INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Disediakan oleh:
NAMA PELAJAR: NURUL IZZATI AIMAN BINTI MOHD ZAFRI
ANGKA GILIRAN: 2020192340193
NO. KAD PENGENALAN: 011117-02-0034
KUMPULAN: PISMP F10 ( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
KOD DAN NAMA KURSUS: EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH: PN. NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI
TARIKH HANTAR: 12 MEI 2022
TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS PENSYARAH:
SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan 2
2.0 Langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya
dari aspek: 2-4
4-5
1. Fizikal.
2. Emosi. 5
3. Sosial. 6
4. Sosiolinguistik. 7
3.0 Rumusan. 8
Rujukan
1
1.0 Pengenalan.
Di Malaysia, pengurusan bilik darjah abad ke-21 yang memiliki ciri-ciri mesra budaya yang
dihasratkan oleh KPM dan menjadi dasar dalam pendidikan negara kini yang setanding dengan
tugas pengurusan guru sedang giat dijalankan. Transformasi bilik darjah sebegini memerlukan
guru melalui pengurusan yang profesional agar dapat merangsang murid untuk terus datang ke
sekolah, bersaing secara sihat, mengenali rakan berlainan bangsa, belajar secara koperatif dan
memperoleh keselesaan, kemahiran dan nilai kolaboratif yang boleh digunakan pada masa
depan.
2.0 Langkah-langkah menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek:
1. Fizikal.
Meskipun guru tidak memiliki kawalan kepada saiz fizikal dan bilangan murid dalam sesebuah
bilik darjah, namun mereka boleh memikirkan cara terbaik untuk menentukan penggunaan
ruang dan susun atur perabot di dalam bilik darjah masing-masing. Menurut usulan Zabel &
Zabel (1996), setiap guru perlulah menyusun atur segala perabot yang mendiami kelas
masing-masing sebagai usaha meningkatkan pembelajaran sekaligus mengurangkan
gangguan. Perkara ini perlu dipandang berat oleh guru kerana jika cara susunan perabot
menyebabkan murid terselindung daripada pandangan guru semasa mengajar atau tempat
duduk murid sukar dilawati oleh guru satu per satu (James Ang, 2014).
Pada pemikiran Steele (1973), beliau mengusulkan bahawa penyusunan fizikal dalam kelas
memiliki enam fungsi iaitu keselamatan, hubungan sosial, identiti simbolik, perkembangan dan
ketenangan. Bagi menguruskan kelas mesra budaya, sesuatu kelas perlu mewujudkan rasa
selamat dari segi fizikal dan psikologikal kepada para murid serta guru. Selain itu, persekitaran
fizikal meliputi bangunan sekolah, bilik darjah serta perabot di dalam bilik darjah turut
menyumbang kepada ciri-ciri kelas yang mampu mempengaruhi pengalaman pembelajaran
murid. Susun atur fizikal di dalam bilik darjah boleh menonjolkan autoriti dan gaya pengajaran
seseorang guru, menimbulkan rasa kepunyaan dan membolehkan murid berinteraksi dengan
bahan bantu belajar, peralatan tulis dan rakan sekelas dengan selesa dan hendak berada di
dalam kelas tersebut. Hal ini akan memudahkan guru untuk menguruskan bilik darjah dengan
efisien (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar, 2016).
2
Seterusnya, pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang. Apabila guru sedang
mengajar atau mendemonstrasikan permainan atau aktiviti induksi, semua murid dapat melihat
persembahan guru dengan mudah tanpa perlu mereka mengalih kerusi, pergi ke tempat duduk
rakan yang berada dekat dengan guru atau berdiri. Kebanyakan pengajaran guru, wajarlah
mereka memanfaatkan ruang depan bilik darjah atau mengambil tempat duduk murid yang
berada di bahagian tengah bilik darjah, agar memudahkan murid berkumpul untuk melihat
persembahan guru mengendalikan PdP (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar, 2016).
Di samping itu, keadaan bilik seni kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot. Faktor
pencahayaan amat penting berdasarkan kajian oleh Tim Berman, cahaya matahari berupaya
meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid. Malangnya, di sesetengah bilik darjah di
sekolah menghadapi masalah silau apabila sinaran matahari mengenai papan putih pada waktu
tertentu. Keadaan ini akan menyukarkan pembelajaran kerana penglihatan murid terhalang
untuk melihat perkara yang diajarkan oleh guru. Dalam iklim khatulistiwa yang panas dan
lembap ini, pintu dan tingkap di bilik darjah sentiasa dibuka untuk tujuan pengudaraan yang
baik. Hal ini amat dititikberatkan oleh guru kerana keadaan cuaca yang panas sepanjang hari
akan menyebabkan murid berasa mengantuk, tidak selesa dan keletihan kerana bilik darjah
terasa hangat. Lain daripada itu, perabot khususnya kerusi dan meja mencukupi dan berada
dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi
dan meja sesuai dengan jisim badan dan peringkat tahap umur murid.
Akhir sekali, kepentingan peraturan dan rutin bilik darjah. Peraturan yang dibentuk oleh guru
seharusnya ringkas dan jelas. Murid tiada kesukaran dalam memahami dan mengingati
peraturan. Kedua, peraturan dipersetujui oleh murid dan peraturan tersebut menjadi lebih
berkesan kerana murid dan guru bersama-sama menghasilkan peraturan. Amalan demokrasi
dapat dipupuk pada setiap peringkat umur murid dan mereka merasakan bahawa mereka
adalah warga bilik darjah yang saling menghormati dan mendapat hak untuk belajar dalam
suasana tenteram. Ketiga, bilangan peraturan yang ditulis dihadkan serta bertujuan untuk
membantu proses PdP.
Seperti kelas yang lain, semua peraturan yang ditulis oleh guru, ditampal pada setiap dinding
dan pintu hadapan bilik darjah bagi semua murid dapat membacanya dengan jelas. Dengan
merujuk peraturan yang dipamerkan dalam bilik darjah, dapat diakui murid akan memperoleh
pengalaman melalui segala peraturan yang ditetapkan kerana apabila murid mencetuskan
3
pergaduhan, melakukan vandalisme terhadap perabot, mencuri bahan bantu mengajar,
merosakkan karya seni murid dan mengganggu rakan ketika belajar, mereka wajar diberi
teguran atau dendaan atas perlakuan mereka yang salah, sebaliknya, murid yang menunjukkan
perlakuan yang baik dan memberi kerjasama kepada guru dan rakan sepanjang PdP
berlangsung, mereka diberi pujian dan ganjaran (Noriati A. Rashid et al., 2014).
2. Emosi.
Secara falsafahnya, emosi ialah satu perasaan dan juga gerak hati yang dirasai oleh individu
yang akan menunjukkan respon melalui tindak balas tubuh badan sekiranya berlaku
rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu situasi yang sedang dihadapi oleh individu. Begitu
juga, dengan kanak-kanak, mereka mengalami fasa-fasa perkembangan sosioemosi
kanak-kanak iaitu pada tahap paling awal, kanak-kanak mengembang kepercayaan kepada
orang lain. Sebagai contoh, murid memberikan kepercayaan mereka kepada guru sebagai
penjaga sementara semasa mereka berada di sekolah malah guru merupakan orang yang
boleh didekati, bermesra dan berkongsi pendapat dan masalah. Selain itu, kanak-kanak akan
mencuba untuk berdikari dan mengawal emosi ketika berjumpa khalayak ramai misalnya, murid
akan berkelakuan baik untuk mendapatkan pujian daripada guru seterusnya berusaha untuk
menyiapkan kerja sekolah tanpa bantuan guru, ibu bapa atau rakan sekelas (Haliza Hamzah &
Joy Nesamalar, 2016).
Menurut Myint (2005), menghujahkan bahawa guru perlu mengikis emosi-emosi negatif dalam
kelompok murid seperti marah, geram, berduka, bosan, tegas dan suka menyindir murid sendiri
(Noriati A. Rashid et al., 2014). Pendekatan yang terbaik bagi menjana emosi murid yang positif
sepanjang PdP adalah dengan cara memotivasikan murid untuk menghasilkan tugas-tugas
pembelajaran dengan baik dan mengambil peduli terhadap mereka sepanjang keberadaan
mereka di sekolah. Faedahnya, murid berasa seronok untuk belajar apabila hubungan
guru-murid terjalin, kebajikan dan kerohanian murid dijaga dengan baik. Murid yang seronok
dan bersemangat ke sekolah dipercayai dapat melonjakkan kualiti PdP dengan lebih berkesan.
Seterusnya, guru semestinya memasukkan unsur kecindan dalam komunikasi untuk
mengurangkan tekanan murid mendepani sesuatu kejadian PdP. Kebolehan guru untuk
mengaplikasikan unsur-unsur humor dalam komunikasi boleh membentuk hubungan yang utuh
antara guru-murid. Seperti yang diketahui, guru yang boleh bergelak tawa dan bermesra
dengan murid dalam suasana santai, secara lumrahnya, akan lebih rapat dengan murid. Guru
4
boleh menggunakan pelbagai watak berlainan, teka-teki dan permainan maujud atau secara
maya dalam pembelajaran. Pendekatan ini secara langsung, menenangkan guru dan
merehatkan minda guru daripada berfikir terlalu kritikal tentang akademik dan pengajaran
sahaja. Walau bagaimanapun, unsur-unsur humor yang diselitkan mestilah sesuai dengan
tahap umur murid dan tidak bertujuan menghina atau mengejek anak didiknya sehingga boleh
menimbulkan dendam kesumat atau menyinggung perasaan murid.
3. Sosial.
Mengenai sosial murid-murid, strategi membina hubungan positif guru-murid dalam aspek
sosial adalah mengingati nama murid dan memanggil murid dengan nama sebenar
masing-masing. Hal ini diambil serius kerana guru perlu berusaha mengenali dan mengingati
nama murid-murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan. Sebagai peringatan,
guru perlu mengelakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau
nama-nama ganti diri yang am seperti ‘Kamu…’, ‘Dia…’, ‘Awak…’ serta memanggil mereka
berdasarkan kedudukan murid di dalam kelas misalnya, ‘Kamu yang duduk di belakang
sekali…’, ‘Awak yang duduk di depan papan tulis…’. Jika guru dapat mengelak berbuat
perkara demikian, murid berasa selesa dan bangga apabila guru-guru mengingati nama
mereka. Situasi itu menunjukkan guru menghargai keberadaan mereka dan mengakui mereka
sebagai muridnya, di samping mempamerkan usaha guru yang berdedikasi dan menyayangi
para muridnya. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih mudah menjalinkan
hubungan guru-murid, dapat mengawal kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan.
Di samping itu, guru yang mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-murid,
secara realitinya sudah membantu guru mengeratkan silaturahim yang baik dengan para anak
didiknya. Tambahan pula, sikap guru sebegini akan menjadi ikutan yang terpuji kepada murid
untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang-orang di sekelilingnya. Dalam pada itu,
guru wajar menunjukkan keikhlasan dalam mempamerkan keprihatinan, janganlah guru
bersikap pilih kasih dengan hanya menumpukan perhatian kepada sekumpulan murid yang
disukainya sahaja atau hanya mengambil berat terhadap murid yang sebangsa dengannya
manakala murid yang berlainan kaum diabaikan. Berilah perhatian yang sama rata kepada
semua murid tanpa mengira etnik, latar belakang sosioekonomi, siapa ibu bapa mereka dan
tempat kediaman. Murid-murid sebenarnya mengetahui sama ada guru itu mengambil berat
atau tidak. Maka, guru perlulah mengekalkan ekuiti untuk semua murid.
5
4. Sosiolinguistik.
Langkah-langkah untuk menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek sosiolinguistik yang
pertama adalah kemahiran dwibahasa dalam kalangan murid. Setiap murid akan menguasai
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan
bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap murid juga akhirnya akan berpeluang mempelajari
bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan berbilang budaya
memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid akan terus berpeluang untuk
mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah
kebangsaan juga menyediakan peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina,
Tamil, Arab, Iban, dan Kadazan Dusun. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025, selepas jangka masa tertentu, semua murid akan digalakkan untuk belajar
sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi
secara berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam
era globalisasi ini (Lee Lam Thye, 2017).
Sementelahan itu, sebagai guru yang berdedikasi dan menyokong hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, murid perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional
dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk memupuk perpaduan dan masa
depan Malaysia. Oleh itu, wajiblah guru menerapkan semangat jati diri anak Malaysia kepada
setiap murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan usaha
yang jitu daripada guru untuk membentuk insan yang belajar memahami perbezaan dan
bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup bersama dalam
kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti nasional juga memerlukan setiap murid memahami
sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk
masa depan Malaysia.
6
3.0 Rumusan.
Jelaslah bahawa keadaan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya boleh
menimbulkan keharmonian dan melicinkan pengurusan masalah disiplin bilik darjah. Guru yang
prihatin dengan sikap dan sahsiah murid akan sentiasa mencuba membantu membendung
masalah yang dihadapi oleh murid. Oleh hal yang demikian, guru-guru mestilah ingat bahawa
sesebuah bilik darjah terdiri daripada murid-murid yang memiliki harapan dan impian
masing-masing dan bersemangat untuk belajar. Maka, guru yang masuk ke bilik darjah untuk
mengajar perlulah peka dan pantas untuk menyediakan iklim tempat belajar yang mampu
memberikan faedah dalam aspek fizikal, emosi, sosial, jasmani, rohani dan mental para murid.
7
Rujukan.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku edisi kedua.
Oxford Fajar.
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan bilik darjah. PTS Publications Sdn. Bhd
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Hubungan tingkah laku pemupukan kreativiti
guru dengan pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities, vol.3 (3), 64-79
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lee Lam Thye. (2017). Terap perpaduan, galak anak bergaul dengan pelbagai kaum. BH
Online.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Zuraidah A. Majid & Sharifah Fakhriah. (2014). Budaya dan
Pembelajaran. Oxford Fajar.
8