The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DONE SOALAN 1 DR SUHAIMI TUGASAN INDIVIDU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sakinah1812, 2020-12-08 12:06:46

PEDAGOGI DAN RPH

DONE SOALAN 1 DR SUHAIMI TUGASAN INDIVIDU

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DT50903
TEORI DAN AMALAN PEDAGOGI

TUGASAN INDIVIDU:
SOALAN 1 & 2

SEKSYEN 3

LECTURER: PROF DR SUHAIMI TAAT

NO NAME NO. MATRIC
1 SAKINAH BINTI TANSI PP2012027T

Jawab soalan berikut :

1. (a) Jelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran. [10 markah]

PENGAJARAN

Pengajaran adalah sesuatu sesuatu tugasan dan aktiviti yang dilaksanakan dan
diusahakan oleh guru dan murid. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan
berlaku secara sempurna. Pengajaran adalah aktiviti merangkumi proses
merekabentuk kurikulum, penyampaian kurikulum, sistem penilaian dan bimbingan
pelajar. Dalam proses pengajaran, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh
diaplikasikan seperti pengajaran berpusatkan murid, guru, hasil, proses dan nilai. Noor
Hisham Mad Nawi (2011) menyatakan pengajaran adalah komponen asas yang
membentuk satu proses pengajaran yang seharusnya mengandungi ciri-ciri berikut
iaitu guru, pelajar, kandungan, kaedah, tujuan, hasil dan penilaian.

Pengajaran boleh dijelaskan sebagai proses untuk menyampai dan menyalurkan
idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan
mengalakkan kreativiti, membantu pelajar untuk belajar untuk capai potensi yang
optimal. Selain itu, faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai
keperluan–keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi
serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Menurut Shababuddin et all. (2003)
menyatakan hasil daripada pengajaran adalah apabila berlakulah perubahan yang
secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit.

PEMBELAJARAN

Pembelajaran adalah proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau
penguasaan kemahiran atau pembentukan sikap dan kepercayaan pada pelajar yang
dijayakan melalui proses interaksi antara pelajar dengan pendidik. Pembelajaran
seharusnya menghasilkan perubahan yang agak kekal hasil daripada penglibatannya
dalam sesuatu pengalaman pendidikan. Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2002), skop
pembelajaran sangat luas meliputi domain kognitif iaitu pemikiran dan minda, afektif
iaitu perasaan dan emosi dan psikomotor yang melibatkan anggota fizikal.

Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Pembelajaran memerlukan kaedah dan proses sama ada dari yang paling mudah
sehinggalah kepada yang paling kompleks. Menurut Noor Hisham Mad Nawi (2011)
pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran formal. Dalam situasi
tertentu, terdapat pembelajaran yang tetap memerlukan proses pengajaran. Justeru,
terdapat kemungkinan di mana pembelajaran yang berlaku tidak memenuhi syarat
dan gagal mencapai kehendak sebenar pentakrifan pendidikan. Pengajaran tidak
semestinya menghasilkan pembelajaran. Namun kelazimannya pengajaran yang baik
akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Secara ringkas, komponen asas
yang mesti dipenuhi untuk menghasilkan pembelajaran ialah pelajar, perkara yang
dipelajari bersifat kandungan atau pengalaman pembelajaran, kaedah dan hasil
perubahan yang kekal secara relatif (Noor Hisham Mad Nawi 2011)

Bagi Gagne (1985), pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan
atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya
dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Akhir sekali,
kebanyakan ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai
pembelajaran. Ahli teori behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk
kepada perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Manakala, penyokong teori
kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran
berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan.

1. (b) Huraikan LIMA manfaat ilmu pedagogi guru kepada pelajar di
sekolah. [10 markah]

Pedagogi berasal daripada perkataan greek “pedagogue” yang bermaksud
pendidik atau tutor yang mempunyai bakat dan kebolehan melaksanakan tugas-tugas
pengajaran secara berkesan. Pedagogi juga merupakan seni atau pun sains, kenapa
ianya dikatakan seni, kerana setiap guru mempunyai teknik atau kaedah mengajar
yang tersendiri hasil daripada aplikasi ilmu pedagogi yang dimilikinya. Mengikut Mok
Soon Sang (2010) “pengertian pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang
ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan
kaedah-kaedah mengajar, merangkumi proses pengajaran yang optimum”. Berikut
adalah manfaat ilmu pedagogi guru kepada pelajar di sekolah.

Seorang guru perlu menguasai pedagogi sepertimana seorang murid menguasai
formula matematik untuk membolehkannya menjawab soalan-soalan matematik yang
rumit dan sekali gus murid tersebut akan memahami prinsip-prinsip matematik yang
lain. Hasil daripada kefahamannya terhadap prinsip matematik, sekiranya diberi
soalan-soalan lain, pelajar tersebut mampu menjawab kerana mempunyai kefahaman
terhadap prinsip atau formula matematik yang di pegangnya. Begitu jugak dengan
pedagogi yang mana mampu membuat proses pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna. Justeru, seorang guru yang menguasai pedagogi akan membantu guru
untuk lebih memahami prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi
memberi satu pendapat bahawa sesuatu pengajaran itu perlulah dimulakan dengan
pengajaran yang mudah untuk murid-murid dan seterusnya kepada pengajaran yang
sukar. Dalam erti kata lain, mudah ke susah. Juga dapat diertikan dari konkrit ke
abstrak. Hal ini mampu membina kefahaman yang lebih baik dalam diri pelajar kerana
teknik pengajaran yang mengikut tahap kognitif seorang pelajar.

Selain itu, manfaat yang kedua, seorang guru perlu menguasai pedagogi kerana
dapat membantu guru tersebut agar lebih mudah dalam memilih kaedah pengajaran
yang bersesuaian dengan tahap penerimaan pelajarnya. Sebagai contoh guru telah
maklum akan kemampuan pelajarnya, justeru dengan adanya ilmu atau kemahiran
pedagogi tersebut, ianya akan memudahkan kerja seorang guru untuk merancang
pengajaran harian dengan baik dan mudah. Dalam erti kata lain, teknik pengajaran
yang boleh di laksanakan tidak rigid dengan hanya mengunakan kaedah hanya
berpusatkan pada guru sahaja, atau perpusatkan kepada pelajar sahaja, tetapi ia
bergantung kepada guru tersebut memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan
tahap penerimaan setiap murid. Kaedah pengajaran yang tepat dapat meningkatkan
fokus pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung.

Seterusnya, manfaat yang ketiga pedagogi merujuk kepada kemahiran mengajar
yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu, khususnya dalam sesuatu
bidang. Apabila sesorang guru mempunyai kemahiran mengajar yang baik maka sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut akan lebih bermakna. Hal ini berkait kerana
ilmu pedagogi mampu memberi kebaikan kepada guru dan akan menjadikan guru
lebih bersedia dalam menyediakan bahan-bahan bantuan mengajar yang lebih
menarik dan bermakna. Pedagogi juga merupakan seni atau pun sains oleh itu
seorang guru digalakkn untuk mempelbagaikan gaya mengajar agar sesi pengajaran

dan pembelajaran bermakna dan menarik.

Manfaat yang keempat ialah guru akan sentiasa melibatkan muridnya secara lebih
aktif dalam pelajaran. Guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pedagogi
mampu menarik dan melibatkan pelajarnya di dalam kelas dan menjadi aktif dalam
pelajaran.Gaya seorang guru semasa mengajar akan menjadi titik ukuran sama ada
objektif pengajaran mampu dicapai dengan baik. Sebagai contoh, gaya mengajar yang
bervariasi dan menarik akan menyebabkan murid-murid tertarik dengan gaya guru
tersebut mengajar sekaligus menjadikan murid tersebut minat untuk belajar.

Kelima, manfaat pedagogi yang baik, guru akan dapat memperkembangkan lagi
potensi pada pelajarya. Guru yang mempunyai kemahiran mengajar yang baik,
mampu meningkatkan lagi perkembangan pembelajaran pelajar tersebut, terutama
dalam sesebuah matapelajaran, jika guru tersebut mempunyai idea yang kreatif dalam
mengajar, secara tidak langsung murid tersebut mempuyai potensi untuk berkembang
dalam proses pengajaran. Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu mengajar teknik
menulis secara kreatif selepas itu mewujudkan aktiviti mencipta sajak atau puisi
pendek dan di dendangkan dalam kelas. Dengan melaksanakan aktiviti ini guru dapat
mencungkil bakat pelajar dan mengembangkan bakat pelajar dengan membawa
pelajar tersebut untuk mngikuti pertandingan wakil sekolah.

Kesimpulannya, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang guru
yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik yang
menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui pelbagai
cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya perlu
mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar mereka tidak bosan
dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang menyampaikan
maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan
mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang
penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan baik di sekolah.

2. Terdapat 3 pendekatan utama pengajaran iaitu Induktif, Deduktif dan
Eklektif. Pilih SATU daripadanya:

(a) Huraikan pendekatan yang dipilih [10 markah]

Pendekatan yang saya pilih ialah pendekatan eklektik menggunakan dua atau
lebih kaedah dengan menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan
tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif
dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai
kebolehan. Hal ini kerana, kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir
murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah
deduktif. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh
dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh
diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih
menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan
memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri
dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua
cara iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada
pendekatan deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan
Matematik. Guru boleh mengaplikasikan strategi berpusatkan guru, berpusatkan
murid, berpusatkan bahan dalam P&P. Kebanyakkan guru akan menggunaka
pendektan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. Menurut Siti Hajar (1999)
tujuan pendekatan Eklektik adalah untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih seimbang.

Kesimpulannya, kelebihan pendekatan eklektif antaranya mampu memudahkan
guru mentadbir pengajaran, memberi banyak contoh dan penerangan sekali gus
meningkatkan pemahaman pelajar. Selain itu pelajar dapat belajar dan mengikuti
pengajaran mereka dengan lebih mudah dan meyakinkan. Secara tidak langsung
dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan
tersebut. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada
murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan. Selain itu, pengajaran disampaiakn
dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke
dalam kaedah yang baharu.

(b) Sediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap untuk satu masa / sesi
pengajaran (40 minit) menggunakan pendekatan yang dipilih. (Bermula
dengan set induksi, aktiviti PdP, penilaian dan penutup).
[30 markah]

Rancangan Pengajaran Harian

Nama Guru : SAKINAH BINTI TANSI
Perniagaan
Mata Pelajaran: 4 Asset
30 orang
Tingkatan : 20 Sept 2021 (Rabu)
8.00-8.40 pagi (40 Minit)
Bilangan Murid: Bab 2 Organisasi Perniagaan
2.2 Bahagian Fungsian Utama Dalam Organisasi Perniagaan
Tarikh :

Masa :

Tajuk Utama :

Sub Tajuk :

Standard Pembelajaran :

1. Mengenalpasti bahagian fungsian bagi organisasi perniagaan kecil dengan
perniagaan besar. (Tahap penguasaan 1)

2. Menghuraikan perbezaan bahagian fungsian jualan, kewangan, sumber manusia,
khidmat pelanggan dan pentadbiran antara perniagaan kecil dengan perniagaan
besar. (Tahap penguasaan 2)

Standard Pembelajaran Khusus:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

 Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 jenis faktor yang mempengaruhi
perubahan vsi, misi dan objektif perniagaan

 Menghuraikan sekurang-kurangnya 2 perbezaan antara faktor dalam dengan
faktor luaran yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan.

Pengetahuan Sedia Ada :

Pelajar telah mengetahui maksud visi, misi, dan ciri-ciri objektif perniagaan serta
mengenal pasti perbezaan visi, misi dan objektif beberapa perniagaan yang berbeza.
Bahan Bantu Mengajar:
Paparan video, slaid, lembaran kerja, kertas mahjong, kertas putih A4 dan marker pen.

Penerapan Nilai:
Patuh kepada arahan guru, menghormati pendapat rakan-rakan sekumpulan,
bekerjasama, berani, yakin, bersemangat, dan memberi tumpuan.

KBAT:
Pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.

Kemahiran berfikir/Kemahiran hidup dan kerjaya:
Kemahiran berfikir dan berkomunikasi

Refleksi Kendiri : (Selepas sesi pengajaran)

(Kelebihan)

(Kekurangan)

(Kelebihan)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tempoh Isi Pengajaran Aktiviti P&P Aktiviti P&P Pendekatan ABM/BBM/
(Objektif dan hasil pembelajaran) (Guru) (Pelajar) / Catatan
Induksi
(5 minit) Tajuk Video: Nokia Mobile Evolution 1.Guru 1.Pelajar Strategi/ ABM: Video,
(1992-2020)-Durasi 1 minit 28 saat menayangkan satu melihat video Kaedah/ LCD
video simulasi tersebut Teknik projector,
Isi kandungan video: perubahan jenis sambal Pendekatan: Komputer
 Pengeluaran jenis-jenis telefon Nokia telefon nokia dari mengisi Pembelajaran riba,
tahun 1992 hingga helaian soalan kontekstual pembesar
dari tahun 1992 hingga 2020 2020 dan yang guru suara dan
 Perubahan jenis-jenis telefon Nokia mengarahkan sediakan. Strategi: helaian
pelajar menjawab Berpusatkan kertas soalan
dengan manfaat tersendiri dari tahun helaian soalan yang 2.Pelajar guru (lampiran 1).
1992 hingga 2020. disediakan. memberi
 Jarak antara tahun pengeluaran maklum balas Kaedah: Nilai:
produk Nokia dari tahun 1992 hingga 2.Guru menyoal dengan Menggunaka Tekun,
2017. pelajar mengenai menjawab n peralatan penumpuan
video yang soalan guru. teknologi, dan patuh
Contoh manfaat setiap ditayangkan. 3.Pelajar kaedah soal arahan.
memberi jawab
pengeluarannya: 3.Guru perhatian apa
merumuskan video yang
1992 – Nokia 1011 (telefon bimbit pertama simulasi dengan disampaikan
mengkaitkan bab oleh guru.
yang menghasilkan GSM) sebelumnya iaitu 4.Pelajar
gagal dalam duduk dalam
1994 – Nokia 2110 (telefon bimbit pertama persaingan dengan kumpulan.
bab baru iaitu
yang mempunyai nada dering) faktor yang
mempengaruhi
1997 – Nokia 6110 (telefon bimbit pertama perubahan visi,
yang mempunyai Snake Game secara misi dan objektif
perniagaan.
percuma)
4.Guru mengarah
2002 – Nokia 7650 (Telefon Nokia pertama pelajar untuk
membuat 6
yang mempunyai kamera) kumpulan.

2011- Nokia membuat cubaan untuk
bangkit semula dengan membuat inovasi
smartphone Nokia-Window. Nokia 9 &
Lumia

2018-2020-HMD Global berusaha

menghidupkan semula Jenama nokia

dengan cubaan mengeluarkan Nokia 6.1

Soalan: Berdasarkan video tersebut, bilakah
tahun yang menunjukkan jarak yang sangat
jauh berbeza pada tahun seterusnya bagi
pengeluaran produk baharu?
Jawapan dijangka: pada tahun antara
2002 dengan 2011 (9 tahun jarak)
Soalan: Berdasarkan pengetahuan, adakah
pengeluran Nokia N9 atau Nokia Lumia pada
tahun 2011 sehingga 2016 mendapat
sambutan? Bagaimana dengan saingan
daripada Iphone dan Samsung?
Jawapan dijangka: tidak, sebab Iphone
dan Samsung lebih bentuk fizikal yang
menarik berbanding Nokia Lumia atau N9.
Selain itu, Nokia masih gagal untuk mengikut
trend dan dalam pelbagai aspek masih jauh
ketingglan.
Soalan: Berdasarkan video tersebut,
adakah anda melihat perbezaan yang ketara
antara produk Nokia N9 pada tahun 2011
dengan Nokia 8 Sirroco dan 8810 pada tahun

2016-2017 mampu bersaing dengan Iphone

dan samsung?

Jawapan dijangka: Ya, sebab

menggunakan Android berbanding Windows

phone. Namun masih belum mampu menarik

perhatian umum dengan pesat

Menyenaraikan faktor yang 1.Guru meminta 1.Pelajar Pendekatan: ABM:
wakil setiap membincangk Pembelajaran Kertas
Perkemba mempengaruhi perubahan Visi, Misi kumpulan daripada an jawapan Kontekstual Kajang,
ngan Idea 6 kumpulan untuk dalam Pen-pen
dan Objektif Perniagaan mencabut kad dan kumpulan. Strategi: maker, kad
Langkah 1 mengarahkan Berpusatkan warna warni
1.Bagaimanakah faktor dalaman dari aspek pelajar untuk 2.Pelajar bagi guru dan sebagai kad
(20 Minit) sumber manusia akan mempengaruhi visi, berbincang setiap berpusatkan cabutan,
misi dan objektif perniagaan? berdasarkan kad kumpulan pelajar helaian
yang diperolehi. membentangk kertas nota
Faktor sumber manusia akan an persoalan Kaedah: yang kosong
mempengaruhi visi, misi dan objektif 3. Guru meminta yang Kuliah, soal (Lampiran
perniagaan jika sesebuah syarikat tersebut kumpulan yang dinyatakan jawab dan 2).
memiliki pekerja yang berkebolehan mendapat giliran pada kad perbincangan
seperti menguasai pelbagai bahasa dan pertama pada kad cabutan Nilai:
berkemahiran tinggi. Oleh itu kekuatan dan cabutan untuk tersebut Berani
kelemahan dalam aspek sumber manusia membentangkan manakala, menjawab,
amat bergantung kepada tahap kuantiti hasil perbincangan pelajar lain kerjasama
dan kualiti pekerja. dan diikuti oleh mendengar dan patuh
kumpulan sambil arahan guru.
2. Bagaimanakah faktor dalaman bagi seterusnya melengkapkan
aspek kewangan yang dapat manakala, helaian kertas
mempengaruhi perubahan visi, misi dan kumpulan lain yang
objektif perniagaan? diminta mencatat disediakan.
pada kertas helaian
Faktor kewangan ini turut mempengaruhi yang disediakan. 3.Pelajar
sekirannya pemodal bersedia untuk menjawab
menambah modal melalui pinjaman bank. 3.Guru memberi persoalan
Peningkatan kewangan ini dapat markah kepada yang
membolehkan perniaga meletakkan pembentangan dan dikemukan
sasaran. Pinjaman dari bank tersebut, seterusnya oleh guru.
perlu dibayar bersama-sama dengan mengemukan
jumlah faedah yang dikenakan. Jumlah soalan yang sama
wang yang besar dapat mengalakkan pada kumpulan
aktiviti pelaburan dan meningkatkan yang berlainan.
perniagaan.

3.Bagaimanakah faktor luaran dari aspek
ekonomi yang dapat mempengaruhi
perubahan visi, misi dan objektif
perniagaan?

Dipengaruhi oleh keadaan ekonomi iaitu
kitaran ekonomi, dasar kewangan negara
dan dasar fiskal negara. Kitaran ekonomi
yang terbahagi kepada 4 sama ada; i.
Pertumbuhan ii. Kemerosotan, iii.
Kemelesetan & iv. Melambung

Kedua, dasar kewangan ialah perancangan
dan tindakan kerajaan ke atas sumber
kredit, kadar faedah dan penawaran wang
bagi mengawal ekonomi.

Ketiga, dasar fiskal ialah tindakan kerajaan
mengawal ekonomi melalui perubahan
kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan.

4.Bagaimanakah faktor luaran dari aspek
sosiobudaya dapat mempengaruhi

perubahan visi, misi dan objektif
perniagaan?

Perubahan ini dapat dilihat melalui amalan
dan cara hidup sesuatu kaum di sesebuah
negara iaitu dikenali sebagai persekitaran
sosiobudaya. Kepelbagaiaan kaum
mendatangkan manfaat kepada perniaga
kerana dapat mengeluarkan pelbagai jenis
produk bagi memenuhi citarasa
masyarakat.

5.Bagaimanakah faktor luaran dari aspek
teknologi dapat mempengaruhi perubahan
visi, misi dan objektif perniagaan?

Kemajuan teknologi yang terkini dan
canggih membolehkan perniagaan lebih
cekap, kos operasi murah dan
meningkatkan daya pengeluaran.
Teknologi terkini memakan pelaburan
modal yang besar. Kecekapan dalam
pengeluaran, dan membolehkan setiap
proses pengeluaran dan pengawalan kualiti
dapat dilakukan dengan lebih berkualiti,
pantas dan tepat.

6.Bagaimanakah faktor luaran dari aspek
undang-undang dapat mempengaruhi

perubahan visi, misi dan objektif
perniagaan?

Penetapannya akan berbeza jika perniagaan
itu dijalankan di luar negara atau di dalam
negara kerana, perniagaan di luar negara
akan terikat dengan undang-undang luar
negara dan sebaliknya. Undang-undang
adalah bertujuan untuk memastikan dasar
dan matlamat sesebuah negara tercapai iaitu
seperti perubahan kadar cukai yang
mempengaruhi kenaikan atau pengurangan
kos perniagaan dimana ia sentiasa berubah
mengikut keadaan dari semasa ke semasa.

Penilaian Soalan: 1.Guru memberi 1.Pelajar Pendekatan: ABM:
(10 Minit) arahan kepada menjawab Pembelajaran Lembaran
Jelaskan secara ringkas faktor dalaman dan pelajar untuk soalan dalam koperatif kerja
faktor luaran yang boleh mempengaruhi menjawab soalan. lembaran (Lampiran 3)
perubahan Visi, Misi dan Objektif kerja. Strategi: dan skema
perniagaan? 2.Guru Berpusatkan jawapan
membincangkan 2.Pelajar pelajar (Lampiran
Jawapan: soalan bersama membincangk 4).
Lampiran 4 pelajar. an jawapan Kaedah:
bersama guru. Soal jawab Nilai: Jujur
3.Guru meminta dan dan patuh
pelajar menyemak 3.Pelajar perbincangan pada arahan
dan memberi markah menyemak guru.
lembaran kerja rakan dan memberi
pelajar yang markah.
disemak.
4.Pelajar
4.Guru meminta menghantar

pelajar menghantar lembaran
lembaran kerja. kerja.

Penutup Rumusan: 1.Guru meminta 1.Pelajar Strategi: ABM:
(5 Minit) Tajuk pembelajaran pada hari ini ialah faktor pelajar membuat membuat Berpusatkan Peta minda
yang mempengaruhi perubahan Visi, Misi kesimpulan. kesimpulan. pelajar
dan Objektif Perniagaan. Kami telah
mempelajari faktor dalaman dan faktor 2.Guru membuat 2.Pelajar
luaran yang mempengaruhi perubahan visi, rumusan ringkas. mendengar
misi dan objektif perniagaan.
3.Guru menegaskan rumusan
konsep yang perlu daripada guru.
diutamakan dalam
tajuk ini. 3.Pelajar
memberi
perhatian

terhadap

konsep yang
dinyatakan
oleh guru.

RUJUKAN

1. A
Abd Rahim Abd Rashid. 2002. Agenda perubahan pendidikan saisn sosial dalam

mengharungi alaf baru. Dlm. Abd Rahim Abd Rashid. (pnyt.). Pengajaran dan
pembelajaran sains sosial: teori dan amalan, hlm. 1-21. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula
Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran UKM 2011, 1–15.
Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir. 2003. Pedagogi : strategi dan teknik mengajar
dengan berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
1. B
Mok Soon Sang 2010 pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran, Puchong
Multimedia Sdn Bhd

2. A & B
Laman Sesawang

1. https://duniapendidikanipg.blogspot.com/2014/07/pendekatan-induktif-
dedutif-eklektik.html

2. http://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/pendekatan-kaedah-teknik-dan-
strategi/


Click to View FlipBook Version