The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maxcel8, 2023-02-15 00:15:07

Buku Program PN JUNAINA

Buku Program PN JUNAINA

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH


1. Aturcara Majlis 2. Jawatankuasa Pelaksana 3. Sekapur Sirih Ucapan Tn Guru Besar Ucapan Pengerusi Kelab KEBIRUS 4. Biodata 5. Gambar (Memori) 6. Puisi Dan Pantun 7. Cenderahati 8. Penghargaan


8.00 PAGI Ketibaan Pn Junaina Binti Othman Bacaan Doa Ucapan Tuan Guru Besar Ucapan Pengerusi KEBIRUS Ucapan Yang Diraikan Persembahan Murid 1. Angklung Tinggal Kenangan Kelmarin 2. Kompang Persembahan Video Pemakaian Selepang Persaraan Gimik Persaraan 10.00 PAGI Jamuan Makanan Penyampaian Hadiah Daripada Pentadbir, Panitia , Warga Sekolah Dan Kebirus Semua Murid Berbaris Di Kiri Dan Kanan Jalan Untuk Lambaian Acara Simbolik Send Off Bersurai


PENGERUSI Pn. Ruzaimah bt. Hj. Abdullah (Guru Besar SK Saujana Indah) TIMBALAN PENGERUSI Pn. Nazimah Sal bt. Zabedin (PK Kokurikulum) Pn. Hjh Rohani bt. Awang (PK Pentadbiran) En. Faizalriza b. Zakaria (PK HEM) PENYELARAS En. Ahmad Rashidi Bin Mohd Dali (Pengerusi Kelab KEBIRUS) NAIB PENGERUSI Pn. Nor Sakilawati Bt Zakaria SETIAUSAHA Pn. Siti Noor Farah Binti Mohd Fuad Ooi NAIB SETIAUSAHA Pn. Jamunah a/p Kerisnian Kumar BENDAHARI Pn. Nur Aina Bt Che Rose PENOLONG BENDAHARI En. Muhammad Shaffirul Bin Abdul Rahman


AJK SAMBUTAN Pn. Ruzaimah bt. Hj. Abdullah Pn. Nazimah Sal bt. Zabedin Pn. Hjh Rohani bt. Awang En. Faizalriza b. Zakaria En. Ahmad Rashidi Bin Mohd Dali Pn. Nor Sakilawati Binti Zakaria PERSIAPAN TEMPAT En. Shaiful Rafeul b. Shaffie En. Shamsul Anuar b. Mohd Rashid En Saiful b. Dahalan En Norazizie b Noordin JURUACARA MAJLIS En Ridzuan Bin Mat Zain Pn.Siti Khuzaimah bt Md Desa BACKDROP Pn Nor Sakilawati Binti Zakaria Pn. Azizah bt Abd.Halim Pn Busra Binti Hamid Pn. Norhafiza Pn. Noraliza Pn. Rashida BACAAN DOA Tn Hj Murad Bin Hussain BUKU AUTOGRAF/FLIPBOOK Pn Kamaliah bt Hj Ahmad Tarmizi Pn Norhayati bt Sharip Pn Sakinah Binti Zakaria Pn Saripah Rabaiyah Binti Syed Omar JAMUAN En. Muhammad Shaffirul Bin Abdul Rahman Pn Nor Ma Binti Shaari Pn. Fauziah Hanum Binti Mohamad DISIPLIN MURID En Fadlee Bin Ahmad En Saiful Rafiul bin Syafie En Shamsul Anuar Bin Md Rashid Pn.Nor Azida bt Zik Pn Norlela Binti Md Saad Pn Preyah a/p Letchimenin Pn Rohana Binti Md Noor Pn. Siti Noor Farah PEMBERIAN HADIAH/ CENDERAMATA Pn Ros sila binti Che Embi Pn Farahwahidah Binti Kamaruddin FOTOGRAFI En. Muhammad Rashid Bin Ahmad Shathari Mohd Hafiz Hilmi Bin Md Rijani MEDIA/VIDEO UCAPAN & VIDEO PESARAAN Pn.Suhaili Anita bt Ali Pn.Nor Azida bt Zik Pn Asida Binti Othman En. Alwi Bin Shabudin MONTAJ Pn. Atikah Binti Munauwar Pn. Yogeswary Pn. Seri Intan Binti Mat Desa Pn. Elme Eliana Bt Zakaria Pn. Noor Fadzilah Binti Che Zainul Abidin Pn. Rohayati bt Abu Bakar En. Fazli bin Mat Rasyid SOUND SYSTEM /SIARAYA /TEKNIKAL En Saiful Bin Dahalan En Norazizie Bin Noordin En.Mohd Nazir b. Mohd Nozri En Fadlee Bin Ahmad KAD JEMPUTAN /BUKU PROGRAM Pn. Jamunah a/p K. Kumar Pn Rafidah Binti Karim Pn. Sahidawati Binti Siti PERSEMBAHAN & GIMIK Pn Preyah a/p Letchimenin Pn Nor Fazlia Sufinaz bt Shuib Pn. Siti Suhaida Bt Sulaiman Pn. Rozita @ Radhiah Binti Mohd HIASAN KERETA Pn. Nur Aina Binti Che Rose Pn. Samihah Bt Sufi Mohd Hafiz Hilmi Bin Md Rijani Pn. Azlina DOKUMENTASI / LAPORAN PROGRAM Pn Nora bt Mustafa Pn Norlela bt Md Saad Pn Norilyana bt Nordin


Sekapur Sirih GURU BESAR SK SAUJANA INDAH (Pn. Ruzaimah bt. Hj Abdullah) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Saya mengucapkan selamat bersara kepada Puan Junaina binti Othman yang telah sekian lama membanting tulang memerah keringat dan menjeruk minda untuk berkhidmat setulusnya kepada SK Saujana Indah. Hilanglah lagi sebutir permata SK Saujana Indah. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti akan menjadi lakaran kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Saya berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat banyak menabur bakti untuk kecemerlangan sekolah ini. Pada saya, Puan Junaina binti Othman ini bukan sahaja seorang guru tetapi juga seorang sahabat. Tentu sekali di dalam perkhidmatan yang begitu panjang tempohnya ada jasa-jasa besar yang telah dicurahkan yang menjadi tinta emas di sekolah ini dan juga di dalam sejarah pendidikan.Ranjau pengalaman suka duka merupakan jasa yang menjadi sejarah untuk dikenang sepanjang hayat. Hanya doa mampu saya titipkan kepadamu sebagai ganti atas segala pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Rakaman terima kasih terhadap budi yang diberikan. Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka, ada tawa, bahagia dan rindu. Patah dahan bunga kemboja, Pucuk paku subur di titi, Budi puan takkan dilupa, Sudah terpaku di dalam hati. Selamat bersara. Jagalah kesihatan dan semoga bahagia selalu. Sekian,terima kasih.


UCAPAN PENGERUSI KELAB KEBIRUS (En. Ahmad Rashidi Bin Mohd Dali) Assalaamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur kita kepada Allah SWT yang kita dalam ruangan kerja yang penuh barakah ini InsyaAllah. Alhamdulillah lengkap sudah perkhidmatan Pn.Junaina Binti Othman sampai ke penghujungnya. Gelaran "Yang Bersara" sentiasa dalam perancangan dan pemikiran setiap dari warga kerja, ditempuh jua. Tidak semua guru berkesempatan merasai persaraan. Maka beruntunglah Pn.Junaina Binti Othman yang menikmati persaraan hari ini. Selamat menempuh hari persaraan dengan kesihatan sempurna, fizikal yang bertenaga, minda yang damai adalah suatu nikmat yang amat berharga. Didoakan Teacher Jun terus bersemangat menabur bakti dan budi dengan caranya yang tersendiri walaupun telah bergelar "YB". Luang masa yang ada semoga dapat meningkatkan segala amalan buat bekalan diakhirat kelak. Semoga silaturrahim yang terjalin antara kita terus kukuh, utuh dan dihargai. Pisang emas pisang berangan Selang seli si pohon ara Bersara puan terasa kehilangan Doa kami puan sejahtera Pakat bersama menunggang kuda, Biarpun seketika masanya cuma; Sisihkan sengketa kiranya ada, Bertemu berpisah itu perencanaan-Nya Selamat bersara Pn.Junaina Binti Othman


UCAPAN YANG DIRAIKAN (Pn. Junaina Binti Othman) Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua warga SK Saujana Indah yang dikasihi. Yang berbahagia Pn. Ruzaimah Binti Abdullah, Guru Besar SK Saujana Indah, Pn. Rohani Binti Awang, PK Pentabiran SKSI, En. Faizalriza Bin Zakaria, PK HEM SKSI, Pn.Nazimah Sal Binti Sabedin, PK Ko Kurikulum SKSI serta rakan-rakan guru SKSI yang disayangi. Alhamdulillah saya memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat ALLAH dengan limpah kurniaNya perjalanan sebagai seorang guru akan tiba di pengakhirannya. Memulakan tugas pada 1989 sehingga bersara secara pilihan pada 2023 adalah satu jangkamasa yang bukan sedikit. Bergelar guru selama 34 tahun tidak akan berakhir di sini kerana roh , jiwa serta semangat seorang guru tidak akan pernah padam. In shaa ALLAH. Diberi kesempatan bersama-sama menabur bakti selama 10 tahun di SK Saujana Indah adalah satu anugerah yang amat bermakna. Dikurniakan ketua dan barisan pentadbir yang amat membantu juga rakan-rakan guru yang amat baik adalah juga sebuah rezeki yang amat berharga. Pasti panggilan Kak Jun, Mama Jun juga Opah Jun akan dirindui kerana panggilan ini menjadikan diri ini berada dalam satu ikatan kekeluargaan yang amat indah. Setiap kenangan sepanjang kita berada dibawah satu bumbung yang sama akan sentiasa terpahat di hati. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari mereka yang mewarnai alam perkhidmatan saya sebagai seorang guru. Pada kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua warga SK Saujana Indah di atas sebarang kesilapan dan kesalahan juga tutur kata yang menyinggung perasaan yang secara sengaja atau tidak sepanjang pergaulan dan bertugas bersama-sama. Saya juga memberikan kemaafan buat semua. Akhir bicara semoga ikatan kekeluargaan kita sebagai warga SK Saujana Indah tidak akan berakhir di sini. Terima kasih semua atas semua kenangan indah tercipta sepanjang saya berada di sekolah ini. Salam sayang dari Kak Jun……… Anak tanjung anak mami Pandai memasak nasi dan laksa Kasih dijunjung sekalung budi Takkan dilupa selagi bernyawa.


Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir Adik Beradik Motto hidup Ayah Ibu Nama Suami Cahayamata Menantu Cucu Junaina Binti Othman 8.9.1967 Tapah,perak 6 orang 5 Lelaki dan 1 Perempuan Never say 'NO' before you try and always be grateful with what you have. Hj. Othman Bin Ahmad Hjh Nor Aina Binti Abdul Rahim Zainal Hapidzi Bin Md Dahan Tarikh berkahwin 15.11.1992 Mohamad Zaim Bin Zainal Hapidzi Nur Amirah Binti Zainal Hapidzi Mohamad Zakwan Bin Zainal Hapidzi Farah Idayu Binti Abdul Razak Mohamad Zafrul Fareez Bin Mohamad Zaim SEJARAH PENDIDIKAN DARJAH 1 – SRK TAPAH JALAN HOSPITAL DARJAH 2 ~ 6 – SRK BIDOR TING 1 ~ 5 – METHODIST GIRL’S IPOH MAKTAB PEREMPUAN MELAYU MELAKA SEJARAH PERKHIDMATAN • 1989 ~1992 - SK BIDOR • 1992 ~ 2012 – SK METHODIST NIBONG TEBAL • 2012 ~ 2023 – SK SAUJANA INDAH


Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Hati terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh didalam taman Junjungan budi kenangan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman Mengait rambutan gunakan galah Disimpan bersama buah berangan Walau sezarah silap dan salah Harap dimaafkan jangan disimpan Pohon mempelam lebat berbuah Gugur sebiji di tepi tangga Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Allah berjumpa jua


Raut Wajah Penuh Ketenangan, Tidak Terkalam Kasih Dijunjung, Jasamu Tetap Dikenang, Budimu Tetap Disanjung Sirih Puan Buat Laksamana Pinang Beracik Sebagai Teman Hadir Tuan Amat Bermakna Dikenang Diingat Sepanjang Zaman Berhampar Lapik Berlicin Daun Bagai Lesung Dengan Antan Purnama Pula Berganti Tahun Jasamu Tuan Kekal Di Ingatan Sutera Batik Bertenun Indah Dipakai Sidara Nampak Berseri Biar Jauh Jarak Memisah Pastinya Ada Rindu Di Hati


PN. RUZAIMAH BT. HJ. ABDULLAH PN. HJH ROHANI BT. AWANG PN. NAZIMAH SAL BT. ZABEDIN PN NOR SAKILAWATI BINTI ZAKARIA PN.NOR AZIDA BT ZIK PN ASIDA BINTI OTHMAN PN. ROHAYATI BT ABU BAKAR TN HJ MURAD BIN HUSSAIN PN SARIPAH RABAIYAH BINTI SYED OMAR PN ROS SILA BINTI CHE EMBI PN FARAHWAHIDAH BINTI KAMARUDDIN PN RAFIDAH BINTI KARIM PN. SITI SUHAIDA BT SULAIMAN PANITIA BAHASA INGGERIS PANITIA BAHASA MELAYU PANITIA MATEMATIK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM PANITIA SAINS


Penyelaras dan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Ruzaimah bt Abdullah (Guru Besar Sk Saujana Indah) Barisan Pentadbir, Persatuan Ibubapa & Guru, Kelab KEBIRUS, Penaja Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kerjasama, sokongan dan sumbangan yang telah diberikan.


ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA KELAB KEBIRUS SK SAUJANA INDAH


Click to View FlipBook Version