FOLIO DLP | SMK TANAH PUTEH D LP DUAL LANGUAGE PROGRAMME 202 3 I TP
KANDUNGAN 1 2 3 4 5 Profil Sekolah Maklumat asas berkaitan sekolah dan organisasi pelaksana DLP. Pengenalan DLP Definisi program DLP secara umum dan penerangan tentang pelaksanaannya di SMK Tanah Puteh. Pencapaian Subjek DLP Analisis mata pelajaran di bawah DLP bagi SPM 2021 dan 2022 Program Akademik Galeri program-program berkaitan DLP seperti pdpc, kelas tambahan dan seminar kecemerlangan. Program Sokongan Galeri program-program sokongan berkaitan DLP seperti proram HIP, aktiviti STEM dan ko-kurikulum.
SMK TANAH PUTEH P R O FIL S E K O L A H 2023
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH NAMA SEKOLAH SMK TANAH PUTEH KOD SEKOLAH CEB4036 NO. TELEFON 09-5131182 E-MEL SEKOLAH [email protected] PORTAL DELIMA http://www.moe-dl.edu.my LAMAN SEKOLAH https://smjktanahputeh.weebly.com GOOGLE SITE SEKOLAH https:://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smjktpkuantan MAKLUMAT UTAMA 01 02 03 LAMAN SEKOLAH STEM & DLP PENYELARAS PN. NIK HASNIAH BT ABDULLAH (GKMP SAINS DAN MATEMATIK) SU STEM/ DLP PN. NUR HARLYANA BINTI HARUN PEN. SU STEM/DLP PN. ZURAIDAH BINTI AHMAD AJK KP SAINS/ KP MATEMATIK/ GURU-GURU MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
SMK Tanah Puteh 25100 Kuantan PAHANG Murid-murid mempunyai potensi untuk belajar dan mencapai kecemerlangan. Mereka memerlukan penghormatan, perhatian dan persefahaman kerana mereka dididik ke arah menjadi individu berakhlak mulia yang prihatin kepada diri sendiri dan orang lain. Pihak sekolah akan mencuba sedaya upaya mewujudkan persekitaran yang ideal untuk perkembangan individu secara menyeluruh. (Every child has the potential to learn, to achieve and to excel. He deserves respect, care and understanding as he is guided towards becoming a person of upright character, who respects and cares for himself and others. The school will strive to provide the ideal environment and opportunities necessary for the total development of its pupils.) FALSAFAH SEKOLAH
BERDISIPLIN Mempunyai pemikiran dan kelakuan yang boleh mengawal diri sendiri. Patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Berkelakuan baik dan berbudi pekerti mulia. BERUSAHA Daya usaha dan ikhtiar dalam usaha mencapai matlamat yang dicita-citakan. Mempunyai inisiatif dan bersikap inovatif serta kreatif dalam usaha mencapai impian dan matlamat. Bekerja dengan giat untuk mencapai, melaksanakan serta menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan. BERDIKARI Tidak bergantung kepada bantuan orang lain. Mempunyai kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu tanpa pertolongan daripada orang lain. Berusaha untuk mencapai kejayaan dengan usaha sendiri. Mempunyai sikap bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin kepada diri sendiri. MOTO SEKOLAH
Visi “S M K TANA H PUTE H AKAN M ENJA D I SEKOLA H CE M ERLANG D I D AERA H KUANTAN M ENJELANG TA HUN 202 5 ” Misi “UNTUK M ENING KATKAN TARAF PEND I D IKAN D ARI SE G I AKA D E M IK, KOKURIKULU M D AN SA H SIA H BA G I M EREAL ISASIKAN INSAN YANG SEI M BANG D AN CE M ERLANG M ELALUI PROSES PEND I D IKAN TERANCANG .”
Chan Siew Sia Mohd Fakri Bin Abdullah GPK PENTADBIRAN Tan Ka Keong, PPN GPK HEM GPK KOKURIKULUM Tan Kia Leng GPK PETANG Yeong Su Ping GKMP BAHASA Wong Soon Moi GKMP KEMANUSIAAN Nik Hasniah Binti Abdullah GKMP SAINS DAN MATEMATIK Zaidom Binti Muda GKMP TEKNIK VOKASIONAL BARISAN PENTADBIR
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM DLP SEKOLAH
I TP PENGENALAN DLP
I TP APAKAH DLP DUAL LANGUAGE PROGRAMME ? DLP yang bermaksud Program Dwibahasa (atau dalam Bahasa Inggeris, Dual Language Programme), telah dimulakan dan diperkenalkan kepada beberapa sekolah perintis kebangsaan kerajaan Malaysia pada tahun 2016. Ia adalah sebahagian inisiatif Kementerian Pendidikan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) (atau dalam Bahasa Inggeris, Empower Bahasa Malaysia and Strengthen English Policy). Pada lazimnya, ia diandaikan bahawa DLP adalah kelahiran semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) (Teaching and Learning of Science and Mathematics in English) yang telah dimansuhkan pada 2014 selepas banyak bantahan.
I TP APAKAH MATA PELAJARAN YANG TERLIBAT ? Walau bagaimanapun, DLP berbeza dengan PPSMI dengan memberi kelonggaran kepada semua pihak yang terlibat iaitu pelajar, ibu bapa, guru dan sekolah untuk memilih bahasa pengantar pilihan. Dalam erti kata lain, DLP adalah secara sukarela untuk sekolah melaksanakan dan pelajar mendaftar, tidak seperti pendahulunya, PPSMI yang bersifat wajib Melalui program ini, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tertentu adalah dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Murid-murid akan dibekalkan dengan buku teks versi Bahasa Inggeris Mata pelajaran yang terlibat adalah mata Pelajaran berkaitan STEM iaitu; 1.Matematik 2.Sains 3.Kimia 4.Fizik 5.Biologi 6.Matematik Tambahan
I TP TUJUAN PELAKSANAAN DLP Pelaksanaan DLP adalah bertujuan untuk 1. memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. 2. memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing pada peringkat global 3. meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan
I TP Bagi sesebuah sekolah layak untuk melaksanakan DLP, ia perlu memenuhi empat kriteria berikut: (a) mempunyai sumber yang mencukupi seperti alat bantu mengajar dan bahan rujukan; (b) pengetua dan para guru bersedia untuk melaksanakan program tersebut; (c) sokongan daripada ibubapa dan penjaga dan (d) peratus pencapaian sekolah dalam Bahasa Melayu untuk UPSR atau SPM mestilah sama atau lebih baik daripada purata kebangsaan. Setelah sekolah memenuhi kriteria ketat untuk menjalankan DLP, guru bertugas kemudiannya boleh mengendalikan mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam bahasa Inggeris. KRITERIA SEKOLAH UNTUK MELAKSANAKAN DLP
I TP Walaupun tidak tersenarai sebagai sekolah rintis untuk program ini, pada Mei 2016 pihak sekolah telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memberikan peluang kepada murid-murid yang berkemampuan untuk mengikuti pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Faktor yang mendorong pihak sekolah memohon untuk melaksanakan DLP ialah; a) sehingga tarikh permohonan, sekolah sememangnya masih meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik bagi 5 kelas pertama setiap tingkatan. b) murid-murid berkenaan sangat bersedia untuk meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kerana cenderung menggunakan pakai bahasa tersebut dalam komunikasi harian mereka. c) sokongan sepenuhnya PIBG dan Alumni sekolah. PELAKSANAAN DLP DI SMK TANAH PUTEH
I TP Di bawah pentadbiran mantan pengetua, En Chan Kok Wai dan dengan sokongan PIBG, seramai 149 daripada 323 orang murid tingkatan 1 bagi kohort 2017 telah menjadi kumpulan rintis bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Murid-murid tersebut adalah daripada 5 kelas pertama iaitu 1K12, 1K11, 1K10, 1K9 dan 1K8. Murid-murid dibekalkan dengan buku teks versi Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Sehingga 12 Jun 2017, 9 orang guru telah berjaya melengkapi kursus dalam talian Bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh English Language Teaching Centre (ELTC) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM). Kursus yang tersebut dapat dicapaimelalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 30 Jun 2016. Ianya bertujuan bagi meningkatkan profisiensi instruksional guru-guru yang terlibat mengajar kelaskelas DLP. PELAKSANAAN DLP DI SMK TANAH PUTEH
BILANGAN MURID DLP SEHINGGA OGOS 2023 PROGRAM STRATEGIK PEMANTAPAN DLP HIP – program 10 minit bermula 7.20 pagi setiap hari Khamis Sudut Sains dan Matematik di kelas Program STEM dan inovasi Professional Learning Community di kalangan guru 1. 2. 3. 4. I TP
PENCAPAIANSUBJEK DLP LAPORAN A N A L I S I S S P M 2 0 2 1 A N A L I S I S S P M 2 0 2 2
ANALISIS SPM 2021 SUBJEK DLP
MATA PELAJARAN : MATEMATIK (BilCalon : 151) GPMP : 1.79 PERATUS LULUS : 100% MATA PELAJARAN : SAINS (BilCalon : 36) GPMP : 3.19 PERATUS LULUS : 100%
MATA PELAJARAN : MATEMATIK TAMBAHAN (BilCalon : 151) GPMP : 5.32 PERATUS LULUS : 74.83% MATA PELAJARAN :FIZIK (BilCalon : 115) GPMP : 4.25 PERATUS LULUS : 99.13%
MATA PELAJARAN : KIMIA (BilCalon : 115) GPMP : 5.09 PERATUS LULUS : 92.17% MATA PELAJARAN : BIOLOGI (BilCalon : 64) GPMP : 4.23 PERATUS LULUS : 98.44%
ANALISIS SPM 2022 SUBJEK DLP
MATA PELAJARAN : MATEMATIK (DLP) (BilCalon : 154) GPMP : 1.90 PERATUS LULUS : 100% MATA PELAJARAN : SAINS (DLP) (BilCalon : 30) GPMP : 4.97 PERATUS LULUS : 100%
MATA PELAJARAN : MATEMATIK TAMBAHAN (BilCalon : 143) GPMP : 5.92 PERATUS LULUS : 72.73% MATA PELAJARAN :FIZIK (BilCalon : 123) GPMP : 5.02 PERATUS LULUS : 100%
MATA PELAJARAN : KIMIA (BilCalon : 123) GPMP : 5.84 PERATUS LULUS : 92.68% MATA PELAJARAN : BIOLOGI (BilCalon : 73) GPMP : 4.93 PERATUS LULUS : 98.63%