SMKA KERIAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB
Kerajaan British dan Siam telah memeterai Perjanjian Bangkok 1909
tanpa mempertimbangkan kesannya ke atas penduduk di utara
Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.
Sebagai wartawan, anda diminta menulis satu rencana tentang
Perjanjian Bangkok 1909.
NAMA : MUHAMMAD NAJWAN FIKRI BIN MAZLAN
KELAS : 3 FARABI
NO. K/P : 050408080231
Pada 10 Mac 1909, Perjanjian Bangkok ditandatangani antara
British dengan Siam di Istana Raja Siam di Bangkok. Perjanjian ini
berlangsung tanpa kehadiran wakil-wakil dari Negeri-negeri Melayu
Utara iaitu Kedah ,Perlis, Kelantan dan Terengganu kerana tidak
dijemput bersama. Sebelum perjanjian ini termeterai terdapat
beberapa siri perjanjian lain seperti Perjanjian Burney 1826,
Perjanjian Sulit 1897, Perjanjian Sempadan 1899 dan Perjanjian
1902 . Semua perjanjian tersebut adalah melibatkan Negeri-negeri
Melayu Utara.
Antara syarat-syarat Perjanjian Bangkok ialah;
i. Seorang Penasihat British akan dilantik di negeri-negeri
tersebut
ii. Sebarang wilayah di selatan Siam tidak boleh dipindahkan
kepada mana-mana pihak lain tanpa kebenaran British
iii. British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam
iv. Kedah,Perlis,Kelantan dan Terengganu berada di bawah
kekuasaan British
Sungai Golok telah menjadi sempadan antarabangsa.
British berusaha untuk melaksanakan perjanjian ini kerana bimbang
dalam saingan perdagangan dan pengaruh pesaingnya iaitu
Perancis, Rusia, Amerika Syarikat dan Jerman. Antara faktor yang
mendorong termeterainya perjajian ini ialah kerana lokasi negeri
Kedah, Perlis , Kelantan dan Terengganu yang amat strategik di
laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura. Faktor ini sangat
penting kepada usaha perdagangan British.
Kuasa barat saling bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan
di Benua Asia. Empat pesaing British itu masing-masing mempunyai
minat untuk memiliki tempat tertentu yang dilihat dapat memberi
keuntungan kepada mereka berikutan memiliki kekayaan dengan
bahan mentah. Jerman berminat untuk memiliki Pulau Langkawi,
Amerika pula ingin memiliki Terengganu. Begitu juga dengan Rusia
yang ingin menempatkan diri di Ujung Salang dan Perancis ingin
berkuasa di Segenting Kra. British juga berpendapat, Siam memberi
ancaman kepada Negeri-negeri Utara Semenanjung ini kerana
menganggap negeri-negeri tersebut adalah di bawah jajahannya.
Siam berusaha untuk mengembalikan maruah negaranya yang
dirampas oleh kuasa Perancis dan British. Siam menganggap tidak
penting untuk menjemput Raja-raja Melayu kerana negeri-negeri itu
di bawah naungannya dan mereka menghantar bunga emas tiga
tahun sekali sebagai ufti .
Siam menganggap Perlis, Kelantan dan Terengganu di bawah
kekuasaan dan jajahannya jadi tidak perlu mendengar suara
pemerintah kedua-dua negeri ini untuk membuat keputusan.Namun
Perlis dan Kelantan menganggap mereka adalah negeri merdeka
dan berdaulat. Penghantarah bunga emas ialah sebagai tanda
persahabatan.
Kerajaan Siam dan British tidak pernah memikirkan soal
kebudayaan, geografi ,etnik, agama dan kriteria lain tentang negeri-
negeri di Utara ini .Dua kuasa ini saling membahagi kawasan yang
difikirkan menguntungkan mereka sahaja. Kerana sukar mengawal
ekonomi dan pentadbiran di negeri-negeri terbabit berikutan
kepelbagaian bangsa dan agama penduduknya, Siam bersetuju
dengan perjanjian ini untuk menyerahkannya kepada kawalan
British.
Raja-raja Melayu tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok. Contohnya
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan negeri Kedah enggan
menerima Penasihat British. Baginda tahu raja-raja di Negeri-negeri
Melayu lain kehilangan kuasa setelah menerima Penasihat British.
Namun begitu, baginda akhirnya menerima juga seorang Penasihat
British di Kedah iaitu George Maxwell setelah British memberi
bantuan kewangan untuk pembinaan landasan kereta api ke
sempadan Siam.
Antara syarat Perjanjian Bangkok ialah seorang Penasihat
British akan dilantik di negeri-negeri Melayu Utara. Biarpun Raja-raja
Melayu enggan menerima syarat ini, namun ada juga Raja Melayu
yang berpandangan jauh menerimanya dengan tujuan tertentu
contohnya Sultan Muhammad II di Kelantan yang menerima W.A.
Graham sebagai penasihat. Baginda membenarkan Syarikat William
Duff mengusahakan dua kawasan di negeri Kelantan yang
dimajukan dengan tanaman yang menguntungkan negeri Kelantan
dan perlombongan emas serta bijih timah. Sultan dan pembesar
beranggapan campur tangan British lebih menguntungkan Kelantan
berbanding campur tangan Siam.
Pada pendapat saya, kedua-dua kuasa besar ini tidak ikhlas dalam
usaha menjadi penasihat dan penaung kepada Tanah Melayu
kerana tiada Raja Melayu atau wakil Raja-raja Melayu yang
menyertai perjanjian ini. Perjanjian ini pula dibuat di Bangkok bukan
di Tanah Melayu.
Sultan didesak untuk menerima penasihat British tanpa
kerelaan kerana memenuhi syarat Perjanjian Bangkok yang tidak
pernah dipersetujui oleh mereka. Contohnya Sultan Terengganu,
Sultan Zainal Abidin III enggan mengiktiraf perjanjian tersebut dan
menolak untuk menerima Penasihat British pada tahun 1909.
Baginda menyedari penerimaan Penasihat British boleh
menggugat kemerdekaan Terengganu. Ini merupakan satu rasa
tanggungjawab seorang pemerintah untuk melindungi negeri
pentadbirannya yang sudah merdeka dan berdaulat. Baginda telah
berjaya membangunkan ekonomi Terengganu ketika itu dan tidak
mahu kuasa lain campur tangan.
Pemerintah keempat-empat negeri ini juga berusaha menjaga
kekayaan hasil bumi mereka daripada dirampas oleh kuasa asing
seperti British yang bertapak di Pulau Pinang begitu berminat
dengan hasil pertanian dari Kedah dan Perlis.
Lebih menyedihkan ,penduduk Patani yang sepatut adalah
sebahagian daripada penduduk Malaysia asalnya terpaksa berpisah
daripada kita kesan daripada Perjanjian Bangkok ini. Wilayah Tabal
yang diserahkan kepada Siam dahulu telah menimbulkan reaksi
tidak puas hati penduduk Melayu kawasan tersebut. Ini dibuktikan
apabila separuh penduduknya berhijrah ke Kelantan kerana tidak
mahu berada di bawah pemerintahan Siam.
Perjanjian Bangkok ternyata telah membelakangkan Raja-raja
Melayu .. British dan Siam jelas mementingkan status dan
keuntungan masing-masing dalam mewujudkan perjanjian ini
Perjanjian ini telah memisahkan bangsa Melayu yang asalnya
bersatu di bawah kerajaan Tanah Melayu di Utara. Raja-raja Melayu
yang bersemangat patriotik telah mencuba sedaya upaya untuk
mempertahankan kedaulatan Negeri-negeri Melayu Utara.
Namun begitu, masih ada kebaikkan kepada Negeri-negeri
Melayu Utara yang terlibat kerana campur tangan British dalam
pentadbiran telah memperbaharui beberapa bidang. Sebagai
contoh, sistem perhubungan di negeri Kedah dan Perlis dengan
pembinaan landasan kereta api. Sistem kewangan dan pentadbiran
juga telah diperbaiki.
Rohaimi bin Ismail dan Johari bin Mohamad, 1997.Kecemerlangan PMR
Sejarah. Kuala Lumpur: Preston
Lee Sin Lian dan Abdul Hakim Samuri,2015.Fokus PT3
Sejarah.Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd
https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-britain-siam-1909/