The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NIZA, 2020-11-20 04:18:23

Cinta Dalam Ujian

Cinta Dalam Ujian

HAKCIPTA TERPELIHARA

Sebarang bahagian di dalam nashkah Cinta Dalam
Ujian ini dilindungi hakcipta dan TIDAK

DIBENARKAN untuk diterbitkan semula atau dijual,
kecuali mendapat keizinan rasmi daripada pihak
penulis.Terima kasih kerana menjaga amanah dan
hakcipta naskhah ini.

Cinta Dalam Ujian 2

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim. Setinggi tinggi kesyukuran
kehadrat Allah atas izin-Nya, kami berjaya
menyiapkan Ebook Cinta Dalam Ujian ini. Selawat
dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ebook ini adalah ilham yang Allah berikan
sebagai ikhtiar kami bertiga menyebarkan energi
kasih sayang sesama manusia.

Sesuai dengan seruan guru kami yang mulia,
Datuk Professor Dr Muhaya Haji Mohamad, ebook ini
juga adalah terjemahan daripada kasih sayang
beliau yang tidak putus putus menanam nilai cinta
dan kedamaian dalam jiwa rakyat Malaysia.

Terima kasih buat keluarga, para frontliners
juga seluruh rakyat Malaysia yang menyokong usaha
kami dalam proses penghasilan dan penyebaran
buku ini. Moga kalian, Allah rahmati.

Cinta Dalam Ujian 3

Asal Usul #CintaDalamCovid19

Covid-19 adalah isu semasa yang tersebar di mana
mana. Namanya meniti di bibir masyarakat.

Seluruh dunia membicarakan ‘benci’
tentangnya. Namun kami percaya, Covid-19 juga
adalah makhluk Allah. Ia ciptaan yang bergerak atas
izin-Nya jua.

Justeru, kami percaya yang berkuasa itu
adalah Pencipta. Tiada yang berkuasa melainkan
Allah. Makhluk itu lemah dan tiada daya. Sama
seperti kita.

Guru kami, Datuk Professor Dr Muhaya juga
sering mengingatkan kami untuk sentiasa fokus pada
kasih sayang tanpa syarat kepada semua ciptaan
Allah sama ada yang baik atau yang kurang baik.

Cinta Dalam Ujian 4

Melalui beliau, kami berjaya melatih minda untuk
melihat segala yang berlaku pasti ada hikmah yang
ajaib daripada Allah. Semoga Allah ganjari beliau
Syurga Firdaus.

Subhanallah... Seorang guru kami yang mulia,
Pak Nasrullah juga pernah berpesan tentang hal ini.

Ujian adalah satu bungkusan luaran yang di
dalamnya terdapat manisan. Bungkusan tersebut kita
tidak mahu dan kita ingin buang, yang kita mahu
hanya isi di dalamnya. Yang kita inginkan hanya
kebaikan. Begitulah analogi yang sedang berlaku
sekarang

Kita sedang diuji oleh Allah dengan bungkusan
Covid-19 yang penuh cabaran, namun kami percaya
ada manis di dalamnya iaitu pengajaran dan kasih
sayang Allah. Ada sesuatu yang Allah sedang didik
kami.

Semoga kita semua berjaya menjadi hamba
yang memandang setiap yang berlaku adalah dari
kasih sayang Allah.

Cinta Dalam Ujian 5

Insha-Allah dengan cara itu, kita mendapat nikmat
ketenangan sebagai hamba Allah yang sebenar.

Kepada para pembaca sekalian, boleh
luangkan masa untuk membaca ebook Cinta Dalam
Covid-19 ini bersama keluarga, pasangan dan anak
anak ya.

Mari kita terapkan nilai yang baik dalam
berkasih sayang sesama manusia dan makhluk
ciptaan-Nya. Insha-Allah.

Al-faqirah lillahi taala.
Menggali hikmah dalam musibah,
Nur Hanisah, Saidatul Husna & Amalina Nudin

#AllahDriven
#AnakDidikBondaMuhaya
#BukanDoktorBiasa

Cinta Dalam Ujian 6

Covid-19 menjadi
asbab suburnya
rasa cinta kepada
Tuhan Yang Esa,
juga kasih sesama
makhluk-Nya.

Cinta Dalam Ujian 7

KATA PENGANTAR
OLEH BONDA PROF MUHAYA

Assalamualaikum.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Saidatul Husna,
Dr Nur Hanisah, Dr Amalina Nudin yang saya percaya
ketiga-tiganya merupakan doktor-doktor yang mukminah.

Saya yakin mereka sedang menuju ke arah
profesion doktor yang bukan sahaja menggunakan ilmu
perubatan dengan mata fizikal, tetapi mata hati yang
celik melihat hanya dengan kasih sayang, insha-Allah
semua masalah dapat diselesaikan.

Walaupun kita berada dalam situasi isu virus
sekarang ini, kita perlu beroperasi dari kasih sayang
dalam jiwa yang bersih, dan menyayangi semua makhluk
tanpa syarat. Kita didik diri kita untuk tidak mahu apa-
apa manfaat untuk diri, melainkan memberi sebanyak
mungkin kebaikan untuk ummah.

Kita sedang mendidik semua orang supaya berjiwa
ummati, bukan bersifat individualistik. Bukan untuk
kekayaan, bahagia dan tenang untuk diri atau keluarga
sahaja, namun ingin terus menyebarkan kenikmatan dunia
supaya dirasai oleh semua orang di atas muka bumi ini.

Cinta Dalam Ujian 8

Ini kerana, apabila kita berinteraksi dengan baik
dengan seluruh makhluk Allah termasuk yang hidup atau
tak hidup, yang bercakap atau tidak, akhirnya kita sedang
menikmati kasih sayang Allah, menikmati rahmat Allah.

Niatkan segala kebaikan yang kita dapat itu
memberikan tenaga pada kita, untuk kita beri faedah
yang banyak kepada ummah yang lain pula. Insha-Allah,
saya yakin buku ini akan terus menjadi bacaan yang baik
untuk semua orang samada pada musim wabak atau
selepas musim wabak ini.

Marilah kita sentiasa menjadikan kasih sayang
tanpa syarat sebagai panduan kehidupan. Mengharapkan
Syurga tanpa hisab. Apabila melakukan sesuatu dalam
hidup ini, kita mengikut hukum syariat sebagai tujuan
utama, dan akhirnya kita hanya mencari redha Allah
sebagai tujuan kehidupan.

Kita sentiasa dalam keadaan ingin mengharap
Husnul Khotimah dan mengamalkan konsep hidup yang
satu; Beri Manfaat.

Sekali lagi ucapan tahniah buat ketiga-tiga doktor
ini. Semoga menjadi contoh kepada semua doktor dan
juga ahli profesional yang lain agar menjadi khalifah yang
sedar tujuan terbesar hidup di dunia ini adalah untuk
memberi manfaat.

Selamat membaca dengan mata hati, kerana tulisan
dalam buku ini ditulis dengan hati. Assalamualaikum.

Cinta Dalam Ujian 9

Cinta Dalam Ujian 10

Isi kandungan:

NUR HANISAH
• 10 Perkara Tentang Cinta Covid-19 Sedang Ajar Kita Semua
• Nota Cinta Buat Yang Rasa “Terpaksa” Kuarantin Covid-19
• Sebelum Kuarantin, Jadi Kucing. Masa Kuarantin Jadi Singa. Mak-

Mak, Betul Ke?
• 5 Tips Penting Tentang Parenting Dalam Covid-19
• Air Rahsia
• 7 Perubahan Wajib Berlaku Dalam Diri Kita Sebelum Keluar Dari

‘Gua’!

SAIDATUL HUSNA
• 7 Perkara Wanita Belajar Daripada Covid-19
• Ibu-ibu Tenang
• Tanda tanda Kita orang yang bertuah
• Wanita dan pengurusan emosi.

AMALINA NUDIN
• 7 Perkara Saya Belajar Melalui Covid-19
• 5 Tips Tenang Dalam Covid-19 Cara Prof Muhaya dan Pak Nas
• This Is My Mind Movie

BONUS – TULISAN EKSKLUSIF OLEH BONDA PROF MUHAYA

Cinta Dalam Ujian 11

DR NUR HANISAH

Bertugas di salah sebuah hospital di Kelantan.
Suka menulis tentang #HospitalTarbiah,
kerana menganggap hospital tempat mencari
hikmah dan tarbiah (didikan) buat hati.

Seorang penulis kepada 11 buah buku
salah satunya bertajuk Doktor Cinderella.

Hari ini sudah mempunyai 10 ribu
followers di Facebook.

Cinta Dalam Ujian 12

1. Guru mula merindukan anak muridnya.
2. Ibu bapa menanti-nanti masa untuk bertemu

anak yang terpisah jarak.
3. Ibu lebih prihatin dengan kebersihan dan

makanan sihat buat suami dan anak-anaknya.
4. Ibu memasak dengan lebih kasih sayang buat

seisi keluarga.
5. Anak-anak/suami lebih menghargai nikmat

masakan hasil air tangan ibu/isteri pada waktu
ini.
6. Isteri berpakaian cantik di hadapan suami.
7. Masyarakat Islam mula merindukan masjid,
tempat sumber kekuatan jasad dan ruh.

Cinta Dalam Ujian 13

8. Manusia lebih menghargai nikmat bersiar-siar
di luar rumah dan bertemu alam.

9. Masyarakat mula menghargai kerja-kerja
frontliners terutama kakitangan hospital yang
terkedepan dalam memerangi wabak ini.

10. Kita bertambah cinta kepada Pencipta makhluk
yang diberi nama Covid-19. Berdoa dengan
penuh harap supaya ia diangkat semula dengan
rahmat dan kasih sayang-Nya.

“Ya Allah, terima kasih Kau ciptakan makhluk ini
sebagai bungkusan hadiah untuk kami lebih

mendekat dan bertambah cinta kepada kepada
Engkau dan sesama manusia di sekeliling kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami yang mungkin

menjadi asbab turunnya ujian ini.

Dengan kuasa-Mu, kami mohon Kau
selamatkanlah kami dan ambillah semula
bungkusan hadiah ini dari negeri kami dan
tinggalkan bagi kami manis isi di dalamnya.”

Cinta Dalam Ujian 14

Nota Cinta Buat Yang Rasa
“Terpaksa” Kuarantin
Covid-19

Orang yang duduk di rumah bersama keluarga tapi tak
boleh jalan-jalan kata,

“Bosannya duduk rumah.”

Orang yang duduk sorang-sorang, tak ada keluarga, nak
balik kampung tak boleh pula,

“Argh! Terseksa! Untungnya yang masih
bekerja. At least tak bosan macam aku
ni.”

Orang yang ‘terpilih’ untuk bekerja,

“Untungnya mereka. Boleh spend masa
dengan keluarga. We too love our family...
but it’s okay... You just stay at home, stay safe.
Let us work for you.”

Manusia.
Susah mahu nampak sudut lain kehidupan.

Cinta Dalam Ujian 15

Allah jadikan kita terpilih untuk sesuatu.
Hargai itu.

Duduk rumah bukan alasan untuk jadi bosan.
Di tempat kerja, bukan juga alasan untuk
bergelumang kesedihan.

Di rumah, dapat ibadah dengan meraikan
keluarga. Banyak masa baca Quran dan persiapan
hati sebelum Ramadan menjelma.

Di tempat kerja, ibadah dengan pengorbanan
kerana Allah demi kemaslahatan masyarakat dan
negara.

Semalam tertengok FB Live Prof Muhaya. Ada
seseorang komen kata, “Suami saya kena pergi
kerja, Prof.”

Prof terus tegur dengan lembut nadanya,

“Ubah kata-kata. Suami bukan ‘kena’ pergi
kerja. Tetapi dipilih untuk bekerja.”

Saya terus rasa macam, subhanallah! Zasss!

Cinta Dalam Ujian 16

“We stay at work for you. You stay at home for us.”

Pertama kali dengarkan ayat ini, hiba rasanya
hati. Sebesar ini perjuangan frontliners seperti
mereka.

Ada yang sampai terpaksa tukar hospital demi
mengisi keperluan tenaga kerja. Ada yang terpaksa
kerja berhari-hari, sehingga ‘mengabaikan’ keluarga
sendiri.

Saya belum merasa seteruk itu. Pun begitu,
terasa terharu dengan perjuangan mereka yang
terlibat. Ibarat berkorban menjadi tentera dalam
peperangan. Maka…

Kepada kalian yang ‘kebosanan’,
TOLONG BERTAHAN!

Arahan kuarantin adalah amanah buat kita
sebagai ihsan dan kasih sesama manusia.

Cinta Dalam Ujian 17

Anggaplah tempoh kuarantin ini sebagai hadiah
terbaik di bulan ini untuk persediaan menyambut

Ramadan yang tak lama lagi.

Semoga kalian semua sentiasa bahagia di
samping keluarga dan masa lapang yang Allah
hadiahkan.

Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan masih
‘dipilih’ untuk bekerja di lapangan.

Benar. Takutkan ’dia’ berpada-pada. Simpan takut
hanya pada Dia yang menciptakannya.

Namun, jangan juga terlalu berani sampai tak
termakan nasihat dari yang berautoriti. Arahan
kuarantin itu tetap perlu dipatuhi. Supaya wabak ini
berakhir dengan pantas sekali.

Dan kita mula hidup dengan hati yang lebih
mensyukuri nikmat Ilahi.

Cinta Dalam Ujian 18

Cinta Dalam Ujian 19

Sebelum Kuarantin Jadi Kucing.
Masa Kuarantin Jadi Singa.
Mak-Mak, Betul Ke?

Mak oh mak... Dugaan betul ya bila berhadapan
dengan anak-anak di rumah ni.

Mana tidaknya? Habis satu rumah diorang
kerja!
Bertabahlah ya. Anggap saja ini hadiah Allah untuk
beri extra pahala.

Dalam ramai yang bercerita tentang keriuhan
anak-anak, tiba-tiba semalam ada seorang wanita
mesej saya.

Mengadu bahawa dia sedang merancang
untuk kehadiran seorang cahaya mata, namun masih
belum ada tanda positif ke arahnya.

Saya kata pada dia,

Cinta Dalam Ujian 20

“In syaa Allah, Allah akan beri yang terbaik pada
masa yang terbaik. Cuba fikir, berapa ramai ibu
mengandung yang stress fikirkan kandungan dalam
musim Covid-19 ni kan? Syukur, Allah selamatkan
puan.”

Iya. Ramai saja kakitangan hospital yang
bekerja, dalam masa yang sama risaukan tentang
keadaan kandungan mereka.

Silap hari bulan, boleh datangkan risiko
depresi yang memakan diri sendiri. Naudzubillah min
dzaalik.

Allahu Yaa Baari. Allah sebaik-baik Perancang.

Akhirnya saya pesan pada dia.

“Hargai dulu apa yang ada sekeliling kita.
Tambah syukur.” Lalu, saya kongsikan ilmu daripada
guru saya, Pak Nasrullah. “Satu tips yang saya
pernah dengar tentang cara nak dapat anak. Kita
layan anak orang macam anak kita. Bagi hadiah,
doakan dirinya dan sebagainya.”

Cinta Dalam Ujian 21

Dengan harapan moga-moga itu dapat
menenangkan dirinya.

Ini sebuah pesanan besar buat diri saya
sebetulnya.

Syukuri apa saja yang kita ada. Hargai apa
yang ada di sekeliling kita. Bila kita syukur, Allah
akan tambah.

Kita syukur sebab anak aktif bermain, Allah
bagi anak-anak sihat daripada terkena wabak.

Kita syukur sebab rumah bersepah, Allah bagi
mawaddah dan rahmah.

Rahsia Allah itu begitu rahsia. Sampai kita
kena paksa rasa syukur tu setiap masa.

Fake it, till you make it.

Biarlah masa anak buat sepah tu, kita ketap
gigi sambil berkata,

“MasyaaAllah...
pandainya anak mama!”

Cinta Dalam Ujian 22

Sekurang-kurangnya kata-kata itu juga akan
menarik kita untuk lebih meredai setiap satu perkara.
Syukur dengan apa yang berlaku, tenang dan
gembira.

Mak mak, jom jadi penyayang buat anak-
anak!



Kuatkan imuniti mereka dengan
lebihkan dos kasih sayang kita.

Cinta Dalam Ujian 23




Cinta Dalam Ujian 24

5 Tips Penting Tentang Parenting
Dalam Covid-19

Kredit gambar:
Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi

Ada 5 tips parenting berguna yang mampu bantu
mak-mak dalam membentuk anak-anak yang luar
biasa selepas keluar dari ‘gua’.

Tips ini saya belajar daripada perkongsian
Prof Muhaya dan anak beliau, Dr Atiyah dalam sesi
FB Live mereka.

Cinta Dalam Ujian 25

1. Jaga-jaga dengan bahasa kita dalam puji anak-
anak
Jangan puji benda yang tak boleh ubah, misalnya
kecantikan. Sebaliknya, puji usaha yang boleh
diperbaiki dan ditingkatkan.

Ini untuk elakkan daripada anak menilai fizikal
dan meletakkan itu nilai tertinggi dalam kehidupan.
Di samping menghormati anak-anak yang lain yang
mungkin tak memiliki fizikal yang sama. Mungkin
merreka diam, tapi sedang makan dalam.



Puji fizikal: “Cantiknya kaklong!”
Kakngah mungkin akan terasa.

Puji usaha: “Bagus kaklong, rajin jaga baby!”

Kakngah akan usaha untuk jaga baby juga.

Cinta Dalam Ujian 26

2. Ajak anak kemas rumah ikut minat yang dia
suka buat
Dalam fasa ini, peluang untuk ibu bapa ajak anak-
anak memainkan peranan mereka dalam mengemas
rumah. Tak semua anak suka membantu.

Ibu yang cerdik, tahu cara untuk buat aktiviti
mengemas jadi satu perkara yang menarik. Anak
anak akan suka mengemas apabila mereka minat.



Tanya apa yang mereka suka buat.

“Ok! Kaklong nak buat apa?
Kakngah nak buat apa?”

Cinta Dalam Ujian 27

3. Jangan compare anak kita
Membanding-bandingkan anak boleh jadi sangat
melukakan! Silap-silap boleh buat dia jadi seorang
yang tak percaya diri. Bahkan boleh membunuh
kebolehan sedia ada dalam diri!

Contoh: “Adik ni, kenapa malas sangat cuci
pinggan? Tengok abang tu. Rajin je.”
(SALAH)

Alternatif lain, kita boleh puji kebaikan.
Macam poin nombor 2 tadi lah!



Cinta Dalam Ujian 28

4. Mengaku kelemahan dengan anak kita.
Be vulnerable dengan anak kita. Andai termarah
anak, minta maaf dengan mereka. Mengaku
kelemahan diri.

“Mak minta maaf. Mak termarah tadi. Mak
penat sangat. Tak dapat kawal diri.”

Biasanya, anak yang ruh mereka bersih itu
akan faham. Malah bertambah sayang.



Cinta Dalam Ujian 29



5. Pupuk jiwa besar dalam diri mereka
Sebelum tidur, tanya dua soalan ini kepada mereka.

Apa perkara yang paling buat awak rasa
syukur hari ini?

Apa yang buat awak rasa bangga hari ini?

Dua soalan ini membantu mereka untuk tidur
dalam keadaan emosi positif yang masuk ke dalam
minda separa sedar.

Cinta Dalam Ujian 30

Allah sebut dalam Al-Quran, anak-anak ini adalah
perhiasan.

Persoalannya buat kita,
Nak anak jadi trofi kejayaan semata-mata?



Atau nak jadikan dia seorang

khalifah yang bermanfaat buat

seluruh umat manusia?

Maka, dalam fasa kuarantin ini, jom sama-
sama belajar cara terbaik dalam mendidik anak-
anak kita!

Cinta Dalam Ujian 31

Air Rahsia

Dulu saya selalulah dengar bonda Prof Muhaya
Mohamad sebut tentang sejenis air ni. Tapi masa tu
resepi ni rahsia lagi. Saya tak tahu sebab belum
datang rezeki join Prof Muhaya Circle (PMC).

Jeles je setiap kali jumpa geng KakLong PMC,
Kak Sai dan Kak Malin, diorang asyik duk sebut
pasal air ni.

Terlintas untuk tanya apa resepi rahsia. Tapi,
menghormati Prof yang pasti simpan rahsia ni hanya
buat mereka yang dah berdaftar sebagai ahli PMC,
saya pendamkan saja hasrat di hati.

Hanya sampai lepas jadi KakNgah PMC,
barulah saya tahu resepi air rahsia ini.

Cinta Dalam Ujian 32

Tapi sekarang, subhanallah!

Bonda buka pula rahsia dalam hampir setiap
kali Live di FB! Semata-mata ingin sebar manfaatnya
kepada semua dalam berhadapan dengan Covid-
19.

Bukan! Bukan untuk merawat atau mencegah
penyakit ini! Tidak sama sekali saya katakan begitu!
Ada pula yang salah tafsir nanti. Air ini adalah untuk
badan kita rasa lebih sihat. Lebih bertenaga. Kerana
ia mengandungi bahan semulajadi yang biasa ada
di dapur kita.

Hanya kerana salah satu cara tingkatkan
imuniti badan untuk melawan jangkitan adalah
dengan makan makanan yang sihat. Ditambahi
pula dengan minda yang positif, sistem imuniti
akan jadi tinggi.

Cinta Dalam Ujian 33

Kata bonda, “Air ini dapat bantu
meningkatkan imuniti. Sudah pasti dengan khasiat
semula jadi yang Allah jadikan dalam setiap bahan
yang digunakan.”

Jadi jom! Saya panjangkan pahala bonda
dengan kongsikan kepada kalian pula!

Rahsia Resepi Air Siraman PMC
1. Bunga cengkih
2. Bunga lawang
3. Buah Pelaga
4. Kunyit hidup - sebesar ibu jari, dihiris
5. Halia - sebesar ibu jari, dihiris
6. Serai - 3 batang, dititik
7. Kayu manis
8. Biji ketumbar

Mudah saja! Masukkan semuanya ke dalam
jag atau cawan. Tuangkan air mendidih. Siap untuk
dihidangkan!

Boleh guna banyak kali katanya. Tambah saja
air lagi bila mahu guna. Nak minum sejuk atau panas,
terserah saja pada tuannya.

Cinta Dalam Ujian 34

Oh ya! Walaupun namanya air siraman, tapi ia
untuk diminum ya! Bukan untuk disiram atas tubuh
kita. Haha.

Anggaplah ia untuk siram hati kita. Gitew!
Baik! Happy tak dapat resepi rahsia?

Kongsikan resepi ini kepada orang tersayang
sekali ya!

Sambil berdoa,

“Ya Allah, Kau berilah pahala kepada Datuk
Prof Dr Muhaya Mohamad asbab beliau
berkongsi kebaikan air ini kepada kami.

Ganjarilah beliau dengan Syurga tertinggi.”

Jom semua rakyat Malaysia jadi sihat dan
positif. Kita jaga kita!

Cinta Dalam Ujian 35

Posting asal saya tentang Air Rahsia

Cinta Dalam Ujian 36

7 Perubahan Yang

Wajib Berlaku Dalam Diri Kita

Selepas Keluar Dari ‘Gua’!

Cinta Dalam Ujian 37

So setakat ni?

Apa perubahan yang korang dah alami?

Ke tak ada perubahan?
Sibuk layan rasa bosan?

Jangan macam tu, kawan!

Gunakan peluang berharga ini untuk
kebaikan diri kita. Kalau tak, percayalah! Sia-
sia!

Jom saya kongsi 7 perkara yang kita perlu
pastikan ada dalam diri kita selepas keluar dari gua.

Cinta Dalam Ujian 38

1. Sayang semua orang

Berapa hari kita kuarantin ni, tak jumpa orang pun
kan? Tak bersosial. Kalau keluar pun, boleh kira
dengan jari je berapa kereta yang ada atas jalan
raya. Fuh. Hidup macam dalam cerita zombi gitu.
Scarynyaaa!

Rindu tak nak tengok manusia?
Rindu.

Semua orang yang kita lihat nanti pun merasai
yang sama. Semua pun baru keluar dari gua. Semua
rindu dan sayangkan kita.

Terbitkan rasa sayang setiap kali tengok
semua orang yang kita lama tak jumpa bahkan yang
baru jumpa. Hargai setiap mereka yang kita pernah
jumpa dalam hidup kita. Termasuklah bos
‘penyayang’ yang sering menegur kesalahan kita.

Kita mula sayang tanpa syarat
kepada semua manusia!

Cinta Dalam Ujian 39

2. Menghargai alam

Sepanjang tempoh kuarantin ini, ya kita puas rasa
sunyi. Kita mula hargai sekecil-kecil perkara yang
ada sekeliling kita.

Lihat awan yang biru, kita jadi terharu.
Dengarkan bunyi burung bercicip, cengkerik ber’krik
krik’. Hidu bau hujan. Masyaa-Allah! Nikmat!

Baru kita tahu, rupanya kita tidak
keseorangan. Baru kita perasan.

Allah ciptakan makhluk-makhluk selain manusia
ni adalah untuk menghiburkan kita. Di saat manusia
tak ada, tapi makhluk-makhluk lain ini sentiasa
menemani kita.

Kita mula hargai setiap ciptaan Allah
selain yang dinamakan manusia.

Cinta Dalam Ujian 40

3. Suka memberi

Ya Allah! Saya tengok dalam ujian yang kita sedang
terima ni, ramai betul orang memberi.

Ada orang beri alat bantuan dan makanan
kepada frontliners. Ada yang hulurkan kepada
golongan asnaf. Tak kurang, ramai yang memberi
kepada keluarga sendiri.

Ada orang, beri dengan buat banyak-banyak
sesi live di FB.

Ada orang tu, beri ebook percuma. Sampai
buat saya dan Sahabat Bertiga pun nak ikut sama!

Jadikan kita salah seorang yang memberi tu.
tak mampu dengan ringgit, dengan tenaga. Tak
mampu dengan tenaga, dengan doa dan sokongan
moral kita.

Baru kita sedar, rupanya setiap dari
kita ada ‘senjata’ memberi yang
berbeza-beza!

Cinta Dalam Ujian 41

4. Lebih pembersih dan jaga kesihatan

Wah wah wah! Inilah antara perkara yang paling
ketara kita syukurkan.

Masyarakat Malaysia makin pembersih dan
menjaga kesihatan.

Amalan cuci tangan dan membawa hand
sanitizer ke mana-mana.

Kita mula sedar, untuk menjaga
keamanan negara dan masyarakat
sekeliling kita, kita perlu bersih dan

sihat sentiasa!

Cinta Dalam Ujian 42

5. Positif

Sepanjang tempoh kuarantin ini, banyak ilmu dan
bahan bacaan yang dapat kita khatamkan.

Ibu bercita-cita memberi yang terbaik untuk
keluarga. Bapa pula sentiasa memikirkan cara
selamat untuk melindungi keluarga mereka.

Semua orang berhenti menyalahkan.

Satu Malaysia mula fikirkan yang baik-baik
untuk generasi masa hadapan. Semua mula
bayangkan Malaysia yang aman, bebas dari Covid-
19 yang menekan.

Kita yakin dan percaya, semua yang
berlaku di atas dunia adalah dengan

izin-Nya jua.

Cinta Dalam Ujian 43

6. Nikmat syukur

Kita fokus syukur betapa masih ramai rakyat
Malaysia yang terselamat. Betapa ramai yang masih
sihat.

Syukur hidup dalam sebuah negara yang
bebas daripada penyakit di dalamnya.

Kita bertambah syukur setelah apa yang
berlaku sepanjang tempoh lockdown ini.

Dan kesyukuran kita berganda
membayangkan Malaysia bebas dari serangan
Covid-19.

Kita yakin dan syukur, Allah sebaik-
baik pengatur.

Cinta Dalam Ujian 44

7. Hamba yang taat. Khalifah yang
bermanfaat.

Bak kata Prof Muhaya, salah satu hikmah terbesar
dalam situasi ini, adalah apabila kita semua jadi
lebih usaha untuk khusyuk dalam solat.

Kita mula berdoa dengan hebat supaya
Allah angkat ujian ini dari negara yang kita
kasihi.

Kita jalankan tanggungjawab khalifah
yang memberi manfaat kepada seluruh isi
bumi.

Kita mula sedar bahawa kita hanyalah
hamba yang boleh saja tewas dengan
sekecil-kecil makhluk yang tak terlihat di
pandangan mata.

Dalam masa yang sama, kita yakin penuh
harap bahawa Dia juga berkuasa
Mematikan makhluk tersebut sebagai bukti
rahmat-Nya.

Cinta Dalam Ujian 45

Inilah dia 7 perubahan yang patut kita
suburkan sepanjang tempoh lockdown ini.

Tempoh kuarantin ini adalah peluang
masa terbaik untuk kita semua upgrade diri!

Niat kuat-kuat dalam hati.

“Lepas habis je kuarantin ni, aku nak
jadi manusia yang lain daripada aku yang
sebelum ni!”

Setiap kebaikan yang kita buat dalam diri
kita, kita sedang mengubah dunia.

Kiamat sudah mendekat. Marilah kita bersedia
menjadi manusia yang hebat.

Bakal tentera frontliners untuk
kejayaan umat Nabi Muhammad!

Cinta Dalam Ujian 46

Kiamat sudah 47
mendekat.
Marilah kita
bersedia
menjadi
manusia
yang hebat.

Bakal tentera
frontliners untuk
kejayaan umat
Nabi Muhammad!

- Nur Hanisah

Cinta Dalam Ujian

DR SAIDATUL HUSNA

Seorang ibu kepada anak yang bernama
Soleh.

Suka menulis tentang kewanitaan dan
penjagaan emosi di Facebook dan Channel
Telegram. Penulis kepada buku Formula
Penjagaan Diri Anak Perempuan.

Mempunyai seramai 18 ribu followers di
Facebook. Setakat ini, sebanyak 10 artikel
beliau di Facebook mendapat perkongsian
semula dalam majalah digital Mingguan
Wanita.

Cinta Dalam Ujian 48

Tanda-Tanda Kita
Orang Bertuah

Kata orang, tuah manusia itu misteri. Tiada siapa
yang tahu.

Walaupun tiada siapa yang tahu, tetap ada
beza bagi orang yang sedar mereka itu bertuah.
Tindakan mereka banyak berubah, begitu juga gaya
fikirnya.

Ada 7 tanda-tanda seseorang itu bertuah.
Point di bawah saya belajar daripada perkongsian
Prof Muhaya dan Pak Nasrullah.

Mari kita lihat satu persatu.

Cinta Dalam Ujian 49

1) Kita ini bertuah jika sedar hidup bukan lagi
tentang saya. Hidup ini tentang KITA. Kalau orang
lain bahagia, saya akan bahagia.
Kalau saya bahagia, orang lain pun akan bahagia.

2) Kita bertuah selepas sedar Allah itu sebaik baik
perancang. Kita pun memilih untuk bersangka baik.
Kita tawakkal dulu, kemudian baru usaha dan doa.

3) Kita bertuah jika perkataan harian sudah berubah
daripada ‘Apa yang saya DAPAT hari ini?', kepada
‘Apa yang saya boleh BERI hari ini?'.

4) Kita bertuah jika banyak sedar diri daripada
sedar orang. Disebabkan tidak mudah mengubah 7
billion manusia yang lain, akhirnya kita terbiasa
dengan ucapan ‘Anda yang betul, saya yang
salah.'

Cinta Dalam Ujian 50


Click to View FlipBook Version