JP IRINE JOHN
NO. MATRIX :
DCGN1/2022(12)-0024
PSL 1/2022
TAJUK : Organic Brain
Disorders: EPILEPSY/
CONVULSION / FEBRILE FITS
NMNE 3112: MEDICAL NURSING V: Organic Brain Disorders: EPILEPSY/ CONVULSION
/ FEBRILE FITS
Objektif Isi Kandungan
1.Menyatakan definisi Epilepsi
epilepsy / convulsion /
febrile fits satu gangguan kronik dalam fungsi otak di cortex cerebrum dimana
terdapat pengeluaran aktiviti elektrik (impuls) yang abnormal atau
berlebihan di neuron dalam otak untuk seketika waktu dan
menyebabkan sentakan atau sawan yang berlaku dengan kerap.
Convulsion
Serangan kontraksi dan relaksasi otot skeletal berlaku di luar kawal
secara tiba-tiba dan berulang ulang disebabkan oleh pengeluaran
aktiviti elektrik yang abnormal di korteks serebrum.
Febrile Fits
Sawan berlaku akibat demam yang tinggi. Biasanya kanak-kanak diantara
umur 6 bulan hingga 5 tahun,disebabkan jangkitan gastroenteritis,
meningoensefalitis, pneumonia, bronchopneumonia dan lain-lain penyakit.
2.Menyatakan etiologi Etiologi epilepsi adalah semua keadaan yang melibatkan bahagian
epilepsy / convulsion / otak. Ini termasuklah:
febrile fits pilepsy /
convulsion / febrile fits 1. Faktor infeksi
Infeksi sistem saraf pusat akut atau kronik boleh
menyebabkan sawan. Serangan infeksi virus di otak
menyebabkan kerosakan di bahagian otak terlibat.
Contohnya: abses di otak dan serangan meningitis di
kalangan kanak-kanak sering diiringi dengan sawan.
2. Faktor kecederaan atau trauma
Kecederaan atau trauma di kepala disebabkan oleh pukulan,
kemalangan atau semasa proses kelahiran boleh
menyebabkan kerosakan di bahagian otak.
3. Faktor genetik
Latarbelakang keluarga yang pernah mengalami epilepsi
samada ibubapa atau adik beradik. Keadaan ini akan
mudah merangsangkan kejadian epilepsi kepada individu
dalam keluarga tersebut
4. Faktor yang tidak diketahui (idiopatik)
Terdapat juga sawan yang berlaku tanpa sebab-sebab
tertentu dan dikenali sebagai idiopathic epilepsy. Ianya
berlaku di kalangan mereka berumur 20 tahun ke bawah dan
jarang sekali berlanjutan ke umur 30 tahun ke atas.
5. Faktor metabolik
Bahan toksik mengganggu metabolisma, pengaliran oksigen
dan glukos ke otak dan gangguan ini menyebabkan sawan.
Contoh keadaan ini ialah:
Ketidakseimbangan elektrolit, hipglisemia, hipoksia,
hiperkalemia, dehidrasi
Keracunan disebabkan plumbum di kalangan kanak-
kanak menyebabkan keadaan “lead
encephalopathy” diikuti dengan sawan.
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Withdrawal barbiturate
3.menyatakan Predisposing Factor
predisposing factor Epilepsy
bagi epilepsy /
convulsion / febrile fits
i. Tekanan emosi
ii. Keletihan yang extreme
iii. Bunyi bising
iv. Menggunakan pemikiran/mental yang berlebihan
v. Gangguan corak tidur
vi. Demam/serangan penyakit
convulsion
I. Epilepsi
II. Meningitis
III. Brain lesion
IV. Head injury
V. Hypertension
VI. Demaam
Febrile Fits
I. Keturunan
II. Jangkitan viral di salur pernafasan cth;tonsillitis,sinusitis
III. Jangkitan di system saraf cth;meningitis
IV. Jangkitan system urinary cth;cycitis
V. Jangkitan system penghadaman cyh;gastroentritis
4.menyatakan Klasifikasi Epilepsy
klasifikasi epilepsy /
convulsion / febrile fits Ianya terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sentapan /
pilepsy / convulsion / konvulsi
febrile fits
1. Epilepsy Major (Grand Mal Epilepsy) Generalized seizure
2. Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
3. Jaksonian Epilepsi Partial seizure
4. Temporal lobe Epilepsi
5. Status Epilepticus
5.menyatakan Manifestasi klinikal
manifestasi klinikal
bagi epilepsy / Manifestasi klinikal mengikut jenis-jenis epilepsi dan peringkat-
convulsion / febrile fits peringkatnya
Epilepsi Major (Grand Mal) atau Tonic Clonic Seizures
Epilepsi jenis di perwatakan dengan konvulsi(sentapan) seluruh
tubuh, hilang kesedaran diri, inkontinen urin dan feses.
Serangannya melalui peringkat-peringkat tertentu dan
manifestasinya mengikut peringkat adalah:
i. Peringkat aura (peringkat amaran)
Dalam peringkat ini, tanda amaran atau sesuatu
perasaan dirasai oleh pesakit sebelum sawan
berlaku seperti perasaan tidak senang, nampak
seakan cahaya kilat, terdengar bunyi, pening kepala
atau kebas anggota.
Sesetengah pesakit tidak mengalami peringkat aura.
ii. Peringkat tonik (30 - 40 saat)
Pesakit menjerit dengan tiba-tiba (epileptic cry) dan
rebah/jatuh dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Jeritannya nyaring dan jeritan ini disebabkan oleh
kuncupan tiba-tiba pada otot-otot pernafasan dan
abdomen yang memaksa udara keluar melalui glotis
yang kejang.
Semua otot-otot menjadi kejang dan kaku.
Tangan pesakit membengkok, manakala kakinya
melurus. Bola mata berputar keatas.
Pernafasan terhenti dan cynosis berlaku
iii. Peringkat klonik (1 – 3 minit)
Otot-otot mula menguncup dan mengendur secara
berselang seli, mengakibatkan pergerakan yang
tersentak-sentak.
Twitching berlaku pada kening, bibir, tangan dan
kaki.
Pesakit kelihatan masih kelihatan cynosis tetapi telah
mula bernafas tetapi cetek
Mengeluarkan air liuh ‘berbuih’(mungkin mempunyai
kesan darah akibat tergigit lidah semasa sentakan
otot berlaku).
Pesakit mungkin terkencing/terbuang air besar.
iv. Peringkat kesembuhan / tidur
Semua sentakan otot terhenti.
Pesakit akan mengalami sakit di bahagian otot dan
rasa letih.
Pesakit akan tidur 1-2 jam atau lebih.
Apabila terjaga, kadang-kadang menjadi agresif,
Tiada ingatan terhadap apa yang telah berlaku
semasa sawan.
Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)
Kerap berlaku kepada kanak-kanak dan jarang berterusan sehingga
remaja. Jika tidak dirawat serangan mungkin mencapai IOO kali
sehari.
Manifestasinya ialah:
Pesakit hilang kesedaran diri beberapa saat.
Biasanya pesakit tidak terjatuh ke lantai.
Pesakit biasanya berhenti melakukan apa yang sedang
dilakukannya.
Matanya terbeliak
Tiada sawan atau sentakan.
Mungkin ada sedikit twitching pada kelopak mata/jari.
Berlaku 5 – 20 saat sahaja.
Pulih dengan sekejap saja dan meneruskan kerjanya
seperti biasa (tiada ingatan terhadap apa yang
berlaku).
Jaksonian Epilepsi
- sejenis simple partial seizures.
Seizure / sawan yang disebabkan oleh kecacatan di dalam otak
samada tumor / jangkitan di otak.
Manifestasinya ialah:
Bermula di satu bahagian tubuh, contohnya bermula di
tangan kiri kemudian merebak keseluruh bahagian tubuh
kiri.
Pesakit biasanya tidak mengalami hilang kesedaran diri.
Durasi jarang melebihi 1 minit.
Penglibatan motor, sensori, autonomik phenomena atau
kesemuanya.
Temporal Lobe Epilepsy
Adalah sejenis compleks partial seizures. Penglibatan fungsi
behavior, emosi, affective dan kognitif.
Epilepsi akibat kerosakkan di copeng temporal otak.
Manifestasinya:
“clouding of conciousness” – keadaan di mana pesakit
berada di tahap separuh ingatan, tidak sedar apa yang
berlaku di sekelilingnya dan pesakit keliru / disorientasi.
Pesakit melakukan pergerakan automatik dan berulang
seperti mengunyah / menelan. Juga dikenali sebagai
psychomotor seizures.
Akan menyambung semula aktiviti yang sedang dilakukan
semasa sebelum serangan.
Durasi biasanya melebihi 1 minit.
Selepas seizures diikuti dengan postictal confusion.(keliru
selepas serangan sawan)
Tidak dapat mengingat kembali perbuatan apabila sedar.
Simptom psychosensori seperti perubahan dalam sensasi
visual atau auditory serta alami vertigo.
Status Epilepticus
Adalah keadaan dimana terdapat sawan yang berterusan
sekurang-kurangnya 30 minit. Sawannya adalah berturut-turut.
Pesakit tidak sedar diri di antara serangan.
Ia adalah komplikasi yang serius dalam epilepsy dan adalah
keadaan medical emergency.
Semasa serangan ulangan otak menggunakan tenaga yang
lebih dari yang dibekalkan kepadanya. Oleh itu neuron menjadi
exhausted dan fungsinya akan terhenti serta berlaku kerosakan
otak kekal.
Tonik klonik status epilepticus adalah yang paling bahaya
kerana ia akan menyebabkan kekurangan dalam ventilasi,
hypoksemia, cardiac arrhytmias, hyperthermia dan asidosis
secara sistemik.
6.menerangkan 1. Health history taking
pemeriksaan -Pengambilan sejarah latar belakang pesakit boleh membantu menentukan
diagnosis.
diagnostik bagi
-Cara kelahiran, umur mula mendapat serangan, corak dan ciri sawan.
epilepsy / convulsion /
-Mendapatkan sejarah sawan pesakit daripada ahli keluarga yang pernah
febrile fits ilepsy / menyaksikan sawan yang dialami oleh pesakit.
convulsion / febrile fits
2. Neurological examination - selalunya normal.
3. Ujian-Ujian diagnostik
1. Ujian Darah
(untuk mengesan masalah metabolik)
BUSE – untuk mengesan gangguan metabolik seperti
uraemia yang merupakan salah satu punca epilepsi.
Glukos dalam darah – paras glukos yang rendah
menyebabkan hipoglisemia, dimana keadaan ini adalah
salah satu punca epilepsi
2. EEG (electroencephalogram)
Ia menggambarkan aktiviti eletrik otak seseorang.
Tujuan – mengenalpasti tempat discaj aliran eletrik bermula,
rebakan dan menentukan jenis epilepsi.
3. Penyakit epilepsi yang berlainan akan menghasilkan corak EEG
yang berlainan, jadi pemeriksaan EEG amat berkesan untuk
mengesan dan mengenalpasti penyakit itu.
4. X-Ray skull
Mengesan ‘lesion’ atau kecederaan di otak.
5. CT Scan dan MRI
Bantuan komputer untuk menganalisa pemeriksaan X-Ray. X-ray
biasa hanya dapat menggambarkan keadaan tengkorak, tetapi
dengan CT Scan, struktur otak dapat ditunjukkan dengan jelas.
Tujuan – mengesan penyakit yang akan mengakibatkan
perubahan struktur otak yang jelas seperti tumour di otak dan strok.
6. Lumbar puncture (CSF for C&S)
Untuk pemeriksaan cecair serebrospinal bagi mengesan jangkitan.
7. Ventrikulogram
Pemeriksaan X-ray di ventrikel otak untuk
mengesan tumor.
7.menyatakan Pengurusan Rawatan
Tujuan rawatan – mengawal sawan dan mengelakkan kecederaan
pengurusan klien
dengan epilepsy /
convulsion / febrile fits
A. Rawatan semasa serangan
Pesakit diberikan privasi dengan meletakkan skrin untuk mengelakkan dari
pemerhatian orang ramai/pesakit lain, supaya beliau tidak berasa malu
setelah serangan berlaku disebabkan oleh pesakit-pesakit lain dapat
memerhatikan keadaan beliau ketika serangan berlaku.
Melawaskan salur pernafasan
- Pusingkan muka/kepala pesakit ke sisi untuk
memudahkan pengeluaran air liur.
- Longgarkan pakaian ketat di leher, dada dan pinggang.
- Lakukan sedutan dari masa ke semasa untuk
mengelakkan pengumpulan air liur yang menyekat salur
pernafasan.
- Berikan oksigen melalui nasal prong 3L/ min atau face
mask 5 - 1L/min
Mengelak kecederaan
- rawat pesakit dalam katil berpagar
- susun bantal di sekeliling pagar katil
- letakkan bantal di hujung kepala katil disebabkan semasa
serangan, kepala pesakit mungkin terkena kepada kepala
katil dan boleh menyebabkan kecederaan di kepala.
- Elakkan menahan gerakan anggota semasa serangan
kerana boleh menyebabkan kecederaan atau kepatahan
di tulang-tulang anggota.
- Jauhkan alat-alat yang boleh mencederakan pesakit
seperti benda-benda tajam, gelas atau botol air panas.
- Berada di sisi pesakit semasa serangan untuk
menentukan keselamatan pesakit terjamin.
Pemerhatian
- pemerhatian tentang sawan berkaitan dengan waktu
sawan berlaku; jangkamasa/tempoh serangan;
bahagian/anggota yang terlibat untuk mengetahui jenis
sawan dan jangkamasa hilang kesedaran diri.
- Warna kulit – cyanosis akibat dari pernafasan yang
terhenti dan sekatan salur pernafasan dengan sekresi
mulut
- Kencing / buang air besar semasa serangan.
- Kelakuan selepas serangan – tidur / ganas
Pemerhatian dicatit dalam carta sawan (fit chart)
- Pulse oxymetri bagi mengetahui paras oksigen
- Pemerhatian tanda-tanda vital selepas serangan –
kekerapan bergantung kepada keadaan pesakit, 1 atau 2
jam sekali, dan pemerhatian nadi, pernafasan, tekanan
darah dan tahap kesedaran pesakit.
Medical Management; Rawatan ubat
Pengubatan diberi secara intravena atau intramuskular untuk
mendapatkan tindakan segera bagi mengawal serangan. Ubat
yang diberikan ialah:-
Anticonvulsant
- I/V Diazepam (Valium) 10mg ‘bolus dose’
Tujuan – untuk meredakan serangan; merehatkan otot dan
menenangkan pesakit
Jika sawan masih tidak reda, I/V Valium 10 – 30 mg diberi
melalui intravena infusi
- I/V Phenytoin Sodium
300mg diberi bersama valium untuk serangan yang teruk
Kesannya menghalang ledakan aktiviti letrik yang berlebihan
melalui neuron.
Surgical Management:
- Pembedahan bagi pesakit epilepsi kronik contoh temporal lobe
epilepsi.
- pilihan terakhir apabila medical management tidak dapat mengawal
sawan pesakit yang berulang.
- Mempunyai risiko dan komplikasi seperti kecederaan pada bahagian
otak yang lain disebabkan pembedahan, pendarahan.
- Keluarga dan pesakit perlu diterangkan dengan jelas tentang
kemungkinan risiko pembedahan.
B. Rawatan lanjutan (selepas serangan)
i. Kebersihan diri pesakit
- tukarkan kainan jika pesakit bowel open / pass urine
- lapkan mulut pesakit dari kesan saliva.
ii. Rehat
- beri keselesaan; kurangkan kebisingan.
- Setelah pesakit betul-betul sedar, berikan ia minuman glukos
untuk memastikan gula yang mencukupi di dalam darah
iii. Pemerhatian tanda vital
- di ambil 4 jam sekali keatas nadi, suhu badan, pernafasan
dan tekanan darah.
iv. Ubatan anticonvulsant
Untuk mengawal sawan dan mencegah sawan berulangan. Selain
dari ubat valium – ubat yang diberikan adalah dari jenis
antikonvulsi; diberikan dalam jangkamasa yang panjang dan
mungkin seumur hidup jika perlu. Ubatan hendaklah diberi
bersama sarapan untuk mengurangkan gastritis.
- Capsule Phenytoin (Dilantin) 100 – 200mg melalui oral
Tindakan – menekan pusat motor serebrum kortek dan
menghalang rebakan aktiviti eletrik yang abnormal melalui
neuron
Kesan sampingan – kekeliruan, ataxia, pening.
- Luminal (Phenobarbitone)
Dos – 30 -50 mg tds melalui oral
Kesan sampingan – mengantuk, ataxia dan pening.
- Tegretol (Carbamazeprine)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya,muntah, ruam di kulit dan pening.
- Epilim (Sodium Valproate)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya, muntah dan tremor.
v. Makanan
- Doktor mungkin mempreskripsikan ketogenic diet; high fat,
low protein, low carbohydrate diet. Diet ini akan diberi
bersama vitamin. Perlu menjalani pemeriksaan oleh doktor &
ujian darah sebelum memulakan kerana diet ini boleh
menyebabkan masalah kardiovaskular.
- Makanan yang diberikan perlulah yang tidak bahayakan
pesakit sekiranya sawan berlaku semasa makan
- Ikan perlu dibuang tulang; daging dan sayuran di potong
halus dan berikan makanan seimbang
Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan perlu dibuat dalam bentuk ‘family conference’ di
mana pesakit dan keluarga terdekat perlu hadir.
a. Penerangan
- proses kejadian penyakit, tanda dan simptom
serta langkah-langkah yang perlu diambil jika
serangan berlaku di rumah.
- penyakit ini tidak boleh sembuh dengan
sepenuhnya tetapi boleh dikawal dengan
pengambilan ubatan yang tetap dan betul.
b. Ubatan
- Meneruskan pengambilan ubatan dan
menerangkan bahayanya jika pengambilan
ubatan diberhentikan dengan tiba-tiba; juga
diberitahu kesan sampingan ubatan.
- Elak berhenti mengambil ubatan tanpa nasihat
doktor
c. Aktiviti
- Mengenalpasti punca stress yang mungkin
dialami oleh pesakit.
- Menerangkan bahawa aktiviti berlebihan,
ketegangan emosi / fizikal seperti keletihan,
kemarahan, kepenatan, kurang tidur boleh
merangsangkan serangan sawan.
- Elak melakukan kerja-kerja yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pesakit jika
sawan berlaku ketika ia berseorangan seperti
menggunakan benda-benda tajam, barang letrik,
bahan kimia, berada di tempat tinggi dan
memandu kereta.
- Dilarang berenang seorang diri kerana beliau
boleh mati lemas sekiranya sawan berlaku
- Pesakit dinasihatkan memakai tag pengenalan
mengenai penyakitnya kemana sahaja dia pergi.
Tujuannya jika berlaku kecemasan, langkah
segera dapat diambil dan diberikan kepadanya.
-
d. Makanan
- Pesakit dinasihatkan jangan mengambil alkohol
yang berlebihan atau membeli ubatan tanpa
arahan doktor.
e. Temujanji
- Datang keklinik susulan mengikut tarikh yang
diberikan untuk mengetahui proses kemajuan
penyakit disamping membolehkan doktor
menukar/menambah ubatan jika perlu.
- Berjumpa doktor dengan segera, jika ada
sebarang jangkitan kerana ini boleh
menyebabkan serangan berulangan.
8.menyatakan Diagnosis kejururawatan
diagnosis klien
kejururawatan
mengalami epilepsy / 1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan hilang kesedaran diri
convulsion / febrile fits semasa serangan sawan.
2. Potensi kecederaan berkaitan dengan serangan sawan.
3. Gngguan perubahan suhu hipertermia berkaitan denganproses
penyakit.
4. Potensi mendapat epilepsy relapse.
5. Anxiety dan defisit pengetahuan berkaitan dengan penyakit
epilepsy.
9.menerangkan Intervensi Kejururawatan
intervensi
kejururawatan klien A. Gangguan salur pernafasan berkait dengan hilang kesedaran diri
mengalami epilepsy / semasa serangan sawan.
convulsion / febrile fits
Matlamat
-Klien dapat mengekalkan salur pernafasan yang lawas semasa
kejadian sawan.
Intervensi Kejururawatan.
1. Posisikan pesakit ke posisi lateral dengan kepala ke sisi untuk
memudahkan pengeluaran sekresi dari mulut dan mengelakkan
lidah menyekat salur pernafasan.
2. Longgarkan pakaian di bahagian leher pesakit bagi mengelakkan
sekatan di bahagian leher semasa serangan sawan.
3. Lakukan suction bila perlu,untuk mengelakkan penggumpulan
sekresi yang boleh menyekat salur pernafasan pesakit.
4. Monitor keadaan am, tanda vital dan spo2 pesakit untuk mengesan
tanda –tanda hypoksia,supaya tindakan perawatan segera dapat
dilakukan.
5. Berikan terapi oksigen melalui nasal prong /facemask 2-4 liter
mengikut arahan doktor,untuk meningkatkan paras spo2 pesakit.
6. Bantu doktor memasukkan airway jika perlu,sekiranya pesakit
tidak sedarkan diri,bagi melapangkan salur pernafasan pesakit.
7. Lapor kepada doktor dengan segera sekiranya terdapat sebarang
keabnormalan seperti pesakit kelihatan pucat dan sukar bernafas,
supaya tindakan perawatan segera dapat diberikan.
B. Potensi kecederaan berkait dengan serangan sawan.
Matlamat.
Klien tidak akan mendapat kecederaan atau risiko mendapat
kecederaan dapat dikurangkan dengan ditunjukan oleh tiada alami
bruises atau bengkak.
Intervensi Kejururawatan
a. Rawat pesakit di dalam katil yang berpagar bagi
semua pesakit dengan epilepsi untuk
mengelakkan pesakit jatuh.
b. Pastikan pagar katil sentiasa diangkat bagi
mengelakkan klien dari terjatuh semasa kejadian
sawan.
c. Letakan paded di bahagian pagar katil bagi
mengelakkan hentakan yang kuat pada besi
pagar semasa serangan sawan.
d. Elakkan dari mengambil suhu badan melalui
mulut bagi mengelakkan termometer digigit
semasa kejadian sawan.
e. Lapangkan katil pesakit dan elak meletakkan
benda tajam yang boleh mencederakan pesakit
semasa serangan sawan di atas katil pesakit.
f. Elakkan dari cuba membuka mulut pesakit yang
sedang mengalami sawan bagi mengelakkan
kecederaan pada mulut.
g. Elakkan restrain pesakit semasa serangan
sawan,bagi mengelakkan fracture dan
kecederaan pada pesakit.
h. Elak daripada meletakkan sebarang objek
didalam mulut pesakit semasa serangan
berlaku,bagi mengelakkan kepatahan gigi atau
kecederaan pada mulut pesakit.
C. Gngguan perubahan suhu hipertermia berkaitan dengan proses
penyakit.
Intervensi kejururawatan
a. Ases tanda vital pesakit terutama suhu badan pesakit
sebagai data baseline,bagi menentukan tindakan
perawatan yang selanjutnya.
b. Lakukan tapid sponging untuk menuunkan suhu badan
pesakit,melalui proses evaporasi.
c. Beri terapi infusi intravena mengikut arahan doktor,untuk
mengekalkan cecair elektrolit badan pesakit.
d. Sediakan persekitaran wad yang kondusif seperti
pasangkan kipas dan buka tingkap untuk ventilasi
pengudaraan yang baik.
e. Galakkan pesakit minum air sekurang kurangnya 2-3 liter
sehari,jika tiada kontraindikasi,untuk menurunkan suhu
badan pesakit.
f. Pakaikan pesakit dengan pakaian yang nipis untuk
menggalakkan pengaliran habah dari badan pesakit.
g. Berikan ubatan antipiretik seperti tab. paracetamol 500mg
tds/prn mengikut priskripsi doktor,untuk menurunkan suhu
badan pesakit.
D. Potensi mendapat epilepsy relapse.
Intervensi kejururawatan
a. Berikan informasi secara verbal dan secara
penulisan dalam bentuk pamplet
bagi memberikan pengetahuan kepada pesakit,supaya
pesakit lebih memahami penyakitnya.
b.Terangkan kepentingan mengambil ubatan dan meneruskan
rawatan secara teratur,supaya klien menyedari penyakitnya akan
berulang jika tidak meneruskan rawatan.
c. Terangkan kepada pesakit dan keluarga tentang jagaan diri
semasa berlakunya serangan sawan supaya mereka bersedia dan
dapat melakukan jagaan dengan betul.
d. Nasihatkan klien supaya sentiasa menepati temujanji yang telah
ditetapkan supaya pemantauan yang tetap boleh dilakukan,bagi
mengelakkan kejadian serangan sawan berulang.
e. Nasihatkan pesakit untuk mengelakkan faktor yang boleh
mempradispos kepada serangan sawan seperti stress,gangguan
tidur supaya serangan sawan tidak berulang.
f. Terangkan tentang tanda-tanda awal serangan sawan akan
berlaku kepada pesakit dan keluarga ,supaya pesakit dapat segera
mendapatkan rawatan di hospital berdekatan,jika keadaan ini
berlaku.contohnya demam,inkontnen urin dan feses.
g. Nasihatkan pesakit untuk mengamalkan gaya hidup sihat,seperti
beriadah untuk mengelakkan stress yang boleh mengakibatkan
serangan sawan berulang.
E. Anxiety dan defisit pengetahuan berkaitan dengan penyakit
epilepsy.
a. Ases tahap kebimbangan pesakit melalui riak wajah dan
temubual,untuk menentukan tindakan perawatan yang
selanjutnya.
b. Terangkan kepada pesakit dan ahli keluarga tentang
penyakitnya,dan proses perawatan dngan menggunakan
bahasa yang mudah untuk difahami,dengan mengelakkan
penggunaan medical term supaya pesakit dan ahli
keluarga lebih faham.
c. Beritahu pesakit faktor-faktor yang boleh menyebabkan
serangan sawan seperti stress,agar pesakit dapat
mengelakkannya.
d. Galakkan pesakit untuk bertanya kepada jururawat atau
doktor jika masih kurang faham ,supaya pesakit lebih
faham dan kebimbangan dapat dikurangkan.
e. Kenalkan pesakit dengan pesakit lain yang mengalami
penyakit yang sama dan berjaya mengawal
penyakitnya,supaya mereka dapat bertukar pendapat,
bagi meyakinkan pesakit seterusnya mengurangkan
kebimbangan pesakit.
f. Berikan informasi secara verbal dan secara penulisan
dalam bentuk pamplet bagi memberikan pengetahuan
kepada klien.
g. Rujuk klien kepada kaunselor bagi mendapatkan khidmat
nasihat jika klien masih bimbang.
10.Menyatakan 1. Kecederaan / Kepatahan
komplikasi epilepsy / - jika sawan / sentapan ditahan dengan kuat
convulsion / febrile fits - jika sawan berlaku dan pesakit terjatuh ke lantai atau tercedera oleh
peralatan yang berada di persekitaran pesakit.
- akibat gigitan di lidah (ulcer mulut)
- kepatahan gigi
2. Kecacatan mental
- pada kanak-kanak ini disebabkan gangguan bekalan
oksigen ke otak.
3. Taraf kecerdikan / kepintaran
- kekurangan dari segi tahap kecerdikan akibat daripada
sawan yang berulang akan menyebabkan kekurangan
oksigen ke otak.
4. Status epilepticus
- epilepsi yang berterusan (sawan tanpa berhenti)
sehingga menyebabkan pesakit tidak sedar diri.
5. Psychososial
- Ia akan memberi kesan dalam kehidupan seharian
kerana ia melibatkan perubahan dalam cara hidup. Ia
juga mempunyai stigma yang buruk terhadap pesakit
epilepsy.
- Mereka juga mungkin mengalami masalah dalam
mendapatkan pekerjaan dan peluang untuk belajar.