The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JOEYCELLEY STANLY, 2023-01-20 03:28:26

LAPORAN PBL HMW 3033

TUGASAN KUMPULAN

HMW 3033 - PENDIDIKAN KELESTARIAN DAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL NUR AMANI BT MD DARZI (D20201094533) JOEYCELLEY STANLY (D20201094534) MUHAMMAD FIKRI HAIKAL BIN ABDUL HARIS (D20201094547) MUHAMMAD AKMAL RIZAL BIN MD. NORMAN (D20201094556) HELIN JAKIM (D20201094584) MAKLUMAT AHLI KUMPULAN : 1. 2. 3. 4. 5. TAJUK TUGASAN : KEWARGANEGARAAN GLOBAL (ISU RASIS ORANG KULIT HITAM / COLORISM DI AMERIKA SYARIKAT) SEMESTER PENGAJIAN : SEMESTER 5 2022/2023 NAMA PENSYARAH : DR MARSHELAYANTI BINTI MOHAMAD RAZALI KUMPULAN KULIAH : A


Penulis memanjatkan puji syukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izinNya para penulis telah menyelesaikan laporan PBL ini padawaktu yang tepat. Prakata Tujuan laporan penulisan ini adalah sebagai dokumentasi yang mengketengahkan isu semasa berdasarkan pencarian maklumat dan data-data yang sahih dari pelbagaisumberrujukan. Penulis berharap melalui laporan yang telah disediakan ini, ia dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baru dan dapat memberikan manfaat kepada pembaca.


PERKARA Pengenalan Isu Pemetaan kepada kategori / SDG Langkah Penyelesaian Isu Penyelesaian Terbaik Penutup MUKASURAT 1 2 3 4-6 7 8 Senarai Rujukan 9 ISI KANDUNGAN


Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kuasa besar dan berpengaruh di dunia ini. Perkara ini telah menjadikan ekonomi di Amerika Syarikat berada pada tahap yang sangat baik dan meningkat di persada dunia sehingga dijadikan sebagai penanda aras kepada kemajuan negara itu sendiritermasuk di negara lain.Disebalik kemajuan yang ada di negara itu, terdapat pelbagai budaya dan juga gaya hidup yang terdapat di negara tersebut sehingga membawa kepada kemajuan dalam pelbagai bidang. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya pelbagai pengaruh dari Amerika Syarikat yang datang dari pelbagai sudut seperti gaya hidup, pemakaian dan pakaian yang dibawa dan disebarkan di seluruh dunia. Oleh yang demikian, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa negara tersebut mempunyai pengaruh besar di dunia bersama dengan negara-negara besar yang lain. Pengenalan


Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang maju dan mampu berdaya saing dengan negara besar lain di dunia namun begitu, negara tersebut juga tidak mampu untuk mengelak berlakunya sebarang isu. Terdapat satu isu hangat dan sering diperdebatkan yang belum menemui titik noktah dan penyelesaian yang baik sehingga ke hari ini. Antara isu yang terjadi di Amerika adalah isu warna kulit. Isu warna kulit ini kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara tersebut dan telah lama berlaku sehingga berlakunya pertumpahan darah. Terdapat 2 golongan masyarakat yang besar iaitu golongan kulit putih dan kulit hitam. Penindasan terhadap golongan kulit hitam sering berlaku seperti diberikan layanan yang kurang baik dan tidak sama rata. Hal ini telah menyebabkan berlakunya beberapa perkara yang menyebabkan isu ini masih belum dapat diselesaikan. Sifat prejudis dalam kalangan masyarakat terutamanya terhadap masyarakat dari golongan kulit hitam. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa orang yang berkulit hitam adalah orang yang jahat dan boleh mendatangkan bahaya. Perkara ini hanya disebabkan mereka mempunyai kulit yang berwarna hitam dan tidak secantik seperti golongan yang berkulit putih. Didikan dari ibu bapa menjadi salah satu faktor pembentukan sikap prejudis ini terhadap golongan kulit hitam. Hal ini kerana, mereka telah menanam perasaan berburuk sangka terhadap golongan tersebut dalam diri anak-anak dan sering ditakutkan dengan ceritacerita yang tidak baik sehingga mempengaruhi minda anak-anak. ISU


Sustainable Development Goals adalah pencapaian yang ingin dicapai bagi sesebuah negara untuk memastikan negara tersebut berada pada tahap yang lebih baik. Dalam SDG, terdapat 17 goals yang cuba dilakukan oleh beberapa buah negara. Bagi mengatasi isu atau masalah yang berlaku di Amerika ini, terdapat satu SDG yang bersesuaian telah dipilih bagi membantu dalam menanggani masalah dalam kalangan masyarakat di Amerika. SDG yang dipilih adalah SDG 16 iaitu Peace, Justice and Strong Institution. SDG ini dipilih kerana ia merangkumi keamanan, keadilan dan juga kekuatan bagisesebuah institusi.Hal ini kerana, SDG 16 ini lebih sesuai disebabkan oleh tujuannya untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Tambahan pula, isu yang terjadi di Amerika merupakan sebuah isu yang mengambil masa bertahun untuk memulihkan isu seperti ini. PEMETAAN KEPADA KATEGORI / SDG Matlamat Pembangunan Mampan


LANGKAH PENYELESAIAN Mengadakan webinar/ kempen kesedaran Mengadakan Bengkel “SayNo to Colonialism for aMore Peaceful Life” Penciptaan e-Poster Membuat Tiktok Live


MengadakanBengkel“SayNoto ColonialismforaMorePeaceful Life” Mengadakan webinar/ kempen kesedaran Mewujudkan webinarsecara maya tentang kesedaran isu Colorism yang berlaku diAmerika Syarikat.Webinarini dianjurkan oleh kumpulan kami bersama beberapa orang mahasiswa daripada Universiti California,Berkeley,Amerika Syarikat.Kami akan menjemput beberapa orang pakar dalam penyelidikan ini untuk memberi ‘talk’secara maya.Webinarini bertujuan supaya setiap individu dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang isu rasis berdasarkan warna kulitini. Men C g o a lo d n a i k a a li n sm Pr f o o g r r a am Mo bengkelsecara maya yang bertajuk “Say No to program peringkatA re Peaceful Life”. Program ini merupakan kami dengan kerja ntarabangsa yang dianjurkan oleh kumpulan Amerika Sya sama daripada beberapa buahUnversiti di Universiti Harv r a i r k d at.Antaranya, gabungan mahsiswa daripada Universiti California, , B Unversiti Teknologi Michigan, Houghton dan ini adalah pertan e d r i k n e g le a y. Cadangan aktivititerhadap program Antarabang n mencipta ePoster di Peringkat daripada ketig s a a - . t Penyertaan dibuka kepada semua mahasiswa igaUn H iversititersebut. Contoh poster daripada arvardUniversit


MembuatTiktokLive Penciptaan e-Poster Penciptaan ePostertentang isu rasis atau diskriminasi berdasarkan warna kulit dilakukan secara meluas dan setiap ePostertersebut akan disebarkan melaluiKlinik Moral yang telah dicipta oleh kumpulan kamisecara maya.Klinik Moraltersebut, menggunakan pelbagai platform media sosialcontohnya seperti Instagram, Tiktok, Twitter, Facebook dan sebagainya. Membuat Tiktok live yang membincangkan tentang fenomena colorism diAmerika Syarikat. Perbincangan ini merupakan satu usaha kumpulan kami dan dikolaborasi dengan mahasiswa daripada m Universiti Harvard,Amerika Syarikat.Dalam Tiktok Live ini kami embincangkan beberapa kajian sosial mengenai isu ini yang telah dilaksanakan oleh mahasiswa diUniversititersebut.


Seterusnya, setiap jalan penyelesaian yang dibuat semestinya mempunyai kelebihan dan kelemahan. Antara kelebihan program bengkel secara maya ini ialah mengurangkan kos perbelanjaan, dapat menjangkau audien yang ramai sama ada dalam negara mahupun luar negara dan sebagainya. Kelemahannya pula ialah capaian internet, kemudahan gajet dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan semasa program bengkel ini iaitu menghasilkan sebuah poster mampu untuk menimbulkan emosi peserta seperti empati, sedih dan lain-lain. Secara tidak langsung, ianya dapat menyedarkan masyarakat khsusnya di Amerika Syarikat bahawa isu warna kulit ini perlu dihentikan supaya tiada golongan yang tersisir dan dapat mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu dan harmoni serta dapat mencapai Sustainable Development Goal iaitu Peace, Justice and Strong Institution. Penyelesaian terbaik yang dipilih kumpulan kami ialah mengadakan program bengkel secara maya yang bertajuk “Say No to Colonialism for a More Peaceful Life”. Hal ini demikian kerana jalan penyelesaian ini lebih realistik dan mampu untuk dijalankan bagi seorang yang bergelar mahasiswa jika dibandingkan dengan jalan penyelesaian yang lain. Program bengkel “Say No to Colonialism for a More Peaceful Life” yang diadakan secara maya ini mampu untuk mencapai audien atau peserta yang ramai kerana peserta di luar negara mampu untuk turut serta dalam program bengkel ini. Memandangkan program bengkel ini bertujuan untuk membincangkan isu atau mendedahkan maklumat berkenaan isu warna kulit di Amerika Syarikat, program bengkel ini memberi kesan yang positif kerana mampu mengubah pandangan dan persepsi masyarakat bahawa isu warna kulit ini perlu dihentikan supaya dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu. PENYELESAIAN TERBAIK


PENUTUP Setiap permasalahan mempunyai jalan penyelesaiannya, begitu juga dengan isu atau fenomena colorism yang berlaku di Amerika Syarikat ini. Colorism merupakan isu yang tidak asing lagi di seluruh dunia. Colorism juga boleh dikatakan sebagai fenomena global. Fenomena Colorism di Amerika Syarikat dapat dilihat apabila setiap individu di dunia mula meletakkan standard kecantikan menggunakan piawaian masingmasing. Kecantikan dan kelayakan sosial itu dinilai daripada warna kulit. Iris Sumo (2019) menyatakan dampak colorism dalam kehidupan wanita African-American bahawa wanita-wanita ini menyedari akan terdapatnya struktur sosial yang menempatkan warna kulit yang lebih cerah lebih tinggi berbanding mereka yang berkulit gelap. Ia menunjukkan kepada dunia bahawa mereka yang berkulit gelap mendapat stigma sebagai manusia yang berada di bawah standard kecantikan sosial. Secara tidak langsung, individu yang berkulit gelap, mempunyai pandangan sejak dini bahawa mereka harus berkulit cerah dan putih untuk mendapat perhatian orang lain. Apatah lagi, penggunaan individu yang berkulit putih dan cerah dalam mempromosikan produk-produk kecantikan seakan menegaskan dan mendorong orang yang berkulit putih untuk mewakili posisi yang lebih tinggi dalam masyarakat. Kesimpulannya, fenomena colorism sangat bertepatan dengan matlamat SDG 16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh yang mana SDG ini menerangkan bahawa kebebasan asas manusia itu perlu dilindungi dan perlaksanaan undang-undang dan dasar perlu diwujudkan tanpa mencipta diskriminasi dalam pelbagai bentuk.


Senarai Rujukan UN General Assembly (1999). UN Declaration and Programme of Action on a Culture of Peace, Document A/53/243 [online]. Retrieve fromt: https://undocs.org/en/A/RES/53/243 UN Statistics Division (2019). Goal 16: Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels. [online]. Retrieve from: https://unstats.un.org/sdgs/report/2019/goal-16/ Minhas, N. (2020). THE ANALYSIS OF COLOURISM IN THE UNITEDSTATES OF AMERICA FROM AN HISTORIOGRAPHICALPERSPECTIVE. Academia. Retrieved from https://www.academia.edu/43369256/THE_ANALYSIS_OF_COLOURIS M_IN_THE_UNITED_STATES_OF_AMERICA_FROM_AN_HISTORIOGRAPH ICAL_PERSPECTIVE Norwood, K. J. (2015). "If You Is White, Y ou Is White, You’s Alright. . . . s Alright. . . .” ” Stories About Colorism in ories About Colorism in America, 14(4), 585–607. Retrieved from https://openscholarship.wustl.edu/cgi/viewcontent.cgi? article=1547&context=law_globalstudies.


Click to View FlipBook Version