepeimpinan negara bahkan dunia sekalipun. Apa yang
saya lihat ialah para guru bukan sahaja menekankan aspek akademik dan
kokurikulum semata-mata, malah berusaha untuk membangunkan modal insan
yang memberi tumpuan kepada aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri
murid. Saya ingin berpesan agar guru-guru meneruskan usaha yang telah
dilakukan bagi meningkatkan lagi pencapaian SMK Maxwell khususnya.

Sempena Hari Guru yang bakal disambut pada esok marilah sama-sama kita
berdoa, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada semua warga guru di
Malaysia khususnya guru-guru SMK Maxwell agar dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi
manfaat agama, bangsa dan negara. Doakan agar wabak pandemik COVID-19
hilang di muka bumi ini.

Akhir kata, saya mewakili mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari
Guru buat semua guru SMK Maxwell, Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu.

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Adilfitri buat semua guru beragama
Islam.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version