JANGAN BIARKAN DADAH MENGUASAI HIDUP ANDA APAKAH PUNCA UTAMA YANG MENYEBABKAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT? APAKAH KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH INI KEPADA PELAJAR IPT? MAJALAH REMAJA 2023 MPU23012 PENGAJIAN ISLAM PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT HARGA RM9.90 (SM) RM11.00(SS) BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGATASI ISU INI? BILANGAN KELUARAN : 300 CETAK
K A N D U N G A N I S I A p a k a h P u n c a ? K e s a n t e r h a d a p p e n g a m b i l a n D a d a h S i d a n g R e d a k s i M aj a l a h C a r a m e n g a t a s i 2 6 3 3 5 6 4 1 6 3 P e n g e n a l a n I nfo g r afi k S u m b e r R uj u k a n 0 3 0 1 0 2 0 9 - 1 2 0 4 - 0 8 1 3 - 1 7 1 8
adah merupakan bahan kimia psikoaktif sama ada yang asli atau tiruan. Ia digunakan secara disuntik, dihidu, dihisap, atau dimakan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan, pemikiran atau kelakuan seseorang. Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Mengikut pandangan Islam, dadah dalam alQuran menyamai istilah"khamar" yang digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Malah, Rasulullah Saw pernah bersabda yang bermaksud: "Setiap yang memabukkan ialah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram." (Riwayat Muslim). Dari segi Riwayat Bukhari dan Muslim pula, Rasulullah SAW turut menegaskan: "Setiap yang melesukan kewarasan akal fikiran adalah haram". Oleh yang demikian, tidak syak lagi bahawa dadah boleh merosakkan tubuh badan manusia, akal, keturunan dan lainlain lagi. Maka tetaplah para ulama' meletakkan hukum ke atas orang-orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. PENGENALAN اَل َض َرَر َواَل ِص َراَر RASULULLAH SAW PERNAH BERSABDA: D Maksudnya: Tidak ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) Page 1
SIDANG REDAKSI MAJALAH Lailiatul Fitria Binti Maslan 06DAT22F1047 Nur Liyana Binti Sukri 06DAT22F1010 Nur Anis Farzana Binti Mohd Ismail 06DAT22F1041 Nurul Syahirah Binti Safian 06DAT22F1035 Nurhaziyah binti Mohamad Khizam 06DAT22F1075 Dari Pena Penasihat Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Majalah Remaja merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mempertengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu islam dan cabaran semasa. Sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DAT2B, Jabatan Perdagangan bagi pengajian sesi 2 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini hingga terhasilnya e-majalah Remaja untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan kepada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang islam sebagai cara hidup yang merupakan key performance indicator kehidupan seorang muslim. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis kearah pembentukan modal insan yang Holostik dan Komprehensif. Puan Noor Aslinda Binti Jalin Page 2
IBU BAPA DAN DADAH LAILIATUL FITRIA ajian mendapati bahawa ibu bapa turut berkaitan dengan isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar ipt. Malahan ianya menjadi punca utama dalam isu ini. APAKAH PERKAITAN ANTARA IBU BAPA DAN DADAH? MAJALAH REMAJA Mei 2023 Ibu bapa yang sering bergaduh di hadapan anak-anak akan menyebabkan anak dalam keadaan tertekan. Dalam keadaan ini anak anak remaja mereka yang berkemungkinan adalah pelajar IPT akan cenderung untuk melakukan perkara negatif seperti mengambil dadah kerana percaya ianya boleh memberi ketengan kepada mereka Didikan dan kasih sayang yang kurang diberikan oleh ibu bapa juga mendorong kepada perilaku buruk seperti isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja IPT yang semakin berleluasa akhir-akhir ini . Ini kerana ibu bapa yang lebih mementingkan pekerjaan. Mereka akan berasa terabai dan bebas untuk melakukan segala perkara sama ada baik atau buruk. Ibu bapa membawa pengaruh besar kepada sikap dan sifat anakanaknya. Jadi ibu bapa perlulah memberi contoh yang baik kepada anak-anak K Page 3
lailiatul fitria PENGARUH RAKAN MAJALAH REMAJA Mei Edition | 2023 Pemilihan rakan perlulah dilakukan dengan benar baik dan tepat. Ia kerana rakan adalah orang kedua yang rapat dengan kita selepas keluarga. Rakan boleh mempengaruhi seseorang rakan yang lain dengan cara mengajak atau mempelawa orang itu untuk melakukan sesuatu perkara. Lebih parahnya apabila perkara tersebut adalah perkara negatif seperti penyalahgunaan dadah. Dalam proses pembesaran hubungan mereka dengan rakan secara tidak langsung telah melahirkan rasa ingin mencuba dan tertarik dengan dadah. Apabila salah seorang telah terlibat berkemugkinan besar rakan yang lain akan lebih mudah untuk terlibat. Hal ini kerana remaja jauh daripada pengawasan ibu bapa. Pada masa ini keinginan mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu adalah sngat besar. Kesannya, remaja sangat mudah untuk dipengaruhi oleh persekitaran mereka. R akan memainkan peranan penting dalam hidup seseorang remaja apatah lagi dalam kalangan remaja IPT yang biasanya duduk jauh daripada ibu bapa mereka. Page 4
KESAN FIZIKAL PELAJAR Berdasarkan pemerhatian , majoriti lelaki di Malaysia adalah seorang perokok termasuklah dalam kalangan pelajar berbanding perempuan. Namun, pelajar IPT sepatutnya tidak melibatkan diri dalam kegiatan sebegini kerana ia boleh memberi kesan yang buruk seperti masalah paru-paru dan menjejaskan kesihatan. YANA SUKRI K esan pengambilan bahan terlarang seperti dadah boleh menyebabkan pelajar mengalami perubahan tekanan darah, kehilangan berat badan dan berkemungkinan diserang sakit jantung yang menyebabkan kematian. D A D A H T I D A K M E M B U A T K A N A N D A N A M P A K " C O O L " Berjaya dalam kehidupan bukan rosakkan kehidupan dengan dadah Proses perkembangan fizikal pelajar akan terjejas akibat penyalahgunaan dadah. Di peringkat ini, pelajar perempuan cenderung untuk menjaga penampilan diri supaya kelihatan menarik. Tanpa bimbingan yang betul, terdapat di antara mereka yang mengambil dadah untuk melangsingkan badan. Kesannya mereka mengalami ketagihan dadah tersebut dan menghidap penyakit Anorexia Nervosa iaitu di mana seorang individu itu mengalami gangguan diet yang menyebabkan penurunan berat badan yang sangat ketara. Page 5
E S A N Emosi terhadap seorang yang mengambil bahan terlarang boleh dilihat dalam pelbagai cara. Emosinya dapat dilihat dengan lebih ketara apabila pelajar di IPT tidak memperoleh bahan tersebut walaupun baru beberapa jam. Mahasiswa dan Mahasiswi yang ketagih akan menunjukkan emosi yang sangat jelas seperti menjadi terlalu gembira, kerap ketawa, menunjukkan perangai buruk atau sebaliknya iaitu pendiam, mahu bersendirian dan tidak mahu melakukan sebarang aktiviti. K Remaja yang dalam keadaan ketagihan dadah yang memuncak mungkin akan bertindak agresif untuk menghilangkan ketagihan dadah yang sedang dialami. Untuk mengatasi rasa gian pelajar sanggup membuat sesuatu diluar jangkaan sepeti mencederakan orang di sekeliling malah nyawa orang yang tersayang juga mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi mangsa penagih. Akhir kata pengambilan dadah dapat memberikan impak yang besar terhadap otak sehingga penagih mengalami psikosis iaitu sakit mental yang teruk. Bahan terlarang bukan sahaja merosakkan fizikal malah emosi juga boleh musnah. E M O yana sukri I Page 6
SYAHIRAH SAFIAN Magazine AKIBAT DARI SEGI UNDANG-UNDANG Mahasiswa dan mahasiswi yang penyalahgunaan dadah akan memberikan kesan yang buruk pada undang-undang yang akan dihadapi oleh mereka sepanjang hidup. Ini berlaku semasa mereka mahu mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan. Sebelum mendapat sesuatu pekerjaan, kebiasaannya majikan akan meminta mereka untuk menjalani ujian dadah sebelum menawarkan pekerjaan tersebut tetapi terdapat juga majikan yang melakukan ujian tersebut secara rawak iaitu selepas mereka mendapat pekerjaan tersebut. Kebanyakkan mereka yang didapati telah mengambil dadah akan menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan tersebut atau tidak dapat diteruskan. Mereka yang tidak mahu berhenti mengambil dadah akan menyebabkan mereka dibuang pekerjaan dan membawa kepada isu-isu yang lebih besar lagi. Selain daripada itu, mereka yang mengambil dadah boleh menyebabkan lesen memandu mereka digantung iaitu selama 10 hingga 20 tahun bagi negara Malaysia. Malah, terdapat pelajar yang dikenakan denda sehingga RM 200 000 dan menghabiskan masa belajar mereka di dalam penjara iaitu selama 20 tahun yang paling maksimum. Perkara ini akan menyebabkan mengganggu perjalanan mereka untuk pergi ke kelas bagi mereka yang tinggal di luar yang berjauhan dari kawasan universiti. Apabila perkara ini berlarutan, perkara ini akan mengganggu pembelajaran dan boleh mendapat keputusan yang kurang cemerlang kerana banyak ketinggalan di dalam pelajaran. Seperti dalam kes pelajar ditahan kerana miliki dadah yang berlaku di Kuantan. Mereka ditemui kerana hidup mewah sebagai seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang mampu berkereta dan berbelanja besar terbongkar apabila didapati bersama dengan dadah ganja seberat 1.6 kilogram dan serbuan rumah di Indera Mahkota. Pelajar ini ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Kuantan selepas dipercayai mengedar dadah di ekitar daerah tersebut dan pelajar IPT sebagai sasaran utamanya. Isu ini adalah sangat serius kerana bukan hanya berbahaya kepada orang yang mengambilnya sahaja tetapi kepada orang sekeliling juga. www.reallygreatsite.com KESAN Page 7
Mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan dadah juga mempunyai masalah sumber kewangan. Seperti yang kita ketahui, harga dadah adalah sangat mahal sekiranya mereka menggunakan dengan lebih kerap. Orang yang mengambil dadah akan mengalami ketagihan sehingga merasakan tidak boleh hidup tanpa dadah. Ini yang menyebabkan mereka banyak menghabiskan wang yang diberi ibu bapa hanya membeli dadah semata-mata. Kesannya, mereka akan hutang pada yang sepatutnya iaitu seperti buku dan yuran serta akan menjadi tekanan kerana terlalu banyak hutang sehingga tidak terbayar. Penyalahgunaan dadah ini akan memberi impak yang negatif kepada produktiviti dan kejayaan pelajar di universiti. Pelbagai masalah yang mereka akan hadapi dengan pengambilan dadah. Masa mereka juga terbazir dengan mencari, menggunakan dan pulih daripada dadah yang boleh mereka manfaatkan untuk belajar kemahiran baharu bagi mempertingkatkan kemahiran pekerjaan. Terdapat juga pelajar yang terpaksa ditangguhkan ujian akibat sakit berpunca dadah dan ketinggalan apa yang perlu dipelajari di dalam kelas. SYAHIRAH SAFIAN MAY, 2023 Isu seperti ini bukan hanya menyusahkan diri tetapi juga orang sekeliling. Isu undang-undang yang melibatkan penggunaan dadah akan meningkatkan bil tanggungan mereka. Wang sepatutnya dibelanjakan untuk pengajian telah dihabiskan pada dadah dan tidak termasuk lagi kos rawatan apabila sakit. Lebih-lebih lagi apabila didapati menghidap penyakit kronik yang mencecah sebanyak puluhan ribu ringgit. Kereta dan kadar insurans juga akan meningkat dan akan menambah masalah mereka untuk mencari jalan membayar pelbagai perkara disebabkan dadah. Seterusnya, apabila tiada penyelesaian mereka tidak berfikir panjang dan terus bertindak membunuh diri. Disebabkan ini kes kematian meningkat dalam kalangan pelajar serta bertambah sejak awal 1980an lagi. Page 8
Tugas membimbing dan mendidik serta menyerapkan nilainilai murni terutamanya dalam didikan agama. Ini merupakan tugasan yang besar bagi ibu bapa malah tidak boleh dipikul oleh orang lain. Memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Hal ini boleh dikaitkan dengan satu perpatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' dengan itu boleh melahirkan generasi masa depanyangbertanggungjawabdanberdisiplin. Ibu bapa perlu memantau anak-anak seperti mengetahui keperibadian rakanrakannya supaya mereka tidak terjebak dengan orang yang membawa keburukan kepada mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memantau aktiviti media sosial mereka bagi memastikan mereka tidak melakukan perkara yang salah. Menasihati anak-anak yang mempunyai masalah dadah dapat meringankan beban mereka yang dialaminya. Hal ini membuat mereka sedar atas kesilapan yang telah dilakukan dan dapat memberi mereka semangat meninggalkan pengambilan dadah. Oleh itu, ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka supaya mereka tidak membuat perkara yang akan dikesali suatu hari nanti. Hal ini boleh dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi 'sediakan payung sebelum hujan'. PERANAN-PERANAN IBUBAPA Nurhaziyah Page 9
Penulis : Nurhaziyah Binti Mohamad Khizam PERANAN IBUBAPA Dalam menjadi ibu bapa yang prihatin mereka juga perlu meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Ibu bapa boleh meluangkan masa dengan melakukan aktivitiaktiviti yang menarik seperti berjoging, bercuti, beriadah dan aktiviti lain yang bermanfaat. Dengan melakukan aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan semakin erat dan secara tidak langsung dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia Sebagai Ibu bapa yang prihatin mereka perlu mendengar segala keluhan dan luahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Hal ini dapat mengawal emosi mereka daripada melakukan perkara yang tidak sewajarnya . Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan sokongan dan dorongan kepada anak mereka agar mereka rasa dihargai. Page 10
ihak keraajan perlu mengenakan hukuman yang berat seperti hukuman mati (gantung), penjara seumur hidup dan sebagainya kepada pengedar dadah. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan mengenakan hukuman yang berat secara tidak langsung ia dapat memberikan kesedaran dan rasa takut untuk melakukan perbuatan tersebut. Tanpa pembekal atau pengedar dadah sudah tentu sukar untuk penagih dadah mendapat bekalan. Cara mengatasi penyalahgunaan dadah PERANAN KERAJAAN Langkah yang seterusnya ialah sebagai pihak kerajaan ia perlu bijak dalam mewujudkan kerjasama dengan orang awam kerana ia merupakan inisiatif yang sangat penting dalam membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajarIPT. Hal ini bertujuan supaya masyarakat sentiasa berganding bahu bagi mengekang penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar IPT. Sebagai contoh ibu bapa atau masyarakat perlu segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kegiatan penyalahgunaan dadah di kediaman mereka bagi memudahkan pihak berkuasamemberkaskegiatanpenyalahgunaandadah. Anis Farzana P Page 11
PERANAN KERAJAAN K Di setiap negeri, pihak kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak pusat-pusat pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih dari berbagai peringkat umur. Hal ini kerana pihak kerajaan mahu memberikan kesedaran melalui aktiviti-aktiviti amal, ceramah, dan sebagainya yang dapat membantu pealah untuk berubah ke arah yang benar dan tidak lagi terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama yang turut terlibat debngan penyalahgunaan dadah dan mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. empen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan yang melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Selain itu, kempen kesedaran seperti 'Kempen Anti Dadah', 'Belia Benci Dadah' perlu dianjurkan di peringkat IPT oleh pensyarahpensyarah kerana ia adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus kepada penyalahgunaan dadah.Di samping itu, ceramah-ceramah tentang keburukan dadah juga boleh diadakan. NUR ANIS FARZANA Page 12
Tindakan ibu bapa dalam mendidik anak-anak Tindakan yang perlu dilakukan Tindakan yang tidak boleh dilakukan Memberi didikan awal tentang bahaya dadah Membawa contoh yang buruk Sentiasa mengawasi gerak geri anak-anak Mengabaikan anak-anak Page 13 LAILIATUL FITRIA
Dibenci masyarakat Prestasi belajar dan kerja merosot teruk Cita-cita dan harapan musnah Sentiasa diburu polis INDIVIDU Menghancurkan harapan ibu bapa Menjatuhkan maruah dan imej keluarga Membebankan anggota keluarga KELUARGA Kejadian jenayah Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat MASYARAKAT KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH SYAHIRAH SAFIAN Page 14
Cara mengatasi penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar IPT Peranan Individu Pandai memikir apa yang baik dan apa yang buruk Memperkuatkan iman dalam diri Tidak mudah terpengaruh oleh kawan atau orang sekeliling I a n d d a ividu perlu yan jati diri g kuat Page 15 NURHAZIYAH
Memantau pergerakan pelajar Ambil peduli perubahan fizikal dan emosi pelajar Mewujudkan suasana harmoni Meningkatkan pengetahuan berkaitan penyalahgunaan dadah dan kesannya Membantu pelajar dalam pelajaran Melaporkan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada pihak berkuasa 1 2 3 4 6 5 PERANAN PENSYARAH Cara mengatasi penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar IPT Page 16 NUR ANIS FARZANA
TERHADAP FIZIKAL & EMOSI K ESAN PENYALAHGUNAAN BARANG LARANGAN DI KALANGAN PELAJAR IPT FIZIKAL Kehilangan berat badan Sakit dada Sakit jantung EMOSI Pendiam Terlalu gembira Terlalu agresif YANA SUKRI Page 17
Sumber Rujukan * * * * * * * * https://isu2semasamalaysia.blogspot.com/2019/12/l angkah-langkah-untuk-mengatasi-remaja.html https://id.scribd.com/doc/235351008/Peranan-IbuBapa-Dalam-Menangani-Dadah-Di-KalanganRemaja (dicapai pada 2 Mei 2023) (dicapai pada 2 Mei 2023) https://www.ceriasihat.com/10-kesanpenyalahgunaan-dadah-dan-puncanya/ https://anyflip.com/bwexl/wzni/basic (dicapai pada 29 April 2023) http://appswpkl.moe.gov.my/download/phocado wnload/terkini/2014/sppk/ucd/BahanLDPCOMBA TDAPS/dadah%20dan%20kesan%20terhadap%20k esihatan%20pdf2.pdf (dicapai pada 2 Mei 2023 ) https://cf.shopee.com.my/file/56f4baa07dcde ee3de8e93cf87f136a2 (dicapai pada 30 April 2023) https://elmoolover.wordpress.com/isikandungan/langkah-langkah-mengatasipenyalahgunaan-dadah/ (dicapai pada 1 Mei) http://sblm1053k14.blogspot.com/2010/08/penge nalan.html?m=1 (dicapai pada 3 Mei) Page 18