The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HISYAMUDDIN BIN HASHIM / PENDAFTAR, 2023-10-20 05:14:50

HRDX+

Buletin HRD #1

HRDX+ #1 (JUL-OKT 2023) Membangunkan Insan, Kompetensi, dan Bakat BULETIN BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (HRD), PEJABAT PENDAFTAR UPM A Attitude.Skills.Knowledge .S.K BULETIN All you have to do is


BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (HRD) PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSTI PUTRA MALAYSIA HRDX+ adalah buletin yang melaporkan aktiviti-aktiviti Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar UPM. Buletin yang diterbitkan empat (4) kali setahun atau setiap sukuan ini akan melaporkan semua aktiviti yang melibatkan pembangunan insan, pembangunan kompetensi, dan pembangunan bakat yang dianjurkan oleh HRD, Pejabat Pendaftar UPM.


03 NOTA KAKI : Pelaksanaan Tindakan dan Impak Pembangunan Modal Insan, Kompetensi dan Bakat Untuk Mencapai Misi dan Visi UPM 05 Meraikan Kepelbagaian Sumber Manusia 06 Ketersediaan Sumber Manusia Universiti Mendepani Ekosistem Pengurusan Pengkomersilan Inovasi 07 Pemprofilan Kompetensi Staf Dalam Pengurusan Sumber Manusia: Amalan Universiti Putra Malaysia 08 Transformasi Dalam Pengurusan Waran Perjawatan Di Universiti Putra Malaysia 09 Pemerkasaan Kesedaran Kesihatan Mental Dalam Menangani Masalah Pekerja 10 Program Pemantapan Kepemimpinan dan Pematuhan Integriti 12 Persidangan Nasional Pengurusan Sumber Manusia 14 3 Penolong Pegawai Sains UPM bentang kertas kerja di Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) Ke-15 16 Projek Bangi Green Putra 2015 (BGP 2015) : UPM bersama Komuniti Bangi melalui Projek Pertanian Bandar dibentang di ISUM 3 17 Azizi Ismail dilantik sebagai penceramah Kursus CBTM in Practice oleh CTLD UTM 18 2 Pegawai UPM Sertai Seminar Antarabangsa International Seminar on Competency-Based Talent Management (inSEM 2023) 19 526 staf UPM telah menyertai Program Transformasi Minda (PTM) sepanjang 2023 20 SESI TOWN HALL: Pengenalan kepada Pensijilan Train-the-trainers (TTT) di bawah Human Resource Development Corporation (HRDC) 21 Fungsi Utama Pemprofilan Staf 22 Kluster Kompetensi berdasarkan Model Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi : Kepemimpinan Pentadbir Universiti, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) 23 Behavioral Event Self Assessment (BESA) 24 Fakta dan Angka Cuti Belajar 25 Skop dan Tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HRD) KANDUNGAN 2 KETUA : Hisyam Hashim PEMBANGUNAN MODAL INSAN : Siti Khadijah Ahmad PEMBANGUNAN KOMPETENSI : Ruhaida Yusof PEMBANGUNAN BAKAT : Hamizan Wasoh PENTADBIRAN : Wan Noorshidah Hussin/Nor Adlina Sulaiman EDITOR : Nor Azila Azmi HRDX+ EDITORIAL


Pelaksanaan Tindakan dan Impak Pembangunan Modal Insan, Kompetensi dan Bakat Untuk Mencapai Misi dan Visi UPM NOTA KAKI 3 #1 (JUL-OKT 2023) Keberhasilan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mencapai misi, visi dan pelan strategik bergantung kepada sejauh mana ketersediaan sikap, kemahiran dan pengetahuan (attitude, skill and knowledge (ASK)) di kalangan staf. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD) menggalas fungsi penting untuk membangunkan modal insan, kompetensi dan bakat staf UPM. Matlamat HRD adalah menyedia, melaksana dan memantau pelan serta program-program yang bersesuaian supaya staf UPM dapat menguasai sikap, kemahiran dan pengetahuan serta kompetensi yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang bagi mencapai misi, visi dan pelan strategik yang disasarkan. Pembangunan modal insan yang berstruktur dan komprehensif serta pelaksanaan latihan yang tepat, berkesan dan bersasar sangat penting. Modul latihan dibangunkan berdasarkan Analisis Jurang Kompetensi (Competency Gap Analysis) yang diperolehi daripada pemprofilan kompetensi staf. Fokus utama modul pembangunan modal insan adalah untuk merapatkan jurang kompetensi teras, fungsian dan kepemimpinan dengan mewujudkan satu sistem bagi melaksanakan latihan yang terancang dan selaras dengan misi dan visi UPM. Staf UPM perlu sentiasa dipertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan sebagai asas untuk melaksanakan tugas agar terus berdaya saing dan sentiasa releven dengan peredaran masa dan marcapada, serta melahirkan pemimpin yang berkualiti untuk memimpin organisasi.


4 #1 (JUL-OKT 2023) Pembangunan kompetensi dilaksanakan melalui proses pemprofilan kompetensi yang bertujuan untuk menilai kompetensi staf sama ada berada di tahap yang diperlukan untuk melaksanakan tugas di jawatan atau portfolio lebih tinggi. Hasil dan impak dari pelaksanaan pemprofilan kompetensi ini akan digunakan untuk empat (4) proses utama pembangunan sumber manusia di UPM iaitu penyediaan senarai bakat pelan penggantian jawatan kepemimpinan, pemajuan kerjaya melalui kenaikan pangkat, pembangunan dan latihan kepemimpinan melalui Analisis Jurang Kompetensi (Competency Gap Analysis), dan pusingan tugas dan penentuan penempatan bakat melalui Analisis Kesesuaian Penempatan (Job Fit Analysis). Pembangunan bakat adalah proses membimbing dan membangunkan kerjaya staf UPM supaya sejajar dengan misi dan visi UPM. Ini termasuk proses mewujudkan ekosistem yang sesuai, mengenal pasti kebolehan serta membantu staf UPM mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan. Proses pembangunan bakat akan dapat membina pengetahuan dan kemahiran tambahan supaya staf UPM dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan membantu mereka berkembang serta meningkatkan budaya organisasi, menyumbang kepada kejayaan dan seterusnya dapat mengekalkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan mengelakkan kesenjangan. Pembangunan bakat di UPM dibentuk melalui peluang untuk cuti belajar, cuti sabatikal, cuti penyelidikan dan Inisiatif Global Outreach. Program pembangunan bakat ini akan dapat menarik, mengambil, membangun dan mengekalkan bakat cemerlang di UPM. Hisyam Hashim Ketua Editor HRDX+


Meraikan Kepelbagaian Sumber Manusia PERMULAAN BAHARU Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar UPM merupakan tunjang utama kepada proses pembangunan sumber manusia di UPM. Dalam melahirkan bakat yang berprestasi tinggi dalam kalangan staf, pembangunan modal insan, pembangunan kompetensi dan pembangunan bakat merupakan salah satu proses yang paling penting bagi sesebuah organisasi. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam menggariskan bahawa objektif latihan adalah untuk menyediakan staf yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi, mampu menghasilkan kerja yang bermutu, meningkatkan produktiviti, membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif, mewujudkan nilai cipta dan nilai tambah dalam sektor awam dan menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya staf (Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005). Sebagai sebuah Universiti Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) 5 #1 (JUL-OKT 2023) menyediakan ekosistem yang positif untuk membangunkan modal insan, kompetensi dan bakat di kalangan staf bagi meningkatkan mutu penyampaian, seterusnya merealisasikan matlamat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan professional di semua peringkat sama ada staf baharu mahupun yang berpengalaman. Buletin HRDX+ ini juga mampu memberi lonjakan dan nafas baharu terhadap pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat serta mempertingkatkan dan menambah nilai pengetahuan, memantapkan kemahiran kerja, mengubah sikap dan mengukuhkan ASK (Attitude, Skills and Knowledge) dalam kalangan warga UPM. Muhazam Mansor Pendaftar


6 Pengkomersilan harta intelek di universiti awam mampu menjadi sumber pendapatan tambahan kepada sesebuah universiti sekiranya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Universiti di Malaysia masih belum mampu menangani situasi VUCA - meruap; tidak menentu; rumit; dan kabur sepenuhnya, apatah lagi mendepani perubahan mendadak yang berlaku akibat aruhan pelbagai faktor membawa universiti ke dalam situasi BANI -rapuh; membimbangkan; tidak lurus; dan sukar untuk difahami. KPT melalui KPI MYRA II telah menetapkan sasaran RM 7 juta setahun hasil pengkomersialan yang perlu dicapai oleh RU; UM, UPM, UKM, UTM dan USM serta akan menjadi kayu pengukur dan sumber pendapatan kepada universiti di saat pengurangan peruntukkan mengurus tahunan KPT kepada setiap universiti. Anggaran pendapatan di antara 30 hingga 50 peratus daripada hasil pendapatan akan dapat diraih oleh sekiranya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Namun, peratusan hasil yang dijana amat rendah, hanya 7 peratus, dan tidak mampu mencapai KPI yang disasarkan, membantutkan pulangan pelaburannya. Ekosistem pengurusan pengkomersilan atau pemindahan teknologi ditunjangi oleh pejabat pemindahan teknologi (TTO) atau pusat pengurusan inovasi yang telah ditubuhkan oleh RU mahupun sebahagian universiti yang lain. TTO boleh dilihat seumpama sebuah syarikat yang berfungsi memasarkan harta intelek untuk dilesen atau dijual kepada industri yang berminat. KETERSEDIAAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI MENDEPANI EKOSISTEM PENGURUSAN PENGKOMERSILAN INOVASI Asrizam Esam1 , Norliyana Kamarudin1 , Yushaida Yusof2 , Yusnita Tugiran2 , Norhidayah Md Halid3 1Putra Science Park, 2Pusat Pengurusan Penyelidikan, 3Pusat Transformasi Komuniti Universiti Universiti Putra Malaysia (UPM) [email protected] Namun, fokus terhadap aspek pembangunan perniagaan, pemasaran dan pemindahan teknologi kurang ditekankan dari aspek pengwujudan bidang tugas, skop struktur kerja dan bilangan sumber manusia di dalam memastikan kelancaran pengurusan pengkomersilan harta intelek ini. Asas pemasaran TTO memerlukan pengurus pembangunan perniagaan yang kompeten dan mencukupi dilihat tidak disediakan oleh UM, UPM, UTM dan USM, hanya 9 hingga 26 staf dilantik berdasarkan data tahun 2023, apatah lagi universiti yang lain di Malaysia. Berbeza dengan UKM, dilihat menyediakan sumber tenaga manusia yang mencukupi dan menjalankan kerja merentas skop pemindahan teknologi sepertimana dilaksanakan oleh universiti terkemuka dunia, seperti Stanford University melantik sehingga 64 orang staf, meraih USD 89.6 juta bagi tahun 2022. Sumber tenaga yang mencukupi, skop kerja yang tepat dan kompeten sehingga mencapai RTTP adalah faktor penting di dalam membantu menemui rakan industri yang tepat. Universiti di Malaysia perlu melakukan transformasi untuk menerapkan kaedah dan sumber tenaga yang tepat demi meraih pulangan pelaburan harta intelek yang dihasilkan setiap tahun. TTO perlu berani meyakinkan pemegang taruh termasuk Lembaga Pengarah Universiti untuk melabur kepada ekosistem pengurusan pengkomersialan inovasi yang tepat supaya pulangan pelaburan dapat diraih dalam membantu universiti di saat menghadapi situasi VUCA dan BANI. ARTIKEL HRDX+


7 #1 (JUL-OKT 2023) PEMPROFILAN KOMPETENSI STAF DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: AMALAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Ruhaida Mohd Yusuf1 , Hisyamuddin Hashim1 , Azizi Ismail2 1Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), 2Bahagian Governan dan Integriti (BGI), Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) [email protected], [email protected], [email protected] Kompetensi adalah suatu perkara yang boleh diukur. Ia melibatkan pelbagai langkah untuk mengenal pasti dan menentukan kecekapan staf. Pemprofilan kompetensi pula merujuk kepada suatu proses untuk mewujudkan dokumen yang mentakrifkan attitude, skill and knowledge (ASK) yang diperlukan oleh seorang staf untuk melaksanakan pekerjaan dengan baik dalam organisasi. Secara umumnya, majikan membuat pemprofilan kompetensi ke atas staf bertujuan untuk menilai staf berkenaan sama ada berada di tahap kompetensi yang diperlukan untuk melaksanakan tugas di jawatan atau portfolio lebih tinggi. Kepentingan bakat dan penilaian kompetensi bakat tersebut dalam dunia yang dikatakan bersifat BANI (brittle, anxious, nonlinear, incomprehensible) sangat signifikan. UPM berusaha sedaya mungkin untuk menarik, mengambil, membangun dan mengekalkan bakat cemerlang bagi melonjakkan prestasi menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. Di UPM, pemprofilan kompetensi ini telah dilaksanakan mulai tahun 2020. Jumlah keseluruhan staf kategori Pengurusan & Profesional di UPM adalah seramai 1,183 orang. Dijangkakan keseluruhan staf (100%) kategori Pengurusan & Profesional akan dapat diprofilkan pada tahun akhir tahun 2025. Laporan pemprofilan kompetensi ini akan digunakan untuk empat (4) proses utama sumber manusia di UPM iaitu (i) penyediaan senarai bakat pelan penggantian jawatan kepemimpinan, (ii) pemajuan kerjaya melalui kenaikan pangkat, (iii) pembangunan dan latihan kepemimpinan melalui Analisis Jurang Kompetensi (Competency Gap Analysis), dan (iv) pusingan tugas dan penentuan penempatan bakat melalui Analisis Kesesuaian Penempatan (Job Fit Analysis). Sebelum ini UPM menggunakan Sistem Ilmu Sumber Manusia (SISMAN) untuk menganalisis keperluan latihan yang diperlukan melalui Training Need Analysis (TNA) bagi pengenalpastian kompetensi yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Namun, kaedah TNA ini agak ketinggalan dan tidak mencerminkan kompetensi staf yang tersenarai dalam kelompok bakat untuk untuk menjawat jawatan kepimpinan. ARTIKEL


8 TRANSFORMASI DALAM PENGURUSAN WARAN PERJAWATAN DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Noremy Busu1 , Suhana Md Chairi1 , Karmizan Zawawi2 , Nurul Izziati Tugiman2 , Nabilah Ahmad Diniah2 1Pejabat Pendaftar 2Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) [email protected] Pengurusan waran perjawatan sesebuah universiti awam merupakan nadi pemula untuk keseluruhan proses pengurusan sumber manusia. Kitaran pengurusan sumber manusia di UPM, bermula dari proses perancangan dan penetapan butiran waran yang telah dikosongkan untuk tujuan pengisian dan kenaikan pangkat. Penetapan waran adalah penting kerana ianya merupakan dokumen perundangan yang memberi kuasa bagi mewujudkan menambah atau mengurangkan bilangan jawatan awam atau mengubah tangga gaji gred jawatan yang diperuntukkan di bawah sesuatu maksud perbelanjaan anggaran persekutuan dan seterusnya membenarkan bayaran gaji/ imbuhan dibuat. Artikel ini menerangkan tentang bagaimana transformasi pengurusan waran ini membantu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UPM, meningkatkan kecekapan kerja dan fungsinya. Ini selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025: Meningkatkan Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Sistem Komunikasi. Transformasi Sumber Manusia (Human Resource Transformation (HRT) merupakan projek menyeluruh dalam pengurusan sumber manusia di UPM yang telah mengumpulkan semua sistem sumber manusia di dalam satu portal iaitu HRPortal. Projek ini telah mentransformasikan kaedah dan proses pengurusan sumber manusia daripada kaedah konvensional (manual) kepada kaedah digital sepenuhnya, seiring dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam melaksanakan pendigitalan sepenuhnya di dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Sistem ini berkeupayaan untuk membantu Pejabat Pendaftar merancang, mengawal dan mengurus waran perjawatan secara berkesan. Melalui transformasi ini kos pengurusan sumber manusia, kos operasi dan masa dapat dikurangkan, serta kesilapan dalam pengurusan waran secara manual dapat dikawal. ARTIKEL HRDX+


9 #1 (JUL-OKT 2023) PEMERKASAAN KESEDARAN KESIHATAN MENTAL DALAM MENANGANI MASALAH PEKERJA Siti Fatimah binti Abdul Ghani K.B.P.A Universiti Putra Malaysia (UPM) [email protected] Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental dan penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental, kepentingan memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan mengenal pasti gejala-gejala masalah kesihatan mental yang memerlukan intervensi dan rawatan. Terdapat tiga (3) perkara utama yang dibincangkan dalam artikel ini. Pertama, artikel ini bertujuan memberikan pengetahuan, kesedaran serta maklumat berkenaan kesihatan mental. Kedua, artikel ini memberi fokus kepada kajian literasi berkaitan perawatan kesihatan mental. Ketiga, artikel ini membincangkan inisiatif dan intervensi kaunseling serta psikologi yang dilakukan di peringkat Universiti Putra Malaysia dalam memperkasakan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan staf. Dapatan daripada artikel ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada organisasi di Malaysia dan diharapkan dapat menyumbang kepada kajian literasi perkhidmatan sumber manusia serta modifikasi tingkah laku pekerja. ARTIKEL


SEMINAR 10 18 September 2023 (Isnin), Panggung Percubaan, PKKSSAS, UPM Program Pemantapan Kepemimpinan dan Pematuhan Integriti HRD, Pejabat Pendaftar UPM telah berkerjasama dengan Bahagian Audit Dalam, Bahagian Governan dan Intergriti dan Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) untuk menganjurkan Program Pemantapan Kepemimpinan dan Pematuhan Integriti pada 18 September 2023 (Isnin) di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Program ini telah disertai oleh seramai 350 orang yang terdiri daripada Ahli Pengurusan Universiti; Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ); Ketua Jabatan/ Ketua Lab; Ketua Pentadbir PTJ; Pegawai Tadbir yang menguruskan portfolio kewangan, jaringan dan penyelidikan; dan wakil Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM), Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM) dan Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA). Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepentingan tadbir urus pengurusan kewangan; meningkatkan kesedaran berkaitan kesan ketirisan dan ketidakpatuhan di dalam pengurusan kewangan; dan memupuk pembudayaan dan pematuhan integriti. Program tersebut telah dimulakan dengan ucaptama oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM. HRDX+


11 #1 (JUL-OKT 2023) FORUM PERTAMA TAJUK Pematuhan dan Integriti: Peranan dan Strategi Lembaga Pengarah Universiti Memperkukuh Pematuhan dan Pembudayaan Amalan Integriti. A H L I P A N E L Dato’ Dr. Hasan Mad Pengerusi Jawatankuasa Audit UPM Ahli Lembaga Pengarah UPM Dato’ Sri Jailani Johari Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Aset UPM Ahli Lembaga Pengarah Upm Puan Nik Rozelin Nik Ramzi Shah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan UPM Ahli Lembaga Pengarah UPM M O D E R A T O R Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik UPM FORUM KEDUA TAJUK Memperkukuh Pematuhan dan Pembudayaan Amalan Integriti. A H L I P A N E L Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Md. Aroff Profesor Emeritus, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM En. Azizi Ismail Ketua Bahagian Governan dan Integriti Pejabat Pendaftar UPM M O D E R A T O R En. Fahmi Azar Mistar Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM


SEMINAR 12 Persidangan Nasional Pengurusan Sumber Manusia 14-16 Oktober 2023, Hotel Adya, Langkawi PEJABAT PENDAFTAR, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bekerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) dan Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (MPLPU) universiti-universiti awam Malaysia. Persidangan yang julung kali diadakan ini bertemakan Transformasi Pengurusan Sumber Manusia Era Brittle, Anxious, Non-linear, Incomprehensible (BANI); Cabaran Dan Strategi. UPM telah menghantar seramai empat (4) orang pembentang kertas kerja yang telah membentangkan kertas berdasarkan subtema yang telah ditetapkan iaitu; (1) Pemerkasaan Sumber Manusia (2) Strategi dan Amalan Peningkatan Produktiviti, dan (3) Pembudayaan Nilai dan Etika Kerja. HRDX+ PEMBENTANG UPM Encik Asrizam Esam Putra Science Park Puan Ruhaida Mohd Yusuf Puan Noremy Busu Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani Pejabat Pendaftar


13 #1 (JUL-OKT 2023) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PERSIDANGAN NASIONAL


14 SEMINAR Tema : Inovasi dan IR 4.0 Pemangkin Budaya Kerja Kakitangan Makmal Tarikh : 28 – 30 Ogos 2023 Tempat : Auditorium Sekafi, Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Anjuran : Kakitangan Pelaksana Perkhidmatan Sains (Skim C), Universiti Malaysia Sabah Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan (BKePT), Universiti Malaysia Sabah Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah 3 Penolong Pegawai Sains UPM bentang kertas kerja di Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) Ke-15 HRD, Pejabat Pendaftar UPM telah menghantar 3 orang Penolong Pegawai Sains ke Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwitahunan yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan – Persatuan Penolong Pegawai Sains Universiti Awam Malaysia (GAJUM). Program ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh Universiti Putra Malaysia dan seterusnya ianya dianjurkan secara bergilir- gilir oleh universiti awam di Malaysia.Seminar ini merupakan landasan bagi pegawai kumpulan pelaksana (Skim C) yang terdiri daripada pegawai makmal universiti awam, agensi kerajaan dan swasta untuk berkongsi maklumat, kepakaran dan jaringan serta kerjasama dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan. Dalam persidangan ini para peserta akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan bidang tugas dan kepakaran mereka yang selama ini menjadi tulang belakang para penyelidik dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan. Pada tahun ini, Universiti Malaysia Sabah telah terpilih untuk menjadi penganjur bagi SKETMA KE-15 yang membawa tema “Inovasi dan IR (Revolusi Industri) 4.0 Pemangkin Budaya Kerja Kakitangan Makmal”. Universiti Putra Malaysia telah menghantar 3 orang wakil peserta sebagai pembentang. Selain itu, lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kumpulan pelaksana (Skim C) dari pelbagai Universiti Awam (UA) menyertai seminar ini, antaranya dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan International Islamic University Malaysia(IIUM). HRDX+


15 #1 (JUL-OKT 2023) Tajuk pembentangan oleh peserta dari UPM; 1. Nuraisyah binti Talib: ‘Antimicrobial Activity of Cubeb (Piper Cubeba L.) BerriesExtract’. 2. Mohamad Azrul bin Gani: Penilaian Kualiti Air Kolam Petak Rusa, Kolam Perdana dan Kolam Dua Pulau Ladang 16, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia 3. Siti Arina binti Mahat: Pemantauan Kualiti Udara Di UPM, Kampus Serdang Sepanjang Tempoh Kuliah. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari penglibatan di dalam seminar ini boleh aplikasi kan di dalam melaksanakan tugasan harian di makmal. Amalan kerja di makmal yang sedia ada juga mampu ditambah baik terutamanya darisegi pengurusan makmal, alatan makmal dan lain-lain. Kemahirankemahiran yang dipelajari daripada perkongsian peserta seminar ini juga dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja yang sedia ada. SKETMA merupakan platform terbaik bagi staf makmal untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta dapat menyerlahkan lagi potensi diri di dalam kerja seharian. Amalan dan pengalaman kerja dalam bidang masing-masing yang dikongsikan melalui pembentangan lisan dan poster dapat memberi inspirasi baru yang lebih baik sejajar dengan keperluan tugas yang diamanahkan. Kemahiran dari aspek inovasi juga merupakan faktor penting dalam perkembangan teknologi pada hari ini. Seminar ini juga dapat memberi impak yang sangat positif kepada peserta, dengan perkongsian tentang amalan yang terbaik dikalangan semua yang terlibat dalam program yang dianjurkan khususnya staf makmal. Melalui seminar ini juga kita dapat berkongsi idea dan bertukar pandangan mengenai inovasi serta sistem pengurusan makmal yang lebih sistematik dan proaktif. Kemahiran inovasi perlu diwujudkan dalam setiap organisasi di universiti kerana ianya dapat memberi impak positif serta meningkatkan budaya kerja yang baik terutamanya dikalangan staf makmal.


16 SEMINAR HRD, Pejabat Pendaftar UPM telah menaja yuran penyertaan Dr. Nor Asma Ab. Razak sebagai pembentang kertas kerja di International Seminar on University Management III (ISUM 3) dan 'International Volunteerism Corporate Responsibility II (VCORE II) Anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Selain daripada itu, Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM) juga menghantar penyertaan iaitu Encik Shahriman Hashim, Encik Md Nizam Mahat @ Ibrahim dan Dr. Aditya Adawiah Darwis. Penyertaan ke seminar ini dapat menyediakan platform kepada pentadbir, profesional, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penyelidik, ahli akademik dan industri untuk berkongsi dan menjana minat. Selain daripada itu ianya juga sebagai medan berkongsi tentang peranan dalam merealisasikan tanggungjawab sosial korporat untuk manfaat komuniti global. Peserta juga dapat mewujudkan rangkaian strategik antara Pentadbir Universiti dan masyarakat antarabangsa dalam pelbagai aspek kerjasama berasaskan pendidikan dan pembangunan masyarakat. Projek Bangi Green Putra 2015 (BGP 2015) : UPM bersama Komuniti Bangi melalui Projek Pertanian Bandar dibentang di ISUM 3 Tarikh: 21-25 Jun 2023 Tempat: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis dan Satun, Thailand


Azizi Ismail dilantik sebagai penceramah Kursus CBTM in Practice oleh CTLD UTM Encik Azizi Ismail, Ketua Bahagian Governance dan Intergriti (BGI), Pejabat Pendaftar telah dilantik sebagai penceramah untuk kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CLD), Pejabat Pendaftar UTM pada 9 dan 10 Oktober 2023. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar UPM telah menghantar tiga (3) orang peserta untuk mengambil bahagian dalam kursus tersebut. Peserta; Puan Siti Amira binti Shukor, Timbalan Bendahari Ketua Bahagian Kewangan Belanjawan dan Penjanaan Pendapatan, Pejabat Bursar Encik Md. Nizam Mahat @ Ibrahim, Pegawai Sains/ Ketua Jenama L'apprenti Fakulti Sains & Teknologi Makanan Puan Siti Maryam Othman, Penolong Pendaftar Kanan Ketua Seksyen Kenaikan Pengkat, Pejabat Pendaftar UPM. En. Azizi Ismail Ketua Bahagian Governan dan Intergriti 17 #1 (JUL-OKT 2023) KURSUS


18 2 Pegawai UPM Sertai Seminar Antarabangsa International Seminar on Competency-Based Talent Management (inSEM 2023) HRD, Pejabat Pendaftar UPM telah menghantar dua (2) orang Pegawai Tadbir untuk menyertai seminar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Jaringan Dalam dan Luar Negara, Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) dengan kerjasama Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada 19 hingga 21 September 2023. Objektif seminar ini adalah sebagai platform yang bertujuan untuk memudahkan amalan terbaik CBTM, memangkin percambahan idea-idea baru dan perkongsian isu dan penyelesaian untuk memajukan realisasi CBTM dalam sektor awam. Elemen utama seminar ini termasuk berkongsi amalan terbaik bakat berasaskan kecekapan pengurusan iaitu secara teori dan praktikal, oleh pakar. Selain daripada itu perbincangan isu semasa berkaitan pelaksanaan pengurusan bakat berasaskan kompetensi dalam sektor awam serta perkongsian pengalaman pengurusan bakat berasaskan kompetensi oleh sektor swasta dan badan korporat. Seminar ini juga dapat menyediakan perspektif antarabangsa dan memudahkan perkongsian amalan berkaitan pengurusan bakat berasaskan kompetensi serta menawarkan peluang kerjasama dan rangkaian untuk orang ramai dari dalam dan luar negara. Peserta; Pn. Besek Intan Zafina binti Basok Ketua Bahagian Urus Tadbir Akademik Puan Siti Khadidah Ahmad Ketua Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar UPM. HRDX+ KURSUS


19 #1 (JUL-OKT 2023) 526 staf UPM telah menyertai Program Transformasi Minda (PTM) sepanjang 2023 PEGAWAI AKADEMIK Siri 1/2023: 31 Julai – 08 Ogos 2023 Peserta: 36 orang P&P DAN PELAKSANA Siri 1/2023 : 31 Januari -10 Februari 2023 Peserta : 103 orang Siri 2/2023 : 22 – 31 Mei 2023 Peserta : 146 orang Siri 3/2023 : 3-12 Julai 2023 Peserta : 129 orang Siri 4/2023 : 21-30 Ogos 2023 Peserta : 112 orang HRD, Pejabat pendaftar UPM telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) iaitu salah satu syarat untuk pengesahan dalam jawatan staf UPM. Sepanjang tahun 2023, sebanyak satu (1) kursus PTM telah dianjurkan untuk staf bukan akademik dan empat (4) kursus untuk staf akademik. Jumlah keseluruhan staf yang telah menyertai kursus ini adalah seramai 526 orang. Bermula Tahun 2013, Program Transformasi Minda (PTM) telah menggantikan Kursus induksi bagi pegawai lantikan baharu. Berdasarkan kurikulum dan penilaian di bawah program ini, peserta akan dinilai oleh seorang fasilitator untuk menilai aspek disiplin, komitmen dan personaliti. Program ini diwajibkan kepada semua pegawai tetap lantikan baharu sebagai salah satu syarat sebelum disahkan dalam perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk melahirkan modul insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagi menggerakkan agenda transformasi kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Justeru, modul insan sektor awam perlu dibangunkan secara optimum di peringkat awal pelantikan agar dapat melahirkan pegawai yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif serta memiliki etika dan nilai yang sejajar dengan budaya negara. Salah satu objektif PTM adalah memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotik pegawai supaya lebih berketrampilan dan kemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam. KURSUS


SESI TOWN HALL: Pengenalan kepada Pensijilan Train-the-trainers (TTT) di bawah Human Resource Development Corporation (HRDC) HRD, Pejabat Pendaftar UPM telah menganjurkan sesi Town Hall berkaitan penawaran kursus TTT untuk Trainer dibawah HRDC. Seramai lebih 80 orang telah meyertai ssi tersebut. KURSUS Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Sudesh a/l Prabhakaran, Penolong Dekan Pembangunan Perniagaan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM. Tarikh : 4 Oktober 2023 (Rabu) Masa : 2:30 petang Tempat : Dewan Taklimat Serdang HRDX+ 20


PEMPROFILAN STAF INFO HRD 21 #1 (JUL-OKT 2023) Fungsi Utama Pemprofilan Staf 1. Senarai Bakat Kepempinan Berdasarkan pelaksanaan pemprofilan staf, senarai bakat kepemimpinan yang terkini sentiasa tersedia apabila diperlukan. 2. Kemajuan Kerjaya Melalui Kenaikan Pangkat Kenaikan Pangkat dipertimbangkan berdasarkan tahap kompetensi yang diperlukan oleh gred yang dipohon. 3. Competency Gap Analysis Perancangan latihan yang lebih berkesan berdasarkan Analisis Jurang Kompetensi. 4. Job Fit Analysis Pusingan tugas dan penentuan penempatan bakat melalui Analisis Kesesuaian Penempatan


INFO HRD Kluster Kompetensi berdasarkan Model Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi : Kepemimpinan Pentadbir Universiti, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) HRDX+ 22


KOMPETENSI KEPIMPINAN [GRED 48 HINGGA 54] KECERDASAN EMOSI Bertindak secara diplomasi dan berhemah mencerminkan pemahaman terhadap orang lain. Ia termasuk kebolehan untuk mendengar dengan tepat dan memahami pemikiran, perasaan dan kebimbangan yang tidak dinyatakan sepenuhnya. PEMIKIRAN STRATEGIK Membangun dan menginspirasi komitmen ke arah visi kejayaan; mempromosi dan memastikan ia sejajar dengan visi dan nilai Universiti. KREATIF & INOVASI Mempersoal pendekatan konvensional, meneroka alternatif dan menangani cabaran dengan penyelesaian inovatif atau perkhidmatan menggunakan intuisi (gerak hati), membuat eksperimen dan perspektif baharu. MEMBANGUN ORANG LAIN Memupuk pembangunan dan kemajuan orang lain dengan menyediakan persekitaran yang membina untuk meningkatkan prestasi dan pertumbuhan profesional. MEMIMPIN PERUBAHAN Mengurus, memimpin dan memudahkan proses perubahan dan transisi semasa membantu orang lain menghadapi kesannya. RUNDINGAN & PENGARUH Mendapat sokongan dan meyakinkan orang lain untuk memajukan objektif universiti. FOKUS PEMEGANG TARUH Mengenal pasti dan memberi maklum balas kepada keperluan semasa dan masa hadapan pemegang taruh; memberi perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh dalaman dan luaran. KECERDASAN EMOSI PEMIKIRAN STRATEGIK KREATIF & INOVASI MEMBANGUN ORANG LAIN MEMIMPIN PERUBAHAN RUNDINGAN & PENGARUH FOKUS PEMEGANG TARUH KOMPETENSI TERAS [GRED 41 HINGGA 54] KOMUNIKASI Mempamerkan kemahiran komunikasi lisan, menulis, mendengar dan pembentangan secara berkesan. INTEGRITI, NILAI DAN ETIKA Memupuk dan menyokong prinsipdan nilai universiti serta perkhidmatan awam secara keseluruhan. PENYELESAIAN MASALAH & PEMBUATAN KEPUTUSAN Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah melibatkan tahap kerumitan, kekaburan dan risiko yang berbeza. KERJA BERPASUKAN & KEPEMIMPINAN PASUKAN Bekerjasama dengan orang lain, menjadi sebahagian daripada pasukan, dan mengambil peranan sebagai pemimpin pasukan, bekerjasama secara berkesan dengan matlamat yang saling bergantung dan nilai serta norma yang sama untuk memupuk persekitaran kolaboratif dan memacu pasukan ke arah yang sama. JARINGAN Membina dan mengekalkan hubungan kerja dan/atau jaringan secara aktif untuk memajukan lagi matlamat universiti. ORIENTASI PENCAPAIAN Menumpukan kepada usaha peribadi dalam mencapai hasil yang konsisten dengan objektif universiti. KOMUNIKASI INTEGRITI, NILAI DAN ETIKA PENYELESAIAN MASALAH & PEMBUATAN KEPUTUSAN JARINGAN KERJA BERPASUKAN & KEPEMIMPINAN PASUKAN ORIENTASI PENCAPAIAN KOMPETENSI INFO HRD 23 #1 (JUL-OKT 2023) Behavioral Event Self Assessment (BESA) TERAS KEPMPINAN


HRDX+ 24 INFO HRD Fakta & Angka Cuti Belajar PhD 1 orang – New Zealand TAM 4 orang – United Kingdom 2 orang – Australia 1 orang – Korea Selatan Cuti Sebatikal 5 orang – United Kingdom 2 orang – Turkiye 2 orang – Jepun 2 orang – Korea Selatan 1 orang – Australia 1 orang – UAE 1 orang – Ireland 1 orang – Nedherland 1 orang – India Latihan Pasca kedoktoran 4 orang – United Kingdom 2 orang – Korea Selatan 1 orang – Jepun 1 orang – Sepanyol 1 orang – Singapura Latihan Penyelidikan 1 orang – Kanada Latihan Sub kepakaran 2 orang – United Kingdom 2 orang – Thailand 1 orang – Jepun 1 orang – Kanada 1 orang – Turkiye 1 orang – Australia 1 orang – Ireland 1 orang – Korea Selatan SLAB/SLAI Post Doc/ Sub Kepakaran DALAM NEGARA LUAR NEGARA LUAR NEGARA 7 2 5 Bilangan Biasiswa Yang Diluluskan oleh KPT Sepanjang Tahun 2023


Skop dan Tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HRD) INFO HRD 25 #1 (JUL-OKT 2023)


Hh 2023 HRDX+


Click to View FlipBook Version