The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KPRS, 2020-05-15 23:47:42

Kertas Soalan Sejarah Tahun 4

Kertas Soalan Sejarah Tahun 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5
35600 SUNGKAI, PERAK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2020

SEJARAH

KERTAS 1
TAHUN 4
MEI 2020
1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A dan B.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam WhatsApp Group Kelas

Nama :___________________________
Kelas : ___________________________

Kertas soalan ini mengandungi ____ halaman bercetak

Disediakan oleh Disemak oleh Guru Besar
KP Sejarah
CIK MARIAM BINTI MOHD SAID 1
Guru Sejarah Tahun 4

Soalan Objektif.
Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.
1 Maksud sejarah dengan lebih tepat ialah

A. asal usul seseorang
B. peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
C. hasil-hasil kajian sejarawan yang lepas
D. peristiwa lepas yang penting dan bermakna.

2. Antara yang berikut, manakah ciri-ciri sejarah?
A. Penting dan bermakna
B. Tarikh bukan elemen penting.
C. Berdasarkan andaian seseorang.
D. Berdasarkan cerita lagenda yang difilemkan.

3. Maksud kronologi ialah
A. peristiwa sejarah yang baru berlaku.
B. Sumber-sumber sejarah yang diperoleh.
C. Peristiwa yang berlaku berurutan mengikut masa kejadian.
D. Bahan tinggalan sejarah yang menjadi warisan bagi sesebuah Negara.

4. Muzium berperanan sebagai
A. Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba.
B. Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C. Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah.
D. Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang sesuatu tempat.

5. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
A. Mengetahui cerita seseorang.
B. Boleh menjadi iktibar dan pengajaran.
C. Melahirkan masyarakat yang suka membaca.
D. Bersemangat untuk berperang dengan orang lain.

6. Mengapakah kita perlu mengurus masa dengan baik?
A. Kerana masa amat penting dan berharga
B. Supaya kita mempunyai banyak masa lapang.
C. Supaya segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.
D. Untuk menunjukkan kita murid yang bijak dan berdisiplin.

2

7. Apakah maksud biodata diri?
A. Pengenalan diri seseorang
B. Dokumen berkaitan orang lain
C. Keterangan tentang diri dan keluarga
D. Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita.

8. Antara yang berikut, yang manakah perlu ada dalam biodata diri?
I Nama penuh
II Tarikh lahir
III Warna kegemaran
IV Nombor pasport

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Keluarga asas terdiri daripada
A. Datuk, nenek dan sepupu
B. Ibu saudara, abang dan kakak
C. Ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
D. Ayah, ibu, dan anak-anak

10. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
A. Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga.
B. Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
C. Mengambil barang kepunyaan ahli keluarga sesuka hati
D. Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga.

11. Apakah gelaran yang biasa diberi kepada anak sulung dalam keluarga?
A. Adik
B. Along
C. Angah
D. Mak Su

3

12. Mengapakah setiap orang perlu mempunyai keluarga sendiri?
A. Dapat mengembangkan keturunan keluarga
B. Mengikut adat dan budaya masyarakat setempat
C. Mewujudkan suasana meriah ketika sambutan perayaan
D. Mewujudkan rasa bangga kerana mempunyai keluarga besar

13. Sekolah boleh ditakrifkan sebagai
A. Tempat menimba ilmu
B. Pusat penjagaan kanak-kanak
C. Tempat menyimpan barangan bersejarah
D. Tempat menjual buku dan alat tulis untuk murid

14. Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih peristiwa yang menjadi peristiwa
sejarah.
I Hari perkahwinan ibu bapa kita
II Membeli hadiah untuk datuk dan nenek
III Memancing ikan dan mandi bersama kawan-kawan di sungai
IV Pertama kali mendapat hadiah daripada pihak sekolah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
A. Guru
B. Murid
C. Kerani
D. Guru Besar

16. Antara berikut, yang manakah bukan warga sekolah?
A. Murid
B. Ibu Bapa
C. Pengusaha kantin
D. Tukang kebun sekolah

4

17. Apakah yang dimaksudkan dengan visi?
A. Sesuatu yang hendak dicapai
B. Lambang kebanggaan sekolah
C. Wawasan atau berpandangan jauh
D. Langkah untuk mencapai kejayaan

18. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap murid yang
bertanggungjawab?
I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Bagaimanakah cara untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A. Membuang sampah merata-rata
B. Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
C. Bersama-sama menanam pokok bunga di kawasan sekolah
D. Menconteng dinding sekolah dan merosakkan harta benda sekolah

20. Apakah tanggungjawab kamu untuk meniunjukkan rasa bangga terhadap
sekolah?
I Belajar dengan bersungguh-sungguh
II Tidak mematuhi peraturan sekolah
III Sentiasa malas untuk datang ke sekolah
IV Bersaing secara sihat untuk menaikkan nama sekolah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

5

21. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
A. Saiz rumah seseorang
B. Taraf hidup seseorang
C. Lokasi tempat tinggal seseorang
D. Bilangan ahli keluarga seseorang

22. Mengapakah kita perlu menulis alamat tempat tinggal dengan lengkap?
A. Memudahkan proses penghantaran barang dan surat
B. Senang mengajak kawan datang bermain di rumah kita.
C. Memberikan alamat tempat tinggal kita kepada sesiapa sahaja
D. Bermegah-megah dengan keadaan tempat tinggal yang mewah

23. Pernyataan yang manakah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat?
A. Tiada kemudahan asas
B. Mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah
C. Dikelilingi oleh kawasan perkilangan yang pesat membangun
D. Tidak mempunyai nilai sejarah

24. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah kampung?
A. Imam Masjid
B. Pegawai Daerah
C. Ahli Rukun Tetangga
D. Penghulu atau Ketua Kampung

25. Antara yang berikut, yang manakah adab menggunakan telefon awam?
A. Meletakkan semula telefon ke gagang telefon selepas menggunakannya
B. Menghempas telefon dengan kuat kerana marah
C. Membuang sampah di pondok telefon sesuka hati
D. Membiarkan sahaja jika telefon itu rosak tanpa membuat aduan.

26. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawasan persekitaran
tempat tinggal?

A. Mengharapkan pujian daripada orang lain
B. Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
C. Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
D. Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

6

27. Pilih cara menghargai tempat tinggal yang betul
A. Menggunakan kemudahan awam dengan kasar
B. Membenarkan penjenayah menetap di tempat tinggal
C. Sentiasa membuat rondaan keselamatan pada waktu malam
D. Membiarkan kawasan tempat tinggal kotor

28. Zaman Air Batu ialah zaman ketika
A. Permukaan bumi dilitupi air batu.
B. Bumi ditimpa hujan yang berpanjangan .
C. Cahaya matahari tidak menembusi bumi
D. Bumi dilanda musim kemarau yang panjang

29. Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda telah mempengaruhi bentuk muka
bumi

di…………..
A. Asia Barat
B. Asia Timur
C. Asia Selatan
D. Asia Tenggara

30. Faktor-faktor pencairan air batu adalah disebabkan
I perubahan iklim
II perubahan bentuk muka bumi
III kenaikan aras air laut yang sangat tinggi
IV suhu bumi yang semakin meningkat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

31. Pergerakan ……………yang disebabkan oleh pencairan air batu telah
menyebabkan terbentuknya daratan dan lautan.

A. Air laut
B. Angin
C. Bulan
D. Glasier

7

32. Pilih kawasan yang termasuk dalam Kepulauan Melayu
I Tanah Melayu
II Sumatera
III Afrika
IV Asia

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

33. Sebagai individu yang bertanggungjawab, bagaimanakah cara kamu menjaga
alam sekitar supaya tidak musnah?

A. Melakukan pembuangan sampah di merata tempat
B. Meneroka hutan untuk dijadikan kawasan perumahan
C. Melakukan pembakaran secara terbuka di merata tempat
D. Melibatkan diri dalam gotong-royong membersihkan sungai

34. Pada pendapat kamu, apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada alam
sekitar?

I Membekalkan oksigen dan air
II Menjadi habitat kepada haiwan
III Menyumbang kepada pencemaran alam
IV Menjadi bahan bakar yang utama

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

35. Pencairan air batu yang berterusan menyebabkan aras laut naik tiga meter
lebih tinggi berbanding aras laut pada Zaman Air Batu. Pencairan ini disebabkan
oleh perubahan suhu sehingga terbentuknya

A. Pulau
B. Pantai
C. Bukit
D. Gunung

8

36. Pernyataan man akah yang memberi maksud Zaman Prasejarah?
A. Zaman sebelum manusia mengenal tulisan
B. Zaman selepas manusia mengenal sistem tulisan
C. Zaman semasa manusia tinggal di dalam gua dan hutan
D. Zaman semasa manusia sudah pandai menternak haiwan dan bertani

37. Mengapakah manusia zaman prasejarah memilih tinggal di dalam gua?
A. Boleh berkumpul beramai-ramai
B. Gua lebih selesa berbanding tempat tinggal lain
C. Senang mendapatkan bekalan makanan dan minuman
D. Selamat untuk berlindung daripada binatang buas dan cuaca buruk

Soalan 38 berdasarkan maklumat di bawah

Gua Cha
38. Lokasi zaman prasejarah di atas telah dikenal pasti pada Zaman

A. Logam.
B. Neolitik
C. Mesolitik
D. Paleolitik.

39. Manakah antara yang berikut , kegiatan masyarakat pada zaman prasejarah?
I Berburu binatang
II Memungut hasil hutan
III Menjual besi
IV Mengembara

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

40. Apakah fungsi senjata sewaktu Zaman Mesolitik?
A. Berburu binatang
B. Bercucuk tanam
C. Menentang musuh
D. Menangkap ikan.

9

41. Bahan tinggalan sejarah biasanya diperoleh melalui kaedah

A. Temubual
B. Arkeologi
C. Penyelidikan
D. Pemerhatian.

42. Pilih kepentingan menghargai bahan tinggalan sejarah.

I Menjual dengan harga yang tinggi

II Mempamerkan sebagai barang persendirian

III Menjadi bahan bukti kepada sesuatu peristiwa sejarah

IV Mengenal pasti tempoh usia sesuatu artifak yang ditemui dengan tepat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

agama mayat bergaul taat

dihormati pemimpin upacara animisme

1. Manusia prasejarah mempunyai kepercayaan………(a)…….Mereka

mempercayai setiap benda mempunyai semangat atau roh. Semangat ini
mesti………(b)……supaya tidak mengganggu mereka malahan membantu

mereka dalam kegiatan seharian.

2. Masyarakat prasejarah juga mengamalkan ……(a)……perkuburan dengan
mengebumikan……(b)………bersama-sama dengan alatan, barang kemas
dan bahan makanan.

3. Manusia prasejarah…(a)………kepada asas-asas moral dan kemasyarakatan
yang diajar oleh ……(b)……….dan orang tua-tua dalam kalangan mereka.

4. Manusia prasejarah mula menerima……(a)……….dan kepercayaan baru
apabila mereka …(b)……………dengan pelaut dan pendatang asing yang
menetap di kawasan mereka.

10


Click to View FlipBook Version