Graphic Flipbook Shirley Sheila Binti Fardi BC22110058
Isi Kandungan Buku profil galeri azman hashim ums 3-8 page brochure gah 9-10 page portfolio seramik 11 page 1. 2. 3.
Galeri Azman Hashim GALERI AZMAN HASHIM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( GAH )
Sejarah penubuhan Galeri Azman Hashim - Pada awalnya galeri ini Galeri Azman Hashim UMS, sebuah mercu tanda ikonik dikampus Universiti Malaysia Sabah(UMS), mulai dibina pada tahun 6 Oktober 2017 dan siap akhir tahun 2020.Projek pembinaan ini telah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Azman Hashim yang berjumlah RM15 juta dan berkeluasan 27,811 kaki persegi saiz bangunan. Kedudukan Galeri Azman Hashim UMS telah dibina bersebelahan Teluk Likas yang dikenali dengan keindahan pemandangan panorama Kota Kinabalu.
Ciri-ciri struktur rekabentuk yang bulat telah diinspirasi daripada alat muzik tradisional negeri Sabah iaitu "Gong" telah mewujudkan perspektif yang positif serta nilai kesenian borneo itu sendiri. Selain itu, Galeri Azman Hashim UMS juga memiliki ciri-ciri ruang seperti pameran tertutup dan terbuka serta berkoridor. Terdapat juga bilik lain yang disediakan selain ruang pameran seperti bilik seminar, mini auditorium, bilik digital dan konservatori di atas galeri.
Anjung Beriu
Objektif penubuhan galeri menjadi ruang pameran, promosi dan jualan pelbagai karya seni pelajar dan artis di Malaysia. Memulihara, mempamer dan mempromosikan artifak dan bahan kesenian Menjadikan keperluan ruang pembelajaran bagi program Teknologi Seni dan Teknologi Kreatif ( ASTiF ) meningkatkan pengetahuan baru masyarakat dalam pelbagai ilmu melalui pelbagai program kesenian.
Ini di bilik auditorium Manakala ini di anjung beriu
galeri azman hashim jom bina memori di, HUBUNGI KAMI Galeri Azman Hashim UMS , No.33, Samudera Drive, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88450, Kota Kinabalu, Sabah; Phone : 088- 320000; Email : [email protected]. "Pusat mempamerkan karya seni, persembahan, pendidikan disamping menjadi satu destinasi pelancongan" "azman hashim UMS gallery menyediakan ruang kepada karyawan seni dalam mempamer, mempromosi, persembahan dan menjual karya yang berkaitan kesenian, serta meningkatkan pengetahuan baharu masyarakat dalam pelbagai bidang melalui program berkonsepkan ilmiah"
Latar Belakang Ruang Pameran Bumbung Beriu Azman Hashim UMS gallery yang dibina di dalam Kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dibiayai pembinaannya oleh Yayasan Azman Hashim dengan peruntukan RM15.6 juta. Pembinaannya bermula pada awal 6 Oktober 2017. Galeri Azman Hashim UMS satu tingkat yang berkeluasan 27,800 kaki persegi beroperasi sebagai pusat sehenti atau One-Stop Centre dengan pelbagai bentuk pameran berkaitan bidang kesenian pameran karya, seni persembahan dan pameran Galeri azman hashim UMS menyediakan empat ruang pameran bagi menampung pelbagai pameran seperti pameran koleksi, pameran berkala, pameran solo, pameran berkumpulan, pameran terbuka, ruang multimedia dan juga pameran dari dalam dan luar negara. Ruang Lepa Ruang Kalimaran Ruang kaamatan Ruang Magavol Bagi Ruang Terbuka Atas Bumbung Beriu (1713 sqm), dengan ciri di atas bumbung yang mempunyai ketinggian 7 meter (21 kaki), terbuka dan menghadap laut akan menarik pelbagai pihak untuk menyewa. Dengan kapasiti 300 – 500 orang pada satu-satu masa, Ruang Terbuka Atas Bumbung ini boleh digunakan untuk penganjuran mini konsert (Sunset Love Concerts) atau pelbagai aktiviti lain. Dengan kedudukannya yang mengadap matahari terbenam dan mempunyai lampu limpah, ruang ini sesuai untuk majlis perkahwinan berkonsepkan Sunset Wedding yang boleh dilakukan sehingga waktu malam.