SK Pantai Kundor, Melaka.
Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali ketiga, 2020.
Tarikh : 2 Julai 2020
Hari : Khamis
Masa : 11.30 pagi.
Tempat : Bilik Raflesia, SKPK.
Kehadiran :
1. Pn Fazlinda Binti Mustafa
2. Pn Azyyati binti Abdul Karim
3. Pn Iza Suriana Binti Suhaimi
4. En Azhar Bin Mohamad
5. Pn Siti Aminah Binti Ismail
6. Pn Suhailawati Binti Juritah
7. Pn Farah Baizura Binti Bujang
8. En Mohd Firdaus Bin Mohd Bakari
9. En Ros Aizam Bin Othman
1.0 Ucapan Ketua Panitia
- Pn Azyyati mengalu-alu dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua ahli panitia.
- Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pn Iza Suriana atas kehadiran
beliau yang bertindak sebagai wakil dari pihak pentadbir.
2.0 Ucapan Pentadbir
- Pn Iza Suriana mengucapakan terima kasih di atas kehadiran semua guru
dan mengucapkan salam perkenalan memandangkan ini adalah perjumpaan
kali pertama dengan guru-guru di SKPK selepas tamatnya tempoh PKP.
3.0 Pengesahan minit
Minit di sahkan dengan sebulat suara tanpa sebarang perkara berbangkit.
4.0 Perkara berbangkit
-Tiada
5.0 Laporan Pembentangan PLC
- Pengerusi memberitahu yang panitia telah menjalankan PLC sebanyak 3 kali
berkaitan beberapa perkara seperti :
Teknik Pengajaran Tulisan Jawi dalam PdPc Tahun 4 ( 14 Januari
2020)
Program Jom Baca Di Rumah peringkat sekolah. (21 April 2020)
Program Penghasilan Modul Semasa Pkp (16 Mei 2020)
6.0 Perbincangan Modul & Kelas Online
- Pn Suhailawati memberitahu yang murid-murid lebih memberikan respon
yang baik kepada pengajaran atas talian (Online) yang berbentuk GF
berbanding salin dan tulis menerusi aplikasi Whatsapp.
- Beliau turut melahirkan kesukaran untuk memastikan latihan dalam PdPr
secara atas talian ini di lakukan oleh murid sendiri atau ibu bapa mereka yang
membuatnya.
- En Azhar pula berpendapat kekangan PdPr atas talian ialah murid tiada data
internet atau terhad. Kekangan lain ialah masalah peranti seperti telefon,
komputer riba dan komputer meja. Kebanyakkan murid, tiada kemampuan
untuk menyediakan peranti seperti itu di rumah.
- Puan Farah Baizura turut menyokong kenyataan En Azhar dengan
menambah, adakalanya, murid perlu berebut-rebut menggunakan telefon
pintar ibu bapa dengan adik beradik lain bagi menyiapkan tugasan atas
talian.
7.0 Laporan PPKI
- Puan Siti Aminah memaklumkan yang murid bernama Adrien akan kembali
ke aliran perdana semula.
8.0 Perancangan Minggu Panitia
- Minggu pantia di jadulakan akan di jalankan pada 13 hingga 17 Julai 2020.
- Tahun 1 hingga 4, aktivitinya akan di jalankan dalam waktu PDPc sahaja iaitu
di rumah memandagkan mereka belum lagi masuk ke sekolah secara rasmi.
- Tahun 5 & 6 pula akan melakukan aktiviti minggu panitia di dalam kelas.
- Berikut adalah aktiviti sempena minggu panitia mengikut kelas masing-
masing.
Tahun 1 – Menulis Suku Kata
Tahun 2 – Penjodoh bilangan
Tahun 3 – Pantun
Tahun 4 – Bina ayat berdasarkan gambar.
Tahun 5 – Menulis perenggan penutup.
Tahun 6 – Menulis karangan.
- Hadiah yang disediakan untuk tempat 1 hingga 3 dan saguhati 4&5 mengikut
kelas masing-masing.
- AJK Minggu Pantia akan disusun dan ditentukan oleh Ketua Panitia.
9.0 Perbelanjaan
- Perbelanjaan pcg untuk Panitia Kesenian/PSV ialah sebanyak RM553.28.
- Antara alatan yang akan dibeli ialah kamus dewan.
- Puan Fazlinda memohon untuk di pertimbangkan pembelian papan Sahiba
Standard Pertandingan.
10.0 Hal-hal lain.
- Puan Iza Suriana mengharapkan program yang di rancang ini akan berjalan
lancer dengan melibatkan semua murid.
- Puan Azyyati memaklumkan Pertandingan Bercerita telah di adakan secara
dalam talian. Caranya dengan membuat rakaman murid bercerita kemudian
menghantarnya ke PPD.
- Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang
telah di tunjukkan selama ini.
- Beliau juga memaklumkan yang SKPK terpilih sebagai sekolah 10 sekolah
rintis di negeri Melaka dalam program PLAN (Tahap 1).
- Rentetan dari itu, beliau mengingatkan kepada guru-guru yang terlibat untuk
bersedia menerima kedatangan pihak BPK dan Nazir ke sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan jam 12:40 tengah hari.
Disediakan oleh :
Fazlinda Mustafa
S/U Panitia Bahasa Melayu.
SK Pantai Kundor.